Saturday, August 21, 2010

Ihya' Ramadan 1413 - (21)

Tulisan dihantar ke ruangan Syiar BERITA HARIAN SINGAPURA

Sejarah penterjemahan al-Quran (BAHAGIAN PERTAMA)
oleh
RAMLI ABDUL HALIM
meli_industry@yahoo.co.uk

AL-QURAN diturunkan dalam bahasa Arab manakala umat Islam yang berimankannya pula terdiri dari pelbagai bangsa dan bukan semuanya memahami bahasa Arab yang mana orang Arab sendiri pun bukan semuanya boleh faham dengan bahasa al-Quran dan memerlukan proses penfasiran untuk memahaminya.

Lagi pun tidak kenal maka tidak mungkin akan jatuh cinta. Tanpa diketahui dengan jelas apa yang terkandung dalam al-Quran itu, tidak memungkinkan orang yang berimankan al-Quran yang menjadi antara Rukun Iman yang enam, akan menyintai al-Quran dengan erti kata sebenar.

Kerana itulah, ianya telah melalui peroses terjemahan dan kerja terjemahan ini sebenarnya dilakukan jauh lebih terkemudian dari kerja-kerja penfasiran al-Quran itu sendiri oleh kalangan yang pakar. Penterjemahan atau pentafsiran adalah dua perkara yang berbeza.

Diterjemah ke bahasa barat

Sebelum berkembangnya bahasa-bahasa Eropah moden, bahasa Latin berkembang di Eropah. Oleh kerana itu terjemahan al-Quran telah dimulakan ke dalam bahasa Latin dan terjemahan dilakukan bagi keperluan keilmuan biara Culgy pada tahun 1135 Masihi.

Prof. W. Montgomey Watt dalam bukunya berjodol Bell’s Inroduction to the Qur’an menyebut bahawa pertanda bermulanya perhatian Barat terhadap pengajian Islam adalah ekoran dari kunjungan Peter the Venerable, Abbot of Clugny ke Teledo pada abad ke 12.

Di antara usahanya adalah menerbitkan serial keilmuan untuk menandingi kegiatan intelektual Islam ketika itu, terutama di Abdalusia dan terjemahan al-Quran adalah dianggap suatu keperluan.

Tugas menterjemahkan al-Quran ke bahasa Latin telah ditugas kepada Robert of Ketton (Rebertus Retannesis) yang berjaya menyelesaikan tugasnya pada tahun 1143.

Abad Renaissance di barat memberi dorongan lebih besar untuk menerbitkan buku-buku Islam.
Pada awal abad ke-16, banyak buku-buku Islam diterbitkan, termasuk penerbitan al-Quran pada tahun 1530 di Venice dan juga penerbitan terjemahan al-Quran ke dalam bahasa Latin oleh Robert of Ketton pada tahun 1543 di Balsle dengan penerbitnya adalah Bibliander.


Dari bahasa Latin itulah, al-Quran kemudiannya diterjemahkan ke bahasa-bahasa Eropah. Antaranya ke dalam bahasa Jerman diterjemahkan di Nurenburg (Bavaria) pada tahun 1616,
Terjemahan ke dalam bahasa Peranchis dilakukan oleh Du Ryer diterbitkan di Paris pada tahun 1647 dn terjemahan ke dalam bahasa Russia diterbitkan di Petersbug pada tahun 1776.


Terjemahan ke dalam bahasa Peranchis oleh Savari terbit pada tahun 1783 dan oleh Kasimirski pada tahun 1840.

Terjemahan ini diterbitkan untuk beberapa kali. Perhatian Peranchis kepada penterjemahan al-Quran pada waktu itu kerana negara berkenaan menduduki Algeria dan Afrika Utara.

Kemudian menyusul terjemahan ke dalam bahasa Jerman oleh Bosen pada tahun 1773, Wahl pada tahun 1828 dan Ullman pada tahun 1840. (Bersambung) - penulis adalah belas pelajar Madrasah Al-Balaghulmubin Rong Chenak, Tok Uban Pasir Mas Kelantan dan pengamal media sejak tahun 1973.

Sejarah penterjemahan al-Quran (BAHAGIAN KEDUA)
oleh
RAMLI ABDUL HALIM
meli_industry@yahoo.co.uk

KECENDERUNGAN menterjemahkan al-Quran terus memuncak dan pada tahun 1649, Alexander Ross menterjemahkan al-Quran ke dalam bahasa Inggeris berdasarkan sumber terjemahan dalam bahasa Peranchis.

Ludovici Maracci menggunakan sebahagian usianya (selama 40 tahun) untuk mempelajari al-Quran pada tahun 1689 dan telah menerbitkan terjemahan al-Quran dalam bahasa Latin dengan dilengkapi teks Arab dan beberapa nukilan dari pelbagai tafsir al-Quran dalam bahasa Arab, tujuannya untuk memberikan kesan buruk terhadap Islam.

Kerja penterjemahannya adalah bertujuan menjahati Islam dan mengkhianati kesucian al-Quran pada mata masyarakat barat. Beliau adalah seorang Roman Katholik dan kerjanya adalah untuk kepentingan kerajaan Rome Katholik.

Terjemahan pertama ke dalam bahasa Inggeris oleh A. Rooss yang merupakan terjemahan bersumber dari terjemahan al-Quran dalam bahasa Peranchis dilakukan oleh Du Ryer pada tahun 1647, diterbitkan beberapa tahun kemudian.

Penterjemahan al-Quran dari bahasa asalnya ke bahasa Inggeris dilakukan oleh George Sale pada tahun 1734 dan terjemahannya juga adalah sama seperti Ludovici Maracci dalam bahasa Latin.

Tujuannya adalah untuk menjahati Islam dan mencemarkan kesucian Al-Quran, malah catatan pendahuluannya sebahagiannya adalah didasarkan kepada karangan Maracci yang juga menjahati Islam dan mencemarkan kesucian al-Quran.

Al-Quran terjemahan kedalam bahasa Inggeris oleh George Sale itu dilabelkan sebagai yang terjemahan al-Quran dalam bahasa Inggeris yang terbaik di dunia dan dicetak berulang kali serta dimasukan dalam siri apa yang dikatakan ‘Chandos Classic’ yang mendapat pujian dan restu dari Sir E. Sedinson Ros.

Pada tahun 1812, terjemahan George Sale diterbitkan di London dalam edisi baru (dua jilid). Terjemahan tersebut diberi jodol The Koran atau The alcoran of Mohammad: translated from the original Arabic.

Disebutkan bahawa terjemahan yang dibuat adalah berdasarkan sumber bahasa Arab, para mufassir Muslim, terutama tafsir al-Baidhowi.

Pada abad ke-19, pertejemahan al-Quran semakin berkembang. Gustav Flugel (mati pada tahun 1870) menterjemahkan al-Quran sejak tahun 1834 dan telah mengalami ulang cetak dan direvisi oleh Gustav Redslob.

Diikuti kemudian oleh Gustav Weil (mati pada tahun 1889) yang juga menulis sejarah Nabi Muhammad dan diterbitkan pada tahun 1843.

Usahanya diteruskan oleh pelanjutnya iaitu Aloys Sprenger dan William Muir. Kedua-duanya memberi perhatian yang besar dalam mempelajari al-Quran dan sejarah Nabi Muhammad.

William Muir dikenali dengan bukunya Das Leben und die Lehra des Mohammad diterbitkan pada tahun 1861.

Edisi Inggerisnya diberi jodol The Life of Mahomet sebanyak enam jilid dan mula dicetak pada tahun 1858 dan diulang cetak beberapa kali sehingga tahun 1861.

JM Rodwell menerbitkan terjemahannya pada tahun 1861 dan berusaha menyusun surah-surah al-Quran berdasarkan urutan penurunannya.

Sekalipun ia cuba untuk membuat penterjemahan secara jujur tetapi catatan-catatannya menunjukkan fikrah seorang pendita Kristian yang lebih mementingkan untuk melihat apa yang menurut pendapatnya kekurangan-kekurangan dalam al-Quran daripada menunjukkan kekaguman terhadap keagungan al-Quran yang bermu’jizat.

Pengajian ilmu al-Quran berkembang hanya setakat menterjemahkannya (secara lengkap atau sebahagian) tetapi juga penelitian tentang riwayat dikumpulkan al-Quran, urutan penurunan surah dan masalah-masalah yang berkaitan dengan ilmu al-Quran.

Di antaranya dilakukan oleh Teodor Noldeke dengan karyanya Geschichte des Qurans pada pada tahun 1860 dan diterbitkan di Gottinge.

Beliau dilahirkan di Hamburg pada tahun 1836. Buku itu juga diterbitkan di Strassburg dalam beberapa jilid pada tahun 1910.

Manakala Hartwig Hirschfeld di London menerbitkan buku Teodor Noldeke berjodol New Reseache into the Composition and Exegesis of the Qoran pada tahun 1902. - (Bersambung) - penulis adalah belas pelajar Madrasah Al-Balaghulmubin Rong Chenak, Tok Uban Pasir Mas Kelantan dan pengamal media sejak tahun 1973.

Sejarah penterjemahan al-Quran (BAHAGIAN KETIGA)
oleh
RAMLI ABDUL HALIM
meli_industry@yahoo.co.uk

SEORANG pakar penulisan sejarah, Hubert Grimme telah menulis riwayat hidup Nabi Muhammad, menyusun urutan penurunan ayat-ayat al-Quran secara kronologi.

Dalam pada itu pada abad ke 20, penulisan tentang al-Quran dalam pelbagai sudut dan prospek pengajian berkembang pesat dengan tenaga pengajarnya terdiri daripada orientalis seperti Josef Horovitz dan Arthur Jffery dan buku-buku rujukan adalah hasil karya para orientalis.

Richar Bell mula mempelajari al-Quran secara intensif dalam kuliah-kuliah dan dalam ceramahnya dia membandingkan lingkungan Kristian.

Karyanya berjodol The Origin of Islam in its Christian Envirinment diterbitkan di London pada tahun 1926, The Qur’an: Translated, with a critical re-arragement of the Surahs sebanyak dua jilid diterbitkan di Edinburgh pada tahun 1937 dan 1939 serta Introduction to the Quran, juga diterbitkan di Edinburgh pada tahun 1953.

Beliau dianggap sarjana Barat yang mempelopori penyusunan surah al-Quran berdasarkan penurunannya yang kronologi tetapi beliau menjahati Islam dan mengkhianati kesucian al-Quran dengan menganggap al-Quran adalah karya Nabi Muhammad sendiri.

Regis Blachere menterjemahkan al-Quran ke dalam bahasa Peranchis dengan jodol Le Coran: traduction selon un essai de reclassement des sourate dalam tiga jilid dan dterbitkan di Paris sekitar tahun 1947 dan 1951. Jilid pertama berisi pengantar yang diulang cetak secara terpisah pada tahun 1959.

Terjemahan al-Quran dalam bahasa Jerman terbit di Stuttgard pada tahun 1963 dan 1966.
Terjemahan al-Quran dalam bahasa Inggeris dikerjakan pula oleh E.H. Palmer selaku Rektor Universiti Cambridge dan diterbitkan untuk pertama kalinya pada tahun 1876.


Beliau mati pada tahun 1883. Palmer gagal memahami keindahan bahasa al-Quran menjadikan terjemahan yang dibuatnya kasar dan kurang teliti serta tidak menarik.

Terjemahan al-Quran dalam bahasa Inggeris yang dianggap baik terjemahan adalah yang dilakukan oleh Arthur J Arberry, Rektor Universiti Cambrige dan merupakan seorang anggota panel Encyclopaedia of Islam.

Terjemahannya berjodol Holy Koran diterbitkan pada tahun 1955 di London yang kemudian dikemas-kinikan dan diberi jodol The Koran, Interpreted.

Di kalangan umat Islam sendiri ada juga usaha menterjemahkan al-Quran ke dalam bahasa Inggeris dan ianya terdorong kerana didapati penterjemahan yang dibuat oleh kalangan mereka yang bukan Islam khususnya para orietalis adalah salah dengan maksud asal al-Quran di samping ada unsur-unsur niat yang tidak murni bertujuan untuk memesongkan umat Islam dari agama yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w.

Sarjana Muslim yang pertama menterjemahkan al-Quran ke dalam bahasa Inggeris ialah Dr Muhammad Abdul Hakim Chan dari Patiala pada tahun 1905.

Mirza Hazrat dari Delhi India juga menterjrmahkan al-Quran ke dalam bahasa Inggeris dan diterbitkan pada tahun 1919.

Nawab Imadul Mulk Sayid Husain Bilbrami dari Hyderabat Deccan adalah antara sarjana Islam yang menterjemahkan al-Quran ke dalam bahasa Inggeris tetapi tidak sempat siap sepenuhnya kerana beliau meninggal dunia.

Turut melakukan penterjemahan ialah Muahmmaed Marmaduke Pickthall berjodol Meaning of the Glorious Koran dilengkapi teks ayat yang lengkap yang mendapat tanda tasyih dari ulamak Mesir pada tahun 1342 Hijrah.

Beliau berbangsa Inggeris tetapi fasih berbahasa Arab dan hasil terjemahannya telah dicetak berulang kali sejak tahun 1930 hingga 1976.

Terjemahan al-Quran ke dalam bahasa Inggeris yang terkenal di dunia barat atau timur ialah hasil kerja sarjana Islam bernama Abdullah Yusuf Ali berjodol The Holy Qor’an., Translation and Commentntary telah diterbit berulangkali yang mana terjemahannya dilengkapi dengan huraian pengantar dan nota kaki.

Pada awal surah dilengkapi dengan keterangan singkat tentang surah dan kesimpulan ayatnya, Pertama kali diterbitkan pada tahun 1934.

Terjemahan lain ialah yang dibuat oleh NJ Dawood dari Iraq berjodol The Koran, diterbitkan oleh Penguin Classic pada tahun 1956 yang mana terjemahan turut menerima pujian dari orientalis.

Terjemahan dalam bahasa bukan baratAfrika yang merupakan daratan terluas di dunia telah didatangi oleh Islam pada pertengahan abad ke-7 dan ke-10 lagi.

Kerana itu sehingga sekarang pun sekolah-sekolah pengajian al-Quran banyak terdapat di sana dan umat Islam dari setiap pelusuk dunia mengaji al-Quran di Afrika. (Bersambung) - penulis adalah belas pelajar Madrasah Al-Balaghulmubin Rong Chenak, Tok Uban Pasir Mas Kelantan dan pengamal media sejak tahun 1973.

Sejarah penterjemahan al-Quran (BAHAGIAN KEEMPAT DAN AKHIR)
oleh
RAMLI ABDUL HALIM
meli_industry@yahoo.co.uk

PENTERJEMAHAN dalam apa pun bahasa pada mulanya ditentang oleh umat Islam Afrika (yang pada mulanya dikelirukan oleh Kamal Atarturk tetapi berajaya diselamatkan pegangan agama mereka oleh fatwa para ulamak Mesir) kerana mereka berpendapat akan hilang keberkatannya jika al-Quran diterjemahkan ke dalam bukan bahasa asal ianya diturunkan.

Kerana pendirian mereka itu menyebabkan untuk tempoh yang panjang, penyibar Krtistian gagal untuk mengembangkan ajaran kerana orang Afrika dapat bezakan antara ayat al-Quran dengan Injil.

Hanya pada awal abad ini iaitu pada tahun-tahun 1970-an setelah missionaris Kristian berjaya dalam gerakan mereka di sana dengan menganjurkan pergaulan bebas, barulah penterjemahan al-Quran diterima.

Pada mulanya terjemahan al-Quran diterima oleh rakyat Nigeria, sebuah negara di Afrika yang mana terjemahan dibuat dalam bahasa Yoruba yang merupakan bahasa pertuturan penduduk di bahagian selatan negara itu dan sebilangan besar dari mereka adalah Muslim. Terjemahan paling tersohor al-Quran ke dalam bahasa Yoruba adalah hasil kerja M.S.Cole.

Secara jahat penterjemahan al-Quran dalam bahasa Yoruba telah dibuat oleh mereka yang murtad yang mengasaskan fahaman yang mengaku kenabian Ghulan Ahmad Al-Qaqyaani dan dinamakan dengan Al-Qadyaaniyyah.

Bagi mengabui masyarakat terbanyak tentang Al-Qadyyaniyyah, ia kemudiannya menggunakan nama baru iaitu Ahmadiyyah. Ghulan Ahmad dari India pada pengasas fahaman itu asalnya adalah pengamal tariqat.

Terjemahan al-Quran yang bersih dari unsur jahat dan pengkhianatan dalam bahasa Yoruba diterbitkan pada tahun 1973 oleh Uinversity Press Ibadah dan cetakannya dibuat di Dar al Arabiyah Beirut dengan kos percetakannya dibiarai oleh Raja Arab Saudi dan cetakan keduanya pada tahun 1977.

Ia diterbitkan atas saranan Ahmadu Bello, mantan Perdana Menteri Negiria Utara dan diambil inisiatif oleh para ulamak Negiria bagi membendung penularan al-Quran yang diterjemah ke dalam bahasa Yoruba secara jahat dan khianat.

A-Quran juga kemudiannya diterjemahkan ke dalam bahasa Hausa yang merupakan bahasa yang digunakan dengan luas di Afrika Barat.

Penterjemahannya dibuat sekitar tahun 1975, diterjemahkan juga ke dalam bahasa Swahili yakni bahasa yang terpenting bagi kawasan Afrika Timur dan menjadi bahasa resmi Tanzania dan Kenya.

Al-Quran turut diterjemahkan ke dalam bahasa Fulfulkde, juga satu bahasa di Afrika dan bahasa Wolof yang merupakan bahasa utama di Senegal.

Turut diterjemahkan ialah ke dalam bahasa Igbo yang merupakan bahasa yang menjadi pertuturan sebahagian besar penduduk Negeria dan al-Quran juga diterjemahkan ke dalam bahasa Ganda, Kikuyu, Kamba dan Luo yang merupakan bahasa-bahasa pertuturan bagi penduduk di negara-negara Afrika.

Terjemahan juga dibuat dalam bahasa Parsi, Turki, Urdu, Tamil, Pastho, Benggali, Jepun dan beberapa bahasa suku kaum yang adanya umat Islam, antaranya termasuklah dalam bahasa Cina.

Penterjemahan al-Quran ke dalam bahasa Urdhu lebih awal iaitu pada tahun 1826 lagi.
Bagaimanapun terjemahan dalam bahasa Urdu yang dianggap paling lengkap adalah yang dihasilkan oleh Syah Rafi Uddin dari Delhi, Syah Asyraf Ali Thanawi dan Maulvi Nazir Ahmad. Maulvi Nazir, mati pada tahun 1921.


Beberapa tahun ke mari al-Quran telah diterjemahkan ke dalam pelbagai bahasa atas bantuan Rabithah al-Alam al-Islami dan Dar al-Ifta wa al-Irsyad yang markas besarnya adalah di Arab sudi.

Mujamma’ Khadim al-Haramain al-Syarifain ali-Malik Fahd untuk Perrcetakan Muhaf telah mencetak al-Quran dalam plbagai bahasa seperti Peranchis, Inggeris, Turki, Cina, Hausa dan Melayu (Indonesia).

Terjemhan al-Quran di Kepulauan Melayu

Ianya bermula pada pertengahan abad ke 17 dan dimulakan oleh Abdul Ra’uf Fansuri, seorang ulamak dari Singkel, Acheh.

Penterjemahan al-Quran ke dalam bahasa Melayu yang dilakukan oleh beliau merupakan perintis kepada penterjemahan yang lebih lengkap dengan penggunaan bahasa yang lebih terkini dan lebih menarik serta mudah dibaca dan difahami.

Kebanyakan kitab dan buku terjemahan al-Quran berbahasa Melayu adalah yang digunakan oleh orang Melayu adalah yang datangnya dari Indonesia, malah kini terdapat terjemahan al-Quran dari bahasa Indonesia yang dibahasa-Malaysiakan.- Penulis adalah bekas pelajar Madrasah Al-Balaghulmubin, Rong Chenak, Pasir Mas Kelantan dan menjadi pengamal media sejak tahun 1973.

Nama & Alamat Penuh Penulis:
RAMLI ABDUL HALIM (K/P:561020-03-5201)
No. A/C Maybank -153059023187

2584, Lot 146, Jalan Sultanah Zainab,
15000 Kota Bharu,
Kelantan.
Tel:017-9871322

No comments: