Friday, August 20, 2010

Ihya' Ramadan 1413 - (13)

Al-Quran ibu bagi segala macam ilmu
oleh
RAMLI ABDUL HALIM

BERMULA dengan surah Al-Alaq yang merupakan wayhu pertama yang diterima oleh Muhammad bin Abdullah pada 17 Ramadan bersama dengan 6 Ogos 610 Masehi di Gua Hira' dan termasuk dalam bilangan surah-surah Makkiyyah hinggalah kepada ayat yang berbuyi Alayauma akmal tu lakun diinakum dalam surah Al-Maa'idah yang merupakan wahyu terakhir dan tergolong dalam surah-surah Madaniyyah, maka sempurnah al-Quran sebagai sebuah perlembagaan untuk panduan makhluk di langit dan di bumi mencari hasanah di dunia dan akhirat.

Dengan penerimaan Surah Al-Alaq sebagai wahyu pertama, maka pada 17 Ramadan bersamaan dengan 6 Ogos 610 Masehi bermulalah tugas kerasulan baginda yang dipikul selama 22 tahun, dua bulan dan 2 hari apabila baginda wafat pada 12 Rabiulawwal tahun 11 Hijrah, bersamaan dengan 8 Jun 632 Masehi. Baginda yang mula menjalankan tugas-tugas kerasulan pada usia 39 tahun lima bulan 14 hari dan dilahirkan pada 12 Rabiulawwal Tahun Gajah bersama dengan 20 April 571 Masehi, wafat pada usia 63 tahun.

Berpandukan kepada wahyu yakni perintah secara langsung daripada Allah, baginda menjalankan tugas-tugas kerasulan dan menawarkan hasanah di dunia dan akhirat kepada umat baginda yang sangat disayangi dan diharap akan memilih jalan ke syurga. Seruan serta ajaran baginda adalah yang paling sempurna dan releven dan tidak ada ajaran dan seruan lagi selepas itu kerana selain dari penghulu bagi segala anbia, baginda adalah nabi dan rasul akhir zaman.

Tidak akan ada seruan dan ajaran baru lagi selepas al-Quran diturunkan melalui wahyu dengan sempurna, berjumlah 6,236 ayat dengan 4,780 ayat dinamakan surah-surah Makkiyyah kerana diturunkan di Mekkah manakala 1,456 ayat lagi dinamakan surah-surah Madaniyyah kerana diturunkan di Madinah dengan setiap ayat dan hurufnya ada tujuan, kepentingandan mukjizatnya sehingga bagi setiap huruf al-Quran yang dibaca akan diberi ganjaran 10 kebajikan/ganjaran pahala.

Al-Quran adalah kitab maha syci yang diwahyukan kepada Nabi Muhammad s.a.w. menagndungi petunjuk-petunjuk bagi umat. Ia tidak diturunkan kepada hanya sesuatu umat atau untuk sesuatu abad tetapi untuk seluruh umat sehingga kimat. Umat serta sekalian makhluk di langit dan di bumi selepas Nabi Muhammad s.a.w. dizahirkan sebenarnya sedang menuju jalan mati, yakni menuju kesaat berlakunya kiamat dan berdepan dengan hari pembalasan.

Bermula dengan ayat-ayat tentang penjelasan, pembinaan, pemeliharaan dan pemantapan iman yang berkisar tentang Rukun Imam yang enam yang diturunkan di Mekkah, disusuli pula dengan ayat-ayat tentang penjelasan pelaksanaan hukum hakam dan amalan sebagaimana yang dituntut oleh Rukun Islam serta merangkumi semua perkara dan terma yang menjadi keperluan hidup manusia di dunia mahu pun di akhirat.

Ayat-ayat yang diturunkan di Mekkah lebih kepada yang kewajipan mempercayai kepada yang ghaib yakni Allah dan para malaikat-Nya, percayakan wahyu/kitab yang disalurkan melalui Rasul-Nya, percayakan untung baik dan untung jahat dan percayakan hari akhirat/hari pembalasan manakala ayat-ayat yang diturunkan di Madinah adalah tertumpu kepada tentang perintah mengerjakan ibadah seperti sembahyang, puasa, berzakat dan mengerjakan haji.

Sesuai dengan keperluan hidup hamba-Nya, Allah turut menurunkan ayat-ayat tentang masalah manusia, masyarakt, sosial, ekonomi, politik, sejarah, hukum hakam, perkahwinan, hukum waris, hukum perjanjian, hukum pidana, prinsip displin, prinsip mesyuarah, hukum perang, hukum antarabangsa dan sebagainya yang mana jika segala-galanya dicedok dari al-Quran, maka segalanya akan lancar dan sukses.

Perincian penjelasan tentang hukum adalah sebagaimana berikut, dimulakan dengan hukum perkahwinan yang terkandung dalam:-
* Surah al-Baqarah, ayat 22
* Surah Al-Maaidah, ayat 5
* Surah An-Nisaa', ayat 22,23,24
* Surah An-Nur, ayat 32
* Surah Al-Muntahinah, ayat 10,11.
Hukum waeis terkandung dalam:-
* Surah An-Nisaa', ayat 7,8,9,10,11,12 dan 176
* Surah Al-Baqarah, ayat 180
* Surah Al-Maa'idah, ayat 106.
Hukum perjanjian terkandung dalam:-
* Surah Al-Baqarah, ayat 279,280,282
* Surah Al-Anfaal, ayat 56,58
* Surah At-Taubah, ayat 4.
Hukum pidana terkandung dalam:-
* Surah Al-Baqarah, ayat 178
* Surah An-Nisaa' ayat 92,93
* Surah Al-Maa'idah, ayat 38
* Surah Yunus, ayat 27
* Surah Al-Israa', ayat 33
* Surah Asy-Syuraa, ayat 40
Hukum displin terkandung di dalam:-
* Surah An-Nisaa', ayat 59
Hukum musyawarah terkandung dalam:-
* Surah Ali-'Imran, ayat 159
* Surah Asy-Syuraa, ayat 38
Hukum perang terkandung dalam:-
* Surah Al-Baqarah, ayat 190,191,192,193
* Surah Al-Anfal, ayat 39,41
* Surah At-Taubah, ayat 5,29,123
* Surah Al-Hajj, ayat 39,40
Hukum Antarabangsa terkandung dalam:-
* Surah Al-Hujurat, ayat 13,

Hukum Islam lazim pula dibahagi menjadi empat, yakni ibadat, munakahat (nikah, talak, ruju'), mu'amalat (jual beli,gadai, perjanjian) dan uqubah (penghakiman atau perbicaraan, pengadilan).

Sekiranya manusia berpegang kepada al-Quran dan disokong pula pula hadis-hadis Rasulullah s.a.w., maka manusia tidak perlu mencari teori dan formula baru untuk selesaikan segala masalah serta untuk mendapatkan hasanah di dunia dan di akhirat kerana al-Quran adalah ibu bagi segala macam ilmu. -
penulis adalah bekas pelajar Madrasah Al-Balaghulmubin Rong Chenak, Tok Uban, Pasir Mas, Kelantan dan pengamal media sejak tahun 1973.

Nama & Alamat Penuh Penulis;
RAMLI ABDUL HALIM (K/P:561020-03-5201)
No. A/C Maybank -153059023187
2584, Lot 146, Jalan Sultanah Zainab.
15000 Kota Bharu,
Kelantan.
Tel:017-9871322

No comments: