Tuesday, November 17, 2009

MUNCUL KEMBALI (508)

Pecah amanah pada diri sendiri punca berlakunya rasuah

DENGAN 605 ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sepanjang tahun lepas kerana disyaki telibat dengan rasuah adalah satu jumlah yang besar dan ianya kena dilihat sebagai suatu kecederaan moral bagi negara yang beragama-rasmikan agama Islam.

Dengan jumlah itu, maka purata yang ditahan kerana amalan yang tidak bermoral itu adalah sekitar dua orang setiap hari dan ianya berlaku ada kaitan dengan kerosakan dan kecederaan moral kalangan yang terlibat.

Untuk panduan bersama, saya mahu menari penarik perhatian pembaca tentang cerita seorang rakan sekampung bernama Imin Ahmad yang merupakan lepasan pusat pengajian tinggi jurusan perkapalan di Jepun yang katanya amanah adalah antara tunggak kehidupan bermasyarakat rakyat di negara matahari terbit itu.

Di negara berkenaan yang bilangan penganut Islamnya hanya kecil sahaja, seandainya penghuni rumah pangsa meninggalkan rumah dalam keadaan berkunci, maka jiran sebelah menyebelahnya akan berpindah rumah kerana merasa diaibkan oleh jiran yang mengunci rumahnya tadi.

Meninggalkan rumah dengan berkunci secara tidak langsung si yang meninggalkan rumah tadi akan dianggap mencurigai keamanahan jiran sebelah menyebelah, sekali gus boleh bersifat suatu sindirian ketidak-kepercayaan terhadap keamanahan jiran-jiran.

Di negara ini bukan sahaja rumah yang ditinggalkan tidak berkunci, rumah yang berpagar, berkunci, yang dengan lengkapi dengan kamera litar, malah ketika tuan rumah berada dalam rumah pun boleh dipecah asuk oleh pencuri, penyamun dan perompak.

Keadaan itu berlaku kerana hilangnya amanah kepada diri sendiri dalam menjaga nyawa dan jasad yang diamanahkan oleh Maha Pencipta. Masing-masing merasakan diri adalah hak mutlak mereka dan mereka boleh buat apa sahaja yang mereka suka.

Walhal sama ada jasad atau nyawa adalah dipinjamkan oleh Allah kepada kita yang man kita kena akur dengan syarat-syarat yang diberikan oleh pemberi pinjam tentang apa yang boleh dan tidak boleh dilakukan.

Untuk menerangkan dengan sejelas-jelasnya tentang apa yang boleh dan tidak boleh dilakukan oleh yang diberi pinjam, maka pemberi pinjaman yakni Allah utuskan nabi dan rasul serta kitab panduan, yakni al-Quran.

Kerana membelakangi kitab panduan dan juga nabi dan rasul yang diutus dlam memberi peringatan dan pengajaranlah , maka berlakunya salah faham tentang pemilikan jasad dan nyawa, menyebabkan bila melakukan pecah amanahyang tidak akan dianggap sebagai suatu pelanggaran perjanjian dengan Maha Pencipta.

Justeru walaupun dilaporkan seramai 605 orang dengan 232 (54%) orang awam dan kakitangan swasta manakala 282 (46%) lagi merupakan pegawai kerajaan ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sepanjang tahun lepas kerana disyaki terlibat dengan rasuah, perlakuan rasuah tetap akan terus belaku.

Lagi pun jumlah yang dilaporkan itu adalah yang berjaya ditahan, yang tidak ditahan kerana tidak ada laporan dibuat dan tidak cukup bukti untuk ditahan tentulah lebih ramai. Gara-gara lebih ramai bilangan yang tidak ditahan dan tidak cukup bukti untuk ditahanlah, maka amalan rasuah terus berlaku kerana melakukan rasuah tetapi gagal dibuktikan keterlibatannya untuk ditahan oleh SPRM dianggap suatu kehebatan dan kebijaksanaan olh pelakunya.

Ada penerima rasuah kerana adanya yang memberi. Disedari atau tidak oleh penerima dan pemberi, sebenarnya mereka adalah merupakan kumpulan manusia yang rosak akhlak, moral dan pecah amanah pada diri sendiri kerana tidak sedar diri bahawa apa yang dimiliki sama ada atas nama jasad atau roh segalanya adalah diberi pinjam oleh Allah yang sepatutya hanya boleh digunakan untuk apa yang suruh dan tidak akan buat apa jua yang ditegah.

Jika setiap orang sedar diri dan mengkaji asal usul kejadian serta tujuan mereka dihidupkan di muka bumi ini, maka bukan sahaja rasuah tetapi apa-apa jua perbuatan yang terlarang yang seratus peratus akan bertentangan dengan sistem hidup bermoral tidak akan dilakukan kerana moral itu sendiri akan terbentuk oleh iman dan takwa.

Manusia yang moralnya dibina oleh iman dan takwa tidak perlu dikawal dan didisplinkan dengan penguatkuasaan undang-undang.

4 comments:

Anonymous said...

Disedari atau tidak oleh penerima dan pemberi, sebenarnya mereka adalah merupakan kumpulan manusia yang rosak akhlak, moral dan pecah amanah pada diri sendiri

MELI, MU NAK KATA KAT TOK GURU AKU KAH NI WEI??? BERINGAT SIKIT MELI, JANGAN DUK NGATA KAT TOK GURU AKU WEI, NATI KENA MAKAN TULAH..

Kakoh said...

Kah!kah!kah!kah!kah!kah!kah!kah!
Kah!kah!kah!kah!kah!kah!kah!kah!
Kah!kah!kah!kah!kah!kah!kah!kah!
Kah!kah!kah!kah!kah!kah!kah!kah!
Kah!kah!kah!kah!kah!kah!kah!kah!
Kah!kah!kah!kah!kah!kah!kah!kah!
Kah!kah!kah!kah!kah!kah!kah!kah!
Kah!kah!kah!kah!kah!kah!kah!kah!
Kah!kah!kah!kah!kah!kah!kah!kah!
Kah!kah!kah!kah!kah!kah!kah!kah!
Kah!kah!kah!kah!kah!kah!kah!kah!
Kah!kah!kah!kah!kah!kah!kah!kah!
Kah!kah!kah!kah!kah!kah!kah!kah!
Kah!kah!kah!kah!kah!kah!kah!kah!
Kah!kah!kah!kah!kah!kah!kah!kah!

Siamang said...

Terlalu mudah buat persepsi. MKJ ulas pasal penahanan merekayang disyaki terlibat denga rasuah, kait-ecer dengan tok guru dia pula. Bila makan nangka sendiri kena getahlah, siapa makan lada cengik sendiri rasa pedaslah

Anonymous said...

Daripada Abu Hurairah r.a. berkata, Rasulullah saw. bersabda. "Lagi akan datang kepada manusia tahun-tahun yang tandus. Dan pada waktu itu orang yang berdusta dikatakan benar dan orang yang benar dikatakan berdusta. Orang khianat akan disuruh memegang amanah dan orang yang amanah dikatakan pengkhianat. Dan yang berpeluang bercakap hanyalah golongan "Ruwaibidhah"”. Sahabat bertanya, "Apakah Ruwaibidhah itu hai Rasulullah?". Nabi saw. menjawab, "Orang yang kerdil dan sebenarnya hina dan tidak mengerti urusan orang ramai”. Diriwayatkan oleh Ibnu Majah.