Wednesday, December 23, 2009

MUNCUL KEMBALI (593)

DUA laporan yang bagi saya penuh sinis dan mengilukan jika pembaca dapat menyelami apa yang tersurat dan yang tersirat;

1. Rosli letak jawatan: Tempelak buat Nik Aziz

KOTA BHARU 23 Dis. - Pergerakan Pemuda UMNO negeri menyifatkan langkah Ketua Penerangan Dewan Pemuda Pas negeri, Dr. Rosli Allani Abd. Kadir meletakkan jawatan sebagai suatu tempelak kepada Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Ketuanya, Anuar Sapian berkata, beliau percaya Rosli bertindak demikian kerana masalah peribadi yang tercetus ekoran kes poligami beliau dan mungkin ia tidak memberi banyak kesan kepada parti itu.

Namun, katanya, tindakan Rosli itu telah memperlihatkan bahawa beliau mempunyai prinsip dan tanggungjawab untuk menjaga integriti parti.

"Secara tidak langsung ia menempelak Nik Abdul Aziz yang masih mempertahankan menantunya, Ir. Abdul Ariffahmi Abd. Rahman walaupun banyak pihak dalam Pas sendiri mahu beliau segera berundur," katanya di sini hari ini.

Beliau berkata, Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) itu sepatutnya meletakkan kepentingan kerajaan dan imej bapa mertuanya lebih tinggi dalam pelan peletakan jawatan yang hanya ditetapkannya pada Mac depan.

Bagaimanapun beliau yakin Abdul Ariffahmi yang juga anggota dewan Pemuda Pas tidak akan berganjak.

"Peletakan jawatan Rosli mungkin dianggap 'balasan' pendedahan dalam media Ahad lalu mengenai cadangan gesaan Dewan Pemuda Pas negeri agar Abdul Ariffahmi segera berundur," katanya.

Abdul Ariffahmi terseret dalam kemelut politik negeri ekoran isu menunaikan haji bersama Nik Abdul Aziz melalui tajaan, siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di PMBK dan masalah dalaman pentadbiran syarikat milik kerajaan negeri itu.

Rosli mengumumkan peletakan jawatannya semalam ekoran Mahkamah Tinggi Syariah Kota Bharu kelmarin mengarahkan beliau tinggal berasingan dengan isteri keduanya, Ilyani Mohd. Noor, 30, kerana status perkahwinan mereka pada Disember tahun lalu diragui.

Bekas Pegawai Khas kepada seorang Exco kerajaan negeri tersebut mengakui menjadi mangsa sindiket perkahwinan dan menegaskan, dalam kes yang dibawa ke mahkamah oleh mertuanya itu, beliau berada di pihak yang benar.

Menurut Anuar, Pemuda UMNO membuat gesaan lebih awal agar Abdul Ariffahmi segera melepaskan jawatan dengan harapan tidak menjejaskan tumpuan sebenar kerajaan negeri.

"Kita tidak mencari kesempatan politik dalam soal itu tetapi bagi memastikan tumpuan terhadap kepentingan rakyat tidak terjejas dengan kemelut berlarutan," ujarnya

2.
Orang Pas sendiri jadi dalang?

KOTA BHARU 23 Dis. – Sindiket yang menguruskan majlis pernikahan Ketua Penerangan Pemuda Pas Kelantan, Dr. Rosli Allani Abd. Kadir dan isteri keduanya di Selangor, dipercayai didalangi oleh seseorang yang mempunyai jawatan dalam parti itu.

Bekas imam muda itu turut dipercayai telah menikahkan beberapa lagi pemimpin Pas pelbagai peringkat kerana mempunyai hubungan baik dengan mereka dan kewibawaannya diyakini berdasarkan latar belakang pendidikan agama dan peranannya.

Difahamkan, bayaran yang dikenakan adalah antara RM3,000 hingga RM4,000 bagi orang kenamaan dengan jaminan mendapat sijil dan kad perkahwinan yang didaftarkan oleh jabatan agama Islam.

Semalam, Rosli dalam sidang akhbarnya mengaku dia dan isterinya, Ilyani Mohd. Noor, 30, menjadi mangsa sindiket perkahwinan yang diuruskan oleh seorang bekas imam muda di negeri Selangor.

Beliau bagaimanapun telah diberikan sijil dan kad perkahwinan yang tidak didaftarkan walaupun menjanjikan perkara sebaliknya.

Kelmarin, Mahkamah Tinggi Syariah di sini memerintahkan Rosli tinggal berasingan dengan isteri keduanya itu sehingga permohonan bapa mertuanya, Mohd. Noor Che Man untuk membatalkan perkahwinan mereka diputuskan.

Ekoran itu juga, semalam Rosli mengumumkan peletakan semua jawatan dalam Pas agar masalah peribadinya tidak menjejaskan parti.

Surat perakuan nikah yang dilampirkan dalam pernyataan tuntutan pembatalan perkahwinan pasangan itu kononnya dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) yang ditandatangani oleh Haji Abdullah Hishamuddin atas jawatan Pendaftar Nikah, Cerai, dan rujuk Jawi.

Bagaimanapun Jawi pula melalui pendaftar sebenarnya, Abdullah Hashim telah memaklumkan kepada Mohd. Noor dalam sepucuk surat bahawa surat perakuan itu tidak dikeluarkan dan tidak tercatat dalam buku daftar perkahwinan.

Sementara itu, Pengarah Jawi, Datuk Che Mat Che Ali ketika dihubungi memberitahu, beliau belum dimaklumkan lagi mengenai kes tersebut yang mengaitkan dokumen dan pegawai Jawi.

Che Mat berkata, kes terakhir membabitkan sindiket pernikahan yang dikesan oleh pihaknya berlaku pada tahun 2006 yang dibongkar secara besar-besaran.

‘‘Jika apa yang didakwa itu benar, perkara ini akan disiasat hingga ke akar umbi serta tindakan tegas akan diambil terhadap pihak terlibat untuk menjaga nama baik dan kepentingan jabatan,’’ katanya.

Che Mat berkata, sejak tahun lalu, Jawi telah menggantikan sijil perkahwinan daripada bentuk sekeping kertas kepada kad pintar yang mengandungi cip ciri-ciri keselamatan.

‘‘Kad pintar seperti kad pengenalan oleh Jabatan Pendaftaran Negara itu mengandungi enam ciri-ciri khas untuk keselamatan,” katanya.

Mengenai pasangan yang ingin berkahwin menggunakan khidmat orang tengah, Che Mat menasihatkan mereka agar merujuk kepada jabatan agama tempat mereka dinikahkan terlebih dahulu.

‘‘Jika pasangan tidak menyiasat sebelum bernikah, kita bimbang ia akan mendatangkan kesulitan pada kemudian hari,” ujarnya

5 comments:

joostspring said...

salam saudara meli..

br2 ni saja ada tgk al-kulliyah...

yg dr asri dgn Ustadz Muhammad Uthman El-Muhammady

ape yg sy lihat disini jelas terdapat perbezaan pendapat antara dr asri dgn Ustadz Muhammad Uthman El-Muhammady...

boleh tak saudara meli tolong jelaskan serba sedikit..

pokyakgawah said...

meli tahu keburukan NIK AZIZ SAJA ...KALU NAJIB PUJI TINGGI HINGGA KE LANGIT,GITULAH PERANGAI ORANG TOK TETAP PENDIRIAN SETARA NAJIB DI PUJI ULAMA DIKEJI,TAPI WALAU BERBEZA PENDAPAT KEHADRAT ALLW AWJ KITA BERSERAH..TAKBIRR

Anonymous said...

ustaz kamal shaari bukan ker imam muda masjid alam shah yang kata ada mayat jadi babi dulu, exco pemuda pas pusat lagi ker dia ni?

Panglima Perang Cyber said...

macam-macam berlaku lah sekarang ni..

tak abis abis nik aziz pening kepala..

kita tunggu sampai bila dia nak berkeras peluk DAP dan PRK.

sampai pecah kepala ?

hahaha

Budak Pondok Lubok Tapah said...

Apa-apa yang berkaitan dengan hukum, jangan rujuk Nik Aziz, dia orang politik. Apa pun yang dia cakap dan segala tindakanya pasti ada kepentngan politik.

Rujuk al-Quran dan Hadis sebagai rujukan mutlak, Insyallah kita tidak akan sesat kerana itulah jaminan Rasulullah s.a.w.