Monday, December 14, 2009

MUNCUL KEMBALI (572)

Perdagangan manusia kerana merebaknya krisis nilai dan etika moral

MANUSIA yang ada iman dan takwa, atau setidak-tidak yang tidak mengalami kecederaan moral dan etika kemanusiaan sukar untuk terima hakikat kewujudan perniagaan manusia, apatah lagi membabitkan bayi yang belum reti apa-apa.

Seingat saya, di kalangan orang yang kuat agama kata, kalau wujudnya manusia jual manusia, dunia dilanda pelbagai penyakit pelik, dunia mengalami banjir tetapi air untuk kegunaan manusia sukar diperolehi, buah kayu kayan berbuah tidak ikut musim, adalah antara dalil dunia hampir dengan kiamat.

Hakikatnya sama ada menjual wanita yang sudah dewasa untuk tujuan industri pelacuran atau menggunakannya sebagai pembawa dadah, lebih-lebih lagi menjual bayi hanya sanggup dilakukan oleh spesis manusia berwajah manusia tetapi berhati dan berperasaan iblis dan syaitan.

Kepada saya manusia yang hilang nilai kemanusiaan, yang cedera nilai dan etika moral patut dihadapi dan dilayan dengan layanan kelas cedera nilai dan etika moral juga, yakni patut dikenakan hukuman paling berat.

Hukuman bunuh adalah yang paling sesuai kerana kalau dibiarkan terus hidup pun manusia yang menghadapi krisis nilai dan etika moral akan mendatangkan pelbagai masalah kepada masyarakat terbanyak kerana dalam perasaan dan pemikiran mereka sudah tidak ada lagi peri kemanusiaan.

Sehubungan dengan itu seluruh rakyat Malaysia, malah setiap manusia yang sempurna nilai dan etika moral di seluruh dunia patut merasa terharu dan bangga dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang berjaya menumpaskan satu sindiket penjualan bayi ekoran tertangkapnya sembilan ejen termasuk dalang dan empat pembeli dalam tangkapan berasingan di Banting, Klang dan Kajang, Selangor, baru-baru ini.

Satu laporan dipetik sebagai berkata dalam operasi yang dinamakan Ops Kasih Klang itu, PDRM berjaya menyelamatkan lima bayi berusia dalam lingkungan dua minggu hingga sembilan bulan serta seorang kanak-kanak berusia tiga tahun.

PDRM turut menyelamatkan dua wanita rakyat Indonesia yang sarat mengandung. Kedua-dua mereka tidak mempunyai dokumen perjalanan sah.

Sindiket yang ditumpaskan oleh PDRM itu diatakan menyasarkan wanita mengandung yang bermasalah sama ada warga tempatan mahu pun rakyat asing seperti Indonesia, Filipina, Vietnam dan Orang Asli sebagai mangsa mereka.

Walaupun bayi-bayi dijual kepada pasangan suami isteri yang tidak mempunyai zuriat dalam negara, namun dengan adanya kegiatan penjual dan pembelian bayi, mahu tidak mahu ianya ke arah menggalakan kerosakan moral dan perlakuan jijik zina, bila mengandung dan lahirkan bayi, ianya boleh dijual.

Maknanya kaum wanita tanpa iman dan takwa akan bersedia untuk terjebak dalam kegiatan yang memungkinkan ianya mengandung tanpa rasa risau kerana bayi yang dikandung akan mendatangkan hasil kerana bila dilahirkan iaya bol;eh dijual.

Justeru itu pembeli dalam kes perdagangan manusia juga patut dikenakan hukuman paling berat sama seperti yang dikenakan ke atas penjualperdagangan manudia tidak akan wujud kalau tidak ada permintaan pasaran.

No comments: