Tuesday, September 7, 2010

MUNCUL KEMBALI (806)



Ariffahami buktikan beliau profesional orangnya

HANYA kerana dia menantu Menteri Besar, Dato' Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat, beliau menghadapi pelbagai serangan apabila beliau diberi tanggungjawab menerajui Perbadanan Menteri Besar (PMBK) yang kebetulan pengerusinya adalah mertuanya walaupun dari segi kelayakkan, Mohd. Ariffahami Abdul Rahman memang berkelayakkan menjawat jawatan yang diamanahkan kepadanya itu.

Nasibnya seakan sama dengan Khairy Jamaluddin kerana kebetulan Ketua Pemuda Umno Malaysia itu menjadi menantu kepada Perdana Menteri, maka anak muda yang berwibawa itu menjadi sasaran serangan oleh pelbagai pihak.
Walaupun sebagaimana Arifahami yang tidak pernah minta dilahirkan sebagai menantu Dato' Haji Nik Abdul Aziz sebagai MB, Khairy juga tidak pernah minta dilahirkan sebagai menantu kepada Perdana Menteri.

Jodoh pertemuan adalah ketentuan Tuhan. Kalau takdir sudah mengatakan jodoh Ariffahami adalah Nik Amalina Dato' Nik Abdul Aziz manakala jodol Khairy adalah Nori Abdullah, siapa yang mampu menolaknya'
Hanya kerana irihati, maka soal ketentuan takdir dan suratan-Nya diketepikan oleh pelbagai jenis manusia. Padahnya Ariffahami dan Khairy menjadi mangsa keadaan seadangkan ilmu, kepakaran dan kewibawaan mereka berdua sangat berguna kepada agama, bangsa dan negara.

Cuma bezanya Khairy rata-rata diserang oleh musuh-musuh dari parti lawan sedangkan Ariffahami pula diserang oleh parti sendiri, dari dalam parti sendiri malah dari dalam organisasi yang beliau adalah penerajunya sendiri.

Media massa memainkan peranan utama dalam usaha menyahkan beliau dari kedudukannya sebagai CEO PMBK yang mana sebenarnya beliau diundang ke jawatan berkenaan dan terpaksa meninggalkan jawatan asalnya demi untuk memenuhi hasrat kerajaan negeri agar beliau memberi khidmat dan kepakarannya di negeri kelahiran.

Imej dan reputasinya dirosakkan. Tetapi bak kata orang kalau sudah benih yang baik dibuang ke daratan akan menjadi gunung, dicampak ke laut akan menjadi pulau, tegak menjadi tiang, rebah menjadi jambatan.
Ramai yang membuat tohmahan liar terhadapnya, termasuk penulis sendiri, kerana berdasarkan kepada cerita-cerita lisan pelbagai pihak tanpa berdepan denannya secara bersemuka. Betullah kata orang kalau tidak kenal masakan boleh jatuh cinta.

Petang ini, Ariffahami membuktikan beliau seorang yang profesional apabila sudi melapangkan masa melawat wartawan penyiaran TV Malaysia di Jabatan Penyiaran Kelantan, Shamsuddin Mohamad, 53, yang diserang stooke (angin ahmar) setelah mengetahuinya melalui blog saya.
Beliau mendahului pimpinan lain menjenguk Shamsuddin walaupun beliau sudah tidak apa-apa kepentingan untuk meraih sokongan dan simpati ramai. Kunjungannya lebih kepada rasa simpati dan ingin berkongsi derita dengan mangsa serangan strooke.
Sempena kunjungan peribadi atas nama Mohd. Ariffahami Abdul Rahman, beliau menyerahkan sedikit sumbangan peribadi dan minta tidak dipublishkan oleh pihak media. Bagaimanapun beliau memberi izin kepada saya untuk membuat catatan ringkas melalui blog saya.

Saya yakin dalam tawa menyembunyikan airmata terharunya, Shamsuddin, isteri dan anak-anak pasti gagal membendung air mata menerima kunjungan seseorang yang tidak pernah dimimpikan akan mendahului banyak pihak yang patut mendahului Ariffahami dalam menziarahinya untuk bertanya khabar, apatah lagi memandangkan hari raya sudah terlalu dekat.

Saya yakin yakin Shamsuddin sekeluarga akan mendoakan yang terbaik untuk Ariffahami dan keluarga. Doa orang dalam kesakitan dan dihimpit kesusahan sama mustajabnya dengan doa orang yang teraniaya.

8 comments:

Unknown said...

Semoga kedua pesakit ini cepat sembuh...InsyaAllah.

http://www.facebook.com/reqs.php#!/video/video.php?v=1268566294376

http://www.facebook.com/reqs.php#!/video/video.php?v=1266341958769

http://tinyurl.com/GLOBALfreeTV

Anonymous said...

kah kah kah!
hanya ini yang dapat ku nyatakan :

"Ya Allah! jadikanlah hamba Mu ini seorang yang menyayangi hamba-hamba Mu kerana Mu, membenci hamba-hamba Mu kerana Mu, Amiiin".

Semoga Allah memelihara Parti Islam SeMalaysia daripada budaya-budaya kotor dan cemar seperti yang telah berlaku dalam UMNO.

SAVE PAS KELANTAN FROM Ariffahmi, Husam Musa and Taqiyuddin Hassan.

Penjual Keropih Ayam Kampung said...

Komen hal orang sakit pun masuk unsur politik jugak? Masyaallah, apa nak jadi dengan Melayuku

September 7, 2010 8:12 PM

Anonymous said...

meli ....
dah masuk geng MSO ke?
kesian exco kanan,
tapi jgn tersenyum simpul,
dia ada hantu raya besar,
tok syeikh Kickdefella,
berlumba-lumbalah hantu-hantu raya,
jika tak beri dimakan,
gigitlah tuan sendiri untuk dimakan.

"Budaya melayu sama ada suka memelihara hantu raya atau menjadi hantu raya".

Anonymous said...

Wan Rahim KUTAN said...
WEH MELI bila nak BUWI 50000? esok raya

Anonymous said...

Salam...
sesungguhnya tertipulah orang2 yg merasakan dirinya lebih dari orang lain...merasakan perjuangan mereka lebih islamik dari orang lain dan sekaligus mengutuk usaha baik yg dilakukan oleh orang lain...Ini lah perjuangan yang GHURUR!

Anonymous said...

Apa itu Ghurur ?

Ghurur itu individu/kumpulan dari kalangan umat Islam yang saling menghina dan merendahkan lainnya. Seakan dia sendirilah yang paling hebat. Seakan dirinya lebih berilmu dari pada ilmuan ain dan menganggap dirinya paling tahu hal agama,tahu hal hukum-hakam dari pada pakar hukum dgn memperlekeh, memandang rendah dan memandang hina akan keupayaan orang lain. Bahasa mudahnya ialah individu/kumpulan ini akan berasa dia lebih Islam dari orang Islam yang lain.

Ulasan :

Islam mengajarkan kita untuk menjauhi penyakit ini, serta menjauhi akhlak seperti diatas. Menganjurkan kepada kita untuk sentiasa mengingat kekuasaan Allah atas segalanya bagi mereka yang ghurur. Tidak ada hak untuk individu/kumpulan ini menentukan syurga dan neraka sesorang kerana ianya adalah hak mutlak Allah. Sikap angkuh,sombong dan riak individu/kumpulan ini sukar dibenteras kerana kecenderungan itu berkarat pekat dalam dirinya sehingga membunuh imannya secara tidak disedari.

Anonymous said...

Assalamualaikum. Mntak tolong bgi no telefon trbaru ntuk urusan pmbelian tanah. Klau bleh dgn alamat rumah skali. Hendak prgi ke kelantan sbb no telefon yg dulu xbleh hubungi. Wassap saya 0169876421. Sy org seri manjung pnah contact sblum ni