Sunday, January 3, 2010

MUNCUL KEMBALI (613)

Antara saman RM100 juta, RM1 dan 5 sen

"Pada mulanya, cadangan adalah untuk saya menyaman mereka RM 1 atau 5 sen tetapi memandangkan pemimpin akhbar itu suka saman orang dengan nilai RM100 juta, jadi kenapa tidak saya saman RM100 juta juga?"

Begitu antara sejujuk rangkai kata laporan Pertubuhan Nasional Malaysia (BERNAMA) dari Ipoh, Perak, berhubung dengan hasrat MB negeri yang terkenal dengan perlombongan bijih timah itu akan menyaman Suara Keadilan, akhbar mingguan milik Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Walaupun beliau dilabel sebagai MENTERI BESAR HARAM, MENTERI BESAR KUDETA AL-KUTTY, malah dengan maksud mahu mengejek, menghina, memperlekeh dan mempersenda beliau, bila minta roti canai akan disebut: "MINTAK ROTI ZAMRY SATU!", namun beliau tidak pernah marah atau melenting.

Seingat saya beliau adalah merupakan seorang penulis yang produktif sebelum menjadi wakil rakyat dan seterusnya MB Perak. Beliau adalah kolumnis bagi majalah Dewan Masyarakat. Ertinya beliau ada keupayaan untuk menyelami apa yang tersurat dan tersirat di sebalik tulisan seseorang penulis.

Di samping itu beliau berpendidikan agama, Walaupun tidak berkopiah, tidak berserban, tidak berjubah dan tidak mengharapkan penatap gambarnya akan berpahala, namun beliau bukan jahil teropong dalam hukum hakam kerana pendidikan Islamnya bukan setakat 4 thanawi, tetapi pada peringkat pusat pengajian tinggi.

Mungkin kerana berpendidikan agama, maka beliau mempunyai tahap kesabaran yang tinggi yang kadang-kadang tahap kesabarannya tidak mampu disegandingkan, apatah lagi mengatasi kesabarannya oleh kebanyakan orang.

Tetapi apabila beliau difitnah sebagai pengganas olehSuara Keadilan yang kononnya melaporkan perkara yang tidak benar dan tidak beretika, Zambry bangkit. Maknanya Suara Keadilan akan berdepan dengan tuntutan saman bernila RM100 juta. Akan berlaku atau tidak, sama-sama kita tunggu.

Zambry yang pada mulanya mahu sebanyak RM1 atau 5 sen telah mengubah hasrat kepada menyaman sebanyak RM100 juta dengan alasan.... memandangkan pemimpin akhbar itu suka saman orang dengan nilai RM100 juta, jadi kenapa tidak saya saman RM100 juta juga?.

Tetapi kepada saya antara saman RM100 juta dengan saman RM1 atau 5 sen, defenden akan lebih merasa terhina dan betapa rendahnya nilai dan standard sebagai defenden jika saman cuma RM1, apatah lagi kalau sekadar 5 sen.

Rasanya ada baiknya penjenguk memerhati dan menilai apa yang tersurat dan tersirat di sebalik laporan yang telah menyebabkan Zambry mahu menyaman Suara Keadilan atas alasan sebagaimana berikut;

  • MB Perak saman Suara Keadilan RM100 juta
  • 03/01/2010 6:56pm
IPOH 3 Jan. - Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir akan menyaman akhbar Suara Keadilan sebanyak RM100 juta berhubung artikel yang disifatkan beliau sebagai fitnah keterlaluan.

Katanya, beliau telah berbincang dengan peguamnya bagi mengambil tindakan undang-undang terhadap akhbar itu yang melaporkan berita tanpa mengikut etika kewartawanan dan prinsip pemberitaan.

"Pada mulanya, cadangan adalah untuk saya menyaman mereka RM 1 atau 5 sen tetapi memandangkan pemimpin akhbar itu suka saman orang dengan nilai RM100 juta, jadi kenapa tidak saya saman RM100 juta juga?,” katanya kepada pemberita selepas menyertai program gotong-royong bersama-sama Majlis Bandaraya Ipoh di Kampung Tai Lee di Buntong di sini hari ini.

Sebelum ini katanya, beliau tidak pernah mengambil tindakan undang-undang terhadap akhbar berkenaan yang menggunakan bermacam-macam gelaran serta menulis pelbagai laporan palsu yang menyimpang bertujuan memburukkan kerajaan negeri pimpinannya.

"Tetapi dengan pembohongan yang keterlaluan dalam artikel keluaran terbaru mereka, sudah tiba masanya untuk saya bertindak,” katanya.

Zambry berkata akhbar itu sepatutnya lebih bertanggungjawab dalam menulis berita atau laporan kerana ia turut mencerminkan kredibiliti Parti Keadilan Rakyat (PKR).

"Akhbar ini membuat pembohongan besar apabila melaporkan saya ditahan di Lapangan Terbang San Francisco di Amerika Syarikat, disiasat, disyaki pengganas dan kemudiannya dihantar pulang ke Malaysia...laporan terbabit tidak benar sama sekali dan ia jelas fitnah semata-mata,” katanya. — BERNAMA

9 comments:

Pengundi Pulau Pangkor said...

Semuga Datuk Seri serius saman RM100 juta.

Pengundi Datuk Seri said...

Setuju. Datuk Seri patut segera saman. Kalau menang saman RM100 juta Datuk Seri boleh gunaannya untuk bina masjid, nanti dapat pahala berpanjangan.

Saya yakin Datuk Seri saman pun bukan kerana mahukan wang bayaran saman tetapi kerana demi maruah.

Saya akan doakan Datuk Seri memenangi saman.

Anonymous said...

Saya setuju. Saman segera

Rakan Jamaliah Mahmood Lenggong said...

Memang kean saman

Hamba Datuk Seri, Ipoh said...

Blog-blog yang turut carry-foward laporan palsu dan sengaja diada-adakan itu juga patut didakwa sama

Stringer Bongkok Tiga, Taiping said...

Akhbar tidak beretika patut dibuat sapu tahi saja

Ustaz Lepasan Gunung Semanggol said...

Kalau Datuk Seri tak betul-betul saman, maknanya Datuk Seri bersekongkol dengan kemungkaran.

Budak Sekampung Datuk Seri said...

Saya yakin Datuk Seri boleh menang punya.

PELAJAR KOMUNIKASI UNIVERITI TEMPATAN said...

"Akhbar ini membuat pembohongan besar apabila melaporkan saya ditahan di Lapangan Terbang San Francisco di Amerika Syarikat, disiasat, disyaki pengganas dan kemudiannya dihantar pulang ke Malaysia...laporan terbabit tidak benar sama sekali dan ia jelas fitnah semata-mata,” katanya. — BERNAMA

TAK BERTIKA LANGSUNG. YANG PELIKNYA PEMBACA BOLEH PERCAYA. SAYA YAKIN UMUR SUARA KEADILAN TIDAK PANJANG. PIHAK KDN JANGAN BATALKAN PERMIT, BIAR DIA MAMPUS SENDIRI ATAS NAMA AKHBAR TIDAK BERKREDIBILITI.