Hulurkan bantuan buat Ahmad Lutfi Othman! Seruan Blogger Al-BANJARI PATUT DISAMBUT. Sumbangan boleh disalurkan melalui akaun Maybank anak Sulong Ahmad Lutfi Othman
Ahmad Luqman Hakim bin Ahmad Lutfi) :162179670906
PERTAMANYA saya ingin melahirkan rasa sedih di atas masalah yang dihadapi oleh Saudara Ahmad Lutfi Osman. Keduanya saya minta izin dari Blogger AL-BANJIRI untuk memetik laporan anda dan dipostingkan ke dalam blog saya.
Saudara Ahmad Lufti yang mempunyai tangan dan sentuhan emas dalam industri penerbitan tidak wajar dibiar keseorang atau hanya bersama keluarganya sahaja dalam meghadapi masalah yang sedang ditanggung.
Tidak kira dari apa pun fahaman politik kita, beliau patut dibantu. Seandainya 10 peratus dari rakyat Malaysia tanpa mengambil kjira fahaman politik yang berjumlah 27 juta menghulurkan RM1 sumbangan untuk kos pegubatan beliau, bermakna Saudara Ahmad Lutfi akan memiliki RM2.7 juta.
Seandainya 10 peratus daripada ahli Pas yang dikatakan berjumlah 600,00o ahli menyumbang RM10 setiap seorang, jumlah terkumpul untuk Saudara Ahmad Lutfi akan berjumlah RM600,000. Saya tidak tahu jumlah ahli PKR dan DAP yang menjadi rakan Pas. Ahli Umno pun patut lupakan fahaman politik, hulurlah apa yang patut. Ahmad Lufti adalah aset dalam bidang informasi negara.
Rakan-rakan penulis, bloggers, pemberita/wartawan dan para pengedar Harakah patut segera berlari ke bank dan bank-inkan sekadar yang ikhlas manakala para pengedar yang tidak menjelaskan hutang edaran akhbar, majalah dan buku terbitan Saudara Ahmad Lutfi melalui Penerbitan Pemuda miliknya dulu, inilah masanya untuk dilunasi segala hutang piutang kerana pintu syurga tidak akan terbuka bagi mereka yang sengaja untuk tidak membayar hutang.
Secara peribadi saya sangat kagumi Saudara Ahmad Lutfi. Hasil sentuhan emasnya, majalah Al-WASILAH (yang mana saya adalah pemegang permitnya) mendapat sambutan yang menggalakan tetapi sayang permitnya tidak disambung oleh KDN tanpa diberikan sebab musabab walaupun pihak KDN tidak pernah keluarkan surat PERINGATAN atau AMARAN berhubung dengan isi kandungannya.
Saudara Ahmad Lutif pernah memberi nafas kepada akhbar CABARAN yang kemudiannya bertukar nama kepada SINAR HARIAN yang kini menjadi antara akhbar kegemaran ramai. Insyaallah kalau ada kesempatan pada petang ini atau selewat-lewatnya pagi esok saya akan segera ke Maybank untuk bank-inkan sekadar yang termampu oleh saya yang sentiasa daif ini.
Selebihnya saya akan berdoa dan bersembahyang hajat (mudah-mudahan diterima oleh Allah) agar Saudara Ahmad Lufti akan kembali sembuh seperti sediakala dan dapa tterus mewarnai industri persuratkhabaran negara.
Berikut adalah laporan penuh catatan Blogger AL-BANJARI;
Beberapa hari lalu saya tidak berada di dalam kawasan, Al-Hamdulillah sekarang ada sidikit kelapangan untuk saya berbicara beberapa perkara dalam ruang ini. Saya telah menerima maklumat bahawa Ketua Pengarang Kumpulan Harakah, Ahmad Lutfi Othman telah menjalani rawatan jantung iaitu prosedur angioplasty untuk memasukkan balon dan tongkat bagi membuka saluran jantungnya yang tersumbat. Pembedahan ini memerlukan kewangan yang melibatkan angka yang besar.
Ahmad Lutfi Othman seorang perjuang reformasi semenjak di Universiti lagi. Seorang yang low forfile tidak menonjolkan diri, mempunyai pemikiran terbuka, kritis dan semangat waja. Jasanya di Harakah cukup besar walaupun beberapa kali beliau telah di "buang" daripada Harakah dan masuk semula untuk beberapa kali dengan rendah diri dan tidak pernah mengungkit kisah-kisah lama kenapa dia disingkirkan sebelum ini.
Ya seorang yang bekerja kerana Islam bukan kerana manusia sejagat! Sukar memperolehi manusia seperti ini di zaman muktahir ini. Pernah bawa keluarga tidur dalam Toyota Unser, tidak pulang ke rumah demi menjaga keselamatan keluarga bila beliau membuat serangan beberapa siri pendedahan kebajetan pemimpin-peminpin Negara!
Hasilnya seorang Menteri Besar telah tumbang dan seorang lagi hampir tumbang!! Ahmad Lutfi perlu dibantu, dimana beliau ingin mendapatkan wang sebegitu banyak jika kerja yang ditawarkan oleh akhbar-akhbar lain dengan kemewahan di tolak semata-mata ingin bersama dengan arus perjuangan Islam yang banyak menggunakan wang dan duit saku sendiri?
Sampai masanya untuk kita buktikan apa yang kita selalu bercakap tentang teori ukhwah, persahabatan dan perjuangan. Kita mesti membantu merasa perit maun yang dirasai oleh Ahmad Lutfi Othman. Kita mesti meringakan bebannya.
Jangan sampai nanti ada sahabat-sahabat UMNO yang kita benci dan nista mendahului kita memberi bantuan. Jangan pelekeh kenyataan saya. Semasa Ahmad Lutfi di dalam tahanan ISA dahulu, sesiapa yang berusaha mengeluarkannya. Bukan Pemuda UMNO Selongor !! Siapa yang bantunya semasa dia di saman??
Kita mahu ada orang bekerja dengan Islam sepenuh masa.. Tapi kita tidak bersedia membantu mereka... Jika ini sikaplah kita masa depan perjuangan kita masih jauh. Saya menyeru dalam kesempatan ini bantu seadanya untuk meringankan beban beliau, semoga Allah akan memberikan kita kemuliaan disisiNya.
Akaun Maybank anak Sulong Ahmad Lutfi Othman
Ahmad Luqman Hakim bin Ahmad Lutfi) :162179670906
Maklumat Tambahan: Pembedahan pertama telah menjaya membuka satu saluran tersumbat. Ada 2 lagi dan Insya-Allah akan dilakukan pada jumaat ini 11/12/200
3 comments:
info tentang serangan jantung kat sini - Bagaimana Serangan Jantung Terjadi
TABUNG YANG BANYAK DITUBUHKAN DAN DIPUNGUT OLEH PAS....TAK KAN TAK BOLEH DI GUNAKAN UNTUK PEJUANG PARTI PAS (BUKAN PEJUANG ISLAM)....AKHBAR HARAKAH PULAK TU...TAKKAN HARAKAH TAK BOLEH KELUARKAN SEDIKIT KEUNTUNGAN JUALAN AKHBAR... UNTUK MEMBANTU BELIAU....CAMPUR SIKIT SUMBANGAN TABUNG SERAMBI MEKAH..... CAMPUR SIKIT TABUNG YANG DIKUTIP SETIAP KALI CERAMAH......
DIA ORANG KUAT PAS....BAGI SATU KAWASAN BALAK SUDAH DAPAT MEMBIAYAI PERBELANJAANNYA.....
SO TAK PAYAHLAH NAK JUAL NO AKAUN PLAK....
KALAU DEPA PEMIMPIN PAS SEPAKAT TAK MAMPU NAK BANTU BELIAU SETIMPAL DENGAN PEJUANGANNYA YANG DILAPURKAN...... BOLEHLAH KITA BANTU
WASALLAM
salam...
Perkara sakit demam adalah satu musibah untuk menguji dan meyerdarkan manusia sejauhmana tahap keimanan seseorang. Selain itu ujian juga untuk semua insan tanpa mengira fahaman politik, pemurah atau bakhil...sebab, tidak kira dia parti apa sekalipun musibah tetap datang dan menimpanya...
Kita yang mengaku Islam patutlah membantu sesama Islam. (Tak taulah kalau PAS mengangap org UMNO macam saya ni bukan Islam! itu terserahlah)Hari ini hari dia...esok2 mungkin hari kita plak...Islam adalah agama persaudaraan. Bantu membantu sesama kita adalah sangat dituntut...Oleh itu marilah kita bersatu membantu saudara kita ni...dan kalau boleh bersatulah dalam segala bentuk untuk keharmonian masyarakat. Tingkatkan perpaduan demi Islam tercinta. Wallahuaklam..
Post a Comment