Wednesday, December 23, 2009

MUNCUL KEMBALI (591)

Runtuh: pihak terbabit patut dikenakan hukuman berat

WALAUPUN ajal dan maut serta apa yang berlaku dalam kehidupan ini saat demi saat telah sedia terskrip dalam suratan dan takdir-Nya, namun manausia yang diberi otak berakal bukan sahaja dituntut tetapi diganjarkan dengan pahala jika berikhtiar mengelak dari ditimpa bala bencana, apatah lagi dari menjadi punca penyebab kepada berlakunya petaka.

Justeru itu walaupun kes-kes runtuhan sama ada bangunan, lebuhraya. kondominium atau sebagainya adalah trgaedi diluar duga yang ketentuan-Nya yang tidak dapat, namun tuntutan berikhtiar perlu diambil berat dan diusahakan dengan sungguh-sungguh.

Harus diingat bahawa kalau dipercayakan bahawa kalau ajal bukan disebabkan oleh harimau, maka kita tidak akan mati kerana harimau lalu ita masuk ke kandang harimau atau sengaja masuk ke hutan yang ada harimau sedang kelaparan, perbuatan kita itu dilarang di sisi agama.

Dedimkian juga dalam konteks binaan bangunan, jalan dan sebagaianya. Kalau kita berpegang kepada kepercayaan kalau sudah ditakdir sesuatu binaan itu akan runtuh, sampai masanya ia akan runtuh, lalu pembinaan dibuat asal siap, bermaknan kita menolak ikhtiar ianya adalah terlarang.

Kalau cir-ciri kesempurnaan pembinaan diuatamakan dan ketahanannnya disahkan oleh kalangan yang pakar dan bertauliah tetapi runtuh juga, itu namanya ketnetuan takdir yang tidak boleh diubah. Soalnya apakah runtuhan yang berlaku, paling kerapnya di Terengganu, apakah setiap binaan yang runtuh itu memenuhi cici kesempurnaan pembinaannya atau sekadar asal siap.

Bukankah sebelum sesebuah bangunan boleh dijunakan atau diberikan CF, jurutera yang pakar dan bertauliah akan membuat pemeriksaan dari sudut ketahanannya. Dalam kes di Terengganu apakah jurutera terbabit tidak membuat pemeriksaan atau juruteranya tidak ada kepakaran selain dari hanya ada tauliah.

Yang pasti kejadian itu berlaku kerana kecuaian manusia dan tindakan sewajarnya patut dikenakan sama ada terhadap kontraktor mahu pun jurutera yang memperakukan ketahanan dan kesempurnaan binaan yang sebenarnya tidak memenuhi ciri ketahanan dan kesempurnaan.

Tindakan yang paling wajar adalah membatalkan lesen kontraktor terbabit dan menamatkan khidmat jurutera yang membuat pengesahan kesempurnaan dan ketahanan sesuatu binaan yang sebenarnya tidak memenuhi ciri-xiri kethanan dan kesempuraan.

Tindakan tergas tanpa komporomi perlu diambil kerana selain dari kecuaian dalam menjalankan kerja-kerja pembinaannya dan pengesagan ketahanan serta kesempurnaan sesuatu binaan yang sebenarnya tidak sempurna bukan sahaja melibat kerugian harta benda kerajaan yang merupakan harta rakyat dan negara tetapi juga boleh mengancam nyawa.

No comments: