Monday, December 28, 2009

MUNCUL KEMBALI (605)

Jangan rosakan matlamat kerana kemarukkan sokongan

SAYA boleh bersetuju dengan Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Seri Dr. Rais Yatim, Barisan Nasional (BN) wajar mempunyai sistem keahlian terus yang dibuka kepada orang perseorangan dan badan bukan kerajaan (NGO) tanpa bersandarkan kepada parti-parti komponen.

Bagaimanapun hasrat murni itu hendaklah jangan sampai rosakan matlamat kewujudan Umno misalnya semata-mata kerana kemarukkan sokongan kerana Umno ada tujuan, matalmat dan kepentingannya sebagai pendominasi BN.

Barangkali untuk menyanggah arus kebangkitan pembangkang yang sebenarnya lebih lajak dari laju, sistem keahlian terus bagi BN cukup releven kerana pihak pembangkang ada usaha ke arah itu tetapi harus diingat ianya boleh menyumbangkan kepada kemusnahan Umno itu sendiri.

Bila penyertaan keahlian terus atas nama BN, apa lagi peranan Umno dan apa lagi perlunya Umno wujud sedangkan Umno sebuah parti yang cukup gagah, matang berwibawa dan bereputasi tinggi berbanding dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) atau Pas sebagai parti Melayu.

Parti Keadilan Rakyat (PKR), Gerakan dan Parti Progresif Penduduk (PPP) membuka pintu ke arah itu kerana parti-parti berkenaan tidak cukup kuat seperti Umno dan parti-parti komponen yang lain dalam BN, juga kerana parti-parti berkenaan tidak mampu jadi macam parti-parti komponen BN walaupun ada usaha dibuat ke arah itu.

Bukan tidak boleh BN mempartikkan sistem keahlian terus yang dibuka kepada orang perseorangan dan badan bukan kerajaan (NGO) tanpa bersandarkan kepada parti-parti komponen tetapi biarlah ianya menjadi pilihan alternatif dulu buat sementara.

Misalnya seseorang itu sukakan BN tetapi tidak sukakan Umno, MIC, MC dan sebagainya, maka ianya bolehlah terus menjadi ahli BN untuk menjadi ahli bersekutu misalnya yakni bertaraf ahli bersekutu dalam konteks persatuan atau pertubuhan serta 'sleeping partner' kalau merujuk kepada perkongsian dalam perniagaan.

Kalau cara itu dapat direalisasikan, maka ianya amat releven tetapi kalau untuk tujuan memenuhi rasa kemarukkan sokongan semata-mata sehingga menyebabkan Umno, MIC, MCA sebagai parti-parti terbesar dalam BN menemui ajal, maka sistem satu parti perlu ditangguhkan dulu.

Pada saya untuk tempoh 100 tahun akan datang, kewujudan Umno mewakili Melayu, MCA mewakili kaum Cina dan MIC mewakili kaum India masih diperlukan bagi negara ini tetapi lebih dari satu parti mewakili sesuatu kaum dalam BN tida patut berlaku kerana ianya boleh menyumbang kepada pecah belah sesuatu kaum yang sekaligus akan memasalahkan BN.

No comments: