Wednesday, November 25, 2009

MUNCUL KEMBALI (527)

Kita pakat doakan yang buat salah insaf dan bertaubat bukan burukkan lagi keadaan

KITA sering dengar rangkai kata 'tidak ada laut yang tidak bergelora,tidak ada bumi yang tidak ditimpa hujan' bagi merujuk kepada hakikat kejadian manusia bahawa tidak ada mansuia yang bukan nabi dan rasul yang tidak melakukan kesilapan dan dosa.

Kerana menyedari bahawa manusia yang diberikan nafsu di samping akal, malah nafsu itu pula akan terdedah dengan bisikan syaitan dan iblis, maka Allah buka pintu-pintu taubat dan pintu syurga untuk yang bertaubat. Malah manusia yang banyak dosa dan bertaubat nasuha, ia akan umpama bayi yang baru lahir, bersih dari dosa.

Macam mana pun kita kena mengelak dari berbuat dosa kerana bimbang sebelum sempat bertaubat, akan sampai ajal kita. Lazimnya perlakuan dosa menjadikan kita leka dan perbuatan itu akan sukar ditinggalkan.

Samalah seperti macam orang ketagih rokok, arak, dadah atau kaki 'bbujang', tidak mudah untuk tinggalkan dengan amalan-amalan keji itu. Orang sukam elakukan rasuah, kelentong, temberang, berjudi dan sebagainya tidak mudah untuk bebaskan diri dari tabiat buruk itu.

Justeru itu seelok-eloknya kita jangan cuba 'berjuma' dengan perlakuan-perlakuan yang boleh membawa kepada kecederaan moral dan akidah. Barangkali kita boleh sembunyikan dari pengetahuan manusia, guna serban, pakai jubah, simpan janggut dan bila bercakap guna ganti nama 'ana' 'enta', orang anggap kita berjurus kerana lakunan kita, tetapi Allah tidak boleh ditipu.

Tipu sesama manusia tidak akan memberi sebarang bekas tetapi kalau Allah cuba ditipu, berdosa dan tepat pendosa adalah di neraka. Kadang-kadang kita tidak sedar bahawa kita menipu Allah dan juga sesama manusia. Kerana itulah kita kena sentiasa basahkan bibir dengan istighfar di samping zikrilleh.

Saya sedar ada pihak yang menyedari bahawa saya pernah ada masalah dengan individu tetentu dalam Global Media Channel (GMC) apabila Mingguan Wasilah yang asalnya diterbitkan oleh Hasrat Tinta Sdn Bhd dipindahkan ke GMC dan belum sempat terbit dibawah syarikat baru itusaya tarik balik permit berkenaan dan saya dituduh menerima bayaran dari Umno RM1 juta kerana tindakan saya itu.

Yang lucunya ada kakitangan unit pemasaran Hasrat Tinta melarang para pengedar di Kelantan dan Terengganu supaya jangan terima bekalan Mingguan Wasilah yang diterbitkan dibawah pengurusan Yusri Yusoff (bekas pengarang di Hasrat Tinta dan kini permit Mingguan Wasilah saya pindah milik kepadanya) kerana kononnya saya telah mencuri permit dari Pas dan bawa lari kepada Umno.

Yang bercakap, yang buat tanggapan dan persepsi liar itu tidak tahu bahawa saya terpaksa ambil tindakan atas segala kuasa yang ada pada saya sebagai pemiliki permit kerana demi keselamatan permit Mingguan Wasilah itu sendiri yang terikat dengan peraturan Kementerian Dalam Negeri (KDN) tetapi Mingguan Wasilah telah diwajahkan seolah-olah KDN berada dibawah ketiak tokoh-tokoh tetentu di Hasrat Tinta.

Ramai kakitangan Hasrat Tinta marahkan saya kerana tindakan saya itu dan saya tidak kecil hati kerana mereka tidak tahu keadaan sebenar dan mereka tidak biasa dengan soal-soal yang berkaitan dengan permit, malah saya yakin ramai di kalangan mereka tidak pernah tengok pun macam mana bentuk rupa permit.

Mereka tidak tahu beban yang terpaksa saya tanggung kerana penarikkan balik pemit berkenaan. Selain dari hasil tulisan saya sendiri berjumlah beribu-ribu tidak dibayar, saya terpaksa jelaskan bayaran untuk para penulis yang tidak dibayar tulisan mereka tetapi telah membuat tuntutan dari saya kerana saya adalah pemilik permitnya.

Kerana itu, kerana saya dilihat ada kaitan masalah dengan GMC, maka ada pihak yang mahukan saya menyelongkar GMC sebagai antara tindak balas tehadap serangan terhadap PMBK yang melihat betapa CEO terpaksa 'kanja' dari PMBK. Perhatikan komen berikut;

Anonymous said...
isu perletakan jawatan ceo pmbk dah selesai...abe li tolong cari watak-watak di syarikat global media channel, dengar cerita syed azidi dan bini dia (bariah ishak) yang tak pakai tudung & tak pernah solat, kerja kat situ...nama-nama seperti tuan hj hashim,khir,mat pauh,redza,ustaz man, razak,cikgu nuri, hj zaidi, syed azidi.

selongkar kisah gmc pulak boss.
anak buah ariffahmi pmbk.

Yang turut telibat dalam urusan penerbitan Mingguan Wasilah adalah Ahmad Shafei dan Dato' Rosli Ibrahim (kini senator) yang mana yang mendapat faedah besar adalah orang KL yakni Yunos Said (kini arwah) dan Zulikifli Sulong yang makan isi manakala kakaitang lain pada saya sekadar hanya hirup kuah separuh basi sahaja.

Haji Hashim Omar, Mohd. Khir Abdul Ghani, Mat Pauh, Ustaz Man (Abdul Rahman Yunos)memang saya kenal benar. Razak Abdul Ghani (bekas TV3) saya kenal tapi tak mesra, Cikgu nuri, Haji zaidi, Redza saya tak kenal. Syed Azidi 9kickdefella) saya pernah jumpa sekali teapi isterinya Bariah ishak saya tak pernah tengok dan tak kenal langsung.

Sebenarnya banyak fe'el perangai orang Pas yang saya tahu. Yang tidak sembahyang tetapi Pasnya lebih totok dari para pengasas Pas pun ada dalam pengetahuan saya. Tapi saya tidak pernah mengharapkan mereka terus dalam keadaan asal mereka. Semuga mereka insaf dan bertaubat nasuha.

Saya pernah tengok sendiri macam mana seorang pimpinan Pas kawasan membawa masuk wanita dalam bilik semasa saya ikuti rombongan kerajaan negeri ke Hadnyai. Kebetulan bilik pemimpin berkenaan bersebelah dengan bilik saya. Pemimpin itu sekarang sudah jadi wakil rakyat di satu kawasan pun. Kalau saya dedahkan pun apa yang akan saya dapat, termsuklah kalau saya dedahkan tentang GMC. yang sah, saya akan dapat dosa.

Lagi pun bukankah Islam mahu kita menutup keaiban orang, malah keaiban sendiri pun tidak boleh didedahkan. Tetapi kadang-kadang diluar sedar, saya sendiri melakukannya, maklumlah selain dari ada akal, kita manusia ada nafsu yang sentiasa didampingi oleh bisikan godaan syaitan dan iblis.

Saya tidak akan buang masa untuk mencari maklumat dan dedah apa-apa tentang GMC, mana-mana tokoh yang pernah menyusahkan hidup saya, malah turut membebankan saya dari sudut kewangan, telah pun saya maafkan, malah saya sentiasa mendoakan agar masing-masing akan murah rezeki dan tidak akan terus tengok peluang dapat duit, tidak akan jadi macam ikan juara atau ikan lampam tengok taik. Pitih bukan segala-galanya alam hidup ini.

Kalau saudara Anonymous ada maklumat yang perlu didedahkan kepada umum, berfaedah kepada umum dan tidak mendatangkan dosa jika hl-halan dalaman GMC diselongkar, anda boleh salurkan melalui blog saya ini, Insyaallah saya tidak akan buat suntingan krana blog saya ini terbuka sama ada untuk yang bersetuju atau tidak bersetuju dengan keterbukaan saya.

3 comments:

john said...

Salam Abe li...

Betul tu abe li..tapi ambo tok setuju le dengan abe li pasal pemimpin pas yang wak masuk 'tino' tu kat Hadyai. Abe li buleh buat senyap bila nampak perkara maksiat?..doh la dok pakai lambang islam..yang yang memburukkan pas ni...ko 'tino hok masuk bilik tu 'room service'?..

ghano2 pun ambo setuju kalu abe li raso ado pemimpin pas hok buat onar, abe li dedah le..tapi keno ado bukti laa..kalu dedoh tak dok bukti nantikan fitnah pulok!..ambik pendekatan mencegah kemungkaran, menyelamatkan masyarakat dari menyelamatkan individu..bukan nok buka aib orang.....wassalam.

melikapakjangak said...

JAWAPAN KEPADA TUAN JOHN
Perempuan tu bukan 'room service'?.Saya nampak pemimpin berkenaan (kini seorang ADUN) cepat-cpat tolak perempuan tu masuk bilik, waktu tengah malam, bukan siang hari.

Saya tak mahu dedah namanya demi untuk kepentingan parti yang diwakilinya. Kalau kini dia bertaubat nasuha (muda-mudahan dia bertaubat) dia akan bersih macam bayi baru lahir.

Kerana itu bila ada yang kata orang Pas (terasuk tok wakil) berjurus belaka, saya tak berapa percaya mana. Kalau ada yang kata urusan dengan kerajaan pas Kkelantan tak ada TOL, tak ada hulur sampul dan sebagainya, saya tidak percaya kerana saya tengok keadaan itu berlaku.

Semuanya disembunyikan dari pengetahuan Dato' Nik Aziz.Kalau beliau tahu, saya yakin Dato' Nik Aziz akan menangis hingga ke hujung nyawa dengan kerenah orang Pas yang barangkali baginya macam beliau belaka.

Kerana itulah saya (bagi saya fardu kifayah) untuk saya mufarakah dari Pas. Bukan kerana saya terlebih alim tetap kerana kebetulan saya mengaji sekolah agama lebih kurang. Kata ustaz saya, mengaji tak banyak pun tak apa asalkan apa yang kita mengaji diamalkan, ada ilmu tapi tak apa umpama okok tak berbuah. - RAMLI ABDUL HALIM

melikapakjangak said...

ulang posting dengan pembetulan ejaan

JAWAPAN KEPADA TUAN JOHN
Perempuan tu bukan 'room service'?.Saya nampak pemimpin berkenaan (kini seorang ADUN) cepat-cpat tolak perempuan tu masuk bilik, waktu tengah malam, bukan siang hari.

Saya tak mahu dedah namanya demi untuk kepentingan parti yang diwakilinya. Kalau kini dia bertaubat nasuha (muda-mudahan dia bertaubat) dia akan bersih macam bayi baru lahir.

Kerana itu bila ada yang kata orang Pas (terasuk tok wakil) berjurus belaka, saya tak berapa percaya mana. Kalau ada yang kata urusan dengan kerajaan pas Kelantan tak ada TOL, tak ada hulur sampul dan sebagainya, saya tidak percaya kerana saya tengok keadaan itu berlaku semasa berada dalam kerajaan Pas kelantan kira-kira lapan tahun.

Semuanya disembunyikan dari pengetahuan Dato' Nik Aziz.Kalau beliau tahu, saya yakin Dato' Nik Aziz akan menangis hingga ke hujung nyawa dengan kerenah orang Pas yang barangkali baginya macam beliau belaka.

Kerana itulah saya (bagi saya fardu kifayah) kena mufarakah dari Pas. Bukani kerana kebetulan saya mengaji sekolah agama lebih kurang. Kata ustaz saya, mengaji tak banyak pun tak apa asalkan apa yang kita mengaji diamalkan, ada ilmu tapi tak diamal umpama pokok tak berbuah. - RAMLI ABDUL HALIM

November 25, 2009 10:41 PM