Sunday, March 28, 2010

MUNCUL KEMBALI (716)

Kes pembuangan bayi gara-gara menularnya wabak perzinaan/persetubuhan haram

SAYA bersetuju dengan Mufti Kerajaan Perak, Tan Sri Harussani Zakaria bahawa rata-rata berlakunya kes pembuangan bayi yang semakin hari semakin kronik berpunca dari perlakuan zina dan sumbang mahram. Membuang bayi tentulah dengan tujuan untuk menutup atau menyembunyikan perlakuan terkutuk oleh pelakunya.


Dengan jumlah 74,723 jumlah anak luar nikah yang didaftarkan oleh Jabatan Pendapatan Negara (JPN) dalam tempoh lima tahun ke mari membuktikan bahawa kes-kes perzinaan begitu menular dengan amat kroniknya di negara ini.

Amat malang kerana anak-anak luar nikah yang didaftarkan itu adalah anak-anak orang Melayu bergama Islam. Demikian juga dengan bayi-bayi yang dibuang, rata-rata dari keturiunan Melayu beragama Islam dan ada di antaranya perkarangan masjid dijadikan tempat pembuangan bayi.

Samada kes pendaftaran anak luar nikan atau pembuangan bayi, ianya berpunca dari kerenah persetubuhan haramn. Ertinya kedua-dua kes akan dapat dibendung jika perlakuan zina dan sumbang mahram dapat disifarkan.

Tidak kira lelaki atau perempuan, masing-masing senyapatut merasa jijik dan takut berdosa untuk mendekati apa-apa jua aktiviti dan segala bentu peluang yang berkemungkinan boleh menjerumuskan mereka kepada perzinaan/persetubuhan haram.

Justeru, selain dari kena memberi kesedaran tentang dosa besar berzina, pelakunya juga seharusnya digerunkan oleh tindakan undang-undang berdasarkan ketentuan syarak tanpa sebarang kompromi.

Hukuman rejam sampai mati mislanya sebagaimana yang dihalalkan oleh syarat tidak patut dipandang remeh, malah perlu dilaksanakan tanpa sebarang dolak-dalih berdasarkan lojik akal atau berpaksikan simpati dan kompromi yang tidak kena tempat.

Dirotan 100 rotan atau direjam sampai mati sebagai hukuman ke atas penzina tidak boleh dianggap suatu hukuman yang kejam dan tidak berperikamanusiaan kerana Allah Yang Maha Adil Lagi Saksama pastinya tidak akan menentukan sesuatu hukuman kalau bukan bertujuan demi kebaikan kepada manusia.

Merotan atau merejam sama ada lelaki atau wanita yang terlibat dalam perzinaan dan persetubuhan haram tidak boleh dianggap suatu bentuk penghinaan terhadap wanita mahu pun lelaki yang melakukan perbuatan terkutuk itu kerana itu adalah ketentuan agama yang merupakan perintah Allah dan Rasul-Nya.

Setidak-tidaknya dalam menanggung siksa ketika dirotan atau direjam akan menimbulkan kesedaran dan keinsafan terhadap perlakuan dosa yang dilakukan dan pesalah akan mati dalam keadaan bertaubat dan mengingati Allah. Jika pesalah diberi perlindungan dan diselamatkan dari hukuman sebagaimana yang dituntut oleh agama, tidak mustahil kesalahan masa lalu akan diulang.

Syaitan akan selalu menggoda. Mula-mula akan digoda supaya buatlah sekali kemudian boleh bertaubat kerana Allah Maha Pengampun. Bila sudah buat sekali, maka akan digoda lagi, alang-alang sudah berdosa, maka apa tidaknya diulangi dosa kerana waktu muda tidak datang banyak kali untuk berseronok, nanti tua boleh bertaubat nasuha.

Kerana mahu mencuba dengan harapan akan bertaubat selepasnyalah tetapi tergoda oleh bisikan syaitan supaya alang-alang sudah buat dosa biarlah terus berdosa kerana kalau pun ditangkap oleh pihak berkuasa hukuman yang dikenakan tidak seberapa, malah akan ada yang membela dan berkompromi, maka berlakunya kes-kes mengandung akibat perzinaan/persetubuhan haram dan untuk menutup dosa yang dilakukan, sanggup pula melakukan dosa tambahan dengan membuang atau membunuh bayi yang dilahirkan.

7 comments:

john said...

Salam..

tok peti tu memang pandai buat hujah..tapi bab jale penyelesaian suruh rekemen hudud ko geng2 umno tok bunyi abe li weh...

geng2 umno dok gege dengan hudud pas..ambo dok tunggu jugok hudud umno lagu mano...kuaso ditange umno tunggu apo lagi tok peti tan sri lagih...

p/s: doh joots apo pulok pandange demo...hahahahaha..anti-hipokrit acu tunjuk lagu mano caro tok ser bui hipokrit...hahahaa..

john said...
This comment has been removed by the author.
john said...

AJK UMNO Bahagian Tanah Merah ditangkap khalwat

TANAH MERAH - Seorang lelaki berusia dalam lingkungan 54 tahun yang merupakan Ahli Jawatankuasa (AJK) UMNO Bahagian UMNO Tanah Merah ditangkap khalwat bersama seorang gadis bawah umur berusia 16 tahun di sebuah hotel di jajahan ini, malam kelmarin.

Lelaki berkenaan ditahan bersama pasangannya pada kira-kira jam 1.30 pagi dalam operasi maksiat yang dilakukan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JHEAIK) Tanah Merah bersama lapan anggota penguat kuasa yang diketuai oleh Imam Masjid Bandar, Roslee Ismail serta ahli Rukun Tetangga (RT) kawasan setempat.

Difahamkan semasa kejadian, penguat kuasa sedang mengetuk bilik hotel berhampiran bilik yang didiami lelaki terbabit dan pasangannya itu, namun tanpa disangka lelaki terbabit keluar dari bilik dan pihak penguat kuasa mengesyaki lelaki terbabit dalam keadaan mencurigakan.

Menurut sumber JHEAIK Tanah Merah, setelah diperiksa lelaki terbabit, yang berpakaian lengkap berada dalam bilik berkenaan bersama seorang gadis belasan tahun yang sedang berkemban.

“Dia bersama pasangannya itu dibawa ke pejabat JHEAIK jajahan ini untuk tindakan lanjut kerana gagal mengemukakan sebarang dokumen sah mengenai status mereka yang berdua-duaan dalam bilik hotel berkenaan.

“Selepas keterangan diambil kedua-duanya dijamin oleh seorang penjamin sementara menunggu tarikh perbicaraan kes tersebut pada 18 Mei ini,” katanya.

Sementara itu, dalam operasi yang sama pihak berkenaan juga berjaya menahan seorang lelaki dan wanita berdua-duaan di sebuah bilik hotel lain.

Pegawai Agama Jajahan Tanah Merah, Nik Zuhdi Nik Yaacob ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian dan kes itu disiasat di bawah Undang-undang Kanun Jenayah Syariah Negeri Kelantan untuk tindakan susulan.

Nik Zuhdi berharap agar masyarakat sentiasa memberi kerjasama dan membantu pihak JHEAIK bagi menangani gejala maksiat.

“Kerjasama daripada orang ramai bagi menghindari perbuatan ini dari berleluasa amat diperlukan dan diharapkan gejala ini dapat ditangani bersama,” katanya.-Sinar Harian

P/s 1: korang komen la joots...16 tahun tuuu..anok dio kot! berprasangka baik (Husnu Zhon).

P/s 2: Chua Soi Lek jadi regu najib..korang komenla joots..ish..ish..ish!

Anonymous said...

keras konet kambing kawe dengar cerita demo nih!!!!

pak mat said...

pah tu belolah agi umno tu weh. kutuk ah lagi ke Pas tu. Kalu kerajaan BN tok sey hudud wi ke pas lah wat. pakat2 sokong pas semo weh

Anonymous said...

Akibat dari pilih pemimpin yang kaki rasuah & kaki maksiat...maka mana mampu nak hapus maksiat.... program TV, surat khabar, sistem pendidikan, dll... menggalakkan maksiat.... inilah kesannya.... kerosakan sosial orang melayu dah terlalu parah....

Orang kata ada diatara pemimpin2 UMNO sekarang... merupa punca segala kerosakan sosial anak melayu sekarang... betul ke?

Anonymous said...

Krisis sosial, isu murtad, rasuah, keganasan & jenayah berleluasa dalam masyarakat melayu.... UMNO & PERKASA buat tak nampak ... kahkoh.. kahkoh.. "alatkan perjuangan melayu".. yang mereka nampak fulus saje... berebut projek & kontrak untuk diri sendiri.. hehehe..