Monday, August 2, 2010

MUNCUL KEMBALI (776) - DIKEMASKINI SEMULA

Krisis bekalan air kritikal di HRPZ II: punca alrtenatif perlu diusahakan segera

HOSPITAL adalah tempat rawatan untuk menyembuhkan penyakit pesakit, bukannya tempat untuk memungkinkan pesakit terdedah kepada ancaman jangkitan pelbagai penyakit.


Membiarkan Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II), terutama bangunan lamanya terus mengalami kirisis bekalan air berlarutan hampir setahun adalah suatu sesuatu yang sangat tidak patut kerana ianya boleh mengancam nyawa manusia.

Paling tidak patut setelah membelanjakan RM500,000 dan dengan membayar bil air sekitar RM35,000 sebulan, HRPZ II masih juga menghadapi krisis yang sepatutnya sudah pun ditemukan jalan penyelesaian jika pihak yang bertanggungjawab dalam pembekalan air di Kelantan benar-benar pakar dan profesional.

Bila pendedahan mengenainya dibuat oleh Pengarah HRPZ II, Datuk Dr Ghazali Md Hassan, Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Keraja Raya dan Alam Sekitar Negeri Kelantan Meja (B) Datuk Mohd. Nizam Abdul Rahman menafikannya.

Bagaimanapun bagi para pesakit dirawat dan keluarga yang menjaga atau menziarahi pesakit, mereka terlebih maklumat siapa yang benar dan siapa yang cuba menegak benang basah dan hipokrit dalam kes berkenaan.

Pada umumnya dengan apa yang berlaku di HRPZ II secara tidak langsung membenarkan andaian bahawa daripada hanya 70 peratus sahaja rakyat Kelantan mendapatkan bekalan air paip pada waktu ini, belum tentu 50 peratus daripadanya menerima bekalan air yang benar-benar sempurna, bersih dan selamat.

Di mana-mana sahaja masalah bekalan air berlaku di Kelantan dan ramai yang memilih membeli air suling (mineral water) di pasaran terbuka untuk diminum dan memasak kerana walaupun ada air keluar dari muncung paip, rata-rata ianya macam jantan kencing dedas, namun kualitinya sangat rendah dan dirasakan tidak selamat untuk diminum.

Bil air dibayar, namun untuk memasak dan minum terpaksa beli air sulingan di pasaran terbuka, rakyat Kelantan terpaksa membayar harga yang cukup tinggi untuk dapatkan bekalan air, yakni bil bekalan air dan pembelian air suling.

Banyak tempat air paip hanya keluar beberapa jam sahaja dalam sehari, antaranya di perumahan kastam Desa Kujid di Panji, malah ada sesetengah kawasan seperti di kawasan pesisir pantai dan beberapa kawasan di jajahan Pasir Mas, sudah bertahun-tahun paip penduduknya tidak berair.

Ada kebanyakan tempat di Kota Bharu, malah jaraknya tidak sampai pun sekilometer dari pusat penapisan air di Kampung Putih, termasuk di rumah penulis sendiri, muncung paip bukan sahaja banyak masa tidak 'terpancut tubik' air dari 'terpancut' tetapi juga airnya berkeladak merah sehinggakan nak basuh berak pun tak tergamak walaupun batang-batang paip sudah ditukar sebagaimana yang dicadangkan oleh pihak berkaitan.

Demi untuk kepentingan pesakit, setelah pihak pembekalan yang bertanggungjawab dalam pembekalan air tidak menampakkan kesungguhan untuk memulihkan keadaan, pihak pengurusan HRPZ II patut mengambil langkah mendapatkan punca air sendiri apabila terbukti AKSB tidak mampu dan tidak menampakkan kesungguhan dan kejujuran dalam mengatasi masalah yang dihadapi.

Antaranya ialah dengan menyegerakan cadangan membuat telaga tiub dan penapisan air sendiri yang saya yakin tidak akan menelan belanja sehingga RM500,000 dan kos penyelenggaraannya tidak akan mencecah sehingga RM25,000 hingga RM35,000 sebulan. Masjid-masjid, termasuk masjid Telipot dan Kampung Sireh telah pun berbuat demikian.

Malah kalau HRPZ II terpaksa berbelanja sehingga RM500 juta sekali pun dalam menyediakan telaga tiub untuk sediakan bekalan air ianya bukanlah suatu bentuk pembaziran bagi jangka pendek dan jangka panjang untuk sebuah hospital.

Ini adalah kerana hospital adalah tempat merawat pesakit untuk sembuh dari penyakit yang dihidapi, bukannya untuk memungkinkan pesakit dijangkiti penyakit kerana berpunca dari masalah air ketika menerima rawatan.

Moral kepada apa yang berlaku di HRPZ II membuktikan bahawa penduduk kampung Tok Sadang, Pantai Mek Mas atau mana-mana kawasan di Pasir Mas, Bachok, Kota Bharu dan sebagainya yang bayar bil kurang dari RM100 sebulan jangan harapkan masalah mereka diatasi segera.

Ini adalah kerana pelanggan yang membayar bil RM25,000 hingga 35,000 sebulan dan merupakan pelanggan terbesar pun terpaksa menghadapi masalah air yang kritikal hampir setahun pun tidak juga diatasi segera walaupun mungkin 900 pesakit yang dirawat boleh terancam nyawa kerananya.

Berbalas kenyataan antara pihak HEPZ II demi kepentingan pesakit dengan exco kerajaan negeri demi kepentingan kerajaan dan parti yang menubuhkan kerajaan tidak dapat menyelesaikan masalah. Paling penting pihak yang bertanggungjawab dan dibayar untuk perkhidmatan memastikan perkhidmatan yang disediakan bermenfaat kepada pelanggan tanpa cuba mencari jalan untuk menyorok bangkai seekor gajah di sebalik sehelai daun lalang.

7 comments:

joostspring said...

sat bimbe...

nak becara gapo gak mslah dunia ni..hok akhirat tu penting..benda lara jah blako ni...

Anonymous said...

Salom Ayoh..

Takdok tulih cerpen ko?

Anonymous said...

Jootspring..bodo sggh la mu. Ni kecek.panas molek aku bc komen pendek mu kt blog abe li,sependek 'bare' dlm seluar mu tu!supo ore ngaji sklh tadika kecek.klu ore ngaji sek ren pn xsebodo mu.aku nk tnya mu,klu keno ko mek mu ko,che mung ko pok mung ko,bini mu ko anak mu ko skt tenat di spital tu dn memerlukan pmbdhan@rwtan sgra tp krna mslh air tu xdpt buat rwtn@pmbdhn,skt mkin melarat@mati mu xgelepa ko nk mrh?awo xkeno ko mu sdp la kecek.xth la klu mu jns ore xdok perut pedal gak.agak2 mu sndr skt nk mapuh dk kt spital tu,br mu reti derita ore.kecek tu pakai otak la tolol buke paka palo lutut!

Anonymous said...

Jootspring..bodo sggh la mu. Ni kecek.panas molek aku bc komen pendek mu kt blog abe li,sependek 'bare' dlm seluar mu tu!supo ore ngaji sklh tadika kecek.klu ore ngaji sek ren pn xsebodo mu.aku nk tnya mu,klu keno ko mek mu ko,che mung ko pok mung ko,bini mu ko anak mu ko skt tenat di spital tu dn memerlukan pmbdhan@rwtan sgra tp krna mslh air tu xdpt buat rwtn@pmbdhn,skt mkin melarat@mati mu xgelepa ko nk mrh?awo xkeno ko mu sdp la kecek.xth la klu mu jns ore xdok perut pedal gak.agak2 mu sndr skt nk mapuh dk kt spital tu,br mu reti derita ore.kecek tu pakai otak la tolol buke paka palo lutut!

joostspring said...

anom..

marah molek demo..

patutnya demo kena g marah ko KERAJAAN ISLE PAS@ KERAJAAN SERAMBI MEKAH...

puak2 ni la hok duk tanggungjawab..

john said...

Siae ko joots tok pasal2 keno BODO korae..tu la jange tunjuk kito bodo walaupun kito memae bodo..

Joots..mung kaba ko dok..pembekal air di Kelatu tu AKSB standby lori doh bilo isu ni timbul. Hok mano buleh buat, ore buat slalu..biar kembae gok otok kito nih nok mengomen pun..

Pasal Air ning kijo Tuhe belako, Tuhe jah buleh wak air, manusio urus jah..mung ingat kerajae pas zalim srupo umno ko?..

Joots negeri2 umno molek blako ko pengurusae air dio?

kukujariku said...

tabiat orang kita...
sangat suka mengata orang...
tapi kalau kena batang hidung sendiri...
marah-marah...
sanggup membodohkan antara satu sama lain...
orang cerdik tak kata orang lain bodoh dan orang bodoh tak tahu bahawa dia bodoh...
jangan marah...
siapa yang makan cili dialah yang terasa pedasnya...