Monday, November 23, 2009

MUNCUL KEMBALI (520) - DIKEMASKINI DENGAN PEMBETULAN EJAAN

Bila blogger terguris hati

SEBELUM berlaku gelombang besar dalam Kerajaan Pas Kelantan yang bermula dan berpunca dari Perbadanan Menteri Besar Kelantan, (PMBK), para blogger dan blog masing-masing tidak pernah dipandang negatif.

Malah blog telah dilabel sebagai saluran maklumat yang diungguli Pas/pembangkang manakala Umno/BN agak jauh ketinggalan dalam menguasai blog dan blogger. Blog dan blogger telah memberi pukulan hampir maut kepada Umno/BN sebelum wujudnya blog dan blogger yang mempertahankan Umno/BN yang semakin hari jumlah blog dan blogger pro Umno/BN semakin seimbang dengan yang pro Pas/pembangkang.

Kegagalan Umno/BN mengekalkan majoriti 2/3 sebagai kerajaan dan Umno/BN kehilangan Pulau Pinag, Kedah, Selangor, Perak (sebelum kembali kepada Umno/BN) semula dan kejayaan Kerajaan Pas Kelantan mengukuhkan majoriti kemenangan pada pilihanraya umum ke-12 dari majoriti nyawa-nyawa ikan pada pilihanraya umum ke-11 adalah rata-rata kerana peranan blog dan blogger berpihak kepada pembangkang.

Dengan kata lain, blog dan blogger selama ini dilihat banyak membantu pembangkang termasuk Pas dalam menarik sokongan dan simpati, sekali gus peranan blog dan blogger telah menyebabkan ramai pengundi menolak Umno/BN.

Akhbar-akhbar arus perdana serta saluran radio dan tv pun gagal mengimbangi kehebatan blog dan blogger yang dilabelkan sebagai saluran maklumat bentuk baru yang lebih cepat dan berkesan dalam penyaluran maklumat.

Tetapi ekoran dari gara-gara mainan blog dan blogger, maka berlaku ribut taufan dan tsunami dalam Pas, terutama dalam Pas dan Kerajaan Pas Kelantan, tambah-tambah apabila kedudukan Dato' Nik Aziz agak tergugat dengan beberapa pendedahan di samping berlaku banyak percanggahan kenyataan laporan dalam blog milik blogger tentang tokoh-tokoh tertentu dalam Pas dan Kerajaan Pas Kelantan, nampaknya peranan blog dan blogger mula dipertikaikan sebagaimana laporan akhbar arus perdana sering dipertikaikan selama ini.

Menantu Menteri Besar Kelantan yang juga Mursyidul Am, Ariffahmi Abdul Rahman yang akur dengan arahan mertuanya supaya meletakkan jawatan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) bertegas apa yang berlaku ke atas dirinya angkara fitnah, terutama oleh penulis blog apabila Dato' Nik Aziz selau mertuanya mengarahkan beliau sebagai menanantu melepaskan jawatan di PMKB selepas mertuanya itu menerima kunjungan Presiden Pas, Dato' Seri Abdul Hadi Awang, Timbalan Mursyidul Am Pas, ,Dato' Dr Haron Din, Naib Presiden Pas, Sallahudden Ayob dan Bendahari Pas Pusat, Dr Hatta Ramli.

Dato' Nik Abdul Aziz sendiri menganggap menantunya adalah mangsa fitnah kerana selain dari beliau menerima banyak surat layang tentang menantunya itu, kononnya menantunya turut difitnah melalui blog.

Ertinya dalam kes Ariffahmi, Dato' Nik Aziz yang juga turut memiliki blog sendiri kurang berpuashati dengan blog dan blogger yang telah menggugat kedudukan menantunya, malah turut meperisukan tajaan untuk beliau sekeluarga menunaikan haji, menyebabkan pemergian ke Mekah tahun ini dibatalkan supaya reputasinya tidak mejadi lebih tercalar.

Sukar untuk diramalkan setelah akhbar dan media elekronik arus perdana dianggap sering berniat tidak jujur kepada Pas dan Kerajaan Pas Kelantan, kini blog dan blogger pula dilihat sebagai menimbulkan fitnah, saluran maklumat apa lagi yang akan dianggap suci oleh Pas,terutama oleh Kerajaan Pas Kelantan dan oleh Dato' Nik Aziz serta orang di sekelilingnya selepas ini. Yang pasti, blog dan blogger yang telah berperanan menaikan imej Pas, imej Keraaan Pas Kelantan dan ketokohan Dato' Nik Aziz selama ini, kini telah diperspsi berperanan sebaliknya.

Apakah Pas dan Kerajaan Pas Kelantan mampu mempertahankan kemenangan yang dimiliki sekarang pada pilihanraya umum ke-13 nanti tanpa peranan dimainkan oleh blog dan blogger yang pasti akan berbelah bahagi dalam berperanan membantu Pas, membantu Kerajaan Pas dan dan membantu Dato' Nik Aziz secara peribadi setelah para blogger dan blog diperspsikan dengan tanggapan yang barngkali tidak pernah disangka oleh para blogger pro pembangkang.

Untuk dapatkan jawapan pasti, sama-samalah kita tunggu dan dilihat apa keputusan pilihanraya umum ke-13 nanti yang edahnya semakin hampir. Saya yakin dengan menganggap blog dan blogger menfitnah, mahu tidak mahu akan ada blogger yang terguris. Para blogger akan memberi warna dan nada bersandarkan apa yang terkandung dalam hatinya untuk posting-posting dalam blog yang dikendalikan.

4 comments:

tukang taip said...

adanya bloger seperti abe li, yang tanpa memihak kepada mana2 pihak akan membantu kelompok atas pagar lebih matang membuat pilihan...

harap abe li terus berkarya, jangan berhenti menulis

peminat setia

Anonymous said...

Kota Siputeh: SPR peroleh perintah penggantungan sementara

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) sebentar tadi berjaya mendapatkan perintah penggantungan sementara (interim stay order) daripada Mahkamah Rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi semalam, mengenai kekosongan kerusi DUN Kota Siputeh, Kedah.

Semalam, Mahkamah Tinggi mengekalkan keputusannya pada 16 November lalu, bahawa kerusi DUN Kota Siputeh kosong dan pilihan raya kecil kawasan perlu diadakan.

Panel tiga hakim Mahkamah Rayuan yang diketuai Datuk Sulong Mat Jaraie memutuskan perkara berkenaan selepas bersidang sejak jam 2.30 petang tadi

SYABAS SPR KERANA SUSAH PAYAH UNTUK BELA BEER END

Anonymous said...

Masalah disini...

Kalu hok dio buat sumo btol...
Orang lain buat sumo saloh...

Hok dio Islang...
Ore lain tak Islang...

john said...

Oloh..tok payoh dok teraso lah abe li..hok teraso2 ni jenis hok make lado,dio raso lah pedasnyo..

gak selamo kening ore tok sependapat nga abe li tuh tak dok apo-apo eh..baso dio doh..kalu kito raso kito betul,caro apo kok rae nyo..tengok macae sheik kickdefella tu..hok ambo napok jelasnyo..tok guru tuju ko dio! tapi doh dio raso di pihok yang benar, kalu ore tok puas hati pun dio suruh saman dio..ko guano?