Monday, November 23, 2009

MUNCUL KEMBALI (518)

Majalah dan akhbar tidak ada beza kepada pegawai pendakwa KDN

KES pendakwaan pihak KDN terhadap saya selesai. Saya didenda RM1,500 atau penjara tiga bulan jika gagal jelaskan denda. Saya cuba untuk membuat pembelaan diri apabila saya dituduh menerbitkan majalah Fajar Islam tanpa permit sedangkan yang saya terbitkan adalah akhbar mingguan.

Pegawai pendakwa KDN kata dalam peraturan KDN, majalah dan akhbar serupa sahaja. Hakim pula masa buat ulasan kata saya didakwa kerana menerbitkan Fajar Islam tanpa permit, bukannya didakwa kerana isinya. Maknanya apa alasan yang saya berikan, saya akan dihukum bersalah.

Saya nampak kalau saya minta dibicarakan pun kemenangan tidak akan berpihak kepada saya kerana bagi pegawai pendakwa, antara majalah dengan akhbar tidak ada apa bezanya. Walhal semasa memohon permit dan isi borang pohon permit, pemohon kena sebut dengan jelas sama ada permit yang dipohon adalah akhbar atau majalah.

Malah mock-upnya (contoh) kena dalam bentuk majalah (berkacip) kalau yang dipohon dalah permit adalah majalah dan dibuat dalam bentuk akhbar kalau permit yang dipohon adalah akhbar. Tapi pegawai pndakwa kata KDN kata tidak ada beza. Saya mula bermain dengan permitnya sejak tahun 1990 lagi.

Ekoran dari perbicaraan tadi saya dapat jawapan kenapa Fajar Islam yang sudah berusia empat atau lima tahun dan saya hantar wang RM800 bagi pembaharuan permitnya dikembalikan semula oleh pihak KDN.

Atas kesedaran bahawa saya akan berdepan dengan hujahan untuk pendakwa yang tidak cukup maklumat tentang selok belok penerbitan dan maklumat tentang Fajar Islam, maka saya mengambil keputusan mengaku salah.

Saya tidak mahu acap kali berada di mahkamah supaya akhirnya saya akan hilang keyakinan terhadap proses keadilan mahkamah. Sya mahu cepat beredar dari mahkamah supaya saya tidak akan dapat lebih makumat tentang proses kemahkamahan yang pasti akan saya menulis mengeainya.

Setidak-tidaknya pihak KDN sudah berjaya membantutkan perniagaan saya dan ekoran tindakan itu seramai 12 kakitangan syarikat saya dengan bilangan terbesar adalah siswazah hilang pekerjaan. Saya boleh terus hidup dalam keadaan twalaupun tidak senang tetapi tidaklah bangsat sangat.

Cuma agak menyedikan kerana untuk dapatkan RM1,500 sebagai penganggur tua nampaknya tidak mudah. Atas kertas saya bukan tidak ada wang kerana sebanyak lebih Rm200,000 hasil jualan Mingguan Wasilah dijelaskan oleh pembeli. Saya juga ada sumber bulanan yang sepatutnya dilunasi setiap sebelum 28 haribulan setiap bulan sebanyak RM2,000.

Tetapi bila saya perlukan wang itu, tidak ada yang serius membantu saya, terpaksa masuk penjara selama tiga bulan kalau gagal membayar denda nampaknya tidak menjadi sesuatu yang dsimpatikan oleh kalangan yang sepatutnya kena segera dibank-inkan kerana wang saya ada pada mereka.

Mujurlah dalam keadaan saya nyaris-nyaris digari dan dibawa ke penjara, ada sahabat lama yang merupakan teman yang sering bersama saya menjalankan aktiviti memancing, menjala dan memukat ikan datang membuat pembayaran (dalam bentuk pinjaman) walaupun beliau bukan orang kaya.

Setelah 53 tahun 23 hari saya hidup di dunia, hari ini adalah merupakan hari yang paling menyedihkan saya, malah saya mula sedar tentang kesendirian yang akan dihadapi di akhirat nanti. Dalam keadaan saya perlukan RM1,500 pun saya sudah tak ada anak, tak ada menantu, tak ada bini, tak ada kawan-kawan di sisi, malah kalau saya dipenjara tiga bulan, kononnya peluang untuk dituntut fasakh. Kalau ungkapan itu bukannya diucapkan oleh muslimat Pas yang aktif, saya tidak ambil hati.

