Friday, November 13, 2009

MUNCUL KEMBALI (498)

(bahagian 7) Jangan cederakan akidah kerana bai'ah

YANG jelasnya bai'ah ada dalam Pas tetapi bai'ah jatuh talak tiga tidak wujud. Bila Mursyidul Am, Presiden dan Setiausaha Agung kata tak ada, maka para pendukung dan penyokong kena terimalah hakikat bahawa ianya tidak ada.

Soal ketiga-tiganya mahu menyembunyikannya demi kepentingan politik, itu adalah tanggungan mereka. Berbohong untuk apa tujuan dan maksud sekali pun akan berdosa. Mursyidul Am dan Presiden Pas tentu arif mengenainya. Tidak kira siaPa yang berbohong, berdosa tetap berdosa.

Yang anehnya kenapa Khalid Samad dan Setiausaha Badan Perhubungan Pas Negeri Selangor, Mohd. Khairuddin Othman boleh menjadi setangkai tidak sebau, semangkuk tak serasa dengan pimpinan Pas yang lain.

Mohd. Khairuddin menyatakan bai'ah itu yang disediakan oleh Dewan Ulama Pas Pusat. Khalid, Ahli Parlimen Shah Alam mengakui bahawa wujudnya bai'ah seperti itu bagi wakil rakyat Pas yang berhenti atau keluar parti.

Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub kata Majlis Syura Pas tidak pernah mengeluarkan sebarang dasar menghendaki pemimpin-pemimpin parti itu melafazkan bai'ah iaitu sumpah taat setia bahawa akan jatuh talak tiga terhadap isteri masing-masing jika mereka mengkhianati parti.

Mahffuz Umar, seorang lagi Nabi Prsiden Pas berkata pemimpin atau wakil rakyat Pas tidak pernah diminta melafazkan ikrar Bai'ah cerai talak tiga seperti yang didakwa oleh Khalid itu.

Pencabar Timbalan Presiden tetapi gagal dalam usaha merampas jawatan itu, Husam Musa pula yang mempertahankan bai'ah yang wujud dalam parti Pas berkata: "Saya rasa isu bai'ah dibangkitkan oleh Umno sebab mereka tahu mereka tidak boleh rampas wakil rakyat Pas."

Nadanya itu walaupun ada beza tetapi hujung jatuhnya hampir sama dengan Dato' Nik Aziz yang mendakwa isu bai'ah menceraikan isteri dengan talak tiga sengaja ditimbulkan oleh pihak yang dengki kepada PAS.

Kedua-duanya bagi saya membuat dosa kering dan menuding ke arah yang tidak sepatutnya dalam isu bai'ah kerana ianya didedahkan oleh pimpinan Pas sendiri. bukanya oleh Umno atau mana-mana pihak di luar Pas.

Setiap apa yang dinyatakan oleh pimpinan Pas mengenai isu bai'ah tercatat dalam bentuk tulisan mahu pun rakaman audio-visual dan pastinya akan menjadi bahan kajian, teutama oleh golongan muda dalam mengenal kualiti pemimpin dan parti politik yang akan diberi mandat bagi memerintah negara.

Mereka pasti sedar bahawa orang paling suka memburukkan orang lain adalah orang paling buruk dan paling busuk mulut, perut dan perangainya, orang paling banyak bercakap adalah orang paling tidak banyak buat kerja, orang yang banyak mengutuk adalah yang paling terkutuk, orang yang suka membuat tuduhan akhirnya tuduhan itu akan menimpa kepalat si penuduh itu sendiri.

Juga sayugia jangan dilupakan bahawa apa yang didedahkan oleh pimpinan Pas tentang bai'ah talak tiga terhadap isteri jika wakil-wakil rakyat Pas mengkhianati parti, dipertahankan oleh Kedtua dewan Muslimat Nuridah Mohd. Salleh dan naibnya Senator Muntaz Md. Nawi.

Saya yakin seluruh rakyat termasuk pendukung dan penyokong Pas telah berpeluang, malah akan membuat penilaian tentang kualiti dan standard pemikiran dan perjuangan tokoh-tokoh Pas serta sejauh mana Islamiknya parti itu ekoran dari isu bai'ah.

Sesungguhnya setiap apa yang berlaku ada hikmah dan ianya tidak akan berlaku dan wujud sebagai isu kalau tidak ada tujuan yang tersurat dan tersirat. Apa yang brlaku adalah untuk dijadikan teladan dan sempadan oleh mereka yang rajin guna otak berakal untuk berfikir supaya tidak telalu mudah taksub, supaya kita lebih utamakan memuhasabah diri dari mencaci cerca orang lain kerana bila sebatang jari dituding ke arah lain, empat batang jari akan menuding pada diri sendiri.

Kalau direnung dalam-dalam dan penuh keinsafan, falsafah serta yang tersirat di sebalik tudingan jari itu akan menjadikan kita takut untuk tuding sana sini kerana bila kita banyak bercakap tentang orang lain, orang akan turut bercakap tentang kita, bila kita banyak mencari gali kelemahan orang, maka akan memugar kelemahan ita, kalau kita seronok sangat mendoakan agar bala menimpa orang, orang juga akan mendoakan kemusnahan kita, malah adakalanya doa cemar kita akan menimpa kepala kita sendiri.

Justeru iu dalam berpolitik, saya rasa sudah sampai masaya untuk orang Pas kembali kepada Islam sengoti, kurang berslogan, beretorik dan dakawaan tetang Islamiknya Pas tetapi dalam senyap binakualii perjuangan berteraskan Islam sengoti. Berhenti maki orang, berhenti memburuk-burukkan lawan, berhenti mendoakan kemusnahan lawan kerana yang Pas lakukan itu nampaknya kini semacam sedang menimpa Pas sendiri.

Umpamanya boleh berlaku ketegangan, berlaku setangkai tak sebau semangkuk tak serasa, boleh ada desakan agar presiden lerak jawatan dan berlaku serangan ke atas mursyidul am Pas, seolah-olah apa yang berlaku dan diharapkan belaku kepada Umno, kini sedang berlaku kepada Pas, malah Dato' Nik Aziz yang terkenal dengan lebainya boleh kata seliparnya dicuri kerana pencuri mahu ambil berkat. Ada ke kerja mencuri akan berkat.

Isu sebegitu nampak kecil dan remeh tetapi kepada orang yang rajin berfikir dan merenung, maka akan dilihat bahawa sikap pemBERHALAan sesama manusia menular dalam Pas sehingga berlaku perlumbaan untuk berbakti dan berbuat baik kepada tokoh yang dilabel sebagai 'tok guru' kerana mahukan berkat.

Akhir sekali saya mengajak diri saya dan para penjenguk blog ini berdoa semuga dengan laporan di bawah, isu ba'iah dikira selesai dan rakyat serta seluruh pendukung dan penyokong Pas boleh faham bahawa isu bai'ah talak tiga terhadap isteri adalah kerana salah faham yang tidak sepatutnya berlaku di kalangan wakil-wakil rakyat tertentu dalam Pas.

Sepatutnya sebelum diilih betanding, bakal-bakal calon kawasan parlimen atau ADUN, malah sebelum menjadi pemimpin Pas pada setiap peringkat temasuk ketua-ketua cawangan, terlebih dahuu kena faham dan kenali Pas secara tersurat dan tersirat, barulah tidak berlaku kes-kes umpama melepaskan 'kentut kepal' ke muka sendiri.

Sama-sama kita ikuti laporan berikut;

PAS Amal Bai'ah Sumpah Setia Laknat Bukan Talak Tiga - Mustafa

KUALA LUMPUR, 13 Nov (Bernama) -- PAS mengakui ia hanya mengamalkan bai'ah sumpah setia laknat bukannya amalan bai'ah talak tiga seperti yang dinyatakan oleh Anggota Parlimen Shah Alam, Khalid Samad, kata Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali.

Beliau berkata amalan yang dilakukan sejak sekian lama itu adalah bertepatan dengan dasar PAS yang memperjuangkan Islam di samping menunjukkan yang mereka sedia dilaknat sekiranya mengkhianati perjuangan Islam."PAS ada cara sendiri, kita guna tradisi dalam Islam.

Bai'ah kita adalah ikrar setia dalam perjuangan. PAS buat benda ni sebelum pilihan raya lagi, sewaktu kita dipilih sebagai calon.

"Walaupun kita (Jawatankuasa PAS Pusat) tak setuju apa yang dilakukan oleh Khalid, tetapi kita hormati pendirian beliau.

Mungkin itu pilihan dia untuk tunjukkan kesetiaan kepada parti," katanya pada sidang media berhubung isu bai'ah di ibu pejabat Pas di sini Jumaat.

Khalid baru-baru ini telah mendedahkan mengenai wujudnya amalan bai'ah dalam kalangan calon wakil rakyat parti itu yang dikehendaki melafazkan akan jatuh talak tiga kepada isteri masing-masing sekiranya keluar parti.

Mustafa berkata bai'ah anggota PAS menjelang pilihan raya umum lalu tidak melibatkan lafaz menceraikan isteri, sebaliknya merupakan "sumpah setia laknat" bagi mengelak daripada berlakunya lompat parti.

Katanya hanya terdapat dua anggota parti itu dari Selangor menggunakan lafaz bai'ah yang berbeza daripada amalan bai'ah biasa, dan seorang daripadanya adalah Khalid sendiri.

Menurut Mustafa, pimpinan tertinggi Pas berpendapat, bai'ah yang dilafazkan oleh Khalid tidak sepatutnya berlaku kerana ikrar seperti itu seperti merendah-rendahkan martabat kaum wanita.

Berikutan tindakannya itu, Mustafa berkata, Khalid telah diberikan peringatan lisan oleh parti.Khalid dalam pendedahannya sebelum ini mengakui memasukkan lafaz cerai taklik dalam bai'ahnya bagi mengukuhkan pendiriannya supaya tidak mengkhianati parti.

Mustafa berkata, lafaz bai'ah Khalid dan seorang lagi anggota PAS di Selangor itu juga berbeza antara satu sama lain.Mustafa bagaimanapun enggan menyatakan nama seorang lagi pemimpin yang dimaksudkan.

"Kita anggap ini hanyalah kes terpencil. Tak perlulah didedahkan nama individu itu, sama ada anggota parlimen atau anggota dewan undangan negeri. PAS harap isu ini tidak diperbesarkan," katanya.-- BERNAMA.

Dalam menyatakan pendirian parti atau dasar parti, hak untuk bercakap kena dihadkan setakat Presiden, Timbalan Presiden, Naib Presiden, Setiausaha agung sahaja. Jika mereka silap dalam membuat kenyataan, Mursyidul Am kena tegur dan betulkan. Jangan pula ketua cawangan pun bercakap tentang dasar parti dan berlagak macam penjaga gol pun mahu sumbat gol lawan dn membiarkan gol sendri tia terkawal.

Kalau nak tegur atau nasihat Perdana Menteri, kena presiden yang lakukan, sumbang dan songsanglah jadinya kalau naib presiden atau yang bekedudukan lebih rndah lagi mahu nasihat perdana menteri, samalah jadinya sepeti kambing neruk mahu tanduk kebau jantan. Kalau kita ada idea yang lebih bagus daripada presiden kita tak boleh luahkan sendiri, kena berikan idea itu kepada presiden.

Kalau Pas dapat membendung kelakuan perebutan tokoh-tokohnya membuat komen dan kenyataan di luar bidang kuasa atau tugas jawatan yang disandang sehingga banyak yang semacam membelakangi presiden, timbalan presiden, naib-naib presiden dan setiausaha agung, saya yakin Pas akan matang dalam usianya yang sudah agak lanjut dan lebih ramai rakyat negara ini akan memberi sokongan sengoti dan bukan dalam bentuk 'perasan' macam sekarang ini. Jangan gelewa' di pintu gol.

Bila semua orang mahu bercakap dan memberi kenyataan media yang melangkaui batas kedudukan, kuasa dan jawatan yang disanang, maka akan terjadilah sebagaimana isu bai'ah yang saya yakin mahu tidak mahu akan mencederakan keyakinan rakyat terbanyak, termasuk di kalngan pendukung dan penyokong parti itu terhadap Pas.

Yakinlah apa pun penyakit yang kita tanggung ianya tidak akan diketahui orang kalau kita tidak memberitahunya kerana doktor yang merawat kita tidak akan dedahkannya kerana merahsiakan rekd pesakit adalah suatu amanah kepada para doktor. Kalau kita sendiri membuka rahsia yang patut dirahsiakan, maka dari kelas apa kita sebenarnya?

LU FIKIRLAH SENDIRIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIII!

No comments: