Monday, July 26, 2010

MUNCUL KEMBALI (770)

mansuh diskaun hartanah bumiputera di selangor
Antara hasrat bumiputera pendukung dan penyokong PR?

KALAULAH parti-parti komponen Barisan Nasional (BN) seperti MCA, Gerakan, MIC dan sebagainya yang buat cadangan agar kerajaan-kerajaan negeri yang diperintah memansuhkan dasar pemberian diskaun bumiputera dalam pemilikan tanah sebagaimana yang dicadangkan oleh Ahli Parlimen Petaling Jaya Utana, Tonny Pua yang juga Penasihat Ekonomi kepada Setaiusaha Agung DAP, pasti negara akan menghadapi masalah perhimpunan haram sana sini.


Tony memberi alasan cadangan pemansuhan itu mampu memberi kesan ekonomi yang lebih baik kepada kerajaan dari segi persaiangan terauk meningkatkan keyakinan pelabur terhadap sektor hartanah di Selangor. Kepada bumiputera pendukung PKR atau Pas yang menjalin kerjasama dalam Pakatan Rakyat (PR) pasti boleh menerima cadangan itu kerana yang membuat cadangan itu adalah datang dari komponen PR yang mereka dukung dan sokong.

Tetapi kepada bumiputera yang mendukung dan menyokong Barisan Nasional (BN) berdominasikan Umno pasti mereka akan menentang cadangan itu kerana apa yang mereka harapkan dalam memberi mandat kepada parti membentuk kerajaan kesejahteraan kerajaan dengan pertambahan minat pelabur untuk melabur semata-mata.

Yang kena diutamakan ialah kesejahteraan rakyat, apatah lagi kaum bumiputera sebagai bangsa pertuanan yang masih jauh ketinggalan dari sudut pencapaian ekonomi berbanding dengan kalangan bumiputera. Kerajaan sejahtera tidak guna kalau rakyat sengsara.

Sebagai penerima mandat dan amanah dari rakyat melalui undi, kerajaan yang baik, berkualiti dan bertanggungjawab akan mengutamakan kesejahteraan rakyat dari kesejahteraan kerajaan, kena rakyat kenyang dulu dan kerajaan kena kenyang kemudian, kena rakyat sihat dulu baru kerajaan sihat kemudian.

Kalau cadangan Tony bertujuan untuk sejahterakan kerajaan sedangkan rakyat tidak dapat menumpang kesejahteraannya, maka secara tidak langsung kerajaan yang melaksanakan cadangan itu akan dilihat sebagai kerajaan yang tidak berkulaiti dan gagal. Jangan terkejut kalau dalam pilihanraya umum ke-13 Kerajaan PR Selangor akan tumbang.

Seandainya Kerajaan PR masih juga berjaya dikekalkan, maka dengan sendirinya bermakna apa yang dicadangkan oleh Tony itu adalah turut menjadi harapan dan kebanggaan bumiputera yang mendukung dan menyokong PR dan apa pun yang berlaku di Selangor, termasuk pertambahan jumlah pusat hiburan dan rumah-rumah urut, khususnya di sekitar Shah Alam adalah merupakan antara harapan dan kebanggaan bumiputera pendukun dan penyokong PR.

10 comments:

Anonymous said...

Renung betul2 setiap ayat yang dipetik dari "kitab muktabar" ketuanan UMNO ... hapus diskaun hartanah mewah...

Oleh ABDUL YAZID ALIAS
pengarang@utusan.com.my

SHAH ALAM 26 Julai - Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua mencadangkan agar kerajaan negeri memansuhkan dasar pemberian diskaun bumiputera dalam pemilikan hartanah komersial dan rumah mewah di Selangor.

Katanya, langkah itu mampu memberi kesan ekonomi yang lebih baik kepada kerajaan Selangor dari segi persaingan termasuk meningkatkan keyakinan pelabur terhadap sektor hartanah di negeri itu.

Menurutnya, tidak ada sebab diskaun bumiputera dikekalkan melibatkan kedua-dua jenis hartanah itu kerana sudah tentu bumiputera yang terlibat dalam pemilikan tersebut adalah mereka yang berkemampuan.

''Jadi adalah wajar diskaun kepada bumiputera untuk pemilikan hartanah ini tidak dikekalkan kerana ia melibatkan nilai yang tinggi.

''Maknanya, bumiputera perlu berdikari dalam soal pemilikan hartanah berkenaan," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Menurut Tony, pemansuhan diskaun itu mampu memberi kesan positif kepada ekonomi Selangor kerana selain mewujudkan nilai hartanah yang stabil ia juga menjadikan pasaran lebih adil.

Beliau berkata, sekiranya projek pembangunan hartanah itu melibatkan penglibatan kerajaan negeri, pemansuhan diskaun memberi keuntungan kepada kerajaan negeri berdasarkan nilai pasaran semasa dan hasilnya boleh disalurkan membantu pihak lebih memerlukan.

Bagaimanapun, katanya, cadangan tersebut hanya melibatkan nilai hartanah melebihi RM500,000 ke atas.

Tony yang juga Penasihat Ekonomi kepada Setiausaha Agung DAP turut mengkritik pelaksanaan diskaun itu yang disifatkannya tidak adil kerana mungkin digunakan oleh pihak tertentu untuk mengaut keuntungan.

''Diskaun sebanyak tujuh peratus itu membolehkan pihak tertentu khususnya orang tengah mendapatkan hartanah dengan harga rendah kemudian dijual pada harga lebih tinggi,'' katanya.

Beliau turut mencadangkan agar kerajaan negeri mengkaji semula pemberian tanah kepada anak syarikatnya yang dilihat tidak membantu dalam pembangunan hartanah di Selangor.

Menurutnya, kerajaan negeri didapati mempunyai kira-kira 50 hingga 80 anak syarikat yang kesemuanya terlibat dengan pembangunan hartanah di negeri ini.

''Keadaan ini menunjukkan kerajaan negeri memberi subsidi kepada banyak anak syarikat untuk mendapatkan tanah yang murah bagi menjalankan pembangunan berkenaan.

''Keadaan ini tidak akan menjadikan sektor hartanah di Selangor kompetitif," katanya.

Anonymous said...

Ini mungkin suara masyarakat bukan melayu melihat bagaimana sikap negatif & mundur orang melayu yang "dimanjakan" secara salah oleh UMNO yang membawa kepada kelemahannya sepanjang masa .....

Selepas 53 tahun ketuanan UMNO tak mampu keluarkan mentaliti subsidi kepada pengikut2nya & melayu yang lemah psikologinya untuk berusaha, bersaing dan berdikari sebagai bangsa bermaruah. ....

Dari segi semangat juang dan sikap berdaya maju orang melayu agak terbelakang jika dibandingkan dengan semangat survival & dinamik orang cina, dll.... mengapa melayu masih tak nak belajar dan berubah?

Ajaran UMNO, Melayu masih ingin salahkan orang lain atas kegagalan diri....

Pemikir Ore Kelate said...

Anon 27 july ni samada mereka ni buke ore Melayu ataupun mereka ni adalah Melayu yg tidak kenang budi. Kalu lah keduo Anon ni bekas graduan IPTA so ingatlah bahawo mu masuk Uni tu sbb dasar bumiputera la boh, jange agah sangat mace si Tanggang. Mace ni lah pemikire para penyokong PR, mako mapuh aku takkan sokong. Tu baru dapat negeri Selangor, Tony Pua berani doh, kalu meritoh Malaysia gak, habis ore Melayu keno pinggir jadi mace Melayu Singapuro..
Aku harap anok2 Anon 27 july ni belajar sekoloh swasta, kalu tidok gak malu lah nok bergelar sebagai manusio sbb anjing pun tahu terimo kasih...

kukujariku said...

Gila betul manusia anti umno ini, cadangan tony pua itu dikatakan salah umno.
Terang-terang tony pua ingin memansuhkan keistimewaan melayu, dia salahkan umno pula yang memperjuangkan orang melayu. Inilah yang dikatakan melayu haprak. Jika kamu melayu, pohon tukarkanlah bangsamu menjadi cina kalau kamu tak sayangkan melayu. Peluklah cinamu puas-puas. Kalau cina makan babi mu makan babi jugalah...lepas itu mu salahkan umno!
Maaf...aku benci kepada bangsaku yang tidak sayangkan bangsanya sendiri...

john said...

Salam..

Hang tok sah dok marah kat orang la kukujari oi, hang nak pilih umno lantak hang la, aku benci umno pun aku punya pasai la sebab umno yang buat aku benci kat dia nun. hang tulis pendapat hang, aku tulih pendapat aku..aku pulak bencikan 'bangsa melayu tak sedaq diri, ingat bangsa boleh menyelamatkan akidah ke?...hang pi la kat kelab2 malam kat kuantan ka, jalan bkt bintang ka? hang tengok la bangsa mana yang banyaknya..tu tak tengok lagi pusat serenti ka, lock up ka, rempit ka....

p/s: lupa satu lagi sekolah orang2 hamil kat melaka nun yg rahim tamby chik dicadang jadi pengetua, agak2 bangsa mana ramai?..

Anonymous said...

Hujjah kolot & kono fanatik taksub assobiyyah Pemikir Ore Kelate & kukujariku adalah alasan tipikal & ucapan kakaktua yang diulang2 dalam media UMNO... taklid buta.. mendewa2kan ketuanan UMNO ... walaupun UMNO menyesatkan bangsa, walaupun UMNO melanunkan harta bangsa, walaupun UMNO menindas bangsa sendiri yang bukan kroni pemimpin, walaupun UMNO bertindak zalim melampaui sifat kemanusiaan, walaupun UMNO menjual tanah air, walaupun UMNO menyongsang dari akidah, syariat & akhlak Islam!

Semangat, ajaran & amalan assobiyyah seperti penganut2 UMNO inilah yang diHARAMkan oleh Allah. JAKIM & MUFTI Perak kena kaji samada boleh diletak logo HALAL kah UMNO yang tidak mengikut prosedur syariat? Seperti hidangan Kopitiam, apakah UMNO sekarang ini halal disisi Islam dan untuk orang2 yang beriman?

Saya tuntut semua alim ulamak, pemikir, aktivis & ilmuan Islam yang masih hidup sekarang ini, kaji dan keluar "Garispanduan Politik Yang Halal Untuk Orang2 Islam" supaya kita umat hari ini tidak bercakaran tentang isu politik! JAKIM keluarkan segera senarai parti2 politik yang halal dan yang diharamkan untuk orang2 Islam seperti isu2 makanan, minuman, pakaian, nikah kahwin, senaman yoga, kursus motivasi ESQ, dll....

Hehehe... salam perpaduan untuk Dato Harussani, Datu Jamil khir, Datu Masitah, Datu Dr. Yusuf Nor, Datu Hamid Othman, Datu Dr. Abdullah Md Zain, Datu Noh Gadut, Datu Brid Gen Zainal Abidin, Datu Nakhaei Ahmad, dll ............... POHON FATWA POLITIK ISLAM ....

joostspring said...
This comment has been removed by the author.
joostspring said...

anaom July 28, 2010 9:05 AM

koya molek demo kecek...hidup2 agas serupo nik ajis...

demo igt semaye demo dan org2 pas je ko Allah terima..

amalan demo dan org2 pas je ko Allah terima..

syurga tu utk demo dan org2 pas je ke wei...

acu demo jawab pertanyaan kawe tu..

kawe nak dgr jawapan YA atau TIDAK ja

Anonymous said...

joostspring & puak2 yang berkarat dengan taksub UMNO ni, baca ayat ke, hadist ke, tak memberi bekas dihati & diotak lagi. Yang dia dok wirid hari2, adalah UMNO saja yang membela & yang memberi rezeki kepada melayu & rakyat Malaysia. Kurafat UMNO. Sebab itu ketua2 UMNO boleh rompak & lanun apa saja kerana ada "pengikut2 taklid buta yang pengampu & penjilat rasuah"....

Jawapan YA ko, TIDAK ko, sudah tiada apa2 maknanya ... .. "khatamallahu 'ala qulubihim, wa 'ala sam 'ihim wa 'ala absorihim ghisyaawah".... na'auzubillahi min zalik!

Anonymous said...

...puak-puak musang berjanggoat dah tak kaba gapa dah ..dah jadi lembu kena cucuk hidun..DAP jetik batu sikit terus lupa tentang hukum hudud..