Wednesday, December 9, 2009

MUNCUL KEMBALI (563)

Canggah pasti kena marah

SECARA
peribadi saya mula hilang hormat, terhadap ketokohah, tahap keilmuan dan kealimannya apabila Dato' Nik Aziz Nik Mat yang ketika Pas dengan bantuan Parti Melayu Semangat 46 (S46) mencipta rekod dunia dalam mencapai kemenangan di Kelantan telah menganggap menerima pertolongan dari langit tetapi bila Pas hadapi kekalahan teruk pada pilihanraya umum ke-10, maka dikeranakan oleh pengundi hantu dan kononnya orang mati pun mengundi.

Bila menang dikaitkan dengan pertolongan dari langit tetapi bila kalah tidak pula dilihat sebagai kemungkinan sumpahan dan laknat dari langit atas sebab-sebab yang kena dicari walaupun barangkali sulit untuk diketemukan. Pengundi hantu dan orang mati pun mengundi adalah isu rekaan dan merupakan perang propaganda serta gerak saraf golongan 'jahil teropong' dalam Pas. Tetapi Nik Aziz boleh percaya dan turut jaja, diratib dan dijualnya merata-rata.

Hormat saya terhadap ketokohan, keilmuan dan kealimannya semakin menipis bila beliau menyokong carutan kerana kononnya Allah juga mencarut, malah katanya Allah pun samseng dan juga kesanggupannya untuk bekerjasama dengan syaitan sedangkan kita disuruh minta berlindung dari kejahatan syaitan yang direjam dengan bacaan 'a-uu-zubillehi-minas-syaitann-rrojiim'.

Saya merasakan saya perlu menyempurnakan tuntutan fardu kifayah menegurnya melalui tulisan kerana saya ditakdirkan dizahir ke dunia ini dengan berkecenderungan dalam bidang penulisan yang pastinya ada tujuan dan hikmahnya.

Ditakdirlkan berada dalam komponen Kerajaan Pas Kelantan selama kira-kira lapan tahun (takdir itu mesti ada hikmah dan tujuannya) menjadikan saya merasakan saya kena tegur. Sebagai penulis, maka medium teguran saya adalah melalui tulisan Saya akan ditanya ditanya di akhirat nanti untuk apa digunakan kecederungan dan anugerah bakat yang diberikan.

Keadaan semakin parah apabila Pas dianggap dan mahu dianggap parti Islam, malah hanya dengan jadi pemimpin, ahli dan penyokong Pas sahaja kononnya baru layak masuk syurga. Kalau sokong Pas berpahala, sokong Umno dan parti-parti lain berdosa.

Bila timbul kes Presiden Pas dicerca, dihina, diperlekeh dan dihambat halau bukan sahaja dari bumi Kelantan tetapi juga dari muka bumi Allah ini gara-gara tokoh Pas yang merupakan bekas pensyarah universiti menyokong gagasan presiden parti, maka saya nampak seandainya turun penegur dari langit sekali pun, Nik Aziz tidak akan terima, malah akan disekat dari masuk ke dalam pertimbanganya sepertimana orang akan tutup hidungnya apabila penggemar ikan perkasam melepaskan kentut.

Mungkinkeadaan itu berlaku kerana penangan gara-gara kesediaannya untuk bekerjasama dengan syaitan dan melihat kepada tindak tanduk, tingkah laku dan kenyataan-kenyataannya, jelas membuktikan bahawa syaitan sedang memberi kerjasama kepadanya sebagaiamana yang diharap dan dimahukan.

Justeru tidak hairalah apabila Naib Presiden Pas memberikan pandangnya, maka Nik Aziz membalasnya sebagaimana berikut;

Nik Aziz sifatkan Mahfuz memandai-mandai

KOTA BHARU 9 Dis. – Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar disifatkan sebagai ‘memandai-mandai’ kerana kembali mencungkil isu Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK).

Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menegaskan, perkara itu telah dibincangkan dan diselesaikan selepas pertemuan dengan pimpinan Pas Pusat baru-baru ini.

Oleh itu katanya, Mahfuz tidak perlu lagi mengeluarkan sebarang kenyataan yang tidak sepatutnya kepada media.

Nik Abdul Aziz berkata, tindakan Mahfuz itu adalah satu kesilapan yang tidak mempunyai strategi dan hanya memberi peluang kepada UMNO untuk ‘berpesta’.

“Ucapan Mahfuz itu betul-betul memberi peluang kepada UMNO untuk berpesta. Itu kesilapan dia kerana ini benda yang sudah disiar dan dibincangkan, kenapa tidak berjumpa saya.

“Kalau benda ini belum siap lagi, dia boleh bercakap tetapi ia sudah selesai dengan pejabat agung (kepimpinan Pas pusat).

“Tetapi dia bercakap dengan umum juga, dia pandai-pandai. Itu tidak ada strategi,” katanya kepada para pemberita ketika ditemui di pejabatnya di Kota Darulnaim di sini hari ini.

Utusan Malaysia semalam melaporkan, Mahfuz yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena telah meminta Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) PMBK, Abdul Ariffahmi Abdul Rahman yang juga menantu Nik Abdul Aziz melepaskan jawatannya dengan segera bukannya menunggu sehingga Mac tahun depan.

Kalau Timbalan Presiden pun boleh Nik Aziz tolak pandangan dan buah fikirannya dengan seranah menggunakan sehuduh bahasa, apakan pula Mahfuz sebagai naib presiden yang lebih rendah kedudukannya dari timbalan presiden.

Malah, walaupun barangkali Mahfuz berniat baik demi Pas dalam memberi pandangan, namun blogger (pembodek) mula menyerang Mahfuz sehinggakan tahap pendidikannya dipersoalkan. Tidak pelik keadaan itu berlaku kerana Ustaz Nasharuddin Mat Isa yang berilmu dan bekas pensyarah pun boleh diperlekeh macam budak kelas PASTI, apatah lagi Mahfuz.

Tetapi sebagai seorang pejuang, Mahfuz tidak boleh lemah semangat. Kena tunaikan tuntutan fardu kifayah. Kecerdikan dan kepintaran sebenar kurninaan Allah, kecerdikan atas kertas bernama diploma, ijazah, Ph D hanya pada penilaian manusia yang tidak yang adakalanya tidak tepat penilaian yang dibuat.

Bagi saya kalau betullah Mahfuz bukan lepasan universiti (saya tidak banyak tahu latarbelakangnya) beliau bagi saya adalah umpama si tempang yang meletakkan mata pedang pada mata leher Umar Al-Khattab pada hari sahabat Rasulullah s.a.w. yang dijamin masuk syurga itu dilantik sebagai khalifah.

Si tempang yang ditkadir dan disuratkan menegur dan bersumpah akan penggal leher Umar jika tidak memerintah secara Islam sejati itu ada hikmahnya kerana hakikatnya manusia tidak sempurna belaka. Kenapa tidak yang gagah perkasa yang berbuat sebagaimana yang dibuat oleh si tempang.

Ianya tentulah untuk menjadi bahan renungan oleh umat Rasulullah s.a.w., termasuk pada zaman kita ini. Si tempang itu kalau pada zaman kita sekarang barangkali dari kelas yang belajar setakat Sijil Rerndah Ugama, Sijil Menengah Ugama atau Siji Tinggi Ugama, bukan lepasan universiti, orang kelas macam sayalah.

Maknanya kalau Umar yang telah dijamin masuk syurga boleh ditegur oleh si tempang yang barangali kalau Umar jerkah pun di tempag akan terkicit ketakutan, maka apakah Nik Aziz yang tidak tersenarai sebagai umat baginda yang pasti masuk syurga tidak boleh ditegr oleh orang seperti Mahfuz, oleh kalangan yang hanya berkelulusan Sijil Rerndah Ugama, Sijil Menengah Ugama atau Siji Tinggi Ugama, bukan lepasan universiti, orang kelas macam sayalah.

Rujuk kepada Gemulah Pakcu Hassan Lati, beliau setahu saya mengaji tak banyak, tidak sampai ke India kemudian ke Mesir. Bukan sahaja beliau tidak ada ijazah tetapi sijil pun tidak ada, tetapi amalan dan ketulusan beribadahnya menjadikan beliau seorang yang bermulut masin dan dipanggil wali.

Pas mula berkemelut apabila wujudnya kalangan berilmu tetapi jahil dalam Pas, apabila parti itu dibanjiri oleh ilmuan-ilmuan yang ibarat rambai jantan yang berbunga tetapi tidak berbuah. Ramai alim ulamak dalam Pas memjadi ulamak bisu dan ulamak terompah kayu. Mereka tahu banyak yang Nik Aziz buat dan kata tidak berapa selari dengan Islam tulen tetapi mereka takut untuk bersuara kerana keilmuan Nik Aziz tetapi kerana Nik Aziz Menteri Besar dan Mursyidul Am.

Kalau tak silap saya Iman Syafei yang kata, bila orang kaya dan ada kuasa berkata sesuatu walaupun tidak benar, orang kata sesungguhnya tidak ada yang tidak benar melainkan benar belaka tetapi kalau orang miskin, daif dan tidak ada pengaruh berkata sesuatu walaupun apa yang dikatakan itu sangat benar, orang akan kata ia berbohong. Bila keadaan iu berlak, maka tunggulah kemusnahannya.

Merujuk kepada kes Mahfuz, juga kes Ustaz Nasharuddin dan juga saya sendiri, tidak hairan kalau pembaca tidak akan menganggap apa yang Mahfuz, Ustaz Nasharudfin dan saya kata dan tulis benar walaupun memang benar kerana siapa kami kalau nak dibandingkan dengan Nik Aziz. Tetapi oleh kerana barangkali walaupun tidak ada ilmu yang setanding dengan Nik Aziz, apatah lagi dari sudut kedudukan, tertapi Mahfuz diberi kecenderungan untuk membuat teguran bagi mengisi kelompangan yang sepatutnya diisi oleh ulamak-ulama bisu dan ulamak terompah kayu dalam Pas.

Mahfuz, malah saya sendiri cuba untuk memberi ubat yang mana ubat yang paling mujarab adalah ubat yang paling pahit manakala yang manis-manis lazimnya akan mejadi faktor kepada berlakaunya pelbagai penyakit kronik.

Soal Nik Aziz mahu terima ubat yang pahit atau hidagan yang manis-manis, terpulanglah kepada beliau sendiri kerana beliau sudah akil baligh dan bukan budak kecil untuk dicekah mulut disumbat masuk ubat.

Saya nampak Mahfuz ikhlas dalam teguran dan dalam memberi pandangan berdasarkan laporan berikut;

Kerana sayang Tok Guru

KUALA LUMPUR 9 Dis. - Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar menegaskan gesaannya supaya Abdul Ariffahmi Ab Rahman segera melepaskan jawatan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PBMK) kerana rasa sayang kepada Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat itu.

Menurutnya, ini memandangkan beliau tidak sanggup lagi melihat ada pihak-pihak tertentu termasuk di laman web dan blog yang mencerca Nik Abdul Aziz kerana isu tersebut.

Beliau berkata, maka atas sebab itu pandangan peribadi itu dilontarkan kerana merasakan persoalan ini harus diselesaikan melalui pengunduran yang segera oleh Abdul Ariffahmi.

''Bukan mahu mengajar sesiapa, ia satu pandangan kerana saya sayang pada Tok Guru (Nik Abdul Aziz) kerana tidak mahu ada pihak mencerca tok guru atas isu ini," katanya ketika ditemui di lobi Parlimen, di sini hari ini. - UTUSAN.

Sayangnya soal ikhlas ini benda berada dalam hati dan bukan barang benda yang terbentuk dan berwajah macam bongkah emas. Ianya memerlukan ketulusan dan keterbukaan, malah hidayah juga, untuk dapat melihat dan menyelaminya. Lagi pun orang ikhlas tidak akan dabik dada tonjolkan keikhlasannya.

Seingat saya sebagaimana Ustaz Nasharuddin, Mahfuz dibawa dan diberi peranan dalam Pas oleh Allahyarham Datuk Dr Mohd. Fadzil Noor (semuga rohnya bersama para syuhada) yakni Presiden Pas yang berjaya mencergaskan semula Pas yang umpama sebutir kelapa teroleng- oleng di tengah lautan ketika beliau mengambil alih penerajuan Pas.

Saya tidak yakin, bakat dan ketokohan yang dikesan oleh Allahyarham adalah kalangan yang debek dan bertaraf sampah sarap kepada Pas. Kalaulah bakat dan ketokohan yang kemudianya diberi peranan oleh Allahyarham diperlekeh dan dipersampah-sarapkan, maka samalah seperti Allahyarham diperlekeh dan dipersampah-sarapkan.

8 comments:

Tok ayah Su said...

salam hormat !

Secara "revest psikologi'teringat saya akan satu ayat yang berbunyi 'Allah tidak mengubah nasib sesuatu kaum melainkan kaum itu sendiri mengubahnya".....

olih yang demikian jom kita pakat ubah kehidupan dengan ramai ramai berslogan 'biar pecah perut jangan pecah dimulut'.kita tutup semua isu yang menjadi kes berprofile tinggi,kita abaikan perkara perkara makruh dan kita biarkan perkara mungkar berlaku, jom kita amalkan pesanan ini,mudah mudahan kita disegerakan berolih bala bencana... setuju?

pembekal kupon beras said...

olih yang demikian jom kita pakat ubah kehidupan dengan ramai ramai berslogan 'biar pecah perut jangan pecah dimulut...

BIAR PECAH PERUT DIBOM OLEH C4

Anonymous said...

Revest psikologi KEPALA BAPAK. Eja biar betol tok ayah su. REVERSE bukan REVEST. Perkataan revest tak dak dalam kamus omputeh ataawo pun kamus sweden ataawo pun burkina paso. Orang kecek mung kecek etek. Kalu tak reti tok sah eja lah buat malu. Mari minung teh keda nuwa baik sikit dgn man botok. aku bayar bawah 20 riyal.

penerima kupon beras said...

Najib Dan Abhisit Di Bukit Bunga, Jeli Kelantan Hari ini Sempena Perasmian Pembukaan Jambatan Persahabatan yang menghubungkan Bukit Bunga di sini (Kelantan) dan Ban Buketa di selatan Thailand

ABHISIT NI KACAK ORANGNYA.
TAK TERLIUG KA SEMAH JAMBUL NAK PELUK….
MACAM DIA PELUK SHAH RUKH KHAN DULU.

he he he semah jambul

Tok ayah Su said...

Revest psikologi KEPALA BAPAK. Eja biar betol tok ayah su. REVERSE bukan REVEST. Perkataan revest tak dak dalam kamus omputeh ataawo pun kamus sweden ataawo pun burkina paso. Orang kecek mung kecek etek. Kalu tak reti tok sah eja lah buat malu. Mari minung teh keda nuwa baik sikit dgn man botok. aku bayar bawah 20 riyal.

December 9, 2009 11:00 PM

tok ayah su-mujurlah ada yang tolong betul salah ejaan,kadang kadang tok ayah su tak ada masa nak semak kamus mamus,sebab itu main hemtam asal ada sama bunyi, lainlah kalau tulisan formal.walau bagai manapun lagi sekali mujurlah juga ada yang faham....tidak tersalah faham dan tidak nampak keras keng!

semut gatal said...

tok pehe kito...gapo maksud tok ayah su...acu oyat molek teh..kito jenih payoh pehe kalu kias-kias ni, takut lari maksud jah...biar jelas gakkkkk...

Tok ayah Su said...

semut gatal said...
tok pehe kito...gapo maksud tok ayah su...acu oyat molek teh..kito jenih payoh pehe kalu kias-kias ni, takut lari maksud jah...biar jelas gakkkkk...

tok ayah su-memang payoh nok faham sebab hok kito nok tegur tu supo tok tua kito,jadi kalu ore dulu dulu, dia kena pakai kias kias ayat ibarat kata pukul anak sindir menantu....gutulah lebih kurang.

Nok royat direct takut tok tua terasa hati lepas tu dia perhambat kita tubik umoh,jadi kucar lana lah pulok kito anok bini nok kena cari umah lain sebab selama ni kito menumpang dudok umoh tok tua.

mudoh jah...ambo guna ayat terbalik nok tegur orang lebih lebih (besar),jadi tak payohlah ambo royat sebutir sebutir...

Anonymous said...

poknik ajis la ni tok le nok tegor dah kerana dia alim telajak.