Friday, November 13, 2009

MUNCUL KEMBALI (500)

Berblog bukan untuk jadi hebat

SETIAP kerja didahulu dan disertakan dengan niat. Demikian juga dengan berblog. Saya mengendalikan niat ini dengan tage-line redas dan redah tanpa kompromi menyalurkan maklumat di samping mengharapkan saya akan mendapat maklumat yang kemudiannya akan dimaklumatkan pula kepada penjenguk blog saya.

Saya berblog bukan untuk jadi hebat.

Demikian juga bila didedahkan identiti sebenar saya dengan nama-nama pena yang digunaan serta gambar yang jelas dan terang, bukan bertujuan untuk 'ssohor' atau glemur, tetapi tanda saya akan bertanggungjawab sepenuhnya terhadap apa yang saya tulis.

Disertakan alamat-alamat email dan nombor telefon juga adalah bagi membolehkan mereka yang tidak mahu teguran mereka tepapar pada monitor penjenguk blog boleh membuat teguran saya ditegur secara terus jika didapati apa yang saya tulis tidak tepat. Banyak orang yang terjumpa saya kata seakan saya pernah di tengok di mana-mana, barangkali mereka tengok gambar saya yang menjadi masshead blog saya.

Saya catatkan ini semua sebagai respon kepada komen berikut;

Anonymous said...
HEBAT BLOG MELI, DIQUOTE OLEH AKHBAR UTUSAN MALAYSIA SEMALAM. TAPI MENGAPA BLOG NEUTRALDAILY PULA YANG DAPAT NAMA PADAHAL SEMUA TU TULISAN BLOG MELI?? NEUTRALDAILY CIPLAK SAJA LA!!
November 13, 2009 5:07 PM.


Belum tentu Neutraldaily carry foward posting blog saya saya. Mungkin corak penulisan dan isu yang diulas adalah isu yang serupa. Tidak pelik kalau ianya blaku kerana manusia pun ada dua serupa. Kalau pun betul dicarry forward dari posting saya, saya tidak berkecil hati, sebaliknya saya merasa bangga supaya apa yang mahu dimaklumatkan akan lebih melata.

Yang tak baca blog saya akan dapat apa yang mahu saya maklumatkan dengan membaca Neutraldaily atau blog-blog yang lain. Bagi saya setiap bloggers adalah sebatang tubuh yang mana jika dicubit paha kiri paha kanan pun akan terasa juga sakitnya. Matlamat kita sama, ingin menyebarkan maklumat dan akan menerima berkat dari apa yang dilakukan.

Saya juga tertarik dengan komen berikut';
Anonymous said...
Baca blog geng Arif yang menuduh syaitan quraisy yang disebut tok guru adalah sheih kickdefella. Tapi sheih kickdefella menafi dia yang membocor maklumat sponsorship ke mekah dan dakwa arif sendiri yang cerita kat orang. Ke mana kesudahannya politik budak-budak muda kita ni, Ramli? Apakah PAS Kelantan boleh hangus disebab kerenah dua budak muda yang belum capai umur 40 tahun ni? Harapnya tidak, tapi sebarang kemungkaran perlu ditentang, itu yang pasti!
November 13, 2009 5:05 PM


Tentang pembocoran rahsia sponsor tu saya tak berani respon kerana saya tidak ada maklumat. Bagaimanapun kebocoran itu bgi saya pasti ada hikmahnya, malah bagi saya adalah suatu tndakan yang boleh menyelamatkan Dato' Nik Aziz dan Pas pada kaca mata umum.

Bagi saya Allah masih sayangkan Dato' Nik Aziz dan Pas, termasuk Kerajaan Pas Kelantan dengan pembocoran itu kerana ianya bocor sebelum perkara berlaku. Kalau bocor selepas berlaku, kesannya akan lebih parak. Saya yakin tangisan Dato' Nik Aziz masa umumkan pembatalan untuk ke Mekah dengan disponsor adalah tangisan kegembiraan, bukannya tangisan pilu dan hampa.

Memang lazimnya kerenah dalam Pas atau mana-mana parti sekali pun adalah angkara orang muda. Mereka berdarah panas dan pendek akal walaupun barangkali mempunyai berpendidikan yang tinggi. Kalau gagal ditangani dengan bijkasana, Pas boleh hangus.

Selain dari kurangnya program usrah, tamrim, muqayyam dan juga mereka tidak benar-benar kenal apa itu Pas serta kerana mereka berada dalam Pas dalam keadaan ibarat kebun yang sudah berbuah dengan buah-buahnya sudah masak ranum adalah antara faktor kenapa semangat sehati sejiwa dan sederap langkah mula mumut dan rapuh.

Orang yang tidak pernah susah tidak akan dapakan bayangkan betapa susahnya kesusahan itu. Saya yakin orang muda dalam Pas tidak tahu macam mana susahnya orang pas ketika Pas susah. Kebanyakan orang Pas yang susah zaman pas susah terus susah hingga kini kerana mereka telah wakafkan diri berkorban untuk perjuangan.

Orang muda saya yakin tidak pernah bertanya apa sumbangan mereka kepada parti teapi mereka akan betanya apa faedah, berapa kawasan balak atau jawatan apa yang boleh dimiliki dan disandangi jika bekerja untuk Pas.

Bagaimanapun terpulanglah atas kebijaksanaan orang tua-tua dalam Pas untuk menyelamatkan keadaan. Paling penteng jangan ikut erel budak-budak, apatah lagi ikut alok. Pastikan Pas setiasa berada pada landasan yang betul, jangan wujudkan semangat memBERHALAkan pemmpin. Saya tidak setuju bila gambar Dato' Nik Aziz dipasang pada saiz gergasi di pelbagai sudut dan jeghun.

Kalau dah biasa melihat gambar, akhirnya akan dianggap biasa dan boleh dawas. Macam ubat jugalah, kalau selalu sangat digunakan kemujarabannya akan hilang. Dulu semua orang kagum P. Ramlee dan rakan-rakan seperjuangan kerana susah untuk temui mereka.

Sekarang orang tidak hormati dan kagumi para artis sebagaimana orang kagumi P. Ramlee. Kenapa? Sebabnya artis sekarang selain dari wajah mereka hampir setiap malam boleh ditonton di kaca tv atu di dada akhbar dan majalah, mereka juga mudah ditemui pada tempat-tempat seperti di Chow Kit Road. Dalam politik pun begitu yang akan menghadapi sindrom hilang bisa tegal biasa.

Terlalu kerap merterdedahkan pimpinan, khususnya tokoh seperti Dto' Nik Aziz kepada pentas-pentas ceramah akan menyebabkan akan belaku apa yang tidak patut diucap akan diucapkan dalam usaha agar ada perbezaan antara satu tempat ceramah dengan tempat ceramah yang lain yang mana biasanya pendengarnya adalah orang yang sama.

Bagi saya dalam berpolitik setiap sudut dan kemungkinan kena difikir-hitung dengan sterperinci mungkin. Saya masih ingat lagi betapa kroniknya jumlah kedatangan orang ramai pada majlis-majlis ceramah, termasuk yang penceramah utamanya adalah Dato' Nik Aziz semasa saya masih bekerja dengan UPkn. Kerap kali penceramah kena tunggu keatangan orang ramai untuk berucap.

Pada satu majlis yang diadakan di Dewan Perniagaan Cina upamanya, yang datang untuk dengar ucapan dato' Nik Aziz tdak sampai pun 10 orang. Ekoran dari itu kami di UPKn memikirkn pendekatan lain dan bermulalah persembahan pantomin sebelum ceramah diadakan bertujuan menarik orang ramai.

Saya yang sediakan skrip dan bertindak sebagai pengarah manakala pelakun-pelakunya terdiri dari kalangan kakitangan UPKn yang berbakat belaka. Saya tidak tahu apakah apa pendekatan itu masih digunakan atau tidak. Masalah itu berlaku kerana Dato' Nik Aziz terlalu kerap dijadikan DENAK.

Wakil Rakyat Pas Pencen said...
Saya rasa apa yang Ramli (MKJ) bayangkan akan berlaku sehingga dia sanggup diberi pandangan negatif oleh sebilangan besar orang Pas kerana teguran-tegurannya sejaktahun 2005, telah berlaku satu demi satu.Saya teringat kata Ramli. biar orang kata kita musang berbulu ayam dalam perjuangan asalkan hati dan perasaan kita tetap ayam berwajah musang, lebih baik dari berwajah ayam tetapi berhati dan berperut pedal musang.juga katanya manusia akan sentiasa silap dalam membuat penilaian tetapi Allah Maha Adil. biarlah allah nlai kita jangan berdukacita dengan penilaian sesama manusia.Ramli juga kata kalau Pas terus dalam keadaan yang ada sekarang, lambat bangat bau busuknya akan terhidu juga dan ianya bertentangan dengan apa yang dihasratkan oleh para pengasas Pas.Saya teringat juga kata Ramli ramai di kalangan orang yang nampak Pasnya lebih Pas dari para pengasas Pas tidak tahu pun apa itu Pas, apatah agi sejarah kelahiran Pas. Sindrom ini katanya akan akhirnya akan menjadikan Pas bercabang-cabang dan songsang.Ringkas kata, banyak yang Ramli kata/tulis mula menampakkan kebenarannya. Macam mana pun keadaan sudah umpama dahan mumut, silap bergayut boleh jatuh bedebap.Ramli aku tahu ketulusamu dan kesediaanmu untuk dianggap musang berbulu ayam tetpi mu tetap behati ayam. Semuga Allah memberkatimu. Teruskan teguran terus terangmu yang mu anggap satu perjuangan dan peperangan yang tidak seestinya pihak yang benar akan menang!


Saya hanya manusia biasa. Adakalanya ramalan/firasat saya betul dan banyak juga yang tidak tepat. Jangan percaya dengan ramalan/firasat saya, nanti akan termasuk kedalam kategori memBERHALAkan sesama manusia pula.

Adakalanya ramalan/firasat saya betul kerana saya lakukannya tanpa bias di samping sebagai pengamal media, saya begaul dengan semua orang dan bukan terhad kepada sesuatu parti sahaja.

InsyaAllah saya akan terus jadi saya dalam menulis!

9 comments:

Anonymous said...

Selain dari kurangnya program usrah, tamrim, muqayyam dan juga mereka tidak benar-benar kenal apa itu Pas serta kerana mereka berada dalam Pas dalam keadaan ibarat kebun yang sudah berbuah dengan buah-buahnya sudah masak ranum adalah antara faktor kenapa semangat sehati sejiwa dan sederap langkah mula mumut dan rapuh.

SAPO LA BERANI NAK USRAHKAN MENANTU TOK GURU, MELI WOI!! PEGAWAI KHAS DATO' HUSAM PUN TAK DOK HOK BERANI NAK TAMRINKAN JUGAK. TOK GURU DAN DATO' HUSAM PUN TAKKAN LE TAK KAJI SELIDIK DULU TAKAT MANA AKHLAK BAKAL MENANTU DAN BAKAL PEGAWAI KHAS DIA!! ambo rasa semua ni perlu campur tangan pas pusat.

Anonymous said...

Minta jasa baik Encik Ramli angkatkan seluruh transkripsi sidang akhbar Syed Kickdefella dalam yang dihantar pengunjung, letak sekali di bawah satu tajuk khas. Susah nak baca dan ulas. Perlu dikupas satu-satu PC dia tu.

Anonymous said...

Li, pliz. Orang bukan nak dengar cerita pasal anta. Orang nak dengar dan tau apa berlaku pada Tok Guru, pada Arif, pada Syed!!

pokyakgawah said...

SIAN KE MUNG MELI ABIH RENG DOK NGAMPU KERA JAAN TAPI TOKLEH PUJIAN LAGI DARI KERA JAAN BEER END KAWE RASO BAIK TAMBOH LAGI NGAMPU DEMO SEPERTI ...PUJI LAS NAJIB PAROK SKIIT

Budak Pondok Lubok Tapah said...

SAPO LA BERANI NAK USRAHKAN MENANTU TOK GURU, MELI WOI!! PEGAWAI KHAS DATO' HUSAM PUN TAK DOK HOK BERANI NAK TAMRINKAN JUGAK. TOK GURU DAN DATO' HUSAM PUN TAKKAN LE TAK KAJI SELIDIK DULU TAKAT MANA AKHLAK BAKAL MENANTU DAN BAKAL PEGAWAI KHAS DIA!! ambo rasa semua ni perlu campur tangan pas pusat.

November 13, 2009 10:18 PM

.....masaaahnya Pas Kelantan rasa lebih biso dari usat kerana orag biso Pas dok Kelantan. Presiden dan timbalan presiden pun kena smash. Presiden nak buka mulut tegur Kelntan macam apabila beliau sendiri sempat jadiMB sepenggal, lepas tu berkerudun.

Sikap Kelantan rasa lebih biso inilah yang akan menyumbang kepada kemusnahan Pas. Ada umur kita tungg dan lihat.

Orang Dalam Pas Pusat said...

Li, pliz. Orang bukan nak dengar cerita pasal anta. Orang nak dengar dan tau apa berlaku pada Tok Guru, pada Arif, pada Syed!!

JANGAN ASYK HARAPKAN MAKLUMAT-MAKLUMAT TERKINI TENTANG APA YANG BELAKU KEPADA TOK GURU, KEPADA ARIF, KEPADA SYED DARI MELI.

MKJ DAH BUKA SALURAN UNTUK SESIAPA SAHAJA MAKLUMKAN TENTANG APA-APA JUAL MAKLUMAT, SAYA YAKIN BELIAUAKAN SIARKAN SECARA ADIL DAN SAKSAMA, TIDAKADA PEOTONGAN DAN PENYUNTINGAN.

KALAU YANG SYED ZAIDI YANG PERNAH TEGANG DENGAN DIA DULU PUN DIA LEPASKAN SEPENUH TRANSKRIP SIDANG AKHBAR SYED, TENTULAH MAKLUMAT-MAKLUMAT LAIN TIDAK AKAN DIPOTONGNYA.

SAYA MENGHARAPKAN PIHAK ARIFFAHAMI PULA GUNA PELUANG YANG MKJ BUKA UNTUK MEMBUAT PENJELASAN ATAU PUN TOKGURU SENDIRI. PERCAYALAH WALAUPUN MKJ TIDAK ADA LEBIH APA-APA, TIDAK HILANG BISA ULAR MENYUSURI DURI.

Go head no gostand said...

pokyakgawah said...
SIAN KE MUNG MELI ABIH RENG DOK NGAMPU KERA JAAN TAPI TOKLEH PUJIAN LAGI DARI KERA JAAN BEER END KAWE RASO BAIK TAMBOH LAGI NGAMPU DEMO SEPERTI ...PUJI LAS NAJIB PAROK SKIIT

November 13, 2009 11:34 PM

,,,, palat punya kepala, Begapo hak Meli ampunya?. Meli bukannya orang politik, yang patut tembak dia tembak, yang patut sembe dia sembe, yang patut sekeh dia sekeh, yang patut dia kasi batu pelir macam lembu jantan, dia kasi,hak patut puji dia puji. Tu ampu ke namanya. Mu reti ko dok ampu tu begapo rima/ orang lagu ni dengan aku lambat bangat makan tongkat anak langsat atas ppalo.Meli mu kat beapo pun dia takpo. Ssengih sokmo.

Mu jangan nak samakan orang lain denganmu, jangan nak samakan perut pedal Meli dengan prut pedalmu.

Anonymous said...

Hebat sunggoh kakas meli ni. harap ariffahmi jawab.

JOHAN said...

Satu demi satu tembelang pemimpin dan pendokong PAS terbongkar.
Agaknya Allah meminta kita memikirkan dan mengkaji disebalik mengapa isu ini berlaku?
Adakah PAS menjunjung nilai Islam sebenar???
Adakah Ariffahmi benar?
Adakah Kickdefella benar?
Adakah tok guru benar? (isu penajaan haji)
Saya terkeliru lagi dalam menilai kebenaran!