Sunday, January 10, 2010

MUNCL KEMBALI (620)

Surat terbuka Untuk Musryidul Am Pas merangkap MB Kelantan

MELIHAT (berdasarkan kepada pengamatan saya), surat terbuka cilipadi007.blogspot yang dihantar melalui ruangan komen blog saya berkepentingan awam, terutama rakyat negeri Kelantan, maka saya angkatnya dalam bentuk posting khas supaya mudah ditatap oleh para penjenguk.

Mana-mana yang baik kita jadikanlah teladan manakala kalau ada yang kurang baik, kita jadikan sempadan. Sesunguhnya menterbukakan minda dan tidak prejudis dalam menilai pandangan orang lain adalah satu kebijaksanaan dan kebestarian.

Kita kena yakin tanpa izin-Nya, sebijak mana dan sepakar mana pun seseorang itu dalam apa pun yang dikerjakan, termasuk dalam menulis, ianya tidak mungkin berlaku. Cilipadi007.blogspot dengan izin-Nya telah menulis surat terbukanya buat TGNA.

Setelah diizinakan-Nya sesuatu itu berlaku, maka pasti ada hikmah yang perlu diselami, termasuk dalam bentuk tersirat selain dari yang tersurat bagi faedah manusia dan sekalian makhluk.

Justeru, mari sama-sama kita hayati apa yang tersurat dan yang tersurat yang mejadi kandunga surat terbuka berkenaan sebagaimana berikut;


Surat Terbuka Untuk TGNA

Firman Allah bermaksud “ Dijadikan kepada manusia perhiasan,,cintakan nafsu syahwat daripada perempuan2 dan anak-anak….hingga akhir ayat “

Bersyukur ke Hadrat Allah swt kerana Rakyat Kelantan dikurniakan seorang Pemimpin yang beriman sebagai Mursyidul Am dan Menteri Besar untuk memimpin kami ke jalan yang diredhai dunia dan akhirat.

Alhamdulillah berkat usaha dakwah TGNA selama ini kami yakin bahawa Islam itu selayaknya memerintah Dunia agar kita semua tidak alpa dalam kesesatan.

Sebagai manusia sudah tentunya kita tidak dapat lari dari kesalahan dan kesilapan.Justeru TGNA mengajar kami agar sentiasa bermuhasabah dengan apa yang kita lakukan setiap hari supaya rahmat Allah sentiasa melingkungi kehidupan kita seharian.

TGNA yang dirahmati Allah,

TGNA mengajar kita tentang beberapa kisah zaman Nabi terdahulu untuk renungan bersama agar kita dapat mengambil pengajaran yang baik sebagai bekal ke akhirat.Jauhilah apa yang telah diuji terhadap Syeikh Barshisha dan Syeikh Bal Am yang tewas dengan pujuk rayu syaitan laknatullah.

Kerana kasih sayang berlebihan terhadap anak isteri menyebabkan syaitan punyai ruang untuk menyesatkan hamba Allah yang tidak tertanding amalannya seperti kedua-dua Syeikh di atas.

Saya mohon maaf dunia akhirat andainya tutur kata ini mengguris hati TGNA.Biar apapun anggapan TGNA terhadap saya,sebagai rakyat kecil saya rasa terpanggil untuk menyuarakan apa yang terbuku di hati rakyat Kelantan.Biarpun begitu saya prinsip wala’ kepada pemimpin tetap menjadi pegangan saya.

Andai Sayyidina Ali menerima teguran seorang kanak-kanak,apa salahnya saya sebagai rakyat Kelantan menegur untuk kebaikan.”BERILAH PERINGATAN,SESUNGGUHNYA PERINGATAN ITU MEMBERI MENAFAAT KEPADA ORANG YANG BERIMAN”

TGNA yang dikasihi Allah,

Merenung sejenak saat-saat manis PAS Berjaya memerintah Negeri Kelantan pada tahun 1990,sungguh manis kejayaan yang dicapai pejuang agama setelah berjuang penuh onak duri.Bersama kemenangan kita semua menerima ujian pertama pada tahun 1993 iaitu berkenaan pampasan Empangan Pergau.

Setelah beberapa kali rundingan,Kerajaan Pusat masih mendera PAS Kelantan,pelbagai alasn untuk melengah-lengahkan pembayaran,nilai yang semakin mengecil dll.

TGNA menyeru rakyat Kelantan untuk solat hajat beramai-ramai di Kem Kijang PCB.Kami membulatkan hati menyokong usaha itu dan ribuan rakyat Kelantan bermunajat memohon pertolongan Allah…

Alhamdulillah Kerajaan Pusat segera membayar lebih dari yang diminta oleh TGNA.Bila rakyat dizalimi,Percayalah “PERTOLONGAN DARI ALLAH ITU DEKAT DAN BERGEMBIRALAH ORANG-ORANG YANG BERIMAN “

Bersambung di cilipadi007.blogspot

5 comments:

Anonymous said...

Pok Sid Tukang Urut said...

ini aku copy from blog kickdafella

Jam 10:50 malam tadi sebuah kenderaan berhenti dihadapan rumah saya dan melemparkan kapak besi ke arah kereta saya.

Kapak berukuran hampir 12 inci itu mengenai cermin belakang kereta saya dan terpelanting lebih 2 meter.

Ketua Polis Kota Bharu, Ketua Siasatan Jenayah Kota Bharu serta pihak media hadir untuk melihat tempat kejadian.

Tengahari tadi saya diberitahu oleh seorang ahli sebuah parti politik berhubung ada pihak mencari saya dan mengugut untuk memukul saya kerana posting saya yang negatif terhadap keluarga Menteri Besar Kelantan dan sebuah syarikat swasta.

Saya sudah membuat laporan polis dan terserah kepada pihak polis untuk membuat siasatan.

... maka mung kena beringat sikit

yes said...

Harap harap TGNA baca blog ni, atau pun anak anak beliau baca dan sampaikan pada ayahnda.

Jiran Terdekat TGNA said...

TGNA sekeluarga akan baca kitab-kitab karangan ulamak muktabar, tak 'kan pecah lior baca blog MKJ. Siapa MKJ kepada TGNA sekeluarga nak harap blog MKJ dibaca?

Jiran Kepada Jiran Terdekat TGNA said...

Tak ingat dengan cerita Ibnu Maktum ke? Apakah tidak mungkin MKJ pun ibarat Ibnu Maktum?

Anonymous said...

UNTUK MAKLUMAN, SURAT TERBUKA UNTUK TOK GURU INI ADALAH TULISAN ANUAL BAKHRI HARON, SU POLITIKNYA YANG BARU SAJA DIPECAT ITU.