SEMALAM saya tidak sempat untuk berada di depan komputer. Sehari suntuk di kampung. Sebagaimana biasanya setia prumah dikunjungi dan disuruh makan walaupun sekadar sebuku daging goreng, daging bakar tawar atau daging singgang. Untuk hari hari raya korban pertama tahun ini, sebanyak 17 ekor lembu tumbang di kampungku Rong Chenak.
Entah kenapa kalau saya menolak supaya singgah di mana-mana rumah, orang kampung saya akan merasa amat kecewa, malah akan mula 'berbelas' yakni diungkit tentang standard masing-masing yang kononnya tidak seberapa menjadikan saya tidak sudi. Kalau singgah sekejap sahaja pun mereka akan rasa bangga, kononnya Meli singgah rumah mereka.
Sebenarnya mereka mahu tahu macam-macam tentang hal ehwal semasa. Bagi mereka nampaknya saya adalah antara idola walaupun saya merasa amat kerdil untuk diidolakan. Saya tahu mereka bangga lebih dari saya sendiri banggakan diri saya sendiri apabila dulu nama nama saya dan nama kampung sering berkumandang di radio melalui skrip-skrip drama radio saya.
Kerana itu kepada anak-anak mereka akan dikatakan belajarlah bersungguh-sungguh, setidak-tidaknya jadi macam Meli. Bagi mereka saya adalah sumber maklumat. Macam-macam yang mereka tanya, malah pada masa yang sama akan diinfokan pada saya supaya saya tulis di akhbar apa yang mereka infokan.
Pada raya kali ini mereka turut bercerita bagaimana orang kampung saya kini mampu makan seekor ikan beharga RM50 ekor, bukan lagi hanya mampu makan nasi belaukkan ikan kering hampak bengkok kepala macam dulu dan berulamkan celor pucuk ubi, bayam peaksi, rebung buluh, pucuk ketereh, pucuk putat, pucuk laka, pucuk serai samak dan lain.
Selain dari anak-anak sudah dapat pekejaan yang baik (setiap keluarga setidak-tidaknya dua orang anak bekerja makan gaji dengan kerajaan dan mereka adalah lepasan universiti), kemelambunganya harga getah juga menjadikan mereka jauh hidup lebih mewah dari saya sendiri yang mereka sangka hidup senang sebagai taukeh/penebit akhbar mingguan dan majalah.
Untuk sebuah kampung dengan jumlah rumah sekitar 50 buah sahaja, sebanyak 17 ekor lembu tumbang pada hari raya pertama membuatkan saya menarik nafas lega. Msih ada yang akan melakukan sunat korban pada hari raya kedua dan ketiga. Hari ini (Sabtu saya akan balik sekali lagi ke kampung kerana ada majlis perunangan anak saudara saya, anak kepada adik saya yang seibu tetapi berlainan bapa.
Walaupun bini tidak mungkin dapat hadir kerana ada kerja politiknya, saya semacam dipaksa balik juga oleh bapa tirinya saya yang menggantungkan harapan dengan lilihan air mata. Beliau sendiri sering banggakan bahawa beliaulah yang memelihara saya ketika saya masih merangkak.
Saya tidak pernah saya dilayan sebagai seorang anak tiri, malah seringkali saya dilayan lebih baik dari anak-anaknya sendiri, yakni tiga adik seibu saya. Demikian juga dengan ibu tiri saya yang kebetuan tidak ada seorang zuriat pun, dianggap saya macam anak sendiri, malah saya sendiri tidak merasakan bahawa dia adalah ibu tiri saya.
Syukurlah kerana kampungku makmur dan warganya hidup selesa. Masa saya kecil dulu, nak rasa ikan laut (orang kampung saya panggil ikan ilir) hanya seminggu atau sebulan sekali kerana masing-masing akan ke pekan sekali sahaja dalam seminggu.
Banyak hari dalam seminggu kena makan lauk ikan ai tawar yang ditangkap di sungai atau di petak-peak sawah sama ada dalam bentuk segar, yang dimasinkan atau dipekasamkan. Masa banjir makanan utama adalah pelbagai jenis ubi-ubian, makanan utama adalah ubi kayu cecah jeruk jering.
Saya juga pernah merasa jeruk buah getah yang kononnya menjadiantara makanan utama pada musim Jepun. Masa dulu pelbagai kulat tubuh di kampung saya seperti kulat pusu, kulat minyak, kulat padang, kulat jenarah, kulat susu kambing, kulat sisir dan kulat tiong. Tapi sekarang sudah tidak ada lagi. Nak merasa keenakkan burung tiruk, kedidi, punai, burung sita, burung rruak, napuh dan pelanduk pun sudah tidak dapat lagi, semuanya itu sudah pupus.
Sekarang orang Rong Chenak sudah makan pizza yang bukan mereka keluar beli tetapi dihantar melalui perkhidmatan pesan dan hantar. Gaya hidup di desa terpencil sudah berlalu dan kehidupan mereka sudah tidak berbeza lagi dengan kehidupan orang pekan dan bandar. Saya gembira dengan pencapaian kampung saya.
Namun dalam gembira ada sedihnya juga kerana masjid dan madrasah tidak dipenuhi oleh jemaah macam dulu lagi, malah ada madrasah yang kini tinggal terbiar walapun ramai anak kampung yang pulang dari universiti di negra-negara timur tengah.
Masing-masing tinggalkan kampung dan makan gaji di luar, kebanyakan di Kuala Lumpur. Yang imarahkan madrasah itu sudah mati semuanya. Masjid pun bila saya singgah bejemaah, cuma ada tok iman dan tok bilal serta seorang jemaah wanita sahaja. Masa saya masih di kampung dulu, masjid sntiasa penuh dengan jemaah.
Ada yang melahirkan kebimbangan tentang masa depan kampungku tentang kemalapan masjid dan madrasah. Tetapi saya tidak ada formula untuk menyekat keadaan dari terus berlaku. Siapa di kalangan anak-anak kampung yang sanggup setelah tamat belajar terus tinggal di kampung bagi imarahkan majsid dan madrasah.
Jawapan yang boleh saya berikan adalah apa yang berlaku itu adalah kesan kepada kemajuan dan ketamadunan. Anak-anak mahu jadi yang terbaik dan membanggakan ibuapa masing-masing.
Tamat belajar mereka akan cari kerja yang baik-baik dan kerja yang baikitu tidak ada di kampung, mereka kena behijrah. Bagaimana nasib kampung, terutama nasib masjid dan madrasahnya, sukar untuk dipastikan.
Kerana keletihan memikirkan masa depan kampung dan kerana kenyang ekoan dari asyik kena makan sepanjang hari, saya terlena awal dan tidak sempat buka internet dan blog bila sampai di rumah agak lewat malam tadi. Hanya sementara menunggu berkumandangnya putaran kaset bacaan al-Quran sementara menunggu masuk waktu Subuh di masjid behampiran rumah pagi ini, saya sempat buka internet.
Rupanya ada yang kirim sainan tulisan anak perempuan Dato' Nik Aziz yakni Puan Nik Amalina, isteri kepada Ir Abdul Ariffahmi, menantu kontroversi Menteri Besar Kelantan apabila beliau dilantik sebagai Ketua Pegawai Operasi (CEO) Perbadanan Menteri Besar Kelantan.
"Anda kata blog anda terbuka. Kalau macam tu, anda siarkanlah tanpa suntingan tulisan bini Ariffahmi ini. Saya petik dari blog YB Dr Siti Mariah Mahmood. Biar semua orang dapat memberi penilaian yang adil terhadap apa yang berlaku kepada TGNA dan keluaga" begitu catatan pengirim salinan tulisan Puan Nik Amalina.
Berikut saya siarkan spenuhnya surat berkenaan dan saya harap ianya bukan hak eksklusif blog YB Dr Siti Mariah;
Surat Daripada Nik Amalina Nik Abdul Aziz
Salam Ukhuwah,
Hampir empat hari berlalu…ujian yang cukup mencabar bagi kami…InsyaAllah kami tanamkan semangat bahawa ujian ini ada hikmahnya buat kami. Sehinggalah ke saat ini kami masih mampu menjalani kehidupan sepertimana biasa, masih boleh bergelak ketawa bersama anak-anak dan juga tetap bersembang bersama Tok Guru dan Bonda tersayang, serta berborak mesra bersama adik-beradik yang lain daripada kedua-dua belah pihak, yang tentunya tidak pernah keputusan memberi kata-kata semangat juang buat kami serta doa yang berpanjangan buat kesejahteraan kehidupan kami sekeluarga. Terima kasih untuk kalian!
Isu ini sedikit sebanyak mengundang kesedihan dikalangan kami sekeluarga. Ia mampu menjadi satu isu yang membuatkan kami semua membincangkannya dari pelbagai sudut. Walaupun kami sedih, kami tetap tenang. Kami tidak perlu berduka berlama-lama, kami harus bangun! Kami ingin bangun membuktikan kebenaran! Langkah kami belum mati, kami akan sentiasa maju ke hadapan! Datangnya kami dari keluarga yang dimuliakan, dan sesungguhnya kami tidak sesekali rela keluarga kami dihina
.Alhamdulillah, saya mempunyai sebuah keluarga yang matang. Semuanya tenang dalam mengharungi suasana laluan yang sukar ini. Kami dididik, selain ditarbiah baik bahawa jangan sesekali berbuat jahat, malah berusahalah untuk sentiasa berbuat kebaikan. Ia adalah sesuatu yang konsisten antara kehidupan di dunia menuju ke akhirat. Ayahanda sentiasa berdoa dan mengajar kami supaya mendoakan agar ‘jadikanlah kami semua imam kepada orang-orang yang bertaqwa’. InsyaAllah…
Apabila saya menjengah dunia, ditakdirkan saya berada dalam sebuah keluarga yang dikenali ramai. Saya memang bertuah kerana hampir memiliki segala-galanya di dalam kehidupan dunia ini, tapi semuanya adalah secara bersederhana. Saya seorang yang cintakan kedamaian, dan sesungguhnya onar yang berlaku dalam isu ini sungguh menjerut rasa di hati saya. Jiwa saya sentiasa menuntut untuk berbuat kebaikan, mungkin kerana ia hasil dari didikan kedua ibubapa saya, malah dengan akal yang sudah cukup sifatnya di usia saya sekarang, saya sentiasa cuba untuk tidak mencalit arang kepada kedua ibubapa saya yang masyhur itu. Kadangkala datang juga rasa ketidakadilan berlaku dalam kehidupan ini, namun belajarlah menerima hakikat bahawa, dalam kebertuahan itu masih ada kecacatannya.
Saya hidup didalam sebuah keluarga yang sering sahaja diuji. Dari sekecil-kecil ujian sehinggalah ke sebesar-besar ujian. Ia bergerak seiring dengan waktu saya membesar. Hari ini giliran saya pula menerima ujian yang hebat ini. Ia begitu mengasak fikiran kerana kelihatan mampu menguasai dunia realiti dan maya.
Saya tahu saya bukan bersendirian menghadapi ujian ini. Saya dan suami punya ‘pasukan’ yang kuat untuk menyokong kami dari mana-mana sisi sekalipun. Apa yang penting, kami tahu Allah swt hanya memberikan ujian ke atas hamba-hambaNya mengikut kemampuan hambaNya itu. Barangkali ia suatu ‘alarm’ kepada kami agar kami kembali muhasabah diri dalam meniti hari-hari yang berlalu dan juga yang mendatang. Mungkin ini saat terbaik dalam kehidupan kami, untuk kami terus merendahkan jiwa kami kepada Maha Pencipta kami, untuk kami menginsafi diri, lantas menitis air mata yang kadang-kala kami lupa untuk menghulurkan keikhlasan kami kepada Mu ya Allah…Pinta kami semoga Tuhan tidak pernah memandang enteng kepada kami walau dalam keadaan bagaimana pun keadaan kami ini. InsyaAllah…
Tatkala kita semua menghampiri saat-saat bahagia menghampiri Hari Raya Korban, jiwa saya turut tersentuh mengenangkan ada situasi yang perlu dikorbankan. Ia bukanlah situasi yang mudah, tapi bukanlah sukar untuk saya menerima pengunduran suami saya, Ir Abdul Ariffahmi Ab Rahman dari jawatan CEO PMBK beberapa hari yang lalu. Saya menerimanya dengan hati yang tenang walaupun sedikit kecewa dengan situasi yang tidak memihak kepadanya.
Saya tetap optimis mengharapkan bahawa masih ada sinar yang akan menyelubungi kami sekeluarga. Walaupun ia sebuah memori yang pahit, saya tetap menerimanya dengan lapang hati. Namun terselit di jiwa saya rasa terkilan bahawa masih ada manusia di dalam kelambu PAS yang begitu rakus membaham sesama sendiri sehingga sanggup melukakan hati seorang tua yang juga Mursyidul Am PAS, merangkap Menteri Besar Kelantan, merangkap Tok Guru yang disayangi segenap lapisan masyarakat, yang tentu-tentunya beliau adalah Ayahanda saya yang tercinta. Jauh di sudut hati saya, sesungguhnya saya tidak rela ia terjadi begitu namun saya tetapkan pendirian bahawa yang terjadi itu ada hikmahnya dan barang tentu kita hanya merancang, sesungguhnya perancangan Allah itulah yang terbaik!
