Monday, January 11, 2010

MUNCUL KEMBALI (621)

Manusia bernama Mohd. Noor Ibrahim patut didapatkan maklumat darinya dalam kes rayuan isu saman RM800 juta

ATAS nama persahabatan yang sering bertukar-tukar fikiran, seorang manusia yang mungkin bagi orang lain sangat kerdil dan lekeh tetapi bagi saya amat hebat kerana tanpa diploma atau ijazah, beliau diberi penghormatan diundang sebagai pensyarah undangan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Skudai, bertanya saya: "yang tuntut ganti rugi RM800 juta dari Kerajaan Kelantan itu Timbermine Sdn. Bhd atau Timber & Mine Industrial Corpration?".

Saya tidak boleh jawab kerana ketika kes itu berlaku walaupun sudah terlibat dalam bidang penulisan, namun tumpuan saya adalah pada penulisan skrip drama radio dan rencana-rencana ringan untuk majalah-majalah khusus bagi bacaan remaja.

Saya tidak terlalu ambil peduli walaupun Allahyarham Dato' Haji Muhammed Nasir ada juga bercakap tentangnya ketika saya jadi tukang tulis buku karangannya. Dia cakap saya tulis: guna tulisan jawi di sebuah rumah rehat khas yang dibina di pinggir sungai di ladangnya, yakni Ladang Puar, di kampung kelahiran saya, Rong Chenak.


Watak Noor Ibrahim sudah saya kenal namanya melalui Dato' Haji Muhammed Nasir pada tahun-tahn 70-an lagi dan bila bertemu dengannya pada tahun-tahun 80-an, ketika beliau menjadi Pengerusi Persatuan Perabot Dan Tukang-Tukang Kayu Melayu Kelantan serta aktif dalam pembinaan bot nelayan dan projek rumah pasang siapnya, kami cepat mesra dan kemesraan itu kekal hingga sekarang. Lazimnya untuk sidang akhbar atau kenyataan akhbar yang mahu dibuatnya atas nama pengerusi persatuan perabot, maka sayalah yang diminta menguruskannya

Beliau yang menjadi pensyarah undangan di UTM Skudai tentang kayu kayan yang merupakan kepakaran dan kehidupannya sejak dulu, kini dan saya yakin untuk selamanya, mendakwa setahunya kes gadaian tanah yang ditebus adalah membabitkan Timber & Mine Industrial Corpration. Dari mana pula munculnya Timbermine Sdn Bhd.

Saya yakin beliau yang boleh diubungi melalui telefon 019-3415945 mempunyai maklumat dan juga dokumen kerana lazimnya apa yang dibuat termasuk salinan surat yang dihantar kepada para pemimpin, termasuk perdana menteri dan para menteri, disimpan dengan baik. Orang press patut benar dapatkan cerita darinya tentang kes ini.

Persoalannya macam mana watak Timber & Mine Industrial Corpration boleh bertukar dengan watak Timbermaine Sdn Bhd?. Orang politik yang tidak cukup maklumat mengenainya patut mengelak dari bercakap tentang isu berkenaan berasaskan andaian atau memberi jawapan politik kepada press kerana ianya boleh menjadi jerangkap samar yang sangat membahayakan.

Dikenali dengan 'NOOR KAYU' di kalangan wartawan di Kelantan yang seangkatan dengan saya, Mohd. Noor Ibrahim adalah watak utama dalam menyiasat kes penggadaian kawasan hutan di Hulu Kelantan kepada Timber & Mine Industrial Corpration.

Pada saya, lawyer yang ditugaskan membuat rayuan kes juga patut berjumpa Noor Ibrahim. Kalau sukar untuk hubunginya, boleh datang ke rumah saya dan saya boleh tolong bawa ke rumahnya tanpa sebarang tuntutan bayaran perkhidmatan.

Insyaallah kalau dia dalam keadaan sakit dan 'tok rok ngakat hadas sekali pun' kalau saya datang, dia akan gagahkan diri untuk bangun, malah kalau orang yang datang ke rumahnya itu kata saya yang suruh datang, Insyaallah dia akan segera memberi layanan istimewa. Nak ubat tambah tenaga batin berasaskan herba pun dia ada. Itu pun akan diberikan kepada mereka yang rapat dengan saya sahaja.

Saya rasa Noor Ibrahim perlu ditemui dan didapatkan maklumat darinya apabila membaca laporan berikut;

Bukan salah BN sepenuhnya - Husam

KOTA BHARU 11 Jan. - Selepas mendakwa kes ganti rugi RM800 juta yang perlu dibayar kerajaan negeri kepada sebuah syarikat berpunca daripada masalah yang diwarisi daripada kerajaan Barisan Nasional (BN), kerajaan negeri hari ini melembutkan pendirian berhubung perkara itu.

Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan negeri, Datuk Husam Musa pada sidang akhbar di pejabatnya hari ini berkata, kerajaan negeri tidak meletakkan sepenuh kesalahan ke atas bahu pemimpin UMNO yang mentadbir negeri pada era sebelum Pas.

''Kita bukan nak salahkan sesiapa, tetapi kita bertanggungjawab cari penyelesaian melalui mahkamah untuk menghadapi kes ini walaupun kita mewarisinya daripada kerajaan sebelumnya.

''Tetapi bukan saya nak kata UMNO punca masalah semata-mata, cuma dari rekod perkembangannya begitu dan surat-menyurat penyelesaian pun berlaku semasa Allahyarham Tan Sri Mohamed Yaacob menjadi Menteri Besar," katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan beberapa pemimpin negeri itu termasuk Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang menyalahkan BN kerana terpaksa membayar ganti rugi RM800 juta.

Sebelum ini, Mahkamah Tinggi Kota Bharu mengarahkan kerajaan negeri membayar RM800 juta kepada sebuah syarikat pembalakan, Timbermine Sdn. Bhd. kerana melanggar perjanjian yang dimeterai kedua-dua belah pihak pada 1964.

Jumlah itu termasuk ganti rugi khas sejumlah RM13.5 juta, pembayaran gaji pekerja RM1.7 juta dan ganti rugi sebanyak RM2,000 seekar untuk 280,000 ekar (112,000 hektar) berjumlah RM560 juta dan faedah lapan peratus daripada tarikh pemfailan.

Pada 1975, kerajaan BN yang ditunjangi Pas telah membatalkan perjanjian dengan Timbermine yang diberikan kuasa untuk mengeluarkan balak di kawasan seluas 204,095 hektar di Hulu Kelantan.

Ekoran itu, Nik Abdul Aziz dalam kuliah Jumaat baru-baru ini menyalahkan kerajaan BN kerana Pas terpaksa mewarisi kesilapan tersebut.

Kenyataan sama juga dikeluarkan oleh Timbalan Pesuruhjaya III Pas Kelantan, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah dalam ceramah perdana isu-isu semasa di Pejabat Pas Kelantan.

Pada sidang akhbar tersebut, Husam tidak menyatakan punca sebenar kerajaan negeri di bawah Pas sejak 1990 tidak cuba menyelesaikan perkara tersebut walaupun mengaku menerima surat sekali lagi dari Timbermine pada 1995.

''Berlaku surat menyurat yang panjang dari 1982 hingga 1989, kemudian lepas kerajaan (Pas) ambil alih, pada 1995 baru dia (Timbermind) tulis balik (surat).

''Tapi kita bergantung kepada keputusan sebelum itu, jadi sekarang biar kerajaan negeri dapat peluang buat rayuan," katanya.

Tambahnya, dalam mesyuarat Exco kerajaan negeri pada Rabu ini, Penasihat Undang-Undang negeri akan diminta memfailkan rayuan secepat mungkin.

Selepas itu katanya, 'peguam yang handal' akan dilantik untuk mempertahankan kerajaan negeri di mahkamah kelak.

Nampak ada percanggahan yang ketara dengan laporan sebelumnya di samping ketaranya percanggahan antara sama lain di kalangan pemimpin kerajaan negeri dalam isu berkaitan. Kes RM800 juta bukan main-main kerana ianya boleh menyebabkan kerajaan jatuh bankrap.

14 comments:

NAJid said...

MELI mu kabo ke dok apa yg berlaku lening...apa yg mu dok susoh dgn KERAJAAN KELATE ...mu ni bukan nok molek tapi koho punoh ... ...cara mu nulis ni lebih mengundang nok suruh ore baloh... mu sedar dok
berapa banyok peruntukan utk rakyat disekat..kalu mu tok kaba mari aku royat skitt

peruntukan pendidikan telah banyak dipotong

lening kena bayaran tambahan nok masuk sekoloh ...

Kelas tambahan disekloh dipotong

pengambilan cekgu tahun ni dipotong

yuran asrama dinaikan bg ibu bapa yg kerja ( RM 5000 )dua2 ore

sekolah pulok sya dibagitau kalu cikgu cuti bersalin ke sakit ke takdok cikgu ganti

bunyi kaba 1 mei ni subsidi petrol akan dibuat koho pelik lagi ada yg dapat susidi dan ada yg dok dapat

gulo naik rego makanan pong naik

pulok tu cola hok kijo dgn kjaan nok ditarik balik

dan macam2 yg akan dipotong potong

insurans keto lama mahal nok mapuh

pitih pah kemano habih
meli weh

Wak Long bin Dogol said...

Nak senang hidup ikut cara Meli, kerja sediri. Puyan sseto rukah sseto, puyan duku rukah duku, pah pula kebun getah sssako ada sikit-sikit, harga getah hak tok peraih beli kat orang kapung lloni RM5.50 sekilo, bbunyi kaba nak naik RM7.00 lebih sekilo. Mugo lagu ni demo tak royat.

Dah menoreh getah buleh pitih banyak pada makan gajgajinyo. Kawe tak respet jenis orang makan gaji, naik minyak sikit, naik gula sikit gege gegok, malu gat ko orang menoreh getah, takdok dok bising apa eh. Orang menoreh ppun pakai kereta lloni. Kereta orang menoreh getah bukannya bubuh air kencing.

Kawe dengan kaba, Meli & the gengs beli buah sseto RM1 sekilo, Meli & gengs bawa tukang rukah, tuan pokok tunggu bawah pokok. nanti angkat duit. Duku kabanya RM1.60 sekilo, sepokok ada yang dapat sampai enam pikul. Sorang pekebun ada lebih dari 10 pokok. Maknanya ketat poket pekebun. Gula nak naik RM4 sekilo pun orang kebun getah tak heran.

Kapak Bungkus Bertali Nylon said...

NAJid said...

MELI mu kabo ke dok apa yg berlaku lening...apa yg mu dok susoh dgn KERAJAAN KELATE ...mu ni bukan nok molek tapi koho punoh ... ..

KALU MELI TAK KABO, DIA TAK 'KAN GON TULIS PULA. MU INGAT KERAJAAN KELANTAN SSAKO POK MU? MELI 'KAN ORANG KELANTAN. MU NI JJAKIT PENYAKIT NIK AZIZ, DOK INGAT PAS DAN KERAJAAN SSAKO MAKBAPOK SENDIRI.

AKU NI ANAK 80-AN, AKU TAK TAU APA SEBENARNYA YANG BERLAKU. AKU TAK TAU PUN TIMBER & MINE INDUSTRIAL CORPRATION PERNAH PEGANG GADAI KAWASAN PEMBALAKAN DI ULU KELANTAN. AKU BERTERIMA KASIH KALAU ORANG MACAM NOOR IBRAHIM YANG MELI SYORKAN ITU DEDAHKAN PERKARA SEBENAR. SEPATUTNYA KENA BERTERIMA KASIH KO MELI KERANA BUKA PNTUK UNTUK DAPATKAN MAKLUMAT.

MELI SENDIRI JANGAN TAKUT DENGAN APA TANGGAPAN ORANG. AKU YAKIN DIA BERANI, KALAU TIDA TAK 'KAN PULA BLOGNYA NAMA KAPAK JANGAJ. HAK PATUT TAKEL KENA TAEL, MELI...HAK PATUT ANDAS DENGAN BELAKANG KAPAK, ANDAS GI.

NAJid said...

Pengerusi Anak-anak Muda Islam Selangor (Amis), SD Mohd Johari Yasin berkata beliau tidak mengenali seorang individu yang berucap semasa protes anjuran Amis di perkarangan Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di Shah Alam, Jumaat lalu.

Sebaliknya, kata beliau, lelaki itu yang dilaporkan melaungkan "bakar gereja", muncul sejurus sebelum protes itu bermula apabila selesai solat Jumaat.

Menurutnya, sewaktu sidang akhbar Amis selepas itu pun, lelaki
berkenaan turut hadir dan memperkenalkan dirinya sebagai 'Suhaimi Shafie'.

Sebelum berucap di protes tersebut, Suhaimi (foto) yang memakai jubah putih, dilaporkan melaungkan "bakar gereja," tetapi laungannya itu tidak diendahkan orang ramai yang beredar dari masjid itu selepas selesai solat Jumaat.

"Saya tidak ada di situ ketika dia berucap. Saya cuma ada semasa sidang media bersama (bekas exco Selangor) Datuk Mokhtar Dahlan," katanya sambil menambah, Suhaimi turut memberi kenyataan dalam sidang media tersebut.

"Saya tidak tahu bagaimana dia tiba-tiba muncul dalam sidang media itu.

"Kami cuma tahu namanya bila beliau ditanya wartawan dalam sidang media tersebut," katanya sambil menegaskan lelaki itu tidak ada kaitan dengan penganjuran demonstrasi itu, yang disertai kira-kira 30 orang.

"Kami ingin tegaskan, dia tidak mewakili kita. Kami tidak tahu dia (mewakili) kumpulan mana. Dia cuma beritahu, dia adalah orang awam yang marah dengan penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam.

"Dia juga beritahu kami, dia tinggal di kawasan berdekatan dan merupakan ahli kariah masjid negeri," kata SD Mohd Johari.


Katanya, sebelum demonstrasi itu bermula, lelaki berkenaan meminta untuk berucap.

"Tapi kami nampak dia agresif sangat dan terlalu beria-ria. Kami dapati kenyataannya (dalam ucapan dan sidang akhbar) terlalu agresif dan tidak selari dengan pendirian Amis. Sebab itu kami cepat-cepat hentikan sidang media selepas itu," katanya lagi.

Selepas demonstrasi itu tamat, kata SD Mohd Johari mereka beralih menyertai perhimpunan yang lebih besar di ruang solat utama di dalam masjid negeri itu.

Bagaimanapun, beliau mengaku membawa kain rentang yang bertulis "Khalid Samad Peliwat Agama" semasa demonstrasi tersebut.

"Ya, kami yang bawa kain rentang itu," katanya sambil menambah, ia merupakan bantahan kepada ahli parlimen Shah Alam itu yang didakwanya bersetuju kalimah Allah digunakan oleh bukan Islam.

