Monday, November 30, 2009

MUNCUL KEMBALI (533)

Kalau berkata buruk dilarang, macam mana doa kemusnahan dibolehkan?

SAYA bukan alim tetapi saya mengaji sekolah agama. Saya tidak hafal al-Quran tetapi saya banyak merujuk terjemahan al-Quran dan sentiasa merujuk Terejemahan Hadis Sohih Muslim Jilid I,II,III dan IV serta Terejemahan Hadis Sohih Bukhari Jilid I,II,III dan IV bila ada isu yang meragukan.

Justeru nak kata saya tahu sangat tentang hal agama, saya tak mengaji sampai ke peringkat sarjana dalam bidang keagamaan, malah sampai ke peringkat diploma pun tidak. Nak kata tak tahu langsung saya mengaji sekolah agama, saya baca surah al-Asyr dan selami terjemahan ayat itu tentang apa yang Allah mahu hamba-Nya lakukan melalui surah berkenaan.

Cari-cari punya cari ayat, saya temui ayat 148 dan ayat 149 Surah An-Nisaa' yang menjelaskan bahawa Allah tidak sukakan ucapan buruk. Jadi saya hairan dan pelik teramat sangat macam mana seorang yang alim macam Dato' Nik Aziz boleh mendoakan kemusnahan masa depan Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak.

Demi reputasinya sendiri, saya rasa Dato' Nik Aziz patut dan perlu jelaskan berdasarkan ayat nombor berapa dalam surah mana daripada 6,236 keseluruhan ayat al-Quran dengan 4,780 ayat dari Surah Makkiyyah dan 1,456 lagi ayat dari Surah Madaniyyah serta hadis yang mana beliau rujuk yang menghalalkan doa kemusnahannya.

Dalam menghadapi kejahatan dan keganasan kafir Quraisy, Rasulullah s.a.w. tidak pernah pun mendoakan kemusnahan termasuk terhadap Abu Jahal dan Abu Lahab. Yang menyumpah dan melaknat Abu Lahab adalah Allah sendiri tetapi Rasulullah s.a.w. tidak berbuat demikian.

Kalau Rasulullah s.a.w. tidak pernah mendoakan kemusnahan umat baginda, sebaliknya didoakan agar dibuka pintu hati umat baginda untuk Islam, maka siapa kita sebagai umat baginda untuk mendoakan kemusnahan terhada umat baginda yang sangat disayangi baginda?.

Apakah kejahatan Dato' Seri Najib (kalau benar beliau jahat) sama dengan kejahatan Abu Lahab dan hamla-hamla zaman Jahiliah? Bukankah Dato' Seri Najib pun sembahyang, beliau juga beriman dengan Rukun Islam yang lima dan Rukun Iman yang enam.

Cuma beliau bukan orang Pas sahaja. Tidak semestinya orang yang bukan ahli dan penyokong Pas bukan Islam kerana di duniapada waktu ini ada berbilion-bilion umat Islam bukan ahli dan penyokong Pas, malah sejak era Nabi Adam hingga ke saat 51 tahun ke mari, sekalian manusia yang beriman bukannya ahli dan penyokong Pas kerana Pas hanya baru wujud kira-kira 51 tahun yang lampau.

Apakah hanya kerana masalah royalti minyak yang bakal disumbang kepada Kelantan dengan nama wang ehsan, maka Dato' Seri Najib wajar menerima doa kemusnahan masa depannya yang mana doa sedemikian tidak pun didoakan terhadab Abu Lahab. Apakah kita cukup tahu kedudukan telaga minyak itu berada pada kawasan mana dan peraturan-perturan pengagihan hasilnya melebihi dari pihak pusat dan Petronas?

Apa perlunya wang itu untuk kerajaan negeri, makanya ada semacam kekemarukkan untuk diuruskan. Sepatutnya Kerajaan Pas Kelantan gembira dan bersyukur kerana wang itu disalurkan melalui JPP untuk disampaikan terus kepada rakyat.

Dengan itu segala kemunkinan fitnah dan kemungkinan salah guna wang itu secara tidak sedar atau secara sedar tidak akan berlaku, sekaligus akan membabaskan pimpinan Kerajaan Pas Kelantan dari dosa kerana kemungkinan salah guna wang berkenaan. Segala salah guna seandainya berlaku, akan ditanggung oleh kerajaan pusat dan pimpinan kerajaan pusat.