Saya benar-benar sedih dengan penghinaan itu. Banyak air mata lelaki saya tumpah. Saya menulis posting ini dalam keadaan kesedihan yang amat sangat. Saya didenda dan kalau gagal bayar denda maka saya dipenjara, ianya bukan kerana saya melakukan jenayah tetapi kerana saya menjadi pahlawan pena, pembaca boleh teliti sendiri ke arah mana hala tuju isi kandungannya!

6 comments:

bakaq a.k.a. ~penarik beca said...

Be,

Kalu mu nak hidup senang hati, pegang petua ini:

Victory is ours, defeat is mine.

Kalu berjaya, itu kejayaan kita bersama. Kalau kalah atau gagal, aku sorang yang kalah atau gagal.

Makna kata, kalau aku susah itu kesusahan aku seorang dan aku hanya harapkan campur tangan Allah.

Kalau berjaya, itu kejayaan kita bersama.

Kalu mu pegang petua tu, boleh hidup dgn hati yg senang.

john said...

hah..pak bakaq pun bagi semangat ko abe li..maknanya abe li ni buke calang2...


yo lah abe li..sedih jugok ambo baco..buat guano..cumo petuo ambo tok seberapo ni pulok...'kalu kito raso kito susoh, sebenarnyo rama lagi hok susoh dari kito'..

tengok pado testimonial kerjo hok abe li lampir tepi blog tu..kadang2 tok sepadan dengan kesusohan yang sedang abe li alami....teruskan menulis..

Panglima Perang Cyber said...

hari ini hari ujian Allah kepada saudara.

hari esok barangkali kesenangan berganda menanti kita semua.

Pegang surah Al Nasyrah : Inna maalusri yusra.

sekadar mengingatkan diri dan rakan seperjuangan..

sabar

Anonymous said...

ANTARA PATI2 YG BAKAL BERTANDING DLM PRU KE-13

KOMPONEN BN
* Pertubuhan Kebangsaan Melayu
Bersatu (UMNO)

* Persatuan Cina Malaysia (MCA)

* Kongres India Se-Malaysia (MIC)

* Parti Gerakan Rakyat Malaysia
(Gerakan)

* Parti Progresif Penduduk (PPP)

* Parti Pesaka Bumiputera Bersatu
(PBB)

* Parti Rakyat Bersatu Sarawak
(SUPP)

* Parti Maju Sabah (SAPP)

* Parti Bersatu Sabah (PBS)

* Parti Liberal Demokratik Sabah
(LDP)

* Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS)

* Pertubuhan Pasokmomogun
Kadazandusun Bersatu (UPKO)

* Parti Demokratik Progresif
Sarawak (SPDP)

* Parti Rakyat Sarawak (PRS)

# Parti Rakyat Malaysia (PRM)

# Kongres Dayak Malaysia (MDC)

# Parti Pekerja-Pekerja Malaysia
(PPM)

# Barisan Jemaah Islamiah
Se-Malaysia (BERJASA)

# Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP)

# Kongres India Muslim Malaysia
(KIMMA)

# Angkatan Keadilan Insan Malaysia (AKIM)

# Parti Demokratik Malaysia (MDP)

# Barisan Kemajuan India
Se-Malaysia (AMIPF)

# Parti Punjabi Malaysia (PPM)

# SPR

# SPRM

# PDRM

# UTUSAN MELOYA

# BERITA HAIRAN

# METRO

# KOSMO

# TV3 SUKU

# BELIA 4B

# KEMAS

# ATM (UNDI POS )

# JAKIM

# IKIM

# YADIM

# ISIS

# PARTI BEBAS PERAK

# PARTI BEBAS KELANTAN

# PARTI BEBAS SELANGOR

# PARTI MELAOMPAT PASCA PRU ....?


Parti komponen Pakatan Rakyat

* Parti Keadilan Rakyat (PKR)
* Parti Tindakan Demokratik
(DAP)
* Parti Islam SeMalaysia (PAS)

Anonymous said...

sabar abe...

Mat Pasir Mas

ambo said...

Bersabar tuan....