Tuesday, December 22, 2009

MUNCUL KEMBALI (589)

Ketandusan iman dan takwa serta cedera moral dan etika punca manusia saggup lakukan apa tidak sanggup dilakukan oleh binatang

SELURUH manusia yang normal, yang tidak cacat pemikiran dan cedera moral dan etika akan terkejut dan bersedi dengan kes penemuan mayat seorang kanak-kanak perempuan berusia ntara 11 hingga 13 tahun yang dicanpak ke dalam kolam tadahan banjir di Kampug Boyan, Lorong Gurney, Jalan Semarak Kuala Lumpur.

Managsa dipercayai dirogol sebelum dibunuh dengan lehernya dijerut ketat mengguna kain. Mayat mangsa yang memakai baju tidur tanpa seluar dalam ditemui dalam keadaan separuh bogel. Berdasarkan usianya, mangsa sebenarnya masih lagi serba mentah.

Hanya manusia yang ketnadusan iman dan takwa serta yang cedera moral dan etika sahaja saggup melakukan perbuatan yang saya yakin tidak sanggup dil;akukan oleh binatang yang berotak tetapi tidak berakal. Justeru pelakunya tidak patut diburu, dikesan dan dikenakan tindakan atas nama manusia lagi tetapi ianya patut direjam sebagai Allah menyumpah syaitan dan iblis sebagai hamba-Nya amat dimurkai.

Memangsakan kanak-kanak bukan sahaja bagi memuaskan nafsu serakah tetapi kemudiannya dibunuh dengan kejam dan mengerikan bukan pertama kali berlaku dan rata-rata pelakunya masih bebas lepas. Terma perundangan yang semacam berkompromi dan memberi perlindungan kepada pelaku kesalahan menjadikan kes-kes diluar garis nilai-nilai kemanusiaan itu terus berlaku.

Orang awam, termasuk ibu bapa, abang, saudara mara dan jiran sekampung tidak boleh bertindak sewang-wenangnya terhadap pelaku kesalahan walaupun dikenal pasti. Malah polis sendiri pun terikat dengan peraturan perkhidmatan dalam menghadapi penjenayah. Kalau penjenayah dicederakan, yang mencederkannya boleh didakwa dan dihukum.

Justeru itu, jika menyaksikan perlakuan jenayah di depan mata pun orang awam akan berfikir banyak kali untuk membantu menghadagnya kerana jika tidak kena gayanya, boleh menyebabkan mereka didakwa dan dihukum, ertinya membantu bermakna mereka sengaja membeli kerja yang mencari penyakit.

Bagi saya selagi peraturan yang diguna-pakai sekarang dikekalkan, maka kes-kes jenayah, termasuk rogol dan bunuh ke atas kanak-kanak akan terus berlaku kerana pelakunya tidak pernah beretika dan menghormati peraturan manakala mangsa dan keluarga mangsa terpaksa megambil kira etika, peraturan dan perundangan.

Seandainya orang awam dikebalkan dari tindakan perundangan seandainya mereka terlibat dalam membantu mencegah dan menghadang jenayah, mungkin perlakuan jenayah boleh dikurangkan. Oleh itu pearturan dan perundangan yang menjadikan orang awam tidak bimbang akan dikenakan tindakan undang-undang patut digubal segera oleh pihak berwajib

No comments: