Cerpen berjudul
Syarifah Durrah Mohamed Abdul Kadeer
oleh
RAMLI ABDUL HALIM
meli_industry@yahoo.co.uk
"BAPAK borek anak tidak semestinya rintik" Bentakan Mansor membuatkan Semoh terkulap-kulap.
"Guru kencing berdiri tidak semestinya murid kencing sambil berjalan" Semoh masih terkulap-kulap dengan renguh sanggah lakinya.
"Bukan semua kuih sama dengan rupa acuannya" Semoh masih tidak membuka mulut. Dia hanya memberi respon dengan sengihan.
"Apa semuanya ni, abah, ma? Ada dengan bapak borek anak rintik ni apa ke bendanya?" ngomel Jeman yang baru balik dari tempat kerjanya.
"Aku dengan mama kau ni tengah bincang tentang kau, tentang gewan kau, bakal tunang kau"
"Bincang pasal apa pula? Kata lepas Ramadan baru nak meminang"
"Ma kau kata nama bakal tunang kau tak molek"
"Bukan ma kata, tapi orang yang kata pada ma. Itulah ma tanya abah kau" Semoh mula buka mulut
"Kerana dia keturunan syed?"
"Bukan kerana itu tapi namanya tu"
"Durrah tu katanya nama anak Abu Jahal. Macam mana bapa bakal tunang kau tu boleh pilih nama tu?"
"Susah nak saya jawab, ma. Kena tanya Mohamed Abdul Kadeer bakal besan abah tu 'lah"
"Itulah aku kata pada ma kau ni, bapak borek anak tidak semestinya rintik"
"Apa maknanya tu, abah?"
"Fe'el perangai anak tidak semestinya ikut perangai makbapak"
"Saya tak faham"
"Bentuk fizikal memang mungkin kalau bapa borek anak akan ada rintiknya. Tetapi fe'el perangai mungkin tidak sama. Betul Durrah anak perempuan Abu Jahal tetapi perangainya tidak sama langsung dengan bapanya, mahu pun ibunya"
"Mana abah tau?"
"Aku mengaji sekolah agama. Aku minat sejarah Islam"
"Tapi jadi taukeh pot-getah" sindir Semoh.
"Aku minat berniaga. Antara kerja Rasulullah s.a.w. adalah berniaga. Aku boleh kerja makan gaji kalau aku mau"
"Dah! Jangan melalut kelain. Saya nak tau pasal Durrah"
"Syarifah Durrah tu gewan kau, patutnya kau yang lebih tau"
"Yang saya maksudkan Durrah yang dikatakan anak Abu Jahal tu, bukannya pasal Syarifah Durrah bakal tunang saya tu"
Mansor lantas memulakan cerita, sekaligus sebagai tazkirah bulan puasa bahawa dalam jahat dan 'hamla'nya Abu Lahab, yang Allah sendiri melaknatinya melalui surah Al-Lahab yang membawa maksud 'gejolak api' mengandungi 5 ayat, termasuk bilangan ke 111 dalam penyusunan sura-surah al-Quran, diturunkan di Mekkah dan merupakan sebahagian dari surah-surah Makiyyah, terdapat anaknya yang memilih jalan iman dan takwa.
Durrah binti Abu Lahab adalah seorang anak yang baik walaupun ibubapa sudah disenaraikan sebagai ahli neraka ketika kedua-duanya masih hidup lagi.
Abu Lahab adalah bapa saudara Nabi Muhammad s.a.w., ertinya Durrah adalah sepupu baginda. Nama sebenar Abu Lahab ialah Abdu al-Izzi bin Abdul Muthalib. Dia adalah antara yang didoakan oleh Rasulullah s.a.w. supaya Allah buka pintu hatinya untuk menerima Islam bagi memudahkan kerja kerasulan baginda.
Seorang lagi yang didoakan adalah Umar Al-Khattab. Yang peluk Islam adalah Umar manakala Abu Lahab @ Abdu al-Izzi bin Muthalib memilih untuk terus menentang Nabi Muhammad s.a.w. yang merupakan anak saudaranya sendiri dan beliau mati dalam kafir dan ianya dikutuk dan akan terus dikutuk hingga kiamat bila setiap kali surah Al-Lahab dibaca.
Abu Lahab sangat benci terhadap Nabi Muhammad s.a.w. Abu Lahab adalah musuh Islam yang utama. Ibu Durrah bernama Arwa binti Harb. Ibunya juga tidak suka kepada ajaran Islam. Ibunya juga tidak suka dan sangat bencikan Nabi Muhammad s.a.w.
Pernah berlaku satu peristiwa Arwa sengaja meletakkan duri-duri di atas jalan yang selalu dilalui oleh Nabi Muhammad. Walaupun begitu Nabi Muhammad s.a.w. tetap sabar dengan tindakan Arwa yang merupakan isteri kepada bapa saudara baginda itu.
Arwa sememangnya wanita yang ingkar terhadap Islam. Dia sanggup menghabiskan harta bendanya demi menghapuskan Nabi Muhammad s..a.w. sehingga dia dipanggil oleh Allah dengan nama Hammalat al-Hathab yang bermakna pembawa kayu bakar.
Durrah membesar dengan pelbagai rintangan dan cabaran. Dia sering melihat kekejaman yang dilakukan oleh bapanya terhadap orang Islam. Sikap angkuh kedua ibu bapanya menyaksikan bahawa keluarganya benar-benar mahu menghapuskan Islam.
Sikap angkuhnya Abu Lahad terbukti apabila Nabi Muhammad mengajak Abu Labah beriman kepada Allah, maka Abu Lahab dengan sombong berkata berkata: "Sekiranya kata-kata Muhammad itu benar dan tidak salah, maka pada hari kiamat nanti aku akan tebus seluruh harta dan anak aku bagi menyelamatkan diri aku daripada seksaan api neraka".
Jangkaan Abu Lahab dan harapan bagi menyelamatkan dirinya daripada seksaan api neraka semuanya meleset dan tidak akan menjadi kenyataan. Ini adalah kerana Allah sudah pun berfirman dalam surah Asyura ayat 88 dan 89 yang bermaksud:" Iaitu di hari harta dan anak-anak lelaki tidak berguna kecuali orang-orang yang menghadap Allah dengan hati yang bersih.
Ketika Durrah semakin membesar Allah memberi petunjuk kepada dirinya. Durrah juga sering mendengar kehebatan ajaran agama Islam yang disampaikan oleh Nabi Muhammad s.a.w.
Kepada dirinya sendiri dia kata dia percaya segala ajaran yang disampaikan oleh Nabi Muhammad s.a.w. adalah benar, Islam adalah agama yang patut dianuti oleh orang yang ingin mencapai kebahagiaan dunia dan akhirat.
Walaupun harta kekayaan bapanya melimpah ruah, Durrah tidak termakan dengan kata-kata penghinaan bapanya terhadap Islam. Harta benda bapanya itu tidak dapat menghalang tekadnya untuk memeluk agama Islam. Akhirnya Durrah memeluk agama Islam semasa dia berada di kota Mekah. Selepas memeluk Islam, dia berhijrah ke Madinah.
Meninjau kepada kehidupan rumahtangganya, dia berkahwin dengan Naufal bin al-Haris. Hasil perkahwinan itu mereka dianugerahkan tiga anak iaitu Uqbh, al-Walid dan Abu Muslim.
Suaminya terbunuh semasa perang Badar dan tidak sempat memeluk Islam. Selepas kematian suaminya itu, Durrah berkahwin pula dengan Dihyah al-Kalbi.
Semasa di Madinah, Durrah mendapat tentangan daripada sekumpulan wanita yang sama-sama berhijrah ke Madinah.
Seorang wanita daripada Bani Zuraiq berkata kepada Durrah: "Engkau anak Abu Lahab yang kejam itu?" Mengapa engkau ikut kami berhijrah? Tidak ada faedahnya engkau ikut kami berhijrah. Malah hijrah engkau tidak mendatangkan manfaat bagi diri engkau".
Dengan penuh keimanan dan ketakwaan Lalu Durrah menjawab: "Aku berhijrah bagi mendekatkan diri kepada Allah. Engkau tidak patut berkata begitu terhadapku. Memang benar bapa aku jahat dan kejam terhadap orang Islam, tetapi aku tidak seperti bapaku".
Durrah agak sedih kerana ada yang tidak senang dengan penyertaannya dalam penghijrahan. Dengan sebak dan sayu dia meninggalkan wanita Bani Zuraiq itu.
Kemudian dia berjumpa dengan Nabi Muhammad s.a.w. Dia menceritakan segala apa yang berlaku kepada Nabi Muhammad s.a.w. Apakah salah baginya sebagai anak Abu Lahab untuk masuk Islam sedangkan dia bukan minta dilahirkan sebagai anak Abu Lahab.
Mendengar cerita dan keluhan Durrah, Rasulullah s.a.w. meminta Durrah bertenang. Selepas Nabi Muhammad selesai mengerjakan sembahyang, baginda berkata kepada orang Islam yang berada di tempat itu: "Dengar sini semua. Aku tidak akan membenarkan keluargaku diseksa atau disakiti oleh sesiapa. Kaum keluargaku akan dapat syafaat daripada aku pada hari kiamat kelak"
Mendengar kata-kata Nabi Muhammad, wanita Bani Zuraiq itu menjadi insaf dan sedar atas kesilapannya menyinggung perasaan Durrah. Wanita Bani Zuraiq itu pun berjumpa dengan Durrah dan berkata: "Wahai Durrah aku minta maaf di atas segala kekasaran bahasa yang aku ucapkan kepada engkau tempoh hari. Aku sebenarnya tidak menyangka bahawa engkau adalah seorang wanita yang berhati mulia. Engkau tidak seperti Abu Lahab yang kejam itu. Maafkan aku".
Durrah menerima permohonan maaf wanita dan sanggup menjalin persahabatan yang diharapkannya akan kekal dan diberkati Allah.
Sejarah Islam mencatatkan bahawa Durrah merupakan srikandi yang berbakat besar. Dia adalah seorang penyair daripada kalangan wanita Quraisy. Sepanjang hayatnya dia melaporkan sebanyak tiga buah hadis daripada Nabi Muhammad. Selain itu, dia merupakan wanita yang pandai menghasilkan karya sastera. Durrah menghembuskan nafasnya yang terakhir pada tahun 20 Hijrah.
"Berdasarkan kepada kisah Durrah itulah, maka aku berani kata bahawa tidak semestinya bapa borek anak akan rintik dalam soal pembinaan iman dan takwa walaupun dalam bentuk fizikal dan rupa paras mungkin betul" hujjah Mansor.
Semoh dan Jeman terlopong dengan mulut tergohong.
"Oleh itu anak-anak yang dilahirkan hasil perkahwinan paangan yang tidak beriman dan bertakwa, apatah lagi bagi yang tidak tahu pun siapa ibu dan bapa masing-masing jangan berwalang hati, apatah lagi merasakan diri tidak layak ke syurga. Segala-galanya bergantung kepada ada kemahuan atau tidak untuk membentuk diri menjadi orang beriman dan bertakwa"
Mansor berhenti dari berhujjah seketika, menunggu kalau-kalau ada celahan dan celihan Semoh bininya atau pun Jeman anak jantannya.
"Sama ada kita dilahirkan oleh hasil perkahwinan antara mursyid dengan mursiyidah, antara ustaz dengan ustazah atau antara penyangat dengan wanita jahil atau pun kita dilahirkan kerana perlakuan zina, kita tetap suci semasa dilahirkan.
Terpulang kepada sejauh mana kita mahu membina keimanan dan ketakwaan serta mendapatkan hidayah yang akan diperolehi jika diusahakan dengan sungguh-sungguh, ikhlas dan tawadhu'.
Jangan sekali-kali merasa rendah diri untuk dekatkan diri dengan Allah kerana keturunan kita.
Percayalah penilaian Allah terhadap kita tidak sama dengan penilaian manusia yang daya nilainya sangat terbatas sedangkan penilaian dan pengiktiraan Allah tidak terbatas.
Sesungguhnya syurga itu hak seluruh hamba-Nya dan memang dicipta untuk hamba-Nya, malah telah ditunjukkan dengan jelas jalan untuk ke syurga sebagaimana dengan jelas juga dijelaskan jalan ke syurga. Untuk kita yang sudah terpisah jauh 1402 tahun dari hayat Rasulullah s.a.w., kita boleh dapatkan penjelas tentang jalan ke syurga atau neraka melalui al-Quran dan Hadis yang releven hingga kiamat"
Mansor menamatkan hujjahnya.
Semoh dan Jeman melepaskan keluhan lega.
Semoh tidak teragak-agak untuk menerima dengan megah lagi bangga Syarifah Durrah sebagai .
Jeman juga boleh berbangga dengan bakal isterinya walaupun namanya sama dengan nama anak perempuan Abu Lahab tetapi nama itu adalah antara nama puteri syurga!
Thursday, August 26, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment