Thursday, December 24, 2009

MUNCUL KEMBALI (594)

Patut galak bukan sekat kecenderungan Nik Amalina menulis

SETIAP apa yang dilakukan oleh makhluk, termasuk semut, nyamuk, rengit, hama dan sebagainya ada faedahnya kepada isi alam ini yang tidak akan berlaku sesuatu perkara kecuali dengan izin-Nya, apatah lagi manusia.

Sama ada baik atau jahat, hitam atau putih, biru atau hijau, positf atau negatif tentang apa-apa perlakuan makhluk, terutama makhluk bernama manusia yang diberi otak berakal, tetap ada hikmah dan faedah.

Demikian halnya apabila Puan Nik Amalina Dato' Haji Nik Abdul Aziz mengendalikan blognya sendiri, ianya tidak akan berlaku kalau tanpa izin-Nya, kalau tidak kerana ada hikmah yang mana hikmah itu kena dicari dengan penuh sabar.

Harus diingat bahawa bukan semua orang berkencenderungan untuk mengendalikan blog, bukan semua orang ada bakat, minat, kecenderungan, kemaruk kegigihan dan ketaguhan menulis. Soal apa yang ditulis kita sua atau tidak, ianya berdasarkan kepada tahap keilmuan dan keupyaan kita melihat apa yang tersurat dan yang tersirat.

Demikian juga halnya bukan semua orang minat jadi dan tertakdir jadi uztaz, jadi pemain politik, jadi polis, askar, doktor, akitek, jurutera, jururawat dan sebagainya. Kalau pun berminat, tidak semestinya yang berminat itu ditakdirkan menjadi sesuatu menjadi suatu realiti.

Makananya Allah Maha Bijaksana yang mentakdirkan seseoranng itu atau makhluk-Nya walaupun cuma sebesar rengit dan hama berbuat sesuatu, pasti ada hikmahnya. Soal kita anggap memberi faedah atau padah, bergantung kepada selari dengan alur pemikiran atau keperluan kita ke tidak.

Demikian juga bila Puan Nik Amalina yang sedang menghadapi ujian paling krtikal dalam hidupnya dengan suaminya berdepan dengan kehilangan kedudukan yang bakal menyumbang kepada kecalar-balaran harga diri, hemah dan reputasinya, apakah wajar beliau diseat dari mengendalikan blog atau menulis dan disalurkan melalui apa jua medium.

Soal kita boleh tidak rasa apa-apa atau 'sengal batu' disebabkan tulisan, bergantung kepada kita ada penyakit 'uluran' atau tidak. Bagi yang tidak ada penyakit 'uluran' walaupun ada berbakul pisang, betik, buah dukuh, buah dokong atau buah-buah jenis sejuk yang lain di samping ada bertangki-tangki air batu pun, pasti tidak akan raa apa-apa.

Tetapi bagi yang ada uluran, walaupun barangkali hanya ada sebiji buah duku dalam tulisan Puan Nik Amalina akan 'berkokok ulurannya' atau bagi yang berpenyakit gaut, walaupun ada sepotong kacang panjang dalam gulai dalca, sendi-sendinya akan bengkat temunyut.

Apakah kerana kita berpenyakt uluran, maka sayur betik atau sayur pucuk paku sekawah yang membuka selera orang lain kita curah tahok buah. Apakah kerana kita pengidap gaut kronik, maka gulai dalca bercampur potongan kacang panjang sebelanga kita 'lerat' buang.

Bagi saya meminta Puan Nik Amalina supaya jangan menulis blog samalah seperti meminta isteri yang berkahwin secara sah berhenti beranak atau disuruh tinggal berasingan, jangan tidur sebilik, sekatil, sebantal dan seselimut.

Yang ditulisnya adalah bagi pembelaan keluarganya, ayahndanya, suaminya (yang tentu beliau lebih kenal tentang suaminya melebihi dar orang lain kenal kerana tidak ada apa rahsia antara suami dengan isteri). Itu haknya, malah bag saya adalah suatu keperluan dan tuntutan sebagai anak dan suami.

Soal kita setuju atau tidak dengan apa yang ditulis (saya yakin sebagaimana juga saya sebagai penulis, Puan Nik Amalina juga tidak boleh memaksa orang bersetuju dengan tulisannya) itu bergantung kepada tahap keilmuan dan daya faham tentang apa yang tersurat dan tersirat.

Yang ingin ditegaskan, meminta Puan Nik Amalina jangan menulis adalah satu pandangan yang mundur ke belakang, otodoks dan bersifat memicit mampus tunas keilmuan kerana setiap titisan dakwa pena adalah benih ilmu.

Sepatutnya dalam beliau digalakkan untuk melipatgandakan menulis dan bukan menghalang dengan mana-mana yang baik dalam tulisannya dijadikan tel;adan manakala yang tidak baik dijadian sempadan. Secara peribadi, bagi saya lapora berikut kurang wajar.

Pas minta Nik Amalina berhenti menulis blog

KOTA BHARU 24 Dis.
- Blog Nik Amalina Nik Abdul Aziz yang menyentuh tentang kepimpinan Pas negeri dan kerajaan Kelantan akan dianggap sebagai blog sampah di dalam Internet sekiranya dia bukan anak Menteri Besar Kelantan.

Setiausaha Pas negeri, Mohd. Zaki Ibrahim berkata, oleh kerana Nik Amalina adalah anak Menteri Besar Kelantan, maka tulisannya di dalam blog sememangnya dipandang serius oleh parti.

Sambil menyatakan rasa tidak senang dengan tulisan Nik Amalina itu, beliau berharap ia dapat dihentikan segera kerana dakwaan yang dibuat adalah tidak berasas dan boleh memberi imej tidak baik terhadap Pas.

''Jika beliau tidak mempunyai apa-apa hubungan, tulisannya tentu tidak akan dipedulikan malah dianggap sebahagian daripada blog sampah yang bertaburan di Internet.

''Kita harap tulisan sebegitu merupakan yang terakhir sekiranya beliau benar-benar sayangkan parti dan kerajaan kerana mungkin itu sebaik cara untuk membantu pada masa ini," katanya di sini hari ini.

Mohd. Zaki berkata, tulisan Nik Amalina yang dilihat mula merendahkan kewibawaan kepimpinan parti dan memperkecilkan peranan mereka berkaitan isu menyentuh suaminya, sebagai tidak berasas.

Katanya, tulisan seumpama itu yang dibuat tanpa kesedaran dan kefahaman perkembangan dalam parti dan kerajaan ternyata memberi gambaran tidak menyenangkan kepada umum.

4 comments:

Anonymous said...

AMBO SETUJU BENAR DALAM BAB NI DENGAN EN. RAMLI.

MASA BLOGGERS SERANG ARIF TAK ADA APAO-APO, TAK ADA CABARAN AGAR BLOGGERS MASUK POLITIK, PADAHAL BLOGGERS TU BEKERJA DENGAN DAN UNTUK ORANG POLITIK?

PEMIMPIN PAS KELANTAN ADA LAGI SPESIS MACAM NI, TAK LEH ORANG LAIN SELAIN DARI AKU.

ORANG-ORANG YANG BERNAMA, FATAH HARON, ZAKI IBRAHIM, DAN SEBAGAINYA SUDAH TIDAK LAYAK MEMIMPIN JENTERA PAS. SEPATUTNYA MEREKA INI TURUN TAHTA BERSAMA SEORANG EXCO YANG DICABAR OLEH NIK AMALINA.

Timba Upeh

Budak Pondok Lubok Tapah said...

Saya rasa orang macam MKJ dah lama hadapi seperti yang Nik Amalina hadapi. Tetapi MKJ tahan lasak orangnya, mungkin kerana beliau banyak pengalaman sebagai seorang orang dan juga sebagai pengamal media.

Tetapi orang Pas dan TGNA sendiri tidak nampak ketulusan spesis manusia macam ni. Masa kes Nik Adli, orang lain buat apa? MKJ seingat saya terbit buku khas.

Apa yang dia dapat. Pernah dia jumpa TGN minta kawasan balak? Malah kontraknya di sebuah agensi kerajaan pun ditamatkan kerana beliau banyak menegur walaupun tegurannya itu dei kepentingan Pas.

Sepanjang perhatian saya, apa yang menjadi keimbangan MKJ melalui tulisannya di pelbagai media, kini melanda Pas.

Yang banyak julang Pas dan mendapat pelbaai keistimewaan dari Pas dan Kerajaan Pas Kelantan pula yang bawa macam-macam masalah.

Beberapa hari lepas menitis airmata saya melihat MKJ menyertai taukeh Cina dan pemanjat pokok manggis berada di kampung saya. Tanpa perkenalkan diri saya yang memang kenalinya tetapi dia tidak kenal saya, saya tanya macam mana boleh seorang usahawan media dan penulis tersohor boleh masuk kebun?

Dia cuba mengelak dari mengaku beliau adalah Ramli Abdl Halim MKJ. Kononnya mungkin saya salah orang. Tapi bila saya kata saya dah lama kenal dan ikuti perkembangnya, dia kata hidup ini tdak mudah, apatah lagi kalau kita cuba jadi tulus sebagai pejuang.

Katanya Rashid Maidin, Abdullah CD, Abu Samah Mohd. Kasim dan rakan-rakan sebagai pejuang kemerdekaan hidup susah kerana memilih jadi pejuang. Katanya beliau bernasib baik kerana berpeluang jumpa pejuang-pejuang itu dan bersedia untuk hidup susah kerana perjuangan.

Kalau takutkan hidup susah, lebih baik jangan jangan pejuang. Pilih saja jadi pembodek dan pengampu, itu katanya.

Beliau juga kata bila beliau tegur TGA bukan bermakna beliau bencvi dan anti TGA tetapi seata-mata untuk peringatan kerana TGA juga manusia biasa, bukan nabi dan rasul yang ada buat silap tetapi tidak ada yang berani tegur. Menjadi kewajipannya untuk tegur dan peringatkan. Macam mana orang nak labelkan dia, suka hatilah, yang penting Allah Maha Tahu apa yang terkandung dalam hati.

Mendengar cakapnya, saya rasa MKJ seorang yang berjiwa besar. Beliau tidak tanya pun siapa saya sebenarnya. Cuma seingat saya beliau bukan setakat cari dan beli buah manggis, beliau juga beli besi buruk untuk melawan keusahan hidup sebagai orang susah.

Atas kertas katnya wangnya ada ratusan ribu hasil perniagaan akhbar minggan dan majalah tetapi bila hutang tidak dibayar, wangnya hanya ada atas kertas tetapi bukan dalam tangan. Katanya geg-geng samseng ada yang minta nak kerja si yang tak bayar hutang tapi beliau leih percayakan Allah menguruskannya, kononnya bila hadapi masalah beliau akan berdoa HASBIYALLAHI-NIKMATIL-WAKIL. Tak semena-mana ada lubang beli buah dan beli besi buruk datang kepadanya.

Tetapi bagi saya membeli buah manggs di dusun-dusun dan juga beli besi buruk bukan kerja yang layak untuknya. Beliau patut lebur bersama penerbitan akhbar mingguan dan majalah bulanan. Beliau patut dibantu dengan diberi dana secukpnya,

Anonymous said...

Menulis blog merupakan hak kebebasan individu. Semua berhak suarakan pendapat. Tujuan amar maaruf nahi munkar, bela keadilan dan tegak kebenaran.

Tapi jika tujuan selain daripada itu kena semak dulu isi beritanya. Banyak baik atau buruk.
Orang Islam sebar maklumat untuk dakwah kebaikan Islam.
Orang munafik & kafir harbi sebar maklumat untuk dakyah & musuhi Islam.

Nik Amalina dok pertahankan suaminya. Dia salah faham terhadap pemimpin2 PAS lain tak pertahankan suaminya dengan menuduh peminpin2 PAS lain tak pertahan PAS seperti ayahnya. Itulah prejudis buruk & emosionalnya serta rendah tahap kematangan politik Nik Amalina. Dia & Ariffahmi tak mampu nak beza isu amalan kronisme/ nepotisme yang ditentang hebat oleh pendokong2 Islam & demokrasi sebelum ini.

Pemimpin2/pendokong2 PAS lain tetap pertahankan ISLAM, PAS dan PRINSIP2 DEMOKRASI KEMANUSIAAN SEJAGAT.

Gerak naluri orang2 nik amalina, meli, mso,... seselira dengan penganut2 ideologi assobiyah umno tu..

Anonymous said...

Kalau MKJ rasa tidak susah dengan hidup susahnya, apa sebab oerang lain nak sedihkan. Itu pilihan dia sendiri.

Kalau aku jadi MKJ, bila dah ada samseng nak tolong dia hadapi orang yang tak bayar hutangnya, aku izinkan, balik kersi meja pejabat dan bakar rumah supaya si yang hidup seang tetapi tak bayar hutang ikut sama hidup susah.