Kemelut meLanda Nik Aziz: pendukung dan penyokong belum boleh tidur lena
KEMELUT yang melanda dan menyebabkan Mursyidul Am Pas, Dato' Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat yang juga Menteri Besar Kelantan secara tidak langsung melihat betapa beliau yang sering membuatkan banyak pihak terpaksa berdepan dengan pelbagai kemelut kerana kenyataan-kenyataannya kini sedang dirasainya betapa sukar berada dalamlingkaran kemelut
Ini terbukti apabila beliau mengakui bahawa fikirannya kusut berikutan kemelut yang melibatkan menantunya, Ir. Abdul Ariffahmi Abdul Rahman dalam Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK), malah semacam ada kesedaran dalam dirinya apabila beliau berkata "Biasalah kita serang musuh, musuh serang kita. Kita jangan emosi".
Terbukti bahawa saranan mantan Perdana Menteri Kelima Tun Abdullah Haji Ahmad Badawi semasa masih Perdana Menteri dulu yang teruk diserang dan dikemelutkan gara-gara menantunya, supaya Pas jangan serang peribadi dalam berpolitik, ada benarnya.
Kalau Tun Abdullah dikemelutkan kerana menantu, Dato' Nik Aziz juga kini dikemelutkan oleh gara-gara menantu. Bezanya menantu Tun Abdullah yakni Khairy Jamaludin selaku Ketua Pemuda Umno Malaysia tidak disiasat oleh Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia SPRM) tetapi menantu Dato' Nik Aziz, Ir Abdul Ariffahami Abdul Rahman kini dalam siasatan SPRM.
Siasatan dakwaan penyalahgunaan dana di Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) oleh menantu Dato' Nik Aziz tetap diteruskan walaupun Ketua Pegawai Eksekutif perbadanan itu, telah meletakkan jawatan. Itu ketgasan pihak SPRM yang kii telah menyiapkan 60 peratus kertas siasaran dalam kes berkaitan.
Maknanya imej dan reputasi Dato' Nik Aziz yang juga selaku Pengerusi PMBK yang tercalar gara-gara menantunya belum benar-benar pulih selagi hasil siasatan SPRM masih berjalan. Pendukung dan penyokong Paspro Dato' Nik Aziz masih belum boleh tidur lena lagi berkaitan kemelut yang melanda.
Lagi pun Abdul Ariffahmi yang bersedia melepaskan jawatannya ekoran arahan mertuanya setelah rombongan pimpinan Pas Pusat yang diketuai oleh pPresiden parti, Dato' Seri Abdul Hadi Awang menemuinya, masih belum memutuskan bila akan meletakkan semalam.
Rombongan Pas pusat dikatakan menasihatkan Dato' Nik Aziz agar menjaga nama baik kepimpinan Islam khasnya Pas dan langkah sewajarnya ialah agar Abdul Ariffahmi mengundur diri.
Tuesday, November 24, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
apabila ada masalah didalam pas, pemimpin pas dari atas hingga bawah akan seringkali menyalahkan UMNO...
ambo tengok pas ni ore UMNO takleh nok usik lasung sebab umno bermasalah besar dikelate...
kalu pas royak umno buat kuca ko PAS kelate, maknonyo pas takut denge baye-baye sendiri.
harap pas bo la duk nyaloh ko ore lain nyok, serbut ambo tengok...
cuba betul molek gak pimpinan tu
-ore mache
salahkan orang lain, burukkan orang lain tak patut berterusan dalam mana-mana parti.
Cara berpolitik sedemikian tidak sesuai dengan keadaan sekaran, malah ianya banyak mendatangkan dosa dari pahala.
daripada memburuk atau menyalahkan lawan terhadap emelut yang melanda kita, lebih baik kita mempeakukan kesilapan sendiri dan berjanji dan buktikan keada pendukung dan penyokong bahawa kesalahan yang sama tidak akan berulang.
Apa salahnya kalau kita akui kebaikan Umno/BN tetapi dimaklumkan kepada rakyat selaku penundi bahawa khidmat yang mampu kita berikan keada rakyat dan negara akan lebih baik dari Umno/BN jika diberi mandat.
Tetapi kena lebih baik sungguhlah. antaranya kena buktikan di negei-negeri yang sudah diperintah. Kalau apa yang berlaku tidak sama dengan apa yang dicakap, perhuduhlah Umno/BN sampai ke langit ketujuh pun Umno/BN tidak akan mampu ditumbangkan.
Post a Comment