Bukankah kewujudan JPP dan apabila segala wang peruntukkan disalurkan kepada JPP, maka dengan sendirinya tugas Kerajaan Pas Kelantan akan menjadi ringan kerana dibantu oleh pihak JPP. Kalau JPP gagal dalam menyempurnakan tugas dan tanggungjawabnya, maka ianya akan memberi kesan buruk kepada kerajaan pusat, bukannya kepada kerajaan negeri.

Tetapi seandainya wang itu disalurkan kepada kerajaan negeri dan negeri serta rakyat kekal pada tahap biasa atau perubahan dan kemajuannya tidak mencapai tahap yang diharapkan oleh rakyat, maka bala jetakanya akan diembas atas kepala kerajaan negeri.

Saya rasa ini bukan pertama kali Dato' Nik Aziz doakan kemusnahan lawan politiknya. Mantan Perdana Menteri Kelima, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi pernah menjadi sasaran doakan kemusnahannya. Doa kemusnahan itu akhirnya menimpa Dato' Nik Aziz dan keluarga sendiri yang kini sedang dilanda kemelut.

Mungkin doa kemusnahan itu didorong oleh rasa marah. Walaupun marah dibolehkan tetapi Allah sayangkan orang yang menahan kemarahan sebagaimana firman Allah yang terjemahannya adalah sseperti berikut;

"Dan orang-orang yang menahan kemarahannya, dan orang-orang yang memaafkan kesalahan orang, dan (ingatlah), Allah mengasihi mereka yang berbuat perkara-perkara baik" - Ali 'Imran:143.

Kalau Allah melalui al-Quran menjelaskan orang yang menahan kemarahan dikasihi-Nya, kenapa kita mesti jadi pemarah dan tidak memilih menjadi orang yang menahan kemarahan. Kenapa kita memilih jadi yang sanggup doakan kemusnahan orang yang ana tidak mustahil doa itu akan menimpa kepala pendoa itu sendiri akhirnya.

Perhatikan juga terjemahan ayat berikut: "Tiada kebaikan pada kebanyakan bisik-bisikan mereka, kecuali (bisik-bisikan) orang yang menyuruh bersedekah, atau menyuruh berbuat kebaikan, atau menyuruh perdamaian antara manusia. Dan sesiapa yang berbuat demikian dengan maksud mencari keredhaan Allah, tentulah Kami akan memberi kepadanya pahala yang amat besar" - Al-Nisa':114.

Juga ada besar menfaatnya jika diselami apa yang tersurat dan yang tersirat di sebalik terjemahan ayat ini: "Dan siapakah yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada (mematuhi perintah) Allah, serta dia sendiri mengerjakan amalan soleh, sambil berkata: sesungguhnya aku ialah dalam kalangan Muslimin!. Dan tidaklah sama kebaikan dan kejahatan. Tolaklah (kejahatan) dengan cara yang lebih baik; maka (engkau akan dapati) orang yang menaruh rasa permusuhan terhadapmu, dengan serta merta akan menjadi seolah-olah seorang sahabat.Dan sifat yang terpuji ini tidak dapat diterima dan diamalkan melainkan oleh orang-orang yang sabar, dan tidak juga dapat diterima dan diamalkan melainkan oleh orang yang mempunyai bahagian yang besar (dari kebahagiaan dunia dan akhirat" - Fussilat: 33-35.

Terjemahan ayat berikut juga patut diselami dan dihayati: "Dan jika dua puak daripada orang-orang yang beriman berperang, maka damaikanlah antara keduanya; jika salah satunya berlaku melampau terhadap yang lain, maka perangilah puak yang melampau itu sehingga mereka kembali mematuhi perintah Allah; jika mereka kembali patuh, maka damaikanlah antara keduanya dengan adil, serta berlaku adillah kamu (dalam segala pekara): sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil. Sebenarnya orang-orang yang beriman itu bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu; dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat" - Al-Hujurat: 9-10.

Saya akhiri postng ini dengan Sabda Rasulullah s.a.w, bermaksud: "Mahukah kamu aku khabarkan amalan yang lebih tinggi darjatnya daripada puasa dan solat? Jawab para sahabat: Bahkan. Sabda baginda: mendamaikan hubungan, kerana rosaknya hubungan itu adalah pencukur (mencukur agama)" - Riwayat Abu Daud, dinilai sahih oleh al-Albani.

Saya akan terus mencari jawapan kepada pertanyaan saya pada diri saya sendiri, kalau berkata buruk dilarang, macam mana doa kemusnahan dibolehkan? Ayat dan hadis berkaitan akan saya cuba mencarinya.

Harus diingat kerana doa, seorang orang alim pada zaman Nabi Musa a.s. yang sangat mustajab doanya mati masuk neraka kerana doa kemusnahannya.

13 comments:

Budak Pondok Lubok Tapah said...

Kalau dah mustajab sangat doa, bakpo nak doa kemusnahan Najib, kenapa tidak doakan supaya segala pokok kayu kayan jadi pokok emas, suasa, perak, tembaga agar rakyat dan negeri ini akan kaya raya.

Doakan juga suruh aliran sungai Kelantan bertukar dari air kepada minyak.

Kena masin mulut pun kalau salah guna mulut boleh bertukar jadi gelebek-wek.

Kena ingat kata Nabi,kalau buat apa baginda tidak buat, maka bukan di kalangan umanya.

Kalaunabi tak doakan kemusnahan, termasuk kafir Quraisy memusuhi dan menjahati baginda, sapo kita nak doakan kemsnahan sesama Islam,

Jngan guna janggut, serban, jubah dan anggapan mulut masin dan keramat untuk ugut orang. Beum tentu lagi siapa yang akan masuk syurga di antara yang didoa kemsnahan dengan yang mendoa.

Anonymous said...

BASO JENIS TOK LEBAI KORE,LAGU TU PEENG DIA.

Anonymous said...

Kalau pemimpin yg zalim memang layaklah didoakan kemusnahanya. Apakah saudara tak ingat bagaimana doa Nabi Musa yg di-aminkan oleh Nabi Harun agar dimusnahkan firaun yg telah melakukan perbuatan zalim keatas baginda dan umatnya? Siapakah yg lebih zalim antara org yg mengaku Islam tetapi menentang tertegaknya hukum Allah dibumi ini dari org kafir yg menentang islam padahal mereka tidak didedahkan dgn ajaran islam.
Sepatutnya saudara bertanya pd org alim dulu sebelum menulis artikal ini.

john said...

Budak Pondok Lubok Tapah said...
Kalau dah mustajab sangat doa, bakpo nak doa kemusnahan Najib, kenapa tidak doakan supaya segala pokok kayu kayan jadi pokok emas, suasa, perak, tembaga agar rakyat dan negeri ini akan kaya raya
SEBAB NOK AJAR KO PM TU LA, JANGAN MUDAH NAK ANIAYA KO ORANG, WALAUPUN PM RASA DIA BERKUASA TAPI ADO LAGI YANG LEBIH BERKUASA, DENGAN CARA BERDOA LE(TAKKAN NAK GUNA C4 PULOK) TAMBAH2 DOA ORANG ALIM YANG DIZALIMI....

p/s; guano weh takut ko..takut gapo gak tok lebai kore kae..tok soh dok caro la..biar2 gi laa

Anonymous said...

...tika ana dok ngaji dulu tok guru ana kata, ada diantara orang alim atau tok guru tu yang mulut masim..doa dia sangat mustajab dan kalu dia doa keatas orang yang amat zalim, biasanya akan ditimpa balalah orang berkenaan..doa tu dipanggil 'senjata tok lebai' ..tapi ana tak pernah dengar telah ada tok guru yang doakan keatas seorang pemimpin negara atas isu politik dan hal ehwal pentadbiran..

..daripada dok buat mengacan tak tentu kalu tu, lebih baik doakan keatas musuh umat Islam sejak berzaman iaitu puak zionis Israel..tak perlu doa untuk musnahkan mereka sebab Nabi sendiri tidak pernah doakan kemusnahan kaum kafir di Mekah dulu..sebaliknya tolong doakan supaya puak zionis Israel ni dibukakan pintu hati supaya cenderung kepada Islam..jadi makin ramailah orang Islam yang cerdik, bijak, sebab puak2 ni terkenal bijak..

..ana masih ingat tok guru ana ada cerita kisah seorang tok guru yang sangat alim, hebat dan mustajab doanya..dia duduk di Sinai dekat dengan Palestin.. tersangat hebatnya tok guru ini hingga ada anak muridnya yang boleh terbang..tetapi kerana kalah oleh pujukan seorang perempuan iaitu isterinya sendiri dia telah terdorong untuk mendoakan kemusnahan keatas orang lain iaitu Nabi Musa..sehingga baginda tersesat bepuluh tahun.. dipendekkan cerita, tok guru berkenaan pada akhir hayatnya telah mati dalam kafir..semoga dijauhkan Allah..

Hj Markoko
Pondok Hj Nik Man

Lebai Kopiah Birat Tepi, Pulau Melaka said...

Orang alim sungguh doa supaya orang jahil jadi alim, orang kafir terbuka hati untuk masuk Islam, minta dijauhkan bala dan malapetaka.

Firaun yang didoa kemusnahan itu kafir, Najib Islam, cuma Najib bukan orang Pas jah. Kena ingat umat Muhmamad paling istimewa dibandingkan denan umat nabi-nabi lain.

Selain dosa syirik dan dosa-dosa besar yng lain, umat Nabi Muhammad akan bersih dari dosa macam bayi yang baru lahir kalau mereka bertaubat nasuha.

Bagi orang Pas yang anggap bila bukan orang Pas gat maka tak cukup Islamlah seseorang itu, Najib dilihat tidak cukup Islamik.

Dari sudut hakikatnya/di sisi Allah, belum tentu orang Pas lebih Islamik dari Najib.

lebai kelaroh kg kasar said...

Sepatutnya saudara bertanya pd org alim dulu sebelum menulis artikal ini.

..........ALIM ITU APA SEBENARNYA? MANA LEBIH PATUT DIRUJUK ANTARA ORANG ALIM KERANA JANGGUT JUBAH DAN SERBANNYA DENGAN AL-QURAN DAN HADIS? MUGO ALIM NI BUKANNYA BOLEH DISUKAT DENGAN CUPAK ATAU DITIMBANG KILO. IANYA BERGANTUNG KEPADA HIDAYAH DAN BERUSAHA KERAS UNTUK ALIMKAN DIRI.

Martoiriat said...

Apa yg nak ditakutkan sangat pasal
doa TGNA keatas UMNO dan Najib.
Najib dan UMNO terlalu zalim keatas
raayat Kelantan. Wang royalti di
jadikan wang ikhsan. Perjanjian
petronas dgn K'jaan Kelantan zaman
Dato Mohd Nasir dulu telah pun di
sebutkan pasal royalti bukan wang
ikhsan, tapi UMNO dan Najib nafi
hak raayat kelantan dan bolih di
ketegorikan sebagai manusia munafik.
Najib dan TGNA jugak sama2 islam,
tapi apakah hukum sasaorang muslim
menzalimi sasaorang muslim yg lain
termasuk raayat kelantan keseluruhannya. Apakah hukumnya?
Zalim ATAU tidak? Kalau kezaliman
yg dilakukan olih orang2 kafir,
itu tidak perlu dipersoalkan kerana
mereka tidak tahu hukum hakamnya.
Tapi ini dilakukan sesama Islam.
Apakah ini tidak zalim namanya?

Olih itu, kalaulah benar Najib tak
bersalah, apa yg nak ditakutkan
dengan doa TGNA, yang menentukan
doa ialah tuhan dan tuhanlah yg
menentukan segala2nya sama ada doa
itu diterimanya atau tidak. Kalau
lah Doa TGNA diterima, itu hak
tuhan dan jika tuhan menolaknya,itu
jugak haknya. Apa yg nak dirisaukan
sangat. Bukankah kita merancang dan
tuhan menentukan segala2nya..

Sebungkus Nasi Kerabu Sekelosong Etak said...

Takdok sapo takut ke doa TGNA, cuma meluat. Ugut orang dengan doa, macam Tuhan tu pak dia, kalu dia minta gat Tuhan buwi selalu.

Doh biso sangat bakpo tak minta orang hak dok mmalu dia dan keluarga dia tu bertebek jadi kambing, biar semua orang dalam Ps sendiri tak berani tak kuca dia?

Mulo doa suruh pak lah jahanam, tapi dan kelurga yang likat. menantu orang takleh rapat dengan mertua sebagai PM, masuk dalam amalan kronisme dan nepotisme. Menantu sediri takpo. Antara Khiry dengan Ariffahami sap lebih biso dari sudut ilmu dan ketokohannya.

Doa suruh punah pun Khairy jadi Ketua Pemuda Umno malaysia lepas pak lah tadi jadi PM dan Presiden Unmo. Mkanya khairy bukan bergantung kepada pengaruh mertua dia pun, Ariffahmi jadi CEO PMBK tokdan setahun, dah pun nyo pakat pelupuh, nyo ambat nyar ko orang Pas sediri. Bakpotok doa suruh orang Pas kelih Arffahami dikelih berjurus oleh sekelian orang Pas?

khairul said...

salam...

masih ingat? dulu dia cemuh DR.M suruh berhenti kerana lama memerintah.

DR.M sudah berundur, TNGA masih utuh disitu, tiada siapa pun nak mintak dia berundur tapi dia kuat tentang mnta DR.M tu berundur.

Sekarang sudah tiba masanya untuk dia berundur. Berikan laluan kepada mereka yang lebih muda dan mampu membawa kelantan kearah yang lebih selamat.

bukan tidak suka bukan membenci tetpi harus sedar smeakin kita tua semakin kita kan menjadi pelupa dan semakin kita akan membawa emosi bersama dalam kehidupan kita.

berundurlah, hentikan fitnah keatas dirimu.hentikan manusia dari melakukan dosa kerana mulut mereka.

yakinlah bahawa jika TNGA berhenti maka akan terhentilah segala fitnah yang melanda dirinya.

jangan kita orang bawahan terdorong dengan segala apa yang kita lihat, dengar dan saksikan

soal royalti, soal ihsan bukankah itu boleh dibawa berbincang, masih lagi terbuka ruang untuk perbincangan. TNGA tidak perlu malu untuk bertemu dengan PM kerana permasalahan ini. PM bukan zalim seperti yang disangka, dia manusia punya hati dan perasaan juga.

UMNO dan PAS siapa didalamnya ? Orang islam bukan ? yang mengucap satu kalimah yang sama dan menghadap tuhan yang sama dan beriman kepada rasul dan nabi yang sama. kenapa mesti berbalah kerana permasalahan dunia ini ?

berundurlah, itu harapan. hentikan semua pergolakan. berehatlah.. luangkan masa bersama anak dan cucu, habiskan masa bersama mereka dan bermuhasabah kembali mengingati segala perbuatan dan perlakuan

wallahualam

joostspring said...

nasi kerabu etok...

kuat teh demo angkt khairy tu...

org nak tanam dah budak khairy tu,demo g gali buleh..

Anonymous said...

...dok sibuk gapo gat dengan wang royalti minyak tu..sesak, miskin, fakir sangat doh ke kerajaan PAS Kelantan ni hingga sanggup guna doa bala untuk ugut kerajaan pusat..ini pertama kali ana dengar ada orang ugut orang dengan doa untuk dapat duit..mungkin ini adalah kes yang pertama berlaku di dunia..

..adakah tahap kewangan negeri Kelantan sekarang la ni dalam kedudukan amat kritikal tenat atau dah hampir MUFLIS..ana ada juga dengar berita radio Hanoi mengatakan kerajaan negeri Kelantan dah banyak jual tanah air yang berkedudukan strategik dalam bandar Kota Bharu kepada syarikat bukan bumi..jual balak pula untung sikit tapi syarikat kroni pula yang untung besar..bijak sungguh puak demo berniaga..kerajaan untung RM 1.00 tapi kroni pula untung RM 10.00..macam mana negeri tak muflis..pemimpin dan kroni pula rumah macam istana, kereta besar menjalar, bini seorang tak cukup..takut nak kahwin di Kelantan, gi kahwin kat Kemboja atau Thailand..

..kalu macam ni keadaannya, tak hairanlah kalau dah terdesak nak guna senjata doa untuk ugut nak dapat duit dari kerajaan pusat..nak cari wang sendiri tak pandai, sekarang dok perabis harta yang pak UMNO dulu tinggal..berjurus punya anak..

Pak Pandir

Abuzar said...

Kalau urus negara tak betul, mungkin boleh MUFLIS @ BANKRAP- berikut negara2 yang pernah BANKRAP kerana kerajaaannya rasuah & boros:

Tahun 90han- Argentina - bankrap
Tahun 2004- Iceland- bankrap
Tahun 2009( semalam) - Dubai -bankrap!

Kalau diamalkan politik wang, rasuah, membazir, penyelewengan, ketidakadilan, .... berterusan ... kemungkinan kerajaan Malaysia dibawah UBN hari ini mungkin boleh bankrap juga?

UBN, jangan takabbur dengan kuasa pemerintahan yang Allah berikan sementara ini....