Tuesday, January 12, 2010

MUNCUL KEMBALI (622)

39,046 hilang atau hilangkan diri?

SAYA berpendapat dan saya yakin warganegara ini boleh setuju dengan saya bahawa 39,046 warganegara India yang dikatakan 'hilang' oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sebenarnya bukan 'hilang', sebaliknya mereka sengaja hilangkan diri.

Didorong oleh serba serbinya dilihat boleh mendatangkan sumber pendapatan lumayan adalah antara faktor kenapa mereka 'hilangkan' diri supaya mereka bukan sahaja dapat tinggal lebih lama di negara ini tetapi mahu terus kekal di sini dan akan pulang ke negara asal sebagai orang kaya baru di negara mereka.

Besi buruk yang umpama boleh dikais dengan tangan disepak dengan kaki oleh rakyat negara ini, terutama oleh orang Melayu, sebenarnya mampu memberikan pulangan yang lumayan kepada 'orang India', termasuk orang India di Malaysia. Bagi mereka besi buruk adalah 'emas' sebagaimana Malaysia yang dikenali sejak turun temurun sebagai semenanjung emas.

Seorang rakan berbangsa India yang membuka pusat pembelian besi buruk di Jajahan Tumpat Kelantan mampu memperolehi pendapatan RM25,000 seminggua hasil jualan besi buruk yang dibeli dari orang ramai atau dibawa oleh orang ramai ke pusat pengumpulan miliknya dan dijual secara runcit.

Dalam sebulan beliau menjual sebanyak empat kali, yakni seminggu sekali dengan pendapat bulanannya tidak kurang dari RM100,000. Itu jbaru hasil ualan besi buruk, belum lagi dikira jualan tembaga, alumanium dan barangan plastik. Faktor inilah antara yang menjadi antara sebab berlakunya kehilangan warga India yang sebenarnya lebih bersifat 'menghilangkan diri.

Kepada saya untuk cari mereka tidak terlalu payah kalau ada inisiatif di kalangan pihak berkaitan. Cuba menyamar sebagai penjual runcit besi buruk dan cuba pergi ke pusat-pusat pengumpulan besi buruk dangan barangan teus-guna yang lain, mereka pasti ada di sana.

Bagi yang beragama Islam pula lazimnya mereka akan membuka warung kopi di celah-celah bangunan. Tempat-tempat sedemikian juga patut dijadikan tepat tumpuan pemeriksaan bagi mencari mereka.

9 comments:

amik kau said...

Minggu lalu negara digemparkan dengan berita empat beranak ditemui mati, termasuk seorang tanpa kepala, dalam insiden pembunuhan kejam di dua buah rumah berasingan yang terletak diberdekatan di Kampung Batang Rokan, Gemencheh.

Rupa-rupanya salah seorang mangsa pembunuhan kejam tersebut adalah Allahyarhamah Sofiah Katas yang merupakan ibu saudara kepada isteri Perdana Menteri, Rosmah Mansor. Sofiah Katas, 80 tahun, salah seorang yang dibunuh kejam itu ialah adik kepada Mansor Katas iaitu bapa kandung Rosmah sendiri.

Mangsa lain dalam pembunuhan kejam itu ialah Atan Daud, 90, (suami Sofiah) yang juga bekas imam masjid kampung berkenaan dan Ismail Awang, 76, serta anaknya Siti Khadijah Ismail, 22.

Malangnya diberitakan Rosmah langsung tidak menjengukkan muka menziarahi keluarga ibu saudaranya sendiri yang dibunuh kejam itu!

Dan kelmarin, seorang wartawan akhbar PKR Suara Keadilan Abdul Qayum Abdul Rahman yang cuba merungkai misteri kematian Sofiah dan mengapa Rosmah tidak menziarahi keluarga si-mati telah mendakwa beliau diugut polis sebaik saja selesai mewawancara seorang wanita bernama Saharah yang merupakan saudara kepada Sofiah dan sepupu kepada Rosmah.

Abdul Qayum mendakwa di dalam Malaysiakini, selepas mengetahui beliau seorang wartawan Suara Keadilan, seorang lelaki dikenali sebagai Muhammad memaksanya menyerahkan kad pengenalan dan mengambil nombor pendaftaran keretanya. Beliau turut merampas nota penulisan Qayum dan memadam semua rakamannya dengan Saharah. Muhammad juga turut merampas semua dokumen pengenalan Qayum, tanpa mendapat kebenarannya. Semua insiden tersebut diperhatikan oleh sekumpulan polis yang menunggu dan mengawal di luar rumah Saharah. Pihak polis dan Muhammad kemudiannya mengugut mahu mencari wartawan itu dan keluarganya dengan apa cara sekalipun jika temu bual tersebut disiarkan dalam Suara Keadilan.


Tiada siapa dapat meneka mengapa Rosmah sampai tergamak tidak menziarahi kematian ibu saudaranya sendiri. Juga tidak diketahui mengapa Rosmah begitu takut jika Suara Keadilan mendedahkan mangsa pembunuhan kejam itu ialah ibu saudaranya. Apa yang hendak Rosmah malukan, jika dia sendiri tiada kaitan dengan pembunuhan yang menggemparkan di mana suspek utamanya ialah seorang pemuda yang digambarkan kadang-kadang kurang siuman? Atau mungkin dia malu jika rakyat 1Malaysia tahu Rosmah mempunyai saudara mara yang kurang siuman? Mungkin Rosmah yang sebelum ini pernah dikaitkan dengan pembunuhan kejam Altantuya tidak mahu dikaitkan dengan satu lagi pembunuhan yang lebih kejam dari itu yang melibatkan saudara maranya sendiri!

Baru kelmarin akhbar-akhbar kita cuba membina karektor baik untuk Rosmah dengan memuji setinggi langit peranannya membebaskan seorang pelajar Malaysia yang ditahan oleh pihak berkuasa Mesir yang terbabit dalam misi memberi bantuan makanan kepada rakyat Gaza. Tapi manusia berkarektor baik itu tidak sanggup menziarahi ibu saudaranya sendiri yang dibuniuh secara sangat kejam! Dan manusia berkarektor baik itu juga telah mengarahkan polis untuk menghalang sesiapa saja dari mendedahkan dia mempunyai pertalian saudara dengan adik kandung ayahnya sendiri.

Patutlah 2 hari selepas pembunuhan kejam itu, polis membuat kenyataan kes pembunuhan itu telah selesai. Cepatnya!! Rupanya mereka tidak mahu rakyat Malaysia mengingati pembunuhan itu lagi kerana salah seorang mangsanya ialah ibu saudara Rosmah sendiri!

Saya percaya wartawan Suara Keadilan yang baru sebulan menyertai akhbar itu pasti tidak melupakan pengalaman diugut polis di Gemencheh itu seumur hidupnya!

Anonymous said...

Hampir 40 ribu orang asing dari India dinegara kita tak dapat dikesan? Bagaimana orang2 asing dari Negara Cina, Indonesia, Vietnam, Filifina, Thailand, Myammar, Bangaladeshi, Pakistan, Afrika, dll? Entah berapa puluh ribu lagi? Apakah sistem kawalan & tadbiran Jabatan Imegresyen, Pdrm dan KDN kita terlalu lemah & tidak amanah? Jika ada yg datang tu jenis CIA, KGB, Mossad, dll nak sabotajkan negara kita, saya rasa negara akan hancur kerana senang diceroboh atau ditipu oleh bangsa asing. Sebelum ini dua enjin pesawat pejuang hilang dengan kerugian yang besar, lebih rm 5o juta,...

Skandal demi skandal telah terbongkar?Inilah akibatnya bila serahkan pimpinan kerajaan kita kepada mereka yang jahil, zalim dan rasuah.

pokyakgawah said...

Macamana ni MELI buleh dok mung buat statement mengampu NAJID utk menyangkal dakwaan UBS NI...

Sebuah kumpulan kewangan berpengaruh, UBS Investment Research, menyenaraikan Malaysia sebagai negara paling teruk di Asia yang mengalami penurunan rizab antarabangsa hampir 50 peratus

Kedudukan kewangan negara yang sedia goyah dijangka bertambah parah berikutan beberapa serangan terhadap rumah ibadat yang masih belum dapat dikawal sepenuhnya oleh kerajaan Umno/BN. Perbuatan khianat itu dicetuskan oleh petualang.

UBS menganggap aliran kewangan kritikal yang dialami kerajaan Umno-Barisan Nasional "amat luar biasa" memandangkan Malaysia mencatatkan lebihan akaun semasa paling besar di Asia iaitu sebanyak 17 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK)
atau kira-kira RM120 bilion.

"Negara lain seperti China, Hong Kong, Singapura, Taiwan dan Thailand mencatatkan peningkatan ketara dalam simpanan antarabangsa dalam tempoh 12 bulan lalu tetapi rezab Malaysia hampir pupus sama sekali," kata laporan itu.

Shamsul Iskandar Mohd Akin said...

laporan polis

Berikut disertakan laporan polis:

Saya Abdul Qayum bin Abdul Rahman (IC: 850504075593) bekerja sebagai wartawan Suara Keadilan membuat laporan ini kerana bimbang dengan keselamatan diri dan keluarga selepas diugut orang yang disyaki sebagai anggota polis.

Pada 10 Januari jam 3.30 petang, saya tiba di sebuah rumah di Kampung Rokan, Gemenceh, saya disambut mesra tapi apabila diketahui saya adalah wartawan Suara Keadilan, seorang lelaki dikenali sebagai Muhammad dan beberapa yang lain memaksa saya menyerah kad pengenalan dan mengambil nombor pendaftaran kereta saya.

Beliau turut merampas nota penulisan saya serta rakaman dihapuskan kerana tidak berpuas hati dengan temu bual yang dijalankan bersama seorang wanita yang dikenali Saharah.

Polis menunggu di luar rumah manakala Muhammad mengambil segala pengenalan diri dan dokumen yang dibawa oleh saya tanpa kebenaran saya sendiri.

Polis dan Muhammad mengugut saya dalam berbentuk ancaman mahu mencari saya dan keluarga dengan cara apapun jika temu bual tersebut disiarkan.

Saya membuat laporan ini bertujuan supaya polis mengambil tindakan bagi mengelakkan kejadian diingini berlaku.

Cili Padi said...

PAS: RANJAU SEBUAH PERJUANGAN
Firman Allah maksudnya “APAKAH KAMU INGAT AKU JADIKAN KAMU SIA-SIA,DAN KAMU TIDAK AKAN KEMBALI KEPADAKU”

Bukan mudah mentadbir sebuah kerajaan islam.Banyak dugaan dan perancangan jahat parti lawan bersilih ganti.

Kemenangan hari ini hasil dari benih pengorbanan yang ditanam oleh pejuang terdahulu.Bukan enteng harga sebuah perjuangan.Apatah lagi bila berjuang dilandasan Pas yang serba kekurangan.

Kini kita bermegah kerana Pas mengetuai 2 buah kerajaan iaitu Kelantan dan Kedah.Pas juga menjadi rakan kongsi kerajaan di Selangor dan P Pinang.

Sebelum tahun 1990, Pas sinonim dengan 1001 susah,payah,derita,ditekan,dihina dll.Tiada istimewanya Pas kecuali LILLAHI TAALA.Kerja baik di dunia dengan balasan di akhirat…itulah Pas.

Ya! Benar Pas ingin tubuh sebuah kerajaan islam.Soalnya bila? Arwah Nik Abdullah Arshad (ayahanda Nik Amar) pernah berkata kepada anak muridnya Hj Sulaiman Tapang “zaman kita ni hanya untuk tebas hutan ASSABIYAH dan tanam benih islam,buat laluan untuk pemimpin akan datang”

Pak Nik lah seorang pejuang kental,seluruh jiwa diwakaf untuk perjuangan Pas.Usahkan solat,makan minum tak pernah sendirian,mesti berjemaah.Paknik Lah kenal erti bersendirian tatkala dijemput menjadi ‘tetamu’ ISA selama 2 tahun.

Bahana kezaliman BN sangat dahsyat.Masyarakat terpaksa menjauhkan diri dari Pas kerana ancaman dan ugutan.Gerakan Pas bergerak melalui institusi agama seperti warga pondok.Berapa ramai Ulama pondok menjadi mangsa ISA kerana menyokong Pas secara terbuka.

ALFATIHAH ! Semoga Allah merahmati arwah Hj Yaacob Berangan ( ayahanda TMB),Hj Omar Wakaf Bharu,Hj Hassan Lemal dan Paknik Lah ( ayahanda Nik Amar).ISA bukan pembunuh jiwa mereka.Semangat mereka tidak pernah luntur untuk melihat Islam ditegakkan melalui siasah.

Turut bergerak mewarnai lukisan perjuangan Pas ialah arwah Hj Musa Yahya ( ayahanda Husam),Pakcu Hasan Lemal ( Tok Wali Hasan),arwah Hj Lah ( Lubok Tapah),arwah Hj Atiqullah ( ayahanda Baihaki),arwah Hj abd Rahman ( ayahanda Latiff KP)

bersambung di cilipadi007.blogspot

Usahawan Yang Pernah Belajar UK said...

Macamana ni MELI buleh dok mung buat statement mengampu NAJID utk menyangkal dakwaan UBS NI...

Sebuah kumpulan kewangan berpengaruh, UBS Investment Research, menyenaraikan Malaysia sebagai negara paling teruk di Asia yang mengalami penurunan rizab antarabangsa hampir 50 peratus

Kedudukan kewangan negara yang sedia goyah dijangka bertambah parah berikutan beberapa serangan terhadap rumah ibadat yang masih belum dapat dikawal sepenuhnya oleh kerajaan Umno/BN. Perbuatan khianat itu dicetuskan oleh petualang.

UBS menganggap aliran kewangan kritikal yang dialami kerajaan Umno-Barisan Nasional "amat luar biasa" memandangkan Malaysia mencatatkan lebihan akaun semasa paling besar di Asia iaitu sebanyak 17 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK)
atau kira-kira RM120 bilion.

"Negara lain seperti China, Hong Kong, Singapura, Taiwan dan Thailand mencatatkan peningkatan ketara dalam simpanan antarabangsa dalam tempoh 12 bulan lalu tetapi rezab Malaysia hampir pupus sama sekali," kata laporan itu.

ASPAKAH USB JUJUR DALAM KAJI-SELIDIKNYA. ADA BUKTIK BERAPA ORANG RAKYAT MALAYSIA MATI SETIAP SAAT, SETIAP MINIT, SETIAP JAM, SETIAP HARI, SETIAP MINGGU, SETIAP BULAN DAN SETIAP TAHUN KERANA MATI KEBULUR AKIBAT HIDP MISKIN DAN MEREMPAT?

PENYAKIT KENCIG MANI, DARAH TINGGI DAN LEMAH JANTUNG JANTUNG YANG DIALAMI RAKYAT MALAYSIA KERANA TIDAK CUKUP MAKAN ATAU KERANA LEBIH MAKAN?

JADILAN MANUSIA YANG RETI BERSYUKUR SUPAYA KITA TIDAK ASYIK MEMGHITUNG BINTANG DI LANGIT TETAPI TIDAK NAMPAK LONGGOKAN EMAS DI BAWAH TELAPAK KAKI. NAK TAHU BETAPA BERTUHANYA HIDUP DI MALAYSIA, CUBA ANDA BERHIJRAH KE NEGARA MAJU MACAM UNITED KINGDOM ATAU AMERIKA SYARIKAT BARANG SEBULAN DUA. ANDA AKAN TAHU BETAPA BERTUHANYA HIDUP DI MALAYSIA YANG ANDA RASA SAKIT KEPALA, SAKIT DADA DAN SAKIT JIWA OLEH KAJIAN USB.

ushawan hok tok SPM DLM BHS INGGERIS PAH TU smbung belajar di UK JUGOK TAPI buleh gi dgn BAS (ulu kelang) said...

Usahawan Yang Pernah Belajar UK said...

fuyooooooooooo memang biso mengampu...no wahid ada DI blog MELI CAYALAH buleh masok pertandingan SATU MALAYSIA

hadiah PERTAMA

a)melencong kE MONGOLIA serta SATU
TIKET PERGI tak balik-balik
b)Pas percuma utk melihat letupan
bunga api alaC4 Di Puncak Alam.

Ahli Separuh Veteren Pas said...

Kata Cii Padi....

Pak Nik lah seorang pejuang kental,seluruh jiwa diwakaf untuk perjuangan Pas.Usahkan solat,makan minum tak pernah sendirian,mesti berjemaah.Paknik Lah kenal erti bersendirian tatkala dijemput menjadi ‘tetamu’ ISA selama 2 tahun........

BERAPA RAMAI PAS BERJAYA MELAHIRKAN POK NIK LAH? TGNA DIBAWA MASUK DALAM PAS OLEH POK NIK LAH. TAPI ADAKAH TGNA SERUPA MACAM POK NIK LAH. SELIAN DARI MOHD. AMAR, SIAPA ANAK-ANAK DAN MENANTU POK NIK LAH YANG DAPAT NIKMAT SEPERTI ANAK-ANAK-ANAK DAN MENANTU TGNA?

Catat Cili Padi lagi....

Turut bergerak mewarnai lukisan perjuangan Pas ialah arwah Hj Musa Yahya ( ayahanda Husam),Pakcu Hasan Lemal ( Tok Wali Hasan),arwah Hj Lah ( Lubok Tapah),arwah Hj Atiqullah ( ayahanda Baihaki),arwah Hj abd Rahman ( ayahanda Latiff KP)......

HAJI MUSA AYAH HUSAM KENA SEMAK DULU FAKTANYA. BETUL KE BELIAU ISTIQOMAH DALAM PAS.

NAMA-NAMA TOK GURU HARUN TAIB (REPEK, AYAHNDA KEPADA YB USTAZ FATAH), ISHAK LOTFI, DATO' HAJI MUHAMMAED BIN NASIR, NANAFI OSMAN (AYAH FI/ANYAHNDA/PAKSU FI KUCHELONG), CIKGU OMAR (AYANHDA HAJI HASHIM OMAR), TUAN GURU HAJI HASSAN ISMAIL, TUAN GURU ZAKARIA ISMAIL, ABDUL SAMAD GUL AHMAD, TENGKU ZAID TENGKU AHMAD, ISMAIL GOLOK, CIKGU MAT MIN BACHOK, TOK GURU HAJI DAUD (AYAHNDA YB NASARUDDIN DAUD), HAJI NOOR YUSOFF SURAU KOTA, AYANDA DAN BONDA KEPADA TENGKU AMRAN SHAH (PTN KENA PECAT MASA PEMERINTAHAN TGA)CIKGU AHMAD PAKHARUDIN, MAWARDI AHMAD, CIKGU DAUD YUSOFF MALAH ASRI MUDA DAN HAJAH SAKINAN SERTA CIKGU MUSA PASIR PUTEH JUGA ADALAH NAMA-NAMA YANG TIDAK PATUT DILUPAKAN BILA DINGKITKAN MASA SILAM PAS.-- bersambung

Ahli Separuh Veteren Pas said...

MEREKA TIDAK MENIKMATI KEHIDUPAN SEBAGAIMANA YANG DINIKMATI OLEH TGNA& THE GENGS, SEBILANGAN BESAR MEREKA HABIS NAFAS DALAM KEADAAN YANG TIDAK JAUH LEBIH KAYA DARI RAKYAT JELATA.

SAYA SEBAK BILA BERCAKAP DENGAN MELI KAPAKJNGAN PADA SATU KETIKA. KATANYA KETIKA DIA MASIH BERTUGAS DI UNIT PENERBITAN URUSETIA PENERANGAN, BEBERAPA PEGAWAI MUDA YANG BARU DILANTIK BILA DIUNJUK GAMBAR DATUK ALLAHYARHAM FADZIL NOOR, DATUK HAJIMOHAMMED NASIR, HARUN HAJI TAIB, HASSAN ISMAIL, ISHAK LUTFI, ARI MUDA, USTAZAH SAKIHA, PROF. ZULKIFLI MOHAMAD, YUSOFF RAWA, AHMAD FUAD, BURHANUDDIN AL-HELMY, AHMAD PRAI, SAMAD GUL, TENGKU ZAID, YAHYA JUNID, MALAH GA,MBAR HAJI OMAR MOHAMAD, MAWARDI DAN MOHAMAD DAUD IRAQI MASING-MASING TERNGANGA. RUPANYA TIDAK DIKENALI SIAPA MEREKA.

