Saturday, December 26, 2009

MUNCUL KEMBALI (598)

Lima jenis manusia menjadi sasaran Huraisy

BILA disebut Huraisy tidak akan ada siapa yang tersentak dan gementar kerana tidak ramai yang tahu apa itu Huraisy. Tetapi barangkali ramai yang mula berpeluh dalam bilik dingin bila mendapat tahu dan diberitahu bahawa Huraisy adalah KALA JENGKING NERAKA.

Ia akan keluar dari Neraka Jahanam di akhirat nanti. Besarnya adalah dari timur hingga ke barat dan panjangnya pula seperti jarak langit dengan bumi. Disirahkan, bila Huraisy keluar dari neraka Jahanam dan semacam mencari sesuatu, maka bertanyalah Malaikat Jibril: “Engkau nak ke mana. Engkau semacam mencari sesuatu”

Maka Huraisy pun menjawab;
“Aku mencari lima jenis manusia semasa hidup di dunia”
“Jenis yang pertama?”
“Orang yang meninggalkan sembahyang”
“Jenis kedua?”
“Orang yang tidak mahu keluarkan zakat”
“Jenis ketiga?”.
“Orang yang derhaka kepada ibubapanya”
“Jenis keempat?.”
“Orang yang bercakap tentang dunia di dalam masjid”.
“Jenis kelima?”
“Orang yang suka minum arak."

Huraisy mencari kelima-lima jenis manusia bukan bertujuan untuk saja-saja jumpa mata atau beramah mesra tetapi ianya akan melaksanakan perintah Allah supaya memberi sengatan neraka.

Justeru ketika peluang masih ada dari usia yang masih bersisa, maka berusahalah dengan gigih lagi kertagih sambil berdoa agar kita tidak tergolong dalam satu daripada lima jenis manusia yang dicari oleh Hurasy, apatah lagi menjadi kelima-lima jenis sekaligus.

Kalau dirasakan kita termasuk dalam jenis yang akan dicari Huraisy di akhirat nanti, maka segerlah bertaubat nasuha kerana pintu taubat sentiasa dibuka oleh-Nya sebelumnya nyawa belum berada di halkum.

Manusia yang bertaubat nasuha dari dosa-dosanya akan bersih dan suci sebersih dan sesuci bayi yang baru lahir!

2 comments:

Budak Pondok Lubuk Tapah said...

Huraisy tidak cari orang Umno. Maknanya nak jadi orang Umno pun tak apa asal jangan lakukan apa yang menjadi lima jenis manusia yang dicari oleh Huraisy.

Kalau rasa termasuk dalam lima golongan manusia yang akan dicari Huraisy di akhirat nanti, di dunia inilah masanya untuk kita bertaubat nasuha.

Marilah kita sama-sama isikan masa kita degan beristighafar, mudah-mudahan kita termasuk dalam bilangan hamba-Nya yang sentiasa bertaubat dan diterima-Nya taubat kita.

Ustaz Sekolah YIK said...

Tak ramai pula yang beri komen bila berkaitan dengan hal-hal akhirat. Nmpaknya tak berapa ramai yang minta pergi ke akhirat.

Minat tak minat semuanya akan ke sana. Di sana bawa bendera Pas sebesar dunia pun tak laku dh, yang lakunya iman dan takwa.