Sunday, November 29, 2009

MUNCUL KEMBALI (532)

Kemelut yang melanda Dato' Nik Aziz lebih bersifat 'Perang saudara'


YANG nampak berada di barisan paling depan dipihak penyerang dalam kemelut yang melanda Dato' Nik Aziz dan keluarga, adalah Syed Azidi Syed Abdull Aziz atau lebih dikenali dengan Kickdefella dengan sasaran utama serangan adalah menantu Menteri Besar Kelantan itu, Ir Abdul Ariffahami Abdul Rahman kerana dilantik sebagai CEO Perbadanan Menteri Besar yang mana pengerusi keada perbadanan itu adalam mertuanya sendiri.

Walaupun Dato' Nik Aziz mengamuk sakan, malah pernah dengan begitu hina mencerca dan memperambat Timbalan Presiden Pas, Ustaz Nasharuddin Mat Isa yang menyokong kewujudan Kerajaan Perpaduan gagasan Presiden Pas, tetapi pihak yang diserang tidak pun membalas serangan, apatah lagi membentuk pasukan penyerang khas untuk membela diri atau membuat serangan balas bersiri.

Sebaliknya Kickdefella yang banyak menyerang Ustaz Nasaruddin menjelang muktamar agung yang menyaksikan kekalahan tokoh yang kononnya paling berbisa yang menjadi boss kepada lelaki baka Ssyed itu kecundang dalam percubaannya merebut kerusi Timbalan Presiden Paslah kini telah, sedang dan pasti akan terus menyerang dengan hebat sasarannya yang merupakan antara siku-lutut Dato' Nik Aziz,yang sekali gus merupakan siku-lututnya juga dalam susur-galur keturunan Raja Jembal.

Siapa di belakangnya dan siapa yang membiayai segala kelengkapan perangnya sukar untuk dipastikan tetapi masing-masing hanya boleh membuat andaian dan spekulasi yang belum tentu tepat. Yang pasti pengimportan pulang Kickdefella yang memiliki ilmu perfileman ke Kelantan adalah dengan tujuan tertentu oleh orang tertentu.

Seingat saya kemunculan Kickdefella di Kelantan bukan sahaja ditentang oleh sesetengah orang Pas Kelantan tetapi juga oleh Pas pusat. Menjelang pilihanraya umum ke-12, saya turut menjadi sasaran serangannya sehingga saya menerima surat bagi menyaman saya dari bossnya gara-gara maklumat yang disalurkan oleh penjenguk ke blog saya yang telah dimusnahkan seminggu sebelum berlangsungnya pilihanraya umum ke-12.

Waktu itu serangan para penjenguk banyak juga yang tertuding kepada Ir Ariffahami yang mana keberadaannya dalam komponen Kerajaan Pas Kelantan, bermula di Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) juga awal-awal lagi tidak disenangi kerana beliau kononnya sering gunakan statusnya sebagai 'menantu tok guru' untuk menguatkan hujah kewajaran tindakannya semasa di AKSB, yang kemudiannya beliau dipindahkan ke PMBK.

Saya difahamkan kakitangan AKSB berkenduri besar apabila Ariffahami dipindahkakan dari AKSB tetapi apa sebenar puncanya beliau kurang disenangi oleh kakitangan AKSB saya tidak pasti. Saya cuma diberitahu beliau angkuh tetapi sehingga kini saya belum pernah sekali pun berdepan dengannya.

Cuma pada waktu saya menganggap serangan terhadap beliau sebagai balasan dan imbalan terhadap serangan hebat Pas terhadap Pak Lah selaku Perdana Menteri dan menantu, Khairy Jamaluddin. Perbindahan dai AKSB ke PMBK menjadikan isu Ariffahami reda seketika. Kalau saya pernah berjumpa dengan seseorang, apatah sempat berbual lebih kurang, lazimnya dengan izin Allah saya boleh buat agakan dan firasat yang tidak jauh lari dari hakikatnya.

Kelompangan isu Ariffahmi itu diisi dengan kemunculan Kickdefella yang hebat menyerang Umno, khususnya Pak Lah dan keluarga melalui blognya. Sebagaimana pendedahan Puan Nik Amalina Nik Abdul Aziz, ramai di kalangan orang Pas Kelantan, malah saya sendiri mendapat maklumat tentang peri laku kurang baik Kickdefella tetapi saya jarang prejudis terhadap dakwaan yang tidak mempunyai bukti yang kukuh. Kemunculannya adalah bersama dengan kemunculan Yunus Said sebagai antara orang besar TV3 yang saya kenal tetapi tidak mesra.

Yunus dikanja dari TV3 ekoran dari Anwar Ibrahim dikanja dari semua jawatan dalam kerajaan dan Umno. Beliau muncul ekoran dari kewujudan sebuah syarikat yang mengendalikan penerbitan Mingguan Wasilah, yakni permit akhbar kepunyaan saya yang kini saya pindah milikan kepada Yusri Yusoff. Yusri adalah antara pengarang Minngguan Wasilah yang menrima layanan yang tidak cukup adil dari sudut jumlah imbuhan yang diterima sedangkan beliau ada master. Beliau juga pernah bekerja di UPKn sebagai Penolong Pengarah (Penerbitan) yani unit saya semasa di UPKn.

Waktu itu selain timbul soal imbuhan kepada kepada Yunos Said dan Zulkifli Sulong yang dianggap tinggi, juga timbul isu imbuhan diberikan kepada Kickdefella yang kononnya pada jumlah yang tidak berpeluang dirasai oleh mereka yang telah lama bercawat kotel dan berkembang gantung, yang meniarap makan pasir menelentang telan embun, tegak menjadi tiang, rebah menjadi titian dalam perjuangan Pas.


Anak seorang wakil rakyat Pas yakni Haji Hashim Omar, Ustaz Hydzlan namanya yang mana tempat belajarnya di sebuah universiti di negara Arab atas saranan pimpinan Pas untuk nanti akan jadi antara pimpinan pelapis parti bertahun juga lamanya bekerja di Pusat Kajian Strategik (PKS) tetapi akhirnya terpaksa kanja dari pusat kerana bukan sahaja beliau tidak dibayar gaji tetapi pelantikkan untuk apa-apa jawatan pun tidak dibuat untuknya walauun beliau ada kelulusan.

Sedangkan watak-watak seperti Kickdefella begitu mudah dibuat perlantikkan walaupun kononnya beliau dikatakan orang kuat Umno di samping banyak berkelakuan yang tidak dibenarkan oleh Islam semasa di KL, malah pengimportannya balik ke Kelantan turut kurang disenangi bukan sahaja oleh ramai di kalangan orang Pas kelantan tetapi juga oleh orang Pas pusat.


Ustaz Hydzlan pastinya tidak mengharapkan beliau dilantik dengan gaji RM6,000 sebulan, apatah lagi RM10,000 atau RM12,000 sebulan. Kalau dibayar RM1,000 pun sudah cukup. RM6,000 itu sebenarnya boleh membayar gaji enam hingga lapan orang kakitangan Urusetia Penerangan Penerangan Kerajaan Kelantan (PUKn) dan juga kakitangan Urusetia Belia Dan Hal Ehwal Wanita

Manakala RM10,000 boleh bayar gaji 10 atau 12 orang dan RM12,000 pula boleh bayar gaji 12 atau 14 orang kakitangan UPKn dan juga Urusetia Belia dan Halehwal Wanita. Ada di kalangan kakitangan kedua-dua urusetia di antaranya bekerja sejak mula kerajaan Pas wujud tetapi gaji sampai sekarang masih RM1,000 sahaja.

Yang ada master pun dibayar cuma RM1,200 dan paling tinggi RM1,450. Jawatan Pengarah UPKn pun tidak sampai RM3,000. Mereka rata-rata orang yang sudah lama dalam Pas. Saya diberitahu oleh orang dalam UPKn selepas saya tidak lagi di UPKn, mereka kembali tidak mendapat bonus dan tidak terlibat dan penyelarasan gaji baru.

Kerana mahukan gaji yang lebih tinggi, ada di kalangan mereka yang mufarakah dari kedua-dua urusetia dan memilih bekerja dengan Global Media Centre (GMC) serta beberapa buah anak syarikat kepada PMBK. Macam mana pun ramai di kalangan mereka yang memilih bekerja dengan GMC kini menjadi penganggur tua apabila khidmat mereka menjadi tidak diperlukan oleh GMC. Rata-rata mereka kini menjadi umpama anak ayam kehilangan ibu.

Berbalik kepada isu perlantikkan Kickdefella yang kurang disenangi termasuk oleh Pas pusat, menjadi agak reda apabila beliau dikatakan ada hubunngan keluarga dengan Dato' Nik Abdul Aziz. Ekoran dari itu sosek-sosek timbul kononnya mula muncul amalan kronisme dan nepotisme, lebih-lebih lagi apabila ramai anak-anak bekas akil rakyat mula dimasukkan ke UPkn.

Walaupun baru masuk namun elaun yang mereka terima sama tinggi atau lebih tinggi di samping status mereka juga lebih tinggi dari kakitangan yang sudah lama berkhidmat, termasuk yang asalnya bekerja dengan dibayar gaji hari sedangkan bila ditunjukkan gambar tokoh-tokoh lama Pas, mereka tak kenal pun, maknanya walaupun anak wakil rakyat Pas mereka tidak kenal dan tidak menjiwai perjuangan Pas.

Bagaimanpun ekoran dari kemusnahan blog saya yang dahulu, nama Kickdefella dan juga Ariffahami hilang dari kepedulian saya agak lama. Ianya hanya kembali menjadi antara kepedulian saya bila berlaku kemelut yang membawa kepada pemecataan Kickdefella dari PMBK dan kekanjaan Ariffaahmi dari mengetuai PMKB atas arahan mertuanya yang menerima nasihat dari rombongan Pas pusat.

Dulu apabila dikatakan Kickdefella ada hubungan keluarga dengan Dato' Nik Aziz, saya tidak berapa pecaya kerana Dato' Nik Aziz berketurunan 'Nik' manakala Kickdefella pula berketurunan 'Syed'. Saya hanya dapat menerima hakikat apabila bhawa mereka ada hubungan keluarga apabila membaca kenyataan Kickdefella sebagaimana yang dilaporan media sebagaimana berikut;

“Seperti yang saya tulis dalam blog, ‘Kolonel Mat’ yang saya kenali ialah arwah ayah saya tetapi mungkin apa yang dikatakan oleh tok guru (Nik Abdul Aziz) adalah individu yang berbeza.

“Artikel itu ditulis sebab sebagai anak bekas tentera saya terasa kerana apa yang dikatakan oleh tok guru amat serius disebabkan ia satu cubaan untuk menggulingkan kerajaan yang dipilih oleh rakyat.

“Saya tidak ambil ini sebagai peribadi tetapi saya rasa satu penghinaan kepada tentera atau bekas tentera, jadi tok guru kena jelaskan dan pada masa yang sama Menteri Pertahanan kena siasat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai dakwaan Nik Abdul Aziz bahawa wujud konspirasi yang didalangi ‘Kolonel Mat’ untuk menjatuhkannya dan kerajaan Pas Kelantan.

Syed Azidi yang dipecat oleh menantu Nik Abdul Aziz daripada jawatannya kerana didakwa membuat ‘fitnah’ baru-baru ini berkata, Nik Abdul Aziz perlu bertanggungjawab atas kenyataannya itu kerana pelbagai pihak di seluruh negara mahu mengetahui siapakah ‘Kolonel Mat’.

“Tok guru selalu lempar (kenyataan) tetapi dia suruh orang tolong jawab, orang lain kena baiki untuk dia, satu Malaysia hendak tahu harap tok guru tidak akan mengecewakan kita,” katanya.

Mengulas mengenai arwah bapanya yang dikenali dengan ‘Kolonel Mat’ itu, katanya, bapanya telah menyertai Pas ketika di penghujung usianya.

“Ayah saya sudah meninggal dunia, di hujung hidup dia menjadi ahli Pas seumur hidup dan sangat menyanjungi Nik Abdul Aziz.

“Tetapi sebelum itu, ayah saya tidak terlibat dalam politik, apabila menjadi ahli Pas, arwah banyak membantu menyediakan Pas dari segi kursus perang saraf dan strategi bersama rakan-rakan bekas tenteranya,” katanya.

Dalam tulisannya dalam blog tersebut, Syed Azidi menjelaskan ‘Kolonel Mat’ ialah anak kepada Allahyarham Abid Razak yang pernah menjadi dresser di Hospital Besar Kota Bharu.

Berikut sebahagian tulisannya: “Kolonel Mat menyertai tentera sebelum kemerdekaan Tanah Melayu. Selepas menerima tauliah pelantikan, Kolonel Mat pulang ke Kelantan mengahwini anak sepupu Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat, Menteri Besar Kelantan yang bernama Tuan Bidah Tuan Long. Waktu itu Nik Abdul Aziz dikenali dengan panggilan Ayah Zit oleh saudara mara.

“Sewaktu lahir, beliau diberi nama Syed Abdul Aziz tetapi di kalangan saudara mara terutama sekali di kalangan keluarga sebelah ibu saya yang dari keturunan Raja Jembal, Syed Abdul Aziz dikenali dengan nama Syed Amat.

“Mungkin sebab beliau anak lelaki sulung, jadi di kampung yang sulung dipanggil Mat, kalau peringkat dewasa akan dipanggil Ayah Mat.

‘‘Pangkat tertingginya di dalam angkatan tentera ialah sebagai Leftenan Kolonel. Walaupun beliau tidak pernah diangkat ke pangkat Kolonel penuh, tetapi menjadi lumrah Leftenan Kolonel akan dipanggil Kolonel sahaja. Jadi di kampung, bagi orang yang kurang mesra dengannya, Syed Amat tadi disebut sebagai Kolonel Mat.”


Maknanya apa yang sedang berlaku sekarang lebih bersifat 'perang saudara' .Yang menyerang dan yang diserang sama-sama baka Raja Jembal. Antaranya, keturunan Raja Jembal yang larikan diri ketika berlaku pecah perang telah membuka kampung dekat Kangkong di Jajahan Pasir Mas. Sampai kini kampung dikenali dengan kampung Kelar Tok Raja.

Selain dari kakak sebapa tetapi berlainan ibu bini saya tinggal di kampung berkenaan kerana arwah bapa bini saya pernah berhawin dengan wanita keturunan Raja Jembal di kampung tersebut, saya sering ke kampung berkenaan membawa mereka yang mengidap barah, termasuk barah buah dada berubat dengan Raja Din (berasal dari Kedai Lalat), titih Bomoh Diraja Jembal, malah ada hubungan saudara dengan Dato' Nik Aziz.

Melihat kepada kemelut yang berlaku lebih bersifat 'perang saudara' di kalangan Kerabat Diraja Jembal, rasanya ianya patut diselesaikan melalui persidangan meja bulat secara anak beranak dan tidak patut sampai menjejaskan parti dan Kerajaan Pas Kelantan supaya nanti Raja Jembal tidak akan menjadi sasaran kutukan jika Pas dan kerajaan Ppas Kelantan mengulangi sejarah kekalahan parah pada tahun 1978 pada pilihanraya ke-13 gara-gara 'perang saudara' sesama kerabat Raja Jembal.

4 comments:

Anonymous said...

salam abe lie

rata-rata ingin tahu apakah menjadi satu kesalahan bilamana penjawat awam di pmbk tp boleh menjadi bos di gmc...ini bukan salah guna kuasa kan?

Kickdefella memang ditugaskam utk mengendali Global Media Channel.

Gu Lama Meli said...

Orang politik punya pasal semua mugo boleh jadi. Meli tahu, masa dia di urusetia dulu ada pegawai Cina tak pernah masuk pejabat, gaji lebih mahal dari Meli. ada Cina kerja di Urusetia datang opis buka pejabat lepas idur. Gaji sama mahal dengan meli.

Mat Khir kerja di PKS, gaji urusetia bayar, Allahyarham Bunyamin. pegawai penerangan di urusetia tetapi tak pernah masuk pejabat. Ke guano Meli.

Jenis kes macam kckdefella tu macam satu yang biasa dalam dunia orang politik. Halal ke dok gaji yang diterima, kena tanya TGNAlah sebagai MB bertaraf ulamak.

Kawe raso orang politik ni payah sikit nak masuk syurga, bnyak buat kerja tak molek dari kerja molek.

tok batin said...

salam shiekh awat mengaji terlepas pandang ke ...abu jahal sama lahab tu yang gagah sombong tu pun musnah mati di telan bumi masa perang badar dgn berkat DOA sapo...klu x DOA nabi udah mmg bebal xkan nk DOA bg tuhan masuk kan dlm syurga pulak..makan puluhan tahun nabi dahwah,masuk telinga kiri keluaq telinga kanan..sejarah akan sentiasa berULANG cuma ikut edaran zaman..wassalam.

Sebungkus Nasi Kerabu Sekelosong Etak said...

Nabi doa secara umum, tidak tuding terus macam Nik Aziz. Abu Lahab dengan Abu Jahal tu pula macam mana feel perangainya, Najib pula macam mana.

kes Najib kerana beliau tak masuk Pas. Kalau da masuk Ps da akan jadi macam Anwar Ibrhim di mata Pas. Dulu begapo rima orang Pas tak kata ke Anwar, Zaid Ibrahim dan sebaainya.

Masa Ku li dalam S46 dan gabung dengan Pas, Ku li bukan main mulia di mata orang Pas, bila tak duduk semeja lagi uduh, selalu.

Kalau masin mulut orang dok doa gat, lama doh Umno kena masuk karung limpar ke lautnya. Llonini koho doa Umno koho kuat,Pas pula berselipat-sirat.