Friday, January 1, 2010

MUNCUL KEMBALI (612) - DIKEMASKINI DENGAN PEMBETULAN EJAAN

Pengunaan istilah Allah: ada laba di sebalik bala

KECUALI Ahli Parlimen (Pas) Shah Alam, Ir Khalid Samad dan kalangan yang sespesisnya dengannya yang jumlahnya umpama melukut tepi gantang sahaja, pada umumnya umat Islam menentang isu perkataan Allah diguna-pakai oleh agama lain.

Di mana-mana pun di muka bumi Malaysia ini, kini berkembang-mekarnya penentangan terhadap keputusan yang dibuat oleh mahkamah berkaitan isu berkenaan.

Dari sudut moralisme dan intergitisme keislaman, ketakwaan dan keimanan, ianya akan songsang dan sumbang kerana keputusan dibuat melalui penghakiman oleh hakim bukan Islam.

Benarlah sabda Rasulullah s.a.w. sebagaimana yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari yang bermaksud: "Bila sesuatu urusan pekerjaan ditugaskan kepada orang yang bukan ahlinya, maka tunggulah masa kemusnahannya".

Soalnya kenapa dalam sebuah negara yang beragama-resmikan agama Islam, dalam mengendalikan perbicaraan berhubung tindakan Kementerian Dalam Negeri (KDN) bertindak terhadap
'Herald - The Catholic Weekly', dalam begitu banyak hakim beragama Islam, yang bukan Islam juga diberi tugas sebagai hakim bagi menghakiminnya.

Dari sudut sivilisme, hakim berkenaan barangkali cukup alim tetapi dari syariahisme, dari sudut hukum hakam, dari sudut Islam, iman dan takwa, hakim berkenaan pasti sangat jahil. Justeru itu Allah yang merupakan satu daripada nama utama darpada 99 nama Allah (Asmaul-Husna) difahaminya sebagai 'god' dalam bahasa Inggeris.

Pada umumnya hakim memang tidak salah dalam membuat penghakiman kerana beliau berpandukan kepada terma-terma perundangan berdasarkan keilmuan dan kefahamannya. Beliau pasti tidak tahu betapa perkataan Allah itu bukan satu perkataan semata-mata tetapi ianya adalah satu nama yang AKBAR.

Ianya menjadi ratiban dan dizikirkan, malah ianya sebutan yang digunakan dalam sembahyang yang tersenarai pada takah kedua sebagai rukun selepas Mengucap Dua Kalimah Syadah daripada lima Rukun Islam yang lima yang wajib diimani demi kesempurnaan Islam, iman dan takwa.

Ketika bertakbir rotul-ihram, rukuk, iktidal, sujud, bangkit dari
sujud, disebut Allahu-akbar.

Nama Allah tidak boleh ditukar dengan 98 lagi nama-Nya untuk digantikan semasa
bertakbir rotul-ihram, rukuk, iktidal, sujud, bangkit dari sujud. Semasa bang atau qamat yang amalan hanya sunat (yang dituntut) pun, ungkapan Allah tidak boleh ditukar dengan nama-nama-Nya yang lain.

Dalam takbir raya, Allah adalah nama utama digunakan dan tidak boleh ditukar dengan 98 lagi nama-Nya yang lain. Demikianlah betapa induknya nama Allah dalam Islam yang hanya difahami oleh mereka yang reti tentang apa itu Islam dalam erti kata sebenar.

Justeru itu bagi saya, kesilapan besar dalam isu 'Herald - The Catholic Weekly' dibenarkan menggunakan nama Allah melalui proses penghakiman yang melihat kekalahan KDN dalam menyempurnakan tugas, adalah kerana kes berkenaan dikendali-bicara oleh hakim yang bukan Islam.

Bagi saya membatalkan keputusan itu menjadi tuntutan fardu kifayah kepada setiap mukalaf yang beragama Islam, beriman dan bertakwa bukan sahaja di negara ini tetapi juga ke atas seluruh umat Islam walaupun di mana mereka berada di dunia ini.

Kalau tidak ada hakim yang berkelayakkan untuk menghakimi kes berkenaan, ianya juga menjadi fardu kifayah untuk melahirkan hakim berkelayakkan yang faham dan alim tentang hukum hakam.

Menentang penggunaan nama Allah untuk apa-apa agama selain dari agama Islam bukan kerana tuntutan sentimen keagamaan tetapi ianya adalah suatu tuntutan fardu kifayah.

