Tuesday, November 10, 2009

MUNCUL KEMBALI (493)

Pasangan dicekup berasmara dalam tandas masjid

TINGGALKAN bayi yang baru lahir di kawasan masjid sudah lumrah. Bapa rogol anak juga sudah bukan lagi menjadi berita yang memeranjatkan. Tetapi laporan berikut pasti membuatkan semua orang boleh terkejut beruk;

Pasangan dicekup berasmara dalam tandas

KOTA BHARU - Biadab dan tidak bertamadun. Itu perkataan yang paling sesuai digunakan bagi bergambarkan perbuatan keji yang dilakukan sepasangan kekasih yang dicekup ketika sedang berasmara di sebuah tandas masjid dekat sini, Sabtu lalu.

Apa yang menjengkelkan kejadian yang berlaku di tandas Masjid Kota itu melibatkan individu yang sudah bersuami manakala pasangannya berstatus bujang.

Malah, perempuan yang berusia 23 tahun itu sarat mengandung enam bulan dipercayai berasal dari Kok Keli Tumpat dan datang ke masjid itu semata-mata untuk melakukan perbuatan jijik itu.

Dalam masa yang sama, pasangan berkenaan sanggup menggunakan telekung sembahyang untuk mengalas mangkuk tandas ketika melampiaskan nafsu buas mereka.

Penghulu Mukim Kota Jelasin, Zainudin Mohamad berkata, kedua-dua mereka dicekup hasil daripada maklumat orang ramai apabila pernah dilihat beberapa kali melakukan perbuatan mencurigakan itu di masjid berkenaan.

“Lelaki itu yang berusia 37 tahun merupakan penduduk tempatan di sini dan ketika dicekup, wanita tersebut sedang memakai seluarnya manakala lelaki bujang itu menyembunyikan diri di sebalik pintu tandas,’’ katanya kepada Sinar Harian.

Zainudin berkata, pasangan tersebut diserahkan kepada Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JAHEIK) untuk tindakan selanjutnya. :Beliau berkata, perbuatan terkutuk itu sepatutnya tidak berlaku dan ia perlu dijadikan pengajaran kepada orang ramai.

Menurutnya, wanita tersebut adalah isteri orang dan sedang mengandung, dia sepatutnya tidak melakukan perbuatan hina itu.

“Saya menyeru kepada orang ramai agar berganding bahu membanteras maksiat dan memastikan perkara terkutuk seperti itu tidak akan berulang lagi dalam masyarakat kita,’’ katanya.

Sementara itu, JAHEIK ketika dihubungi mengesahkan tangkapan tersebut, walau bagaimanapun pasangan tersebut dilepaskan dengan memberi amaran kerana mereka berdua dipercayai kurang siuman. - dipetik dari SINAR HARIAN.

Nasib baik pasangan yang terbabit kurang siuman. Macam mana pun kejadian-kejadian seperti itu sepatutnya disekat dari berlaku sama ada oleh pasangan yang siuman atau sebaliknya.

Kenapa lelaki perempuan boleh lakukan kerja maksiat?

Itu yang ditanyakan kepada saya bila merujuk kes tangkapan berkhalwat, rogol dan perbuatan-pebuatan yang membabitkan hubungan seks oleh pasangan-pasangan yang tidak sah.

Bagi saya perbuatan-perbuatan itu berlaku kerana masing-masing anggap apa yang dimiliki sama ada alat kelamin, kaki, tangan, hidung, mulut, telinga, jasad, nyawa dan kehidupan adalah milik mereka.

Walhal semuanya dipinjam dan diamanahkan oleh Allah kepada kita. Ertinya kita kena ikut peraturan pemberi pinjam dan pemberi amanah. Kalau kita guna apa yang ada pada kita sesuka hati tanpa mengira halal haram, maka kita termasuk dalam melakukan pecah amanah.

Bila kita pecah amanah, maka tuanpunya kita yakni Allah berhak menghukum kita dan hukuman Allah kepada kita adalah neraka.

Untuk selamat dari melakukan perbutan yang ditegah, kita kena anggap kita adalah sutau bentuk pinjaman dan amanah. Untuk boleh kita beranggapan demikian, selain dari kena Islam, kita kena ada iman dan takwa.

6 comments:

Anonymous said...

Kita perlu lihat punca sebenar (root cause) mengapa maksiat semakin menjadi2 ni...

puncanya dari mana? .... buka fikiran & hatii... cari & selesaikan ... mungkin bermula dari diri kita sendiri yg menyuburkan maksiat itu.....

Contoh:

Program TV, Radio, akhbar macam kempen / galakan elemen2 maksiat dalam bahan2/ kandungannya ....??

Sistem pendidikan Islam diperingkat sekolah, pengajian tinggi, atau didalam komuniti yg tak betul & berkesan....??

Sistem perundangan dan penguatkuasaan macamana..?

Iklan2 billboard atau poster lucah, dedah aurat, budaya pergaulan bebas antara bukan muhrim, dll ...??

Budaya masyarakat yg tak cegah maksiat, dok amal budaya jahiliyyah dan budaya kuning, dll ....

Pangkah & lantik kerajaan yg dok kembangkan maksiat pun ... para pengundi akan dapat saham jugak nanti.. natijah lahir generasi buta agama dan kaki maksiat tu....

tambah le sendiri... banyak lgi...

Anonymous said...

Allah swt izinkan berkuasa, akan tetap ditanya ttak kira tok guru atau jahil tukil yg berkuasa. Kalu tok guru lebih lg hukumannya sbb dia berilmu, jahil tukil pun sama tp lu pikirlah sendiri.

Anonymous said...

DUKACITA DIMAKLUMKAN BAHAWA INDIVIDU YANG SPONSOR TOK GURU NIK AZIZ KE MEKAH ADALAH INSAN BERNAMA DIN MARDI (DIA PERNAH KERJA DENGAN MARDI MASA DIA AKYAP DULU) YANG HIDUP MEWAH JASA DAPAT KONSESI MEMBALAK DARI KERAJAAN NEGERI KELANTAN, BUKAN SEKALI DAPAT TAPI BANYAK KALI. NAK KENAL DIA SENANG SAJA, DIA SUKA TUNGGU UNTUK BAWA TOK GURU KE MANA-MANA DENGAN KERETANYA SAMPAI BERGADUH DENGAN PEMANDU RASMI TOK GURU (DOLLAH) KERANA BEREBUT NAK BAWA TOK GURU. DIA JUGA SUKA BELIKAN MAKANAN PELIK2 DAN HADIAH2 LAIN UNTUK TOK GURU. DLL. APA PANDANGAN ANTA, RAMLI? WALLAHUA'LAM.

Budak Pondok Lubuk Tapah said...

Masalahnya perkara yang berlaku tu di negeri yang berslogankan Membangun Bersama Islam, yang mentei besarnya seorang tok guru, yang manggak kononnya kejadian maksiat berkurangan.

Yang tinggalkan anak dei kawasan masjid pun di Kelantan. Berzina atas manngkuk tandas berlapikkan telekung sembahyang berlaku ditandas Masjid kota, yang tinggalkan anak dala kawasan masjid di antaranya Masjid Telipot, yang rogol anak sendi di Kamung Sireh,yang sembelihorang dua kes berlaku di Kampung Sireh, semuanya dalam Kelantan dan tempat antara sat sama lain tak jauh mana, malah dengan Kota Kompleks Darulnaim pun tak jauhmana.

Iklan-iklan di papan-papan ilklan yang babitkan gambar wanita semuanya bertudunng belaka di Kelantan. Apa yang kerajaan boleh buat kerana yang buat kerja maksiat ni secara sembunyi-sembunyi, yang dapat dikesan dan ditangkap tu jumlahnya kecil, yang tak dapat dikesan lagi banyak.

Salahkan kerajaan tak patut. Kena salahkan diri sendiri kerana gagal guna akal lawan godaan nafsu dan bisikan syaitan serta iblis.

PUTRA CAKNA said...

Inilah tandanya dunia akhir zaman, orang sanggup buat maksiat dalam masjid. Bukankah masjid untuk orang beribadat dan mengabdi diri kepada Allah.
Mengapa beliau berbuat demikian?
Gamaknya pergi ke masjid orang beranggapan nak buat ibadat dan tak perlu sangsi lagi. Siap pakai telekung orang beranggapan beliaulah wanita beriman hingga rambutnya dirahsiakan.
Tetapi sebenarnya benda yang patut dirahsiakan, ditadahnya.
Begitulah orang yang tidak ada iman dan takwa, sanggup mengaburi mata masyarakat sedangkan dirinya penuh dengan dosa yang orang lain tak nampak.
Apa manusia itu?
Peristiwa ini harus menyedarkan kita bahawa kadang-kadang syaitan mengaburi mata kita dengan nampak baik tapi lebih jahat dari orang nampak jahat.
Maksudnya kadang-kadang orang berselindung kejahatan daripada kebaikan yang diperlihatkan.
Waspadalah....
Bagi saya, biar orang nampak kita kurang beriman tetapi sebenarnya kita lebih beriman daripada orang yang nampak beriman tapi sebenarnya syaitan bertopengkan malaikat.
Patutkah ia berlaku di negeri serambi mekah di bawah pemerintahan tok guru???

khairul said...

JGN PULAK LEPAS NI SALAHKAN KERAJAAN PIMPINAN DSNTR YANG MENJADI PUNCA. NEGERI 'SERAMBI MEKAH', APA DAH JADI? KNP PULA DISALAHKAN MEDIA ATAS KEJADIAN INI ? IMAN DALAM DIRI ITU PENGUAT. FIKIRLAH, MANA2 NEGERI PUN HATTA KELANTAN, SAMA SAHAJA. KALAU MASJID TAK HIHORMATI, APA LAGI PADA PEMIMPIN..... KALAU TAK JUJUR PADA PASANGAN, APA LAGI PADA TUHAN...
kepada anon... benda jadi kat kelantan... kenapa babit kerajaan yang kembangkan maksiat ? itu bermakna kelantan la yg kembangkan maksiat.... fikirkanlah