KATA MELI BILA DITANYA MACAM MANA JADI ORANG PAS SEDANGKAN TOKOH PAS PUN TAK KENAL, MEREKA KATA MEREKA (YANG DIBERI GAJI LEBIH TINGGI DARI KAKITANGAN LAMA) BUKAN ORANG PAS DAN BUKAN AHLI PARTI MANA-MANA PUN. BEKERJA DENGAN URUSETIA PUN KERANA DISURUH BEKERJA SEMENTARA TUNGGU DAPAT KERJA LAIN.

DI PUSAT MAKLUMAT DAN PUSAT PROGANDA DAN GERAK SARAF SEPERTI URUSETIA PENERANGAN DIISI PUN DIISI ENGAN ORANG YANG TIDAK ADA ROH PAS, MACAM MANA PAS DAN KERAJAAN PAS BOLEH JALAN BETUL TANPA KETEMPANGAN. URUSETIA ADALAH RADIO, TV DAN AKHBAR SERTA MAJALAH BAGI KERAJAAN PAS KELANTAN.

BETUL MACAM RAMALAN MELI, RAMAI DI KALANGAN PETUGAS URUSETIA YANG BARU DILANTIK DAN YANG DIBERI GAJI LEBIH TINGGI DARI MUKA-MUKA LAMA TELAH TINGGALKAN URUSETIA SETELAH MENDAPAT TAWARAN KERJA YANG LEBIH BAIK, KEBANYAKANNYA SEBAGAI GURU JAQUF.

SAYA SETUJU DENGAN MELI, JIKA URUSETIA HEBAT, MAKA AKAN HEBATLAH KERAJAAN PAS, KALAU EWEK URUSETIA, MAKA EWEKLAH KERAJAAN PAS.

JUSTERU, SEANDAINYA PAS MAHU TERUS TEGUH DAN MENGEKALAN KEHEBATAN DAN KEkUATAN BAGI MENGHADAPI PLIHANRAYA UMUM KE-13, URUSETIA PENERANGAN PERLU DIREVOLUSIKAN SEGERA, URUSETIA PERLU DIREFORMASI.

PEMECAHAN URUSETIA KEPADA URUSETIA BELIA DAN WANITA ADALAH SUATU STRATEGI YANG SANGAT MENJANGGALKAN. IANYA MENJADI URUSETIA PENERANGAN HILANG FUNGSI DAN BERLAKU PERTINDIHAN TUGAS.

URUSETIA PEWRLU DITERAJUI OLEH ORANG SEHEBAT HAJI HUSAM MUSA, HAJI ABDUL FATAH HARUN DAN HAJI WAN JAMIL WAN MAHMOOD SEBAGAI PENGARAH YANG SENTIASA ADA VISION.

URUSETIA SELEPAS KETIGA-TIGANYA SEMAKIN EMEK DAN MAMBA, MALAH HILANG WIBAWA. KERANA KELEMAHAN URUSETIALAH, MAKA TGNA SEBAGAI MB MENGHADAPI MASALAH PALING KRONIK.

PENGATURAN STRATEGI BAGI MENANGKIS SEGALA SERANGAN TERLALU LAMBAT EKORAN DARI KAKITANGAN YANG MEMIKUL TUGAS TERDIRI DARI KALANGAN YANG BEKERJA DALAM KEADAAN TIDAK TAHU APA SEBENARNYA URUSETIA DAN FUNGSINYA. MEREKA IBARAT SI KUDUNG DIBERI CINCING.

SILAP BESAR KALAU URSETIA DITENAGAI OLEH KALANGAN MEREKA YANG DIBERI PELUANG KERANA BALAS JASA GARA-GARA PADA MUSIM PILIHANRAYA SI DIBERI JAWATAN TADI RAJIN TANPA POSTER DAN SENTIASA BERRTUMAS DI POS.

SEPATUTNYA KAKITANGAN URUSETIA MESTI BERFIKIRAN ADVANCE DAN PENCIUM SERTA PEMATAH HUJAH YANG SERBA PANTAS DAN SENTIASA TERKEDEPAN. KALAU URUSETIA BERJAYA DIPULIHKAN, MAKA KERAJAAN PAS AKAN KEMBALI BERSEMARAK.