Tuesday, August 3, 2010

MUNCUL KEMBALI (777)

Bakal wakil rakyat perlu menjalani rawatan mental sebelum dipilih bertanding

SARANAN saya mungkin agak kasar, kurang ajar dan amat tidak manis terutama kepada orang parti politik tetapi harus diingat bahawa yang paling pahit adalah ubat yang paling mujarab manakala yang manis-manis pula boleh menyumbang kepada berlakunya pelbagai wabak penyakit kronik.


Atas kesedaran itulah, ekoran dari apa yang berlaku pada Persidangan Dewan Undangan Negeri Perak, maka saya mengambil risiko menyarankan supaya pada masa-masa akan datang, satu peraturan patut digubal dan digezet supaya mana-mana individu yang bakal dipilih bertanding sebagai wakil rakyat mewakili parti kerajaan atau pembangkang perlu menjalani rawatan mental.

Ini penting supaya hanya kalangan yang sempurna mentalnya sahaja dibolehkan bertantading agar parlimen atau dewan-dewan undangan negeri akan bersih dari kalangan yang cuba mempamerkan ketidak-siuman dan ketidak-profesionalan oleh tindak tanduk dan sikap mana-mana wakil rakyat.

Wakil-wakil rakyat yang siuman dan profesional tidak akan bawa masalah peribadi atau masalah parti yang diwakili ke parlimen atau ke dewan-dewan undangan negeri, sebaliknya akan hanya membawa masalah rakyat dan menyelesaikannya melalui perbahasan secara profesional dan rasional.

Masa berpolitik termasuk mahu melanyak parti lawan dan menjulang parti sendiri adalah semasa kempen pilihanraya sahaja atau pada rapat umum dan ceramah-ceramah politik.
Tamat pilihanraya dan setelah rakyat membuat keputusan melalui undi, maka perbahasan hendaklah atas nama kerajaan dengan pembangkang, bukannya lagi antara Umno dengan Pas atau antara Barisan Nasipnal dengan Pakatan Rakyat.


Kalau wakil-wakil rakyat masih lagi berbahas mewakili mana-mana parti politik yang diwakili dalam persidangan di parlimen atau dewan-dewan undangan negeri, maka pada pendapat saya, ada sesuatu yang tidak betul dan tidak cukup sempurna pada mental seseorang wakil rakyat itu.

Rakyat memilih wakil rakyat dari parti kerajaan atau pembangkang bukan untuk membawa masalah parti politik ke parlimen atau ke dewan-dewan undangan negeri, sebaliknya mereka diberi mandat untuk merangka atau membeli pandangan, kritikan dan cadangan membina demni faedah rakyat dan negara.

Peranan wakil-wakiol rakyat penyokong kerajaan dengan wakil rakyat pembangkang sama-sama penting kerana dalam amalan demokrasi kena ada pihak kerajaan dan pihak pembangkang. Kerajaan yang dipilih secara demokrsai tidak akan lengkap tanpa pembangkang.

Itu yang wakil-wakil rakyat dan aktivis politik kena sedar dan terima hakikat supaya rakyat selaku pemberi mandat/undi tidak merasakan mereka melakukan kesilapan dan sia-sia dalam memberi undi dan mandat kepada seseorang wakil rakyat yang asyik 'menggila' dengan parti yang diwakili semasa persidangan parlimen atau dewan-dewan undangan negeri.

Kalau demikian sikap wakil-wakil rakyat, maka sebelum pakar mental membuat penilaian lagi, rakyat selaku pemberi undi akan meragui tahap kesempurnaan mental wakil-wakil rakyat sekiranya mereka menari tidak ikut rentak, menyanyi menyongsang irama, yakni dengan berpolitiking sepanjang masa, termasuk di parlimen dan dewan-dewan undangan negeri yang bukannya tempat atau gelanggang untuk 'tunjuk keras keng' mempertahankan parti yang diwakili.

Parlimen dan dewan-dewan undangan adalah tempat orang saling mempamer dan membuktikan kecerdikan dan kehebatan dalam berhujjah, berbahas, mengkritik, mencadangkan dan membalas kritikkan demi kepentingan agama, bangsa dan negara.

Sesungguhnya tugas wakil rakyat sangat berat dan bukan semua orang mampu memikul tugas dan tanggungjawab sebagai wakil rakyat, yang waras pun boleh jadi tidak siuman, apatah lagi kalau yang memang sudah rapuh tahap kekentalan mentalnya.

Justeru adalah sangat wajar demi untuk memastikan wakil-wakil rakyat boleh bezakan tugas dan peranan antara pendukung parti dengan peranan wakil rakyat, bakal-bakal wakil rakyat yang dipilih bertanding terlebih dahulu mesti menjalani rawatan mental.

4 comments:

Anonymous said...

Pepatah untuk monyet2 yg suka buat kacau.

"kalau tak nak buat kerja, jangan ganggu kerajaan buat kerja".


Nikey Exist

kukujariku said...

wakil rakyat mental tanda ada juga rakyat yang mental....
kalau tidak, masakan ia mendapat sokongan daripada rakyat tertentu...

john said...

wakil rakyat mental?...bakal wakil rakyat?..bekas wakil rakyat?..atau sedang wakil rakyat?..betul jugok saranan abe li kito kalu tengok pado contoh hok ambo bui bowoh nih..

1.Adun ###### dari ulu kelate nok sepak adun lain tiko persidangae dewan

2.Lo ni MB doh, ajok gocoh nga adun lain TIKO bahas dale dewan dun di T'ganu

3.duo ekor MP sindir kaum hawo pasal perkataan 'bocor'

stakat tok dengar kato speaker tu biasojah..tok puas hati keluar dewan tu biase...

hok ambo royak tu hok belaku dale dewan tuh FAKTA bukan ambik dari blog 2 sen JOOTS...

p/s: ambo dok mikir lagi nih pasal bekas adun di selangor hok mati nga tino PA dio tuh..dibunuhkah atau bunuh diri..cubo nok berprasangko baik nih..TAPI situasi mencurigakan..ambo raso ado pihok ketigo...SYAITAN!..apo2 pun mogo dicucuri rahmat le..

kukujariku said...

Satu perkara yang pelik yang harus kita fikirkan bersama:
Mengapa kita nampak keburukan dalam kain orang tapi...
tak nampak keburukan dalam kain kita sendiri????