Sunday, July 25, 2010

MUNCUL KEMBALI (768)

Perdamaian Umno-Pas, jujurkah penyuaraan dan usaha ke arahnya

WALAUPUN menimbulkan pelbagai persepsi dan kontroversi, isu perdamaian Umno-Pas, dua buah parti milik orang Melayu sebagai bangsa pertuanan bagi negara ini terus diperkatakan oleh pelbagai pihak melalui pelbagai saluran dan medium.

Bagi mereka yang kehidupan dan pemikirannya bebas dari lingkaran politik, perdamaian kedua-dua parti tentulah sesuatu yang mengembirakan serta dialu-alukan kerana bila keduanya bersatu bukan sahaja Melayu sebagai bangsa pertuanan jadi kuat tetapi usaha untuk mengislamikkan pemeintahan dan entadbiran negara akan lebih mudah.

Hakikatnya walaupun pendekatan kedua-duanya berbeza kerana masalah kemajmukkan masyarakat, budaya, adat resam dan anutan agama, pada hakikatnya Umno-Pas berhasrat mahukan negara ini diperintah dan ditadbir secara Islam.

Kesungguhan Umno sebagai pendominan parti pemerintah untuk memerintah dan mentadbir secara Islam terbukti apabila pelbagai kemudahan dan keperluan ibadan untuk umat Islam seperti pembinaan masjid dan sebagainya diberi tumpuan manakala Pas pula lebih tertumpu kepada menyerang, mengkritik, berteori dan beretorik.

Dalam masa yang sama Umno terpaksa menjaga hati dan mengambil kira sensitiviti masyarakat pelbagai kaum kerana mereka juga warganegara yang berhak menerima segala kemudahan dan kemakmuran negara tanpa diskriminasi. Pas dengan kerjsama PKR mengambil peluang mengapi-apikan supaya kalangan bukan Melayu berani bengah muka dan mencaci Melayu dan Islam secara terbuka.

Hakikatnya menjadi Umno sebagai pendminan parti pemerintah dengan menjadi Pas sebagai antara parti dalam pakatan pembangkang jauh lebih payah menjadi Umno. Ini adalah mempraktik sesuatu perkara, apatah lagi dalam pemerintahan dan pentadbiran tidak semudah berteori dan mengkritik.

Untuk jangka masa singkat Umno tidak perlukan Pas untuk meneruskan kepimpinan kerajaan dan mendominasi Barisan Nasional (BN) tetapi bagi jangka masa panjang, ada bahayanya jika parti-parti pembangkang semacam membuka laluan kepada parti-parti DAP untuk bermaharajalela dengan dasar anti Islamnya serta memperdebekkan Melayu.

Kesediaan Pas berpakat dengan DAP menjadikan pendukung dan penyokong Pas yang taksub akan melihat DAP mempunyai perjuangan yang sama sucinya dengan perjuangan Pas yang akhirnya bukan sahaja Umno yang mungkin terancam tetapi Pas juga sebagai parti pembangkang Melayu/Islam akan terancam dan jahanam oleh gerakan anti Islam/Melayu secara lebih terbuka dan kurang ajar.

Apa yang sedang berlaku mutkahir ini yang memungkinkan orang Melayu/Islam akan jadi macam orang Palestin bukan kerana DAP yang anti Islam kuat dan hebat tetapi kerana parti-parti Melayu dalam pakatan pembangkang membantu memperhebatkan DAP demi untuk kepentingan politik jangka pendek.

Perhatikan berapa kerap orang DAP mengecam MCA, GERAKAN atau MIC berbanding dengan Pas dan PKR mengecam Umno. Seolah-olah ketidak-bagusan kerajaan pada neraca pembangkang adalah kerana Umno secara total, semacam PAS dan PKR lupa bahawa dalam BN ada UMNO, MC, GERAKAN, MIC dan macam-macam parti komponen lagi.

Pasti timbul persoalan kenapa Pas perlu berdamai dengan UMNO, bukannya PKR? Jawabnya kerana Pas satu-satunya parti pembangkang tertua milik orang Melayu/Islam d negara ini manakala PKR bukan sahaja masih berstatus hingusan tetapi ianya bersifat parti caca marba dan ianya adalah hanya parti sementara sebagai Parti Melayu Semangat 46 (S46) yang wujud tanpa roh dan tunjang kerana ia wujud demi merelaisasikan cita-cita besar tokoh tertentu.

Lagi pula suara pimpinan PKR tidak dilihat sesuci suara pimpinan Pas yang rata-rata membawa imej ulamak dan maha pandai agama. Pujian dan pengiktirafan tokoh-tokoh PKR terhadap DAP tidak sama dengan pujian dan pengiktirafan oleh tokoh-tokoh Pas.

Oleh itu sesuai dengan apa yang disyaratkan oleh Islam setiap pasangan suami isteri yang mahu bercerai diminta bercerai dalam keadaan waras dan suci, maka syarat itu patut diattach dan diimport ke dalam apa jua usaha, dipelan , dirangka dan dikerangkakan perdamain Umno-Pas.

Kedua-dua pihak kena bersihkan kepala dan dada dari wabak dan sindrom politik kepartian dengan masing-masing kena pastikam diri dalam keadaan jujur, telus dan tulus untuk berbincang dan berusaha ke arah perdamaian Umno-Pas. Paling penting kepentingan Islam dan ketuanan diutamakan.

Selagi kepala dan dada penuh dengan selut dan lumpur politik kepartian, apatah lagi jika diasak pula dengan dendam kesumat dan prasangka kemungkinan sebelah pihak tidak akan berlaku jujur dan mahu mengambil kesempatan, maka jangankan sertaus tahun, malah sertaus ribu tahun lagi pun Umno-Pas tetap akan berbalah dan saling sumpah menyumpah walaupun ianya tidak dihalkan oleh Islam.

Parti yang paling seronok kalau Umno-Pas terus bertelagah dan gagal didamaikan tentulah DAP, malah jika perlu memilih salah satu di antara PKR dengan PAS untuk menjalin pakatan, DAP akan memilih PAS kerana sejak pilihanraya umum ke-12 ke mari, imej DAP di mata para penyokong pembangkang suci dan bersih berbanding dengan sebelumnya kerana bantuan Pas.

Sesungguhnya kehebatan dan kejayaan paling besar musuh adalah apabila mereka berjaya bertakhta di hati dan mendapat kepercayaan musuh. Inilah antara punca kehancuran Kerajaan Melayu/Islam Pattani dan juga kejatuhan Kerajaan Melayu Melaka.

Demikian halnya dengan kejatuhan Afghanistan, Iraq mahu pun Palestin. Apakah tidak mungkin dengan berada dalam pakatan pembangkang seperti sekarang, Pas akan jadi macam Kerajaan Melayu/Islam Pattani dan Keajaan Melayu Melaka dalam konteks kepentingan politik kepartian jangka panjang bagi negara ini?

5 comments:

Pok Had Gayung Pulasetik said...

Posting Abe Meli kali ini buat pokna-pokna, pok ko-pok ko angguk dan pok had-pok had ceton tembus Pas kelu dan bisu.

Kemas hujah Abe Meli.

Anonymous said...

... antara punca kehancuran Kerajaan Melayu/Islam Pattani dan juga kejatuhan Kerajaan Melayu Melaka.... adalah kerana gejala PENGAMPU, PEMBODEK, PERASUAH DAN PEMFITNAH dalam kalangan pemimpin & pegawai Kerajaan!

Budaya gaya hidup mewah & korupsi pembesar,
Budaya hidup jahiliyyah & individualistik masyarakat,...

Budaya bisnes "alibaba" UMNO ...MCA, MIC, gerakan, rakan2 BN sudah lama kekenyangan membedal kouta bumiputera DEB melalui "sahabat setia UMNO".....

DAP cadang kouta kepada golongan mewah bumiputera ditiadakan supaya tidak berlaku orang kaya raya yang dapat subsidi, manakala bumiputera yang benar2 miskin melompong...

Yang kaya rayalah penyubur budaya masyarakat jalang & kota2 hiburan maksiat .... yang juga disuburi oleh kerajaan dominan UMNO/BN..

Rakyat demokratik berhak bersuara dan memilih kerajaan secara bebas & adil tanpa konspirasi & manipulasi..... persekitaran politik yang cuba dinafikan oleh penganut2 UMNO/BN! "Kuasa Rakyat" dalam PRU13!

joostspring said...

anom lembu..

pdi demo pusing cerita..

hebat demo g tambah GOLONGAN MEWAH BUMIPUTERA....nak wi npk sedap skit citer demo tu...padahal hampeh...

kl demo tgk org luka jari tangan, kawe rase boleh ko demo, demo g sebar citer oyak ko ore yg bdk tu putus pala kawe rasa...SBB NAK SURUH NAMPAK CITER DemO NI HAVOC..

implikasi dr cadangan dap tu demo ada amik kira ko gu???
bakpo dia nak wat g2...org2 serupo demo xleh nak faham kot...SBB DEMO NI BKN CARA SGT KO ISLAM DAN NEGARA.....yg demo fikir hanya nak jatuhkan umno....

dlm palo otak demo, islam dan negara tunggang terbalik pun mapus g la asal umno mapus....sbb aper kawe kata g2..SEBAB KAWE XCAYA SIKIT PUN KALU PR PERINTAH MLYSIA, KILANG ARAK,GENTING akan ditutup!!!

kawe akan isi borang keahlian pas seumur hidup kl pr bleh tutup kilang arak dan genting tu!!!!

Demo xsoh berdolak dalih la...nuar aljuburi kata. HARI NI PR PERINTAH MALAYSIA, HARI NI JGK KILANG ARAK DAN GENTING akn ditutup....nik aziz pun serupo pok ko angguk bila dgr nuar berahim oyt g2...

BAB2 cari kesalahan org dan berjanji ko mmg we ko puak2 PR r..

Anonymous said...

Wahai joostspring penganut UMNO yang tak lembu tapi otak taik lembu .. sebab itu pemimpin2 UMNO dulu jual singapura dulu.. semua penganut2 UMNO jenis otak taik lembu .. tak berkokok kerna menyembah kepada ketuanan UMNO konon...

Wahai joostspring penganut UMNO otak taik lembu .. mu baca betul2 setiap ayat yang aku petik dari "kitab muktabar" mu, Utusan M'sia...

Oleh ABDUL YAZID ALIAS
pengarang@utusan.com.my

SHAH ALAM 26 Julai - Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua mencadangkan agar kerajaan negeri memansuhkan dasar pemberian diskaun bumiputera dalam pemilikan hartanah komersial dan rumah mewah di Selangor.

Katanya, langkah itu mampu memberi kesan ekonomi yang lebih baik kepada kerajaan Selangor dari segi persaingan termasuk meningkatkan keyakinan pelabur terhadap sektor hartanah di negeri itu.

Menurutnya, tidak ada sebab diskaun bumiputera dikekalkan melibatkan kedua-dua jenis hartanah itu kerana sudah tentu bumiputera yang terlibat dalam pemilikan tersebut adalah mereka yang berkemampuan.

''Jadi adalah wajar diskaun kepada bumiputera untuk pemilikan hartanah ini tidak dikekalkan kerana ia melibatkan nilai yang tinggi.

''Maknanya, bumiputera perlu berdikari dalam soal pemilikan hartanah berkenaan," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Menurut Tony, pemansuhan diskaun itu mampu memberi kesan positif kepada ekonomi Selangor kerana selain mewujudkan nilai hartanah yang stabil ia juga menjadikan pasaran lebih adil.

Beliau berkata, sekiranya projek pembangunan hartanah itu melibatkan penglibatan kerajaan negeri, pemansuhan diskaun memberi keuntungan kepada kerajaan negeri berdasarkan nilai pasaran semasa dan hasilnya boleh disalurkan membantu pihak lebih memerlukan.

Bagaimanapun, katanya, cadangan tersebut hanya melibatkan nilai hartanah melebihi RM500,000 ke atas.

Tony yang juga Penasihat Ekonomi kepada Setiausaha Agung DAP turut mengkritik pelaksanaan diskaun itu yang disifatkannya tidak adil kerana mungkin digunakan oleh pihak tertentu untuk mengaut keuntungan.

''Diskaun sebanyak tujuh peratus itu membolehkan pihak tertentu khususnya orang tengah mendapatkan hartanah dengan harga rendah kemudian dijual pada harga lebih tinggi,'' katanya.

Beliau turut mencadangkan agar kerajaan negeri mengkaji semula pemberian tanah kepada anak syarikatnya yang dilihat tidak membantu dalam pembangunan hartanah di Selangor.

Menurutnya, kerajaan negeri didapati mempunyai kira-kira 50 hingga 80 anak syarikat yang kesemuanya terlibat dengan pembangunan hartanah di negeri ini.

''Keadaan ini menunjukkan kerajaan negeri memberi subsidi kepada banyak anak syarikat untuk mendapatkan tanah yang murah bagi menjalankan pembangunan berkenaan.

''Keadaan ini tidak akan menjadikan sektor hartanah di Selangor kompetitif," katanya.