Saturday, March 27, 2010

MUNCUL KEMBALI (714)

Krisis istana: jangan lumuri kedaulatan dengan unsur negatif

WALAUPUN pergolakan dan krisis pemangkuan sultan yang sedang gering berlaku dalam istana dan membabitkan orang istana, namun apa yang sedang melanda institusi keistanaan dan kesultanan Kelantan sekarang tempias dan percikkannya tetap terkena pada sekalian rakyat jelata, malah terhadap kerajaan yang memerintah.


Justeru sebarang langkah untuk mengeruhkan lagi keadaan perlu dibendung dan jalan penyelesain terbaik perlu dicari. Yang paling utama kena diperhitung dan diperkirakan ialah rakyat, negeri dan Kerajaan Kelantan perlu dielak dari menanggung malu dan aib ekoran krisis dan unsur-unsur ketidak-tamadunan yang berlaku di institusi keistanaan.

Paling malang dan amat mengaib serta sesuatu yang sangat dan amat tidak wajar kalau apa yang sedang berlaku sengaja dirancang dengan tujuan dan maksud tertentu oleh kalangan tertentu atau individu tertentu tanpa mengambil kira malu dan aib yang terpaksa ditanggung oleh rakyat jelata.

Kalau keadaan sedia akan tidak diselesaikan secara sopan dan profesional sesuai dengan keperluan semasa dan tuntutan ketamadunan dengan segera, tidak mustahil rakyat akhirnya akan hilang kepercayaan terhadap kedaulatan kesultanan dan keistanaan.

Hakikatnya Sultan hanya gering, masih bernafas dan belum mangkat. Ertinya baginda masih lagi Sultan Dan Yang Dipertuan Bagi Negeri Kelantan dan jajahan takluknya yang sah. Dalam khutbah Jumaat di masjid-masjid di seluruh Kelantan masih didoakan kesejahteraan baginda dan keluarga diraja. Sepanjang tempoh kegeringan baginda, maka kena dilantik pemangku bagi menjalkanakn kerja-kerja kesultanan bagi pihak baginda.

Oleh kerana Tengku Mahkota adalah bakal pewaris takhta, maka sepanjang tempoh kegeringan baginda, yang paling layak, paling patut dan tidak akan tulah dimasyhurkan sebagai pemangku tentulah Tengku Mahkota. Apa jua usaha bagi menafikan hak baginda oleh mana-mana pihak atau individu sekali pun adalah bersifat suatu pengkhianatan dan pencabulan terhadap kedaulatan keinstitusian kesultanan dan keistanaan Kelantan.

Sama ada memusuhi Sultan atau Tengku Mahkota bermakna memusuhi kedaulatan sultan dan institusi keistanaan, sekali gus ianya akan bersifat memusuhi rakyat atau setidak-tidaknya akan bertangungjawab terhadap kemungkinan akan terhakisnya kepercayaan dan keyakinan rakyat terhadap institusi kesultanan dan keistanaan.

Sepatutnya dalam keadaan sultan gering, setiap masjid menganjurkan sembahyang hajat pada setiap sebelum atau selepas sembahyang fardu setiap hari, kecuali pada waktu-waktu terlarang, memohon kepada Allah agar sultan kembali sihat dan dapat kembali memerintah, bukannya ketika sultan masih bernafas, sudah berlaku unsur-unsur perebutan takhta.

Pada saya apa yang sedang berlaku di institusi kesultanan dan keistanaan Kelantan sekarang membuatkan rakyat Kelantan terpaksa menanggung bebanan malu yang amat sangat dan saya yakin ianya tidak menyeronokkan sultan yang sedang gering, malah jika baginda tahu apa yang sedang berlaku, pasti baginda akan bertambah gering kerana berdukacita.

Yang paling penting setiap individu yang bertanggungjawab dalam pengurusan dan pentadbiran ketakhtanaan serta insitusi kesultanan dan keistanaan kena berlapang dada serta dengan kepala yang dingin berbincang penuh hikmah mencari jalan penyelesaian dan jangan mengambil sikap 'membuka tempayan budu di tengah ramai' kerana mengharapkan sesuatu keuntungan tanpa memangambil kira bahaya yang akan menimpa kepada institusi kesultanan dan keistanaan.

Dalam keadaan serba canggih sekarang ini, apa yang berlaku akan bukan sahaja tersebar dengan cepat pada setiap pelosok negeri Kelantan tetapi juga akan tersebar di setiap pelosok negara, malah pada setiap pelosok dunia.

5 comments:

Anonymous said...

Ambo teringat kisah zaman kegemilangan kesultanan Kelantan dulu dibawah Sultan Muhammad IV... raja yang alim lagi warak... menaungi rakyat dengan iman & ilmu.. Sultan kelantan semasa era ulamak terbilang Tok Kenali, Tok selehong, Tok Bachok, Tok Jelapang, Tuan Tabal, dll... selanyaknya Kelantan Darulnain digelar Serambi Mekah.... Iman, Ilmu, Amal... Sultan yang telah menaungi Islam, Ulamak dan rakyat jelata dengan penuh taqwa & hikamh.....

Apakah akan kembali lagi Imamul muttaqin sebagai pemerintah beraja di Kelantan masa kini?

Setiap pergolakan hari ini mungkin banyak hikmahnya jika diambil iktibar dari kesilapan institusi ini dimasa yang lamapau.......

KEPADA ALLAH KITA BERSERAH (TAWAKKAL).. KERAJAAN KELANTAN..DAULAT TUANKU!!!!..

Anti Hipokritsme said...

Masalanya, ada lagi ko pada zaman ni ulamak sekelas atau sestandard Tok Kenali, Tok Selehong, Tok Padang Jelapang, Tok Bcahok, Tok Pulai Chondong. Tuan Tabal, Tok Kankung, Tok Khurasan, Tok Kutan, Tok Pulau Pisang?

Hak ada lloni Tok Balak, Tok Lombong Emas, Tok Ladang Hutan, Tok Kronisme, Tok Nepotisme, Menantu Tok Guru, Anak Tok Guru, Anakj Saudara Bini Tok Guru, Tok Kipas Tok Guru dan exco.

john said...

Anti-hipokrit..

tak dok bakpo ulama2 lagu tu eh..ado sangat eh..dale umno lo ni kae banyok! demo tok napok ko..tok peti perok ado..Sohibul samahah jamil khir ado..demo tok napok ko..demo ni hipokrit sungguh la....ni mace nok derhako ko sultan nih...

chegarMD said...

meli kawan tabik kedimo,panda letak diri dlm kes krisis istana,bukan macam setengah2 bloger
terutama nya (kidefilla)yg buat diri dia macam pakar undang2 yg sebenar nya dia masok sebelah .saya jaka satu hari dia ni tadak tepat nak letak kaki di bumi kelatei,dan saya harap pon begitu, celupar sangat.lebeh sudu dari kuah.

Anonymous said...

Allah.....kemelut ni senang je nk faham....semua ni berlaku krn ada 'pelakon'2 yg sedang memainkan watak2 yg dipegang mengikut kehendak 'pengarah' drama....siapa 'pengarah' yg dok alek belake tabir ni secara umum rakyat Kelate dah sedia maklum.....

Kami rakyat yg setia dan menyanjung tinggi Al-Sultan Ismail Petra dan anakanda2 bagnda ni faham sgt siapa 'pengarah' ni dan kenapa si'pengarah' nampak sgt anti kpd Pemangku Raja.....

Buat Pemangku Raja Kelantan (PRK) yg dikasihi,usahlah bimbang...patik pacal semua berdiri teguh bersama Tuanku PRK dan juga Tg Bendahara Faiz Petra dlm menegakkan yg hak dan memerangi yg batil......