Dalam menghadapi kemelut ini, ramai sahabat-sahabat yang telah menghubungi saya bertanyakan khabar berita. Ada yang sekadar menghantar sms, ada pula yang sanggup melambungkan bil handphone mereka dengan bersoal-jawab bersama saya, tidak kurang yang sanggup datang ke rumah untuk mendengar saya ‘berceramah’. Paling saya hargai ada sepasang suami isteri dari Terengganu yang sanggup langsung ke rumah saya demi untuk mencari kebenaran. Pada waktu itu mereka semua menyatakan sokongan padu bahawa kami berada di pihak yang benar!
Hati saya tetap lapang meniti hari-hari yang penuh cabaran. Dalam menyusuri kemelut ini, saya dan suami sering berbincang kemungkinan-kemungkinan yang mungkin kami akan hadapi nanti. Walaupun begitu, kami tidak merancang apa-apa dan kami tiada perancangan ke atas kemungkinan-kemungkinan itu kerana kami masih optimis kami sentiasa di pihak yang benar. Namun siapa tahu kebenaran itu boleh tertimbus oleh kebatilan yang terancang!
Bukan sedikit kesan negatif yang terpaksa kami terima dari kemelut yang terancang ini. Perancangan kejahatan ini telah menemui titik noktahnya yang pertama! Namun saya tahu perancangan jahat ini masih belum menemui titik noktah penyudahnya!
Saya sentiasa bersedia menjadi sayap kanan kepada suami tercinta. Selagi saya yakin dia berada di pihak yang benar saya tetap akan padu menyokongnya. Bukan hanya dia yang membina keyakinan saya, namun saya masih ada keluarga yang jitu memperteguhkan kebenaran yang tercipta.
Saya sentiasa ada untuk menyokong segala gerak kerja suami saya dalam membangunkan negeri Kelantan yang tercinta ini. Saya sentiasa mahu menyuntik semangat kepada dirinya untuk bergerak maju menongkah arus membina kekuatan baru bagi negeri Kelantan ini. Saya sentiasa di sisinya untuk memberi idea yang terbaik dalam segala aspek kehidupan kami.
CEO
Hari ini suami saya masih CEO PMBK. Bagi saya pencapaiannya sungguh memberansangkan. Ia sebuah pencapaian yang boleh dibanggakan kepada keluarga kami. Kami semua mengalu-alukan pencapaiannya itu. Namun siapa tahu akhirnya dia mampu dijatuhkan oleh satu fitnah yang terancang hebat.
Pada suatu hari dia memaklumkan kepada saya bahawa ayahanda telah melantiknya ke jawatan CEO. Saya mengucapkan tahniah. Apabila ada luang masa untuk berbicara dengannya saya mengingatkannya bahawa ini adalah suatu amanah yang besar. Bukan hari itu saja saya mengingatkanya, tapi sering! Saya sendiri mahu dia menjadi seorang CEO yang berjaya. Saya mahu dia sentiasa di landasan yang betul dan benar. Saya mahu dia dihormati kawan mahupun lawan. Bukan niat saya untuk menyibuk perihal kerjayanya, tapi saya tahu kemungkinan-kemungkinan yang mungkin berlaku kerana saya tahu apa itu politik!
Pelantikan suami saya ke ‘kerusi panas’ PMBK adalah daripada sokongan ayahanda tercinta. Saya bersetuju untuk suami memberi persetujuan kepada ayahanda menerima jawatan itu selepas hampir empat kali ayahanda menyuarakannya dalam tempoh setahun yang berlalu. Pada saat itu, saya pasti kelayakan dan kewibawaan suami saya adalah menjadi titik penentu ayahanda memilih dia untuk menerajui takhta PMBK.
Siri perlantikan ke ‘kerusi panas’ ini bukan berlangsung sebulan dua, namun ia memakan masa selama setahun dua. Apabila namanya dicadangkan oleh ayahanda, saya memberi nasihat untuk dia memikirkan semasak-masaknya. Saya meyakininya bahawa, terima jika berkemampuan, dan tolaklah jika ia suatu amanah yang tidak mampu digalas. Perasaanya ketika itu bersimpang-siur. Saya sentiasa disisinya untuk sebarang pandangan yang sihat, menerima amanah bukan seperti mendapat habuan yang indah, itulah ingatan saya kepadanya. Akhirnya dia memilih untuk menjawab ‘YA!’. Saya meyakini diri bahawa dia adalah calonnya untuk jawatan panas itu. Keluarga turut menyatakan sokongan. Dalam tempoh mendokong amanah besar itu saya akur kepada kehebatannya dan saya tahu dia boleh menjangkau impian besar ayahanda dalam menerajui bumi Kelantan ini.
Kami menjalani kehidupan seperti biasa walaupun selepas suami saya digelar CEO. Saya tetap berfungsi sebagai seorang suri kepada sebuah rumahtangga dengan menjalankan tugas-tugas rutin saya. Kadangkala kami berkunjung ke rumah ayahbonda. Ada masanya kami berbincang, apa saja isu yang terluah di meja makan yang kami panggil ‘persidangan meja bulat’. Tiada apa yang pelik selepas perlantikan itu, sekadar isu yang telah kami jangkakan, ada yang tidak bersetuju dengan perlantikan itu! Kami tetap juga bersabar menghadapi hari-hari mendatang.
Segala kemungkinan yang mungkin berlaku hasil dari perlantikannya itu telah cuba kami hadap bersama. Apa yang pasti kami sedar bahawa fitnah akan sentiasa mengekori kami setiap masa. Kami cuba untuk membuat yang terbaik. Saya yang sentiasa optimis tidak pernah memikirkan bahawa suatu hari nanti dia akan kecundang. Saya sentiasa berkeyakinan bahawa apa yang baik akan dibalas baik. Saya sentiasa menyokongnya untuk berbuat segala jenis perkara kebaikan, bukan setakat kerana kebaikan itu adalah baik, tetapi beringat-ingatlah bahawa kita sentiasa diperhatikan, baik dari kacamata kawan mahupun lawan kerana kita adalah ‘public figure’.
Saya sendiri tidak mendambakan kesenangan apabila suami saya dilantik menjadi CEO. Namun lumrah kehidupan, setiap kejayaan itu dirai dengan sebuah kegembiraan. Suami saya juga dikenali sebagai KJ Kelantan. Mana samanya? Tentunya suami saya lebih cerah, jika adapun sebenarnya dia bukan berkulit cerah. Bagi saya suami saya seorang yang terbuka, walaupun agak sukar untuk menerima kritikan, tapi dia bersedia untuk berhadapan mendengar sebarang kritikan.
Saya sentiasa memberi ingatan kepadanya. Saya kenal suami saya. Dia seorang yang maju ke hadapan. Dengan ilmunya sebagai seorang Jurutera menjadikan dia seorang yang kritis dan kreatif. Dia seorang yang sukakan cabaran. Kerana sukakan cabaran itulah dia sanggup menggalas jawatan penting yang disuakan kepadanya. Saya yakin dengan jawatan yang disandangnya itu mampu memberi ‘kuasa’ baru kepada daya saing negeri Kelantan.
Selain membawa watak sebagai isteri penyeri sebuah rumahtangga, saya juga sentiasa bersedia untuk memberi idea yang terbaik buat suami. Sebagai isteri, saya mahu dia menjadi suami terbaik didalam rumahtangga saya. Saya juga berusaha untuk memberi yang terbaik kepada kerjayanya. Saya sentiasa memberi idea yang segar kepadanya. Saya juga cuba membawa watak seorang sahabat yang dinamis selain daripada saya mencuba untuk menjadi seorang isteri solehah kepadanya.
Selain dari sokongan yang diberikan oleh ayahanda, saya tahu suami saya punya semangat yang tinggi dalam kemahirannya. Dia seorang yang berkeyakinan tinggi di atas apa yang dia mahukan. Dia sentiasa yakin dengan setiap keputusan yang dibuatnya. Tidak semua saya boleh bersetuju dengan segala tindakannya, namun saya berani memberi kerelaan kerana saya tahu rasional dia berbuat demikian. Saya iring dengan teguran-teguran yang membina agar dia tidak tersasar haluan. Saya mahu saya sendiri berfungsi adil kepada rakyat Kelantan kerana suami saya mensasarkan sesuatu yang lebih baik kepada mereka. Saya bangga kerana setiap apa yang dia lakukan adalah untuk kesejahteraan masa depan rakyat Kelantan. Saat itu, saya membina keyakinan yang lebih baik bahawa ini adalah keputusan terbaik ayahanda kerana dengan pengetahuan politik yang lumat, beliau tahu apa sebenarnya yang beliau mahukan. Bukan sahaja kecemerlangan akademik menantunya itu, bahkan lebih dari itu, iaitu sebuah keikhlasan untuk patuh dan taat pada setiap kemahuannya.
Tidak perlu untuk saya menutur kata bahawa saya menyokong segala gerak kerjanya, cukup sekadar saya menghargai kehidupannya yang sibuk. Saya tahu dia seorang yang kuat semangat dan saya juga tahu dia bekerja sehingga lewat pagi kerana sebuah kerelaan.
Namun sebuah impian yang tinggi tidak mudah kesampaian. Ia hampir karam di tengah jalan. Suami saya diserang fitnah bertalu-talu, tempiasnya memercik kepada ayahanda tercinta. Tidak berhenti di situ saja, ia terus menjalar menjengah nama bonda, saya sendiri, anak-anak, dan sesungguhnya saya sungguh bersimpati kepada nasib kakitangan PMBK yang turut dicerca sedemikian rupa. Saya merakam simpati kepada situasi yang tidak terduga ini.
Nasib masih menyebelahi kami kerana masih ada sokongan yang kuat buat kami. Terima kasih kepada ayahbonda kerana mempusakakan kepada saya semangat yang kental. Ayahanda tegar bertahan dengan keputusan, bonda meraih kekuasaan tuhan. Saya bertahan dengan sebuah pengharapan. Namun masih samar kelihatan jalan keluar dari kemelut ini. Suami saya tetap bertahan melawan arus yang kian mencengkam.
Ada saatnya ketika itu saya sekeluarga bersedih. Sebuah kerumitan buat kami semua. Namun kami sentiasa optimis masih ada sinar di penghujung cerita ini. Kami diuji, dan kami cuba menerima ujian ini dengan redha. Datangnya kami daripada sebuah keluarga yang berilmu dan beriman. Kami tahu benar untuk membezakan yang mana kawan dan yang mana lawan. Namun ia sukar, kerana kami terpaksa melawan musuh yang bergelar kawan. Kawan yang makan kawan. Kawan yang menggigit dalam diam, antara sedar dengan tidak, dia terus menghadam, sehingga terjadilah seperti hari ini…
KEMELUT
Pada hemat saya, isu PMBK tercetus hasil dari perselisihan peribadi. Ada seorang kakitangan yang tidak berpuas hati dengan gaji yang ditagihnya untuk menjadi seorang bos di anak syarikat PMBK. Ia bukan masalah luaran yang besar tapi masalah dalaman yang hanya membabitkan seorang kakitangan sahaja. Seorang sahaja! Jawapannya mudah, gaji yang ditagihnya adalah terlalu tinggi, lebih tinggi dari gaji bos PMBK.
Makin hari dia membuat onar demi onar. Dia mula membuat rancangan demi rancangan. Serangannya sering menjadi kerana ia kejahatan yang dirancang rapi. Lebih-lebih lagi dia mempunyai back-up yang kukuh dari seorang ‘bos lain’. Makan gaji dengan orang lain, bekerja untuk orang lain. Inilah masalahnya!
Tidak perlu diperkenalkan lagi, namanya sudah masyhur satu alam, semasyhur nama suami saya sendiri. Dia sendiri yang mencipta kemasyhuran itu. Dia sendiri yang membuat publisiti murahan itu. Tanpa sebarang iklan. Tanpa sebarang bayaran. Percaya saja jika anda mahu. Tapi, jika anda seorang yang WARAS, AWAS! ada perangkap di hujung pena itu.
Seorang yang digelar Kickdefella berjaya membawa semua watak yang diarahkannya sendiri. Mahu jadi apa? Seorang gila? Kurang siuman? Tiga suku? Katakan saja. Semestinya anda tidak kempunan untuk menjiwai peranannya itu. Namun saya masih reserve, kerana saya tahu dia seorang yang kreatif.Apa yang saya tahu dia seorang umno. Kalangan rakan siber saya tidak menyebut umno, tapi lebih glam katanya jika disebut umngok!
Saya tidaklah berminat untuk mengetahui detail tentang dirinya, tapi saya tahu dia bekerja untuk seorang Exco Kerajaan Kelantan. Pada awal kemunculannya di Kelantan, saya begitu tertarik dengan buah tangannya menghasilkan sebuah buku – yang saya lupa tajuknya – yang memaparkan pelbagai gaya ayahanda saya dalam pelbagai acara yang dihadirinya. Itu dulu.
Sekarang lain. Kreatifnya itu sudah tersasar. Kali ini dia bukan lagi menghasilkan sebuah buku, tapi sebuah…filem barangkali…yang terlalu banyak dongengnya yang langsung tidak berpijak di bumi realiti.
Saya sendiri mengagumi hasil seninya terlebih dahulu sebelum mengenali empunya diri. Pertama kali saya mengenalinya ketika saya menemani suami yang mahu mencari samping untuk di pakai pada hari raya, kebetulan dia dan isterinya juga begitu. Tanggapan pertama saya, dia seorang yang baik walaupun saya agak terkejut melihat kepada isterinya, sungguh daring bagi rakyat Kelantan.
Tapi jika ia boleh dikatakan satu fesyen, masih lagi boleh dimaafkan. Namun jika dilihat dari sudut agama, ia tidak menurut perintah tuhan. Dengan kata lain, berdosa. Saya pernah diberitahu dia peminum arak tegar. Hearsay…so, jangan percaya sehingga saya dan anda melihatnya sendiri, ok…? Tapi mabuknya dalam penulisan sungguh menjadi-jadi. Semuanya bagaikan sel-sel otaknya telah rosak teruk jika dia benar-benar seorang peminum. Kesian…
Hanya orang yang mabuk juga yang boleh percaya apa yang ditulisnya.Jangan cuba membuka aib orang jika aib sendiri sudah tidak tertanggung badan. Semua orang ada aibnya, maka berpada-padalah!
Kami yang dididik secara Islam tidak betah untuk bercakaran bagi membuka aib masing-masing, tapi adakalanya syaitan itu terlalu kreatif. Kami takut digoda sehingga melebih-lebih membuka aib saudara seIslam. Jangan sehingga perlu disaman, nanti anda pula diisytihar bankrupt. Tapi tunggulah masanya, kebenaran itu akan bersinar jua.
Kami masih boleh bersabar walaupun sabar kami kian menipis. Hidup ini ada maruahnya! Tunggulah harinya! Kami yakin Allah itu Maha Adil. Jika kami tidak mampu membalasnya, kami berkeyakinan penuh bahawa balasan Allah itu adalah sebaik-baik pembalasan.
Jangan kerana satu isu picisan, anda menjadi kurang siuman. Jadilah seorang manusia yang adanya dikagumi, hilangnya ditangisi. Datanglah Kickdefella mengadap suami saya. Suami saya sudah menjemputnya terlebih dahulu di suatu ketika yang harinya masih mampu dibilang perginya. Tapi tiada pula datangnya. Dayuskah anda? Pengecutkah anda sehingga seringkali bertukar ID dalam blog sendiri?Anda mampu menjadi seorang yang bertuah kerana anda mudah untuk menjenguk Tok Guru.
Alangkah beruntungnya jika anda tahu merebut peluang keemasan ini. Tapi sebaliknya, anda sendiri memilih untuk rugi di dunia, jika dunia itu konsisten ke akhirat, maka rugilah juga anda di sana. Tidak terdetikkah di hati anda rasa sedikit bersalah? Jangan pula menyalahkan orang yang sudah tentu salahnya itu sudah terang kelihatan, tapi di mana letaknya akal waras anda?
Fikir-fikirkanlah jika masih ada sel otak anda yang masih baik berfungsi.Terima kasih saya ucapkan kepada semua yang menyokong perjuangan kami. Terima kasih kepada ayahbonda yang banyak mendoakan kesejahteraan kami.Tahniah kepada suami saya yang sentiasa taat dan patuh kepada setiap butir bicara ayahanda. Saya sentiasa disisinya untuk sentiasa menyokong kebenaran yang dipertahankannya. Hidup ini ada maruahnya. Berdiam diri bukan bermakna kalah. Berbuat bising bukan satu kemenangan. Diamlah untuk berbicara kepada tuhan yang Maha Mendengar. Takziah kepada manusia hebat pembentang kejahatan. Usah berselindung disebalik wartawan-wartawan yang berbayar. Walaupun bunga tahi ayam itu cantik, ia tetap busuk!
Buat suami saya, lapangkan hati, tenangkan fikiran. Saya percaya masanya tidak lama untuk sebuah kebenaran tercipta. Berundurlah setapak dengan bermaruah untuk menjangkau terjahan yang lebih jauh. Saya kagum! Tidak sia-sia membiarkan kosong kerusi panas di Darul Digital, kerana jika diisi, skripnya mungkin lebih parah. Sedarlah sahabat semua bahawa Kickdefella itu penipu besar di abad ini.
Saya mungkin tidak terlepas dari sebarang kutukan, tapi saya sudah bersedia demi sebuah kebenaran yang perlu dinyatakan. Demi untuk kami sekeluarga. Ini adalah jihad saya. Saya punya kuasa jemari untuk meluahkannya. Suami saya adalah pemimpin saya. Dia ketua keluarga bagi rumahtangga saya dan saya punya hak untuk mempertahankannya. Andai dia didapati bersalah, ada hukuman menantinya. Tapi untuk berserah kalah, itu bukan jantannya.
Fitnah ini melingkari kami sudah hampir tiga minggu. Saya mengharapkan ia beransur pergi sebagaimana perginya banjir dari bumi Kelantan ini. Suami saya masih muda, masih bersemangat dalam mencapai impiannya. Saya optimis masih ada peluang untuknya melangkah jauh ke hadapan, meninggalkan hari ini dengan sebuah kejayaan. Saya tetap teguh di sisinya hingga ke akhir hayat kami. InsyaAllah terbentang luas rezeki untuk kami.Ini luahan hati seorang isteri…
Untuk ayahanda tercinta, terima kasih kerana memberikan kepercayaan kepada kami. Menantu ayah ini adalah pilihan terbaik sebenarnya. Tapi apakan daya…Terima kasih ayah kerana menerajui bumi Kelantan yang mana keberkatannya terserak kepada zuriat kami. Kepada bonda, terima kasih atas segala-galanya. Anakanda tahu bonda banyak menitis air mata mendoakan kesejahteraan kami…
Puan Nik Amalina menggunakan haknya meluahkan isi hatinya dalam usaha untuk membersihkan nama suami dan keluarganya. Hak pembaca adalah menilainya dengan fikiran terbuka dan dada yang lapang. Sesungguhnya mata yang memandang tidak akan benar-benar merasa beban beratnya bahu yang memikul.
14 comments:
.... selepas itu, saya dikejutkan dengan satu panggilan telefon daripada bekas rakan sekerja mengatakan bahawa Syed Azidi (Kickdefella) baru saja sampai di Kota Bharu untuk beraya bersama keluarganya di Kg.Demit. Buat pengetahuan umum, Syed Azidi merupakan bekas boss saya semasa kami sama-sama bekerja di Global Media Channel Sdn.Bhd (GMC) satu ketika dulu.
copy daripada http://towardsmardhatillah.wordpress.com/
pemilik blog-anak tuan haji hashim
yang nyata syed azidi ni bekerja di syariakt Global Media Channel gaji di bayar oleh PMBK..kene lapor kpd exco
kedua2 anak nik aziz ni kena tideh ke perasan belaka,dua kali lima dengan pak dia,
CIRI UMNO
Hari Ini Dalam Sejarah: Loteri UMNO 1951
Kepada puak-puak "Kerajaang Perpaduang" dalam PAS. Marilah kita mengimbas kembali kepada tahun 1951 di saat UMNO secara rasmi menjadikan Lotteri Kebajikan UMNO sebagai salah satu sumber kewangan UMNO yang penting. Ertinya halal dan haram dalam UMNO tidak pernah menjadi masaalah sejak penubuhannya mereka lagi. Malahan, UMNO telah membaham duit haram sejak sebelum Merdeka lagi.
Barulah kita tahu siapa sebenarnya UMNO. Telunjuk lurus, kelingking berkait, duri dalam daging, talam dua muka dsbnya.
Kat luar cakap nak memperjuangkan Islam tapi sejak penubuhan mereka lagi kuat makan duit haram.
Saya pernah membaca satu buku dari Terence Gomez (kalau tak silap saya) di mana beliau telah membuat kajian bagaimana UMNO telah menggunakan duit judi sebagai usaha membentras kemelesetan ekonomi pada tahun 80an. Terence Gomez berkata beliau hairan bagaimana orang-orang seperti Daim Zainuddin dan Mahathir serta UMNO yang mengaku Islam boleh bergelumang dalam dosa judi dengan begitu mendalam sekali.
Tak heran lah, generasi UMNO (yakni mereka yang dilahirkan, dibesarkan serta dididik dalam UMNO) seperti Najib Tun Razak boleh meluluskan 10 lesen judi baru dalam bulan pertama beliau menduduki kerusi Menteri Kewangan.
Terjemahan tulisan Jawi dari Akhbar Utusan Melayu 20/8/1951.
Pulau Pinang-19 ogos – Loteri UMNO kalau seperti yang biasa di buat oleh Kelab-kelab Lumba Kuda itu, maka pihak ahli-ahli ‘Alim Ulama Pulau pinang dan Seberang Perai adalah menghukumkan HARAM, kerana cara perjalanan Loteri itu dita’rifkan masuk kedalam bab perkataan “JUDI” yang tersebut didalam Al-Quran.
Demikian keputusan muktamad persidangan Khas Ahli-ahli Alim Ulama Pulau pinang dan Seberang Perai yang telah dilangsungkan di Madrasah Al-khairiyyah, pokok Sena, Seberang Perai semalam dengan di hadiri oleh kira-kira 50 orang Alim Ulama dan pemerhati-pemerhati dipengerusikan oleh TUAN HAJI ABDULLAH FAHIM, Mufti Pulau Pinang dan Seberang Pe
(Nota Editor:Lantaran dari polisi2 UMNO menghalalkan judi ini, maka lahirlah generasi-generasi Melayu yang tak malu beratur kat kedai Sports Toto untuk beli judi
apa ke hal dok kata umno disaat PAS dan keluarga TGNA berada dalam sasaran fitnah ahli sendiri....
Catch him if you can.
Jeancumlately | jeancumlately2586@yahoo.com | IP: 60.53.38.32 (imposter)
pantat lu la celaka, aku sumpah 7 keturunan hang mati katak
May 26, 11:53 AM — [ Edit | Delete ] — View post “Husam’s World”
sheihsial | sheishshi@hotmail.com | IP: 124.82.107.100
sheih sial cuba menunjukkan betapa kuat dia dok jilat pungkok husam celaka, sebab syed azidi pun sama sial celaka setan babi gondol yg takut nak siarkan komen org skrg. jenis pukimak
May 25, 12:40 AM — [ Edit | Delete ] — View post “Husam’s World”
sheihsial | sheishshi@hotmail.com | IP: 124.82.107.100
lancau lu la sheih, babi tujuh ketutunan hang
May 25, 12:40 AM — [ Edit | Delete ] — View post “Husam’s World”
pantat ko | pukimaksheih@hotmail.com | burit.com.my | IP: 124.82.23.156
sial lu seumur hidup, sial ke atas kamu semua
May 23, 10:44 AM — [ Edit | Delete ] — View post “ISA is an uncivilized law”
husamasamasin | hdisfhc9876245666@yahoo.com | kickdefella.wordpress.com | IP: 124.82.111.183
pas adalah apa kelab penyokong pun, tapi kalau hangpa percaya bukan islam sokong pas, hangpa semua baghal kena tipulah, mcm sheih dok tipu hangpa
May 22, 12:46 AM — [ Edit | Delete ] — View post “ISA is an uncivilized law”
husamasamasin | hdisfhc9876245666@yahoo.com | kickdefella.wordpress.com | IP: 124.82.111.183
oi sheih, teloq tak dak ka,pondan
May 22, 12:47 AM — [ Edit | Delete ] — View post “ISA is an uncivilized law”
husamasamasin | hdisfhc9876245666@yahoo.com | kickdefella.wordpress.com | IP: 124.82.111.183
agaknya hang lani takut, kalau takut toksah dok blogging la,takdak teloq punya syed azidi al berukkari
May 22, 12:47 AM — [ Edit | Delete ] — View post “ISA is an uncivilized law”
husamasamasin | hdisfhc9876245666@yahoo.com | kickdefella.wordpress.com | IP: 124.82.111.183
oi moderatelah, pas bayaq kat hang utk apa, goyang kote
May 22, 12:48 AM — [ Edit | Delete ] — View post “ISA is an uncivilized law”
buritmakkau | buritmakkau@yahoo.com | buritmakkau.com | IP: 124.82.110.72
syed azidi, aku telah menjolokkan batangku ke dalam burit bini kau dan dia mengatakan bahawa batangku lebih nikmat dari batang kau yang hanya sebesar batang pencil
May 21, 12:20 AM — [ Edit | Delete ] — View post “Kelantan Signed a JV with CNMC Goldmine Ltd of China”
husamasamasin | ifhoeifh8@hotmail.com | kickdefella.wordpress.com | IP: 124.82.107.81
kalau setakat buat jv tu dah kira dahsyat sgtkah?
awat kelantan pengeluar emas terbesar dunia ka yg bakal merubah elonomi dia? bodoh punya cerita siap gambar janggut kambing sekali
May 20, 2:21 AM — [ Edit | Delete ] — View post “Kelantan Signed a JV with CNMC Goldmine Ltd of China”
husamasamasin | ifhoeifh8@hotmail.com | kickdefella.wordpress.com | IP: 124.82.107.81
oi beruk takut nak siarkan komen aku ka, hang memang manusia tak dak teloq syed azidi altakdak teloq
May 20, 2:21 AM — [ Edit | Delete ] — View post “Kelantan Signed a JV with CNMC Goldmine Ltd of China”
syedazidibarua | syedazidibarua@yahoo.com | syedazidibarua.com | IP: 60.52.9.214
hang jenis barua akan mati katak nanti.
Jun 16, 11:25 AM — [ Edit | Delete ] — View post “Kelantan : This Is Malaysia III”
buritmakhangshieh | buritmakhang6478@hotmail.com | buritmakhangsheih.com | IP: 124.82.109.76
celaka ke atas hang sheih
Jun 12, 1:06 AM — [ Edit | Delete ] — View post “Super Mum suffered Cardiac Failure”
husamasamasin | husamy347@hotmail.com | kickdefella.wordpress.com | IP: 124.82.36.22
semoga mak hang cepat sembuh sheih.walau pun aku tak suka hang tapi aku doakan mak hang cepat sembuh dan panjang umur.
Jun 8, 10:17 AM — [ Edit | Delete ] — View post “Super Mum hospitalised”
husamasamasin | husamy347@hotmail.com | kickdefella.wordpress.com | IP: 124.82.36.22
husam tu baguih terra mana sgt, paras lutut aku saja.
Jun 8, 10:18 AM — [ Edit | Delete ] — View post “Game Over for Annuar Musa”
sheihpukimak | sojh685@yahoo.com | sheihpukimak.com | IP: 124.82.31.158
lots more to come. just wait.people like u will suffer the rest of yr life
Jun 11, 9:14 AM — [ Edit | Delete ] — View post “Super Mum suffered Cardiac Failure”
pantatmakkausheih | pantatmakkausheih@yahoo.com | pantatmakkausheih.com | IP: 124.82.110.217
pi jahanam la lagi baguih,cibai punya budak
Jun 15, 12:35 AM — [ Edit | Delete ] — View post “Resignation as Member of ALL BLOGS Pro Tem Committee”
husamasamasin | ifhoeifh8@hotmail.com | kickdefella.wordpress.com | IP: 124.82.107.81
oi beruk, aku sumpah 7 keturunan hang jadi pelacoq
May 20, 2:23 AM — [ Edit | Delete ] — View post “Penjelasan Kepada NST”
husamasamasin | ifhoeifh8@hotmail.com | kickdefella.wordpress.com | IP: 124.82.107.81
oi syed pelacoq, 7 keturunan hang akan hidup dlm penuh kehinaan.itu yg pasti,hang tunggu
May 20, 2:25 AM — [ Edit | Delete ] — View post “Tidur Lah bukan pengsan!”
husamasamasin | hdisfhc9876245666@yahoo.com | kickdefella.wordpress.com | IP: 124.82.111.183
oi sheih, hang bayangkan kalau muka pak hang depa buat lagu nie, apa perasan hang,
hang tu dah lah haprak jgn dok haprakkan org lain,baghal
May 22, 12:50 AM — [ Edit | Delete ] — View post “Tidur Lah bukan pengsan!”
husamasamasin | hdisfhc9876245666@yahoo.com | kickdefella.wordpress.com | IP: 124.82.111.183
oi syed azidi al berukkari,
hang ni memang dayus lagi pengecut
May 22, 12:50 AM — [ Edit | Delete ] — View post “Tidur Lah bukan pengsan!”
husamasamasin | hdisfhc9876245666@yahoo.com | kickdefella.wordpress.com | IP: 124.82.111.183
oi bapok,takkan dok romen bini saja kot, moderate la, atau pun buat live streaming hang tgh beromen dgn bini ka , syok jugak
May 22, 12:52 AM — [ Edit | Delete ] — View post “Tidur Lah bukan pengsan!”
husamasamasin | hdisfhc9876245666@yahoo.com | kickdefella.wordpress.com | IP: 124.82.111.183
nik aziz lahanat sial, sama mcm husam dgn hadi setan. semua mcm pelacoq, samalah hang jugak sheih , penulis pelacoq.
May 22, 12:53 AM — [ Edit | Delete ] — View post “Perasmian Bangunan Pas di Jalan Raja Laut”
husamasamasin | hdisfhc9876245666@yahoo.com | kickdefella.wordpress.com | IP: 124.82.111.183
pas – party anal sex yg sokong peliwat yg bernama anwar haramjadah ibrahim
May 22, 12:54 AM — [ Edit | Delete ] — View post “Perasmian Bangunan Pas di Jalan Raja Laut”
husamasamasin | hdisfhc9876245666@yahoo.com | kickdefella.wordpress.com | IP: 124.82.111.183
pas- parti ajaran sesat yg kini dianuti oleh setan syed azidi al berukkari
May 22, 12:54 AM — [ Edit | Delete ] — View post “Perasmian Bangunan Pas di Jalan Raja Laut”
husamasamasin | hdisfhc9876245666@yahoo.com | kickdefella.wordpress.com | IP: 124.82.111.183
gambaq yg last sekali tu nik aziz pulak tertidoq sambil baca doa, nasib baik tak telan mic tu,kan ingat kote pulak dia terus hisap
May 22, 12:55 AM — [ Edit | Delete ] — View post “Perasmian Bangunan Pas di Jalan Raja Laut”
hassansani | fhkdf09@hotmail.com | IP: 124.82.107.13
lorong haji taib akan jadi port pelacoq dari pas.
sheih pukimak lu
May 22, 11:11 AM — [ Edit | Delete ] — View post “Perasmian Bangunan Pas di Jalan Raja Laut”
husamasamasin | husamy347@hotmail.com | kickdefella.wordpress.com | IP: 124.82.36.22
aku tau mak hang sakit la, so aku stop maki hang, anyway harap yr mother is getting better
Jun 8, 10:21 AM — [ Edit | Delete ] — View post “Sheih Merapu: Baju Baru, Seluar Dalam Lama”
sheihpukimak | sojh685@yahoo.com | sheihpukimak.com | IP: 124.82.31.158
pukimak lu,babi
Jun 11, 9:15 AM — [ Edit | Delete ] — View post “Sheih Merapu: Baju Baru, Seluar Dalam Lama”
buritmakhangshieh | buritmakhang6478@hotmail.com | buritmakhangsheih.com | IP: 124.82.109.76
celaka ke atas hang sheih,babi punya setan, pi hisap kote husam tu lepas tu bagi pungkok hang kat nik najis dan lepas tu hisap kote hadi barua pulak.
Jun 12, 1:07 AM — [ Edit | Delete ] — View post “Sheih Merapu: Baju Baru, Seluar Dalam Lama”
sheih_babi_busuk | pukimaksheihberlubang@yahoo.com | pukimaksheihberlubang.com | IP: 124.82.107.202
pukimak hang anak haram jadah anak pelacoq
Jun 14, 12:28 AM — [ Edit | Delete ] — View post “Sheih Merapu: Baju Baru, Seluar Dalam Lama”
Conspiracy? What Conspiracy!
...terasa simpati juga ana membaca isi hati puan Amalin..bersabarlah puan..bagi orang terkena musibah seperti ini tentu akan merasainya..hanya bahu yang memikul akan merasai bebanannya..perasaan seperti inilah yang turut dirasai oleh keluarga Tun Abdullah, Khairy dan isterinya Nori..dan digelar Kerajaan 3 Beranak oleh Pakatan Rakyat ( PKR+PAS+DAP )..
...mereka dihina, dicaci, dikeji, dikutuk oleh para 'pejuang' ayahanda Puan Amalin dari segenap sudut.. melalui ceramah2, surat khabar Harakah, Keadilan, Roket, berpuluh blogs..adakah semua berita/cerita yang ditulis itu fakta yang semuanya boleh dipercayai atau bercampur antara benar dan fitnah ???
...apa2 pun Allah itu maha kaya, adil dan cepat pembalasannya..didunia pun sudah dapat dilihat..
..dalam soal Syed Azidi, dia kaki botol ke, kaki judi ke, kaki betina ke, itu soal kedua..tetapi adakah perkara-perkara yang beliau dedahkan itu tidak benar atau orang panggil fitnah..kalau ianya adalah fitnah semata-mata maka tak perlulah diletak jawatan CEO PMBK tu..bukan senang nak dapat jawatan tu dalam masa tak sampai 5 tahun bekerja dengan PMBK walau pun dengan rekod KPI yang meragukan dan dipertikaikan..hanya orang yang "terpilih" saja yang boleh sampai ketahap itu dalam usia 30'an..
..juga kalau betullah bahawa "sponsor pakej haji RM 65,000.00 satu kepala" itu hanya satu fitnah atau skrip drama cereka saja, maka teruskan sahaja pergi tunaikan haji anak beranak (RM260,000.00).. tak perlu dibatalkan disaat akhir..mengapa perlu takut kepada fitnah yang disebarkan oleh "pemabuk kaki botol"..orang mabuk cakapnya mana laku..siapa yang akan percaya..
Puan..pesan tok guru ana.."jangan lihat kepada orang yang berkata tetapi dengar kepada apa yang dia katakan".. e.g ..kalau orang yang berjubah/berserban bercakap perkara yang tidak betul dengan hukum ugama atau akidah, bolehkah kita mesti mempercayainya..
..kalau puan rasa terinaya serta maruah keluarga tecalar habis dengan angkara fitnah si pemabuk itu, ana cadangkan disaman saja orang itu.. minta khidmat nasihat daripada penasihat ayahanda iaitu Datuk Husam kerana dia baru menang kes saman malu RM 100,000.00 dan sebelum ini pun dah menang beberapa kes..atau tanya DS Anuwar, dia pun pakar dalam bab saman ni..kalau cara dia, dia akan saman RM 100 juta....
SPY Leman
Tubik smula- Salam Aidil adha
Ambo raso tok saloh bini dio nok belo tok laki..mano2 bini hok saye ko tok laki akae belo tok laki dio tamboh2 tok laki dio ni sempurno dan baik pado dio kecuali kalu tok laki tu hok jenis jahil dae jahat.
Cumo hok ambo tok kene nyo sini ialah caro amalina ni nok mempertahankan tok laki dio dengan cubo menjatuhkan reputasi ore hok tuduh tok laki dio. apo hok dio tulis tu ulangae pado apo hok abe dio tulis, nik abduh. ambo raso kalu nik abduh tok tulis wo kali luahan ni tok setaro ni.
kepado amalina, ambo pesan cukupla sekadar berkato "jiko suamiku tak bersalah, semoga tuhe membalas ke atas penuduhnyo. Jiko tok laki ku bersaloh semoga ini adalah pengajaran dan ujian supaya diperbetulkan amalan dan diampunkan dosanya". Tok perlu la nok kutuk sheikh tu.
Ambo nasihat, kalu raso apo yang dikatokan sheikh tu saloh, bincang nga tok laki dan peguam..saman je! kalu sekadar berblog lagu ni..ado yang buleh menerima (simpati) ada yang koho meluat! ingat keluarga ni kuat atas jasa TGNA je..kalu tak dok TGNA penat le..."iman tak dapat diwarisi"...
Semoga amalina dan keluarga tabah dengan dugaan ini....
tujuan ujian adalah untuk menilai tahap keimanan sebenar. semakin alim dan bejurus semakin diuji.
cara penerimaan ujian itu boleh diukur tahap keimanan sebenar seseorang.
yang jelas anak tok guru tak semestinya perut pedalnya macam tok guru.
iman tidak boleh diwrisi dri bapa yang soleh.manusia terdedah dengn godaan dan bisikan syaitan yang enyesatkan,
baca komen nik abduh atau nik amalina, bolehlah dibaca hati budi dan tahap keimnanan masing-masing.
Ambo setuju dengan pandangan en John tu ... ipar-duai, suami-istrei,ibu bapa atau kaum kerabat tak boleh terlalu emosi dalam isu seperti ini. Isu ini bukan sekadar maruah peribadi atau keluarga, tapi isu "pengurusan kerajaan negeri, urusan ummah dan hal ehwal rakyat". Islam mengatur segala urusan hidup melalui syariatnya, termasuk mengurus kerajaan dan syarikat2 milik awam.
Bukan sekadar keluarga, tapi rakyat pun mempunyai hak terhadap pemimimpinnya. Pemimpim memegang hak & amanah rakyat, disamping kewajipan terhadap keluarga. Setiap kita berhak berkongsi dalam isu ini. Setiap rakyat berhak menyoal terhadap kepimpinan sama ada didunia atau akhirat. Itulah beratnya kebertanggungjawaban seorang pemimpim/ ketua. Tinggalkan emosi (nafs alammarah), kembalikan kepada rasional ( aqlu ssalim). Kita yakin bahawa kepimpinan TGNA adalah yang terbaik buat masa ini berbanding mana2 MB/KM dinegeri2 laian di Malaysia. Kita yakin PAS perlu melahirkan lebih ramai ulamak yang berkebolehan dalam politik & pentadbiran sepertinya. Keunggulan TGNA perlu dipertahan dan perkasakan sebagai role model kepada generasi akan datang. Dia tak wajar dicalit dan dipalit dengan isu fitnah atau syubahah seperti ini. Membebaskan TGNA dari isu kesamaran seperti adalah juga kewajipan bersama. Ia menuntut kepada kematangan dan keikhlasan semua pihak.
Insya allah ... Allah akan memberi hidayah dan inayahNya serta maghfirah dan rahmatNya kepada kita semua.
Post a Comment