Ertinya kalau tidak ada yang bangkit menentang, seluruh umat Islam akan berdosa, apatah lagi umat Islam di Malaysia kerana ianya berlaku di negara ini.

Rasanya tidak keterlaluan dan bukannya bersifat provokasi kalau saya katakan bahawa jika keputusan mahkamah itu tidak ditarik balik atau dibatalkan, ianya boleh menyumbang kepada kemungkinan berlaku perbalahan yang akhIrnya akan membawa kepada PERANG SABIL.

Cula, bibit dan lunas ke arah itu mula menampakkan 'ngoh' dan 'sirip'nya apabila semua umat Islam tanpa mengira fahaman politik dan kedudukan pada umumnya menentang keputusan mahkamah itu, malah timbul semacam tempelakkan supaya Khalid Samad yang menyokong keputusan itu keluar dari partinya, Pas.

Ertinya, dalam isu
'Herald - The Catholic Weekly' dibolehkan menggunakan nama Allah melalui keputusan kehakiman, ianya tidak boleh cuba dimanipulasi bagi tujuan politik oleh mana-mana parti politik dan pemain politik kerana sebarang pemanipulasian akan mendorong ke arah membakar hangus mana-mana parti politik atau pemain politik.

Kalau keputusan mahkamah dikekalkan, mahu tidak mahu, bangat atau lambat akan berlaku hal-hal yang tidak diingini kerana dalam mempertahankan Allah dan Rasul-Nya, mati umat Islam kerananya dijanjikan syahid.

Mereka yang mati syahid akan ke syurga tanpa hisab, malah boleh memberi syafaat kepada saudara mara yang dipilih.

Pasti ramai di kalangan umat Islam akan berebut-rebut untuk itu. Jika keadaan itu berlaku, cuba bayangkan bagaimana jadinya negara ini yang selama ini aman damai dan rakyatnya hidup harmoni walaupun pelbagai bangsa, budaya dan anutan agama.

Kerana isu
'Herald - The Catholic Weekly' dibolehkan menggunakan nama Allah, mahu tidak mahu ianya akan mendatangkan bala. Pelan perpaduan dan keharmonian masyarakat majmuk negara ini akan berantakkan.

Bagaimanapun bala itu tetap akan melabakan umat Islam kerana akhirnya mereka akan bersatu di bawah satu panji yakni panji-panji Islam dan kewujudan parti politik, sama ada Pas atau Umno menjadi sudah tidak perlu lagi.

Yang menjadi pertimbangan ketika itu adalah hidup atau mati dan ianya akan akhirnya merebak ke seluruh dunia kerana dalam mengikut putaran untuk kembalinya kekuasaan Islam bagi mengkhalifahi dunia ini, dikatakan akan bermula dari sebelah sini.


Yang kena diyakini oleh umat Islam khususnya dan kalangan bukan Islam amnya, kemenangan akan menjadi milik Islam jua sudahnya kerana itu adalah janji Allah dan Rasul-Nya, bukannya pelan strategi atau perancangan manusia yang serba lemah dan tidak berdaya!.

5 comments:

john said...
This comment has been removed by the author.
john said...

Salam....

ya ada laba disebalik bala..sapa hok buleh laba tu..sapa hok buleh bala tu..

Abe li pun macam buat2 tok reti pulok pasal isu ni. Buleh pertikai lagi pasal tok-tok hakim. ni nak kena hina mahkamah ni. Ni lah ore kata bilo ore yang bukan sepatutnya di beri kuasa. Ore melayu bagi ko umno nok suruh jago islam guno lah undang2 islam sbg rujukan tertinggi, ni dok..jawabnya habis kucar lana.(isu ni ada udang disebalik mee celup)

Pelik gapo nga M'sia ni mugo undang2 tertinggi dio kan ikut barat. Nok nok wat gapo pun keno ikut 'Westminter style' le. Lain la kalu daulah islamiah undang2 tertinggi negara.

Tapi tak po abe li jangan risau kito ado 2 pgkt mahkamah lagi. Mahkamah rayuan dengan mahkamah tinggi persekutuan. Biasanya tok2 hakim melayu ramai dalam mahkamah ni denga angka ganjil dan bermajoriti islam. Ambo tok rusing lah isu ni abe li. Kerajaan kato doh nok buat rayuan.

tapi apo hok nok 'hi-lite' sini sebelum mahkamah rayuan buat keputusan geng umno kokok doh. Juaro dalam isu nih. dengan wanitanyo..dengan pemudo p.pinangnyo..dengan NGO2 upahanyo.. bair rakyat nampak "aku lah pembela Islam"...ore kapir senyap je..ore umno ssungguh bedo'oh...loh gi la..SANDIWARA BLAKO!

p/s: jangan lupa mahkamah rayuan adalah talian hayat umno lo ni....HIDUP UMNO MEMBELA ISLAM

Anonymous said...

Abe Li...
Dangkal sungguh pendapat John...Ni lah salah satu kualiti pemikiran PAS. Seluruh orang Melayu bangkit menentang tidak kira fahaman politik...maso gini pun masih nok main politik jugok. Meme puak-puak supo John ni letak politik di depan melebihi agama! Sebab tu bila kita ajak kepada perpaduan dia tolok...

Tok Guru John lah dulu hok kuat dok sokong kato Orang bukan Islan boleh guno perkataan 'Allah'. Acu ingat...bulan Mac tahun lepas, sehingga Ust Taib Azamuddin keno beri ceramah kat geng2 PAS di Parlimen. Loni, apabila keputusan mahkamah memberi kemengangan kepada Kristian, Tok Guru kpd John ni jugok lah kata ada kesangsian pulok nyo...takut saloh guno!
Benda lagu tu pun tok leh mmikir!...sebab tu dulu sokong sangat cino bukan Islam baco Quran, Tok Guru kato boleh...(Tok Guru John ni la...) Habih cari nas itu dan nas ini...nok suruh kato buleh...Bilo Tok Guru kato buleh...hok kat bawah pun 'TAKBIR!' diikuti dengan laungan ALLAHUAKBAR!. Tok kaba cino bukan Islam tu tak mandi wajib pun! Aqidah yg begitu kotor!...buleh Tok Guru (John)royat kato 'buleh' baco...
Ingat lah John...kesilapan Tok Guru ni lah yang membawa bahaya kepada negara...John sekoloh mano ni...? sekat darjoh berapo?..

joostspring said...

org kl dah palo otak serupo john gak xleh wat gano dah..

org lagu ni la org kata bodo xleh nak ajar,cerdik xleh nak tumpang...

bekecek teh pasal isle...pas ni sebenarnya setara mana sgt jah nak ko isle nyo...aku rase bkn nak sgt ko isle..hanya nak raih undi jah base menate pas ni..

isu hudud timbul cerela cerelut...jualan paling murah hududnya lelong ko puak pas ni time musim ngundi..time tu gak murah terlajok2 nah nyo lelong ko puak pas...

nate pas ni kl esk najib umum bleh wat hudud di kelate mapuh keras cokeng puak2 pas ni..mula la duk kalut, persediaan dr segi bertulis pasal hudud xdok langsung..jenis kecek mulut jah pandai..

mu tanya pas tu dulu sblm mu oyt umno tolak hudud..
betul ko pas nak ko hudud????

Abuzar said...

Kalimah"Allah" tu hanya salah satu dari 99 nama Tuhan Pencipta & Penguasa Seluruh Alam.

Apa beza dengan Budha Siam, Cina, Kristian, English, American, African, Hindu atau mana2 kafir sebut kalimah "Allah", jika Arab,atau Melayu yang sebut tu pun tak "beriman & taat dengan Allah" dalam erti kata sebenar?

Ada melayu yang perjuang kalimah "Allah" ni macam2 ragam.. tak tutup aurat, kaki rasuah, penjenayah, yang syirik, yang ikut ajaran sesat, yang ikut akidah sekular, .. dan macam2... setengah guna kalimah "Allah" untuk menipu ... sihir... menindas..

Pada saya semua boleh sebut Allah.. tapi yang penting bagi orang Islam kena faham betul2 maksud ketuhanan Allah dan kewajipan kita sebagai hambaNya supaya tidak tersesat dan tergolong sebagai orang2 mukmin.

Sistem pendidikan Islam sekarang perlu ditambahbaik, bukan diajar supaya sekadar tahu atau nak lulus periksa atau nak tayang sijil agama saja... tapi lebih dari itu .. YAKIN dan AMAL Islam 100% ... jangan ikut Allah sebahagian2 saja mengikut selera hawa nafsu!

Jika dijelas secara betul, maksud "Allah" ... mungkin lebih ramai orang bukan Islam akan fahami tauhid kepda Allah ... dan akan sama2 menyembah Allah. Insyaallah. ISLAM FOR ALL.