Sunday, December 6, 2009

MUNCUL KEMBALI (543)

Ilmu bantu dalam pemberitaan

MEMBUAT laporan bukan satu kerja yang mudah. Kerana itu dalam kira-kira 27 juta rakyat Malaysia, berapa kerat sangat yang jadi orang media, jadi pemberita/wartawan. Tugas orang media adalah memberi informasi supaya tidak akan wujud manusia pembaca seperti berikut;

Anonymous
said...
assalamualaikum...
wah...terkejut gak cik pinky dgr berita psl kb mall 2.. tp bce2 dlm blog 2 ado kot..tokok2 tambah sket...sbb cik pinky pn ade jgk kt situ td..cik pinky g repair enset...
tp yg cik pinky nk tahu kepastian drpd tuan punye bl0g nie..
ape kaitannye ngan Tuan Guru Nik Aziz..MB Kelantan...???????? Kenapa tbe2 elok je cite psl bngunan kt kbmall n ps 2 msukkan cite yg Tuan Guru Nik Aziz nk dtg sne esok??ape kaitan ngan beliau...??? tbe2 je ckp cm 2... semua perkara yg berlaku adalah ketentuan Allah...kalu Dia kata jadi..jadilah!!..so..jelas terbukti..XDE KAITAN NGAN SAPE2!!!.. so, jgn bg cik pinky n mgkin ade org lain lg yg slh fhm k...pleaze..tlh jelaskan..

Pembaca yang hantar komen di atas terlalu mudah melihat dari sudut negatif terhadap apa yang dilaporkan, sedangkan saya sebagai pelapor tidak ada tujuan politik dalam melaporkannya laporan berkenaan kerana saya bukan orang politik. Saya cuba menepati ciri-ciri laporan berdasarkan amalan dan etika kewartawanan.

Untuk makluman anda, saya terima panggilan telefon memaklumkan KB Mall runtuh. KB Mall dengan rumah sayajaralnya tak sampai pun lima minit dengan berjalan kaki. Saya cuba ke sana untuk melihat apa sebenarnyayang berlaku.

Saya dapati bukan semua bangunan KB Mall runtuh. Sebenarnya berlaku jerlus sebuah kereta yang kemudiannya menimpa tingkat demi tingkat. Sebagai bekas wartawan yang sudah lebih 30 tahun bergelumang dalam bidang ini, saya dapatkan maklumat-maklumat tambahan dari pelbagai sumber.

Saya ada berjumpa orang MPKB. Katanya esok MB sepatutnya datang untuk hadiri majlis anjuran MPKB di KB Mall. Ertinya mujurlah kejadian berlaku pada hari ini. Kalau ianya berlaku esok dan runtuhan menimpa MB akan jadi lain ceritanya, mugkin akan dianggap ada sabotaj dan sebagainya, tambah dalam keadaan sekarang.

Dalam pemberitaan, cerita sampingan seumpama itu adalah merupakan laporan-laporan yang ingin diketahui pembaca, pedengar atau penonton dan tugas pemberita/wartawan adalah mencari cerita sampingan sebegitu. Seorang pembesar terlibat dalam satu kemlangan, jauh lebih menarik minat dari 100 orang biasa terlibat. Itu adalah lumrah dalam kehidupan.

Saya tidak kalut berjumpa polis atau pihak bomba kerana saya bukan lagi seorang wartawan lagi, saya hanya bekas wartawan dan seorang pengendali blog untuk dapatkan butiran kejadian. Kalau ikut amalan/etika kewartawanan, saya kena dapatkan maklumat dari polis atau pihak bomba. Kenyataan bersumberkan polis/bomba adalah yang paling tepat dan muktamad.

Kewujudan Dato' Nik Aziz itu adalah suatu kebetulan maklumat itu dimaklumkan kepada saya. Maknanya ada kemujurannya tragedi itu berlaku pada hari ini. Yang pasti setiap apa yang berlaku ada hikhmahnya untuk kita berfikir. Kenapa jadi hari ini tidak esok atau semalam. Semuanya ada hikmah dan pegajaran untuk direnungkan.

6 comments:

Tok ayah Su said...

Salam hormat !

Sama-samalah kita berdoa agar kejadian itu menyebabkan kematian dan kecederaan paling minima, bukannya didoakan kemusnahan dan kecelakaan untuk sesiapa pun. Juga sama- samalah kita berdoa agar ianya adalah yang pertama dan terakhir berlaku di negeri ini.

tok ayah su-setuju dengan ayat diperengan akhir itu....

meli kapok belawok said...

NI CITER SENEAR WEHHHHHH
Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Zahruddin Abdullah, berkata kejadian berlaku apabila kereta dipandu Nor Ain Said, 19, bersama adiknya, Nor Atikah, 17, hilang kawalan ketika ditolak seorang lelaki dikenali sebagai Sabri, 27, bagi menghidupkannya.

Menurutnya, kereta berkenaan tiba-tiba hilang kawalan lalu merempuh dinding lubang angin di tingkat tiga dan menghempap tiga penuntut kolej berkenaan.

“Siti Nor Amira dan Rashidah di temui di tangga bergerak, manakala Nordiana terpelanting ke bawah,” katanya.

Menurutnya, Nor Ain dihantar ke HRPZ II untuk rawatan lanjut, manakala Sabri dan Nor Atikah dipercayai melarikan diri dan gerakan mengesan mereka bagi membantu siasatan sedang dilakukan dan kes diklasifikasikan mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

NAJIS said...

sejahat2 utusan tidak menipu serupa mu MELI KAPAK JANGAK

pemudaumnongok said...

MU NI MELI KALU BAK BELAWOK NOMBOR WAHID ...APA KAITAN BERITA DI BAWAH DENGAN REMPUHAN KERETA D KB MALL

Tapak KB Mall asalnya dikenali sebagai Dalam Show yang mana ianya adalah pusat hiburan dan pelacuran yang telah ditutup pada era pemerintahan Barisan Nasional (BN) dan dijadikan tapak pasar borong sebelum pasar berkenaan dipindahkan ke Wakaf Che Yeh bagi tujuan pembinaan bangunan KB Mall apabila pemerintahan Kelantan bertukar tangan kepada Pas.

armouris said...

elak kemalangan, jangan SMS ketika memandu! - Bahaya SMS (Ketika Memandu)

Anonymous said...

Selamat datang ke Mohammad Geert Foundation.Here Kewangan semua masalah mengenai pinjaman adalah menyelesaikan antara tempoh yang singkat dengan kadar faedah yang rendah iaitu 3% dan tempoh lebih dari 20 tahun apa yang anda tunggu untuk mendaftar sekarang dan menyelesaikan masalah kewangan anda atau memulakan perniagaan Kewangan dengan membayar pelbagai bil hanya email kami: a.mohammad5000@gmail.com