Dalam ulasan di blognnya, Khalid menyatakan pendiriannya bahawa penggunaan kalimah itu di kalangan orang bukan Islam merupakan sesuatu yang "diharuskan."

kutan and the geng said...

gula di Malysia lebih murah berbanding negara lain seperti Djuboti,Cayman Island,Timor leste,Nauru,Haiti,dan Mongolia.
Sya pendokong BN (Bini Najid)menyokong penuh kenaikan harga gula dan berbagai2 lagi kenaikan supaya negara SATU Malaysia dapat berkembang sekembangnya slogan "rakyat dihulukan keuntungan diutamakan"

pemakan gaji said...

kepada Wak Long bin Dogol yang mendabik dada yang bermegah dgn kekayaan sebab ada kebun getah dan macam buah kayu serta hasik pertanian hingga gula naik RM4 pun tak kisah.syukur Alhamdulillah tapi jangan lah berlagak sampai macam tu sekali ,nanti ALLaH tarik rezeki
kalu kamu kaya kamu kena ingat ada yg lebih kaya begitu sebaliknyalah

gulaikhan mongolid said...

Kalaulah PAS yang menganjurkan demo kalimah Allah ini

Terkedu, marah, geram. Perasaan memberontak datang bila hak yang satu ini cuba dicabuli. Pelbagai pendapat diberi, ada pro dan kontra, ada sandaran intelek, hukum hakam malah ramai yang sekadar ikutan emosi tanpa ilmu. Tidak ramai ulama [terutama dari pemerintah] yang berani mengeluarkan pendapat. Justeru diforum-forum internet pelbagailah pendapat yang diutarakan. Alangkah bagusnya dalam kita mempertahankan kalimah suci itu diiringi juga dengan iltizam mempertahan dan mengamalkan agama Islam yang syumul ini secara total.
Lama sungguh menanti pendirian PAS dalam isu ini. Rupa-rupanya ada hikmah yang pendokong-pendokongnya tidak ketahui. Kenapa PAS bersama gerombolannya tidak mengangkat sepanduk seperti kebiasaan jika ada isu-isu tentang agama dan negara seperti sebelum ini. Sekonyong-konyong parti memerintah [negara] bersama-sama NGO yang mendepani demo, yang berteriak sakan dan menjulang sepanduk bantahan. Tidak kelihatan pulak pemimpin2 kanan parti pemerintah tadi turut serta dalam demo itu. Menyusul pulak siri pengeboman gereja hampir diseluruh negara, sekolah juga jadi mangsa, apa pulak akan menyusul selepas ini...
Seperkara yang Pak Cik terfikir, kalaulah PAS dan angkatan pendokong-pendokongnya yang mengetui dan menganjurkan demo bantahan itu, mungkin senario politik negara akan berubah skripnya...Renung-renungkanlah....
Rupa-rupanya masih banyak yang perlu dipelajari dari Politik ini

Anonymous said...

Nik Aziz patut berhenti. Dia hanya tahu menyalahkan orang lain, kalau kroni dan ank menantu semua betul. Kalau umno semua salah.

ak Long bin Dogo said...

Bo 'la nak bergilo dook demonstrasinya. Dok jadi alat orang politik. Kita jon bekok muka, merea hitung laba, dapat kuasa.

Yang ada kebun getah lebih baik bersihkan dari semak samun, yang ada kebun sseto, durian, duku, dokong, angsat, rambai, petai, jering, kerdas dan sebagainya bersihkan kebun dari semak samun.

Dapatkan baja yang boleh sumbangkan susu getah yang lebih banyak dan pokok sentiasa berbuah. Apa salahnya dalam dudun dilepas ayam kampung, telur ayam kampung 3 biji RM1. Tak payah bagi makanan khas pun, ayam akan cari seniri dalam dusun, paling tidak anak beranak berarak atas batang nyior tumbang, boleh ayam jadikan makanan.

Mana ada alor atau kubang. jadikan tempat ternak ikan talapia merah. Tok ayah Su akan beli. Aya kampung pun laku.

Usahawan Muda Berijazah said...

Barangan jadi mahal kerana kuasa beli rendah dan lemah. Kalau kuasa tinggi beli tinggi dan kukuh, harga barangan akan jadi rendah.

Mungkin betul kata Wak Long bin Dogol, kepada pekebun getah apa nak heran, kalau harga gula naik RM4 sekilo pun boleh dibayar dengan sekilo getah sahaja.

Yang jadi berak sembelit bila harga gula, petrol dan pelbagai barangan keperluan naik sikit saja adalah kalangan makan gaji yang statik pendapatan, yang kerjanya duduk bilik dingin hitung hari di kerusi goyang, cukup bulan terima gaji habis bayar hutang.

Saya pun dulu bekas makan gaji, berpakaian kemas, siap bertali leher, kereta sentiasa berkilat, tapi hujung bulan setelah tolak perbelanjaan itu dan ini, defisit RM250 setiap bulan, terpaksa berjual pasar malam, jual pakaian cari pitih tambahan.

Pendapatan pasar malam rupanya lima kali ganda lebih banyak dari pendapatan kerja makan gaji. Insyalah sekarang saya dah jadi usahawan sepenuh masa. Walaupun tidak lagi bertali leher macam sewaktu kerja makan gaji dulu, walaupun tidak banyak, duit sentiasa ada dalam kocek, setiap hari boleh bank-inkan duit untuk simpanan hari tua.

Saya rasa untuk hidup lebih selesa, supaya kenaika barangan demi kepentingan negara tidak akan menarik minat kita untuk turut buat bising, tradisi utamakan kerja makan gaji patut dihentikan. Kita tiru orang Cina, mereka kaya kerana berniaga. Lagi pun berniaga adalah antara kerja nabi selian dari menternak. Menjadi ketua negara adalah bersifat kebaktian dan lebih kepada sumbangan tenaga untuk kebajikan. Nabi tidak hidup dengan upah sebagai ketua pemerintah. Kalau tak nak tiru cara nabi, kita nak tiru cara siapa lagi.


gula naik sikit saja dan

ambo said...

Pasal pendidikan anak2... pening ke najid....

ambo tgk kat Malaysia ni... pasal rokok.... astro....utk maksiat.. tak pulak pening.....

sanggup beli rokok...byr bil astro... guna duit tak tentu arah... tak pula pening ya...

kalau nak tahu... sekolah kerajaan kat malaysia ni... bayarannya amat minimum .. berbanding negara2 membangun yg lain...

lagi satu najid... peruntukan rakyat kelantan tetap ada.. yg HAMPIR takda adalah"peruntukan PAS"... kalau peruntukan rakyat kelantan takda... tu sekolah2, HUSM, Politeknik, jalanraya.... bla...bla... bla... tu peruntukan siapa???

joostspring said...

org2 pas panas jubo taik dah lani...isu bodo2 jah nyo duk amik kutik ko ore pah nak jatuh BN..

guana wei puak2 selipar jepun nik ajis...buleh sero dah ko kelate nak kalah dlm PRU13 nanti..amik la mse hok ada ni utk puak2 mu nak jadi gila pun..gila la puak2 totok selipar jepun nik ajis nak gila pun...

joostspring said...

nak oyt jenis anjing dan babinya puak2 pas ni tgk ko isu nama Allah bleh tahu dah bengong setara mana....

hbs semua benda nak amik dipolitikkan oleh anjing dan babi pas ni.....

kl kalid samad tu org umno, confirm org pas duk gila berdemo dan duk tido ats jln lani...xcukup tanah najib kena shoot ko babi2 pas ni..

muga nate babi2 pas ni pentingkan ko politik, kena la buat pekak badak serupo lembu kenyang..

Anonymous said...

Mulut, bahasa joostspring ni mencarut sangatlah ..."anjing & babi pas" le .. dll... tadak ko bahasa yg lebih comel sikit nak guna ko? Kalu di kapong ambo, ore yae dok kecek mulut macae tu... jenis hok "babok" dan "tak pok" sangat la... otak dok dippala lutut... tokleh nak buat kkira ccara ....