Saturday, September 4, 2010

MUNCUL KEMBALI (802)

Keadaan semasa menjadikan ISA perlu, mujur tidak dimansuhkan

BERBANDING dengan pendakwaan di makhamah, hukuman denda dan penjara, Akta Keselamatan Dalan Negeri (ISA) lebih digeruni oleh pengancam dan bakal pengancam keselamatan negara dan ketenteraman awam serta kalangan yang mempersendakan dan memperlekehkan undang-undang, tugas kepolisan, mahkamah dan kehakiman.


Negara terlalu amat bernasib baik kerana pihak kerajaan yang diberi mandat majoriti oleh rakyat melalui pilihanraya tidak akur kepada tekanan pihak pembangkang supaya ISA yang dilihat dilihat pihak pembankang amat mengekang kemungkinan mereka untuk menumbangkan kerajaan yang ada dihapuskan.

Suasana dan keadaan semasa menampakkan bahawa ISA amat diperlukan bagi meredakan keadaan dek angkara tindakan-tindakan bersifat provokasi kalangan yang sengaja mahu merosakkan kemakmuran negara dan keharmonian hidup masyarakat pelbagai kaum dan anutan agama melalui tindakan yang telah telah dijalin oleh pimpinan negara sejak awal merdeka.

Katy Lim Li Lian kerana pemilik akaun Facebook itu telah memaparkan satu akaun Facebook menggunakan nama 'Melayu Babi' yang menimbulkan kemarahan umat Islam dan Wee Meng Chee atau lebih dikenali dengan Namewee yang menghasilkan video perkauman atau asutan patut disenaraikan untuk diISAkan segera.

Tidak kira ianya berbangsa Cina, India, Melayu, Kadazan-Sun, Dayak, malah Orang Asli sekali pun tidak boleh dikecualikan dari ISA jika apa yang dilakukan menggunakan apa jua saluran sekali pun boleh menyumbang padah kepada negara.

Juga tidak kira sama ianya seorang jutawan negara, wakil rakyat, menteri, pegawai tinggi kerajaan, keturunan diraja dan sebagainya tidak boleh dikecuali dari tindakan setelah didapti suspek melakukan perbuatan-perbuatan yang boleh mengancam keselamatan negara dan ketenteraman awam.

Pihak-pihak seperti Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) patut bertindak lebih agresif dan tegas dalam menangani penyalahgunaan laman sosial yang menyentuh sensitiviti kaum dan agama tertentu sebagaimana yang dimahukan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Rakyat juga pastinya mahukan amaran Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa individu yang terbukti mempermainkan agama Islam atau agama lain serta perkara yang termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan tidak akan terlepas daripada tindakan undang-undang akan benar-benar direalitikan.

Amaran Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan bahawa Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak akan teragak-agak bertindak tegas terhadap sesiapa sahaja yang melakukan kesalahan bermain api dengan menyiarkan komen yang menyentuh sensiviti agama dan kaum lain melalui Internet demi keselamatan negara juga kena direalitikan.

Pada pendapat saya hukuman yang patut digunakan untuk mengcloroxkan pemikiran kalangan yang salahgunakan kemudahan IT untuk menjahanamkan keamanan negara dan ketenteraman awam.

Hukuman itu tidak lain dan tidak bukan adalah ISA yakni memisahkan kalangan yang ada masalah mental dan moral yang membahayakan negara diasingkan dari rakyat yang cintakan kemakmuran dan keharmoninan hidup masyarakat pelbagai kaum dan anutan agama.

Jangan tunggu sampai rakyat pelbagai kaum masing-masing turut ke jalan-jalan raya mengadakan demonstrasi menunjukkan kehebatan kehebatan semangat kaum dan anutan agama masing-masing baru mahu bertindak.

Resam dalam pengubatan kencing manis patut dijadikan panduan dalam menghadapi pengacau keselamatan negara dan ketenteraman awam yang mana untuk selamatkan nyawa, walaupun buruknya hanya ibu jari kaki tetapi barangkali kaki patut dikerat pada para lutut atau lebih ada paras yang lebih atas untuk elakkan dari jangkitan kuman.

Jangan fikirkan soal kejam atau tidak kejam dalam soal menjaga keselamatan dan ketenteraman awam kerana apa pun tindakan yang dilakukan sama seperti kita mahukan madu lebah, ibunya kena disua dengan karak dan ada yang mati keranannya.

Bila mahuk makan daging lembu, kambing, kerbau dan sebagainya kita kena sembelih dan lapah. Menyembelih dan mlapah adalah perbuatan yang nampak kejam dan mengerikan tetapi kerana mahukan dagingnya, maka penyembelihan dan pelapahan kena dilakukan.

Demikian juga dengan ISA, kalau dilihat sepintas lalu, mereka yang ditahan dibawah ISA dikejami tetapi demi kepentingan ramai ianya kena dilakukan kerana gara-gara perbuatannya yang menimbulkan semanat polarisasi kaum yang dibangkitan tidak mustahil boleh musnahkan sebuah negara, malah mungkin jutaan orang boleh mati dan cedera kerananya.

10 comments:

Panglima Perang Cyber said...

artikel menarik...berapa lama nak tulis panjang ni ?

kawe nak kelik kelate.

harap dapat jumpa Pak Cik hehehe


seminggu kawe kelik kelat.di kota bharu

melikapakjangak said...
This comment has been removed by the author.
kakiku said...

kuang kuang kuang!
"Demikian juga dengan ISA, kalau dilihat sepintas lalu, mereka yang ditahan dibawah ISA dikejami tetapi demi kepentingan ramai ianya kena dilakukan kerana gara-gara perbuatannya yang menimbulkan semanat polarisasi kaum yang dibangkitan tidak mustahil boleh musnahkan sebuah negara, malah mungkin jutaan orang boleh mati dan cedera kerananya".

Meli .....
Malu ana nak baca catatan anta.

"SEMUA BENDA YANG BAIK AKAN JADI BAIK. NAMUN BENDA YANG BAIK AKAN ROSAK DAN BURUK, BILA ADA CAMPUR TANGAN UMNO". (tidak memerlukan huraian)

Gu Lama Yang Sentiasa Perhatikanmu Dari Jauh said...

King!king!king!king! Kali malu baca jangan baca. Baro HARAKOH KOH!KOH!KOH!KOH! yang semuanya KEKO jah la.

Otak penjual ubat barang naik, standard tepi longkang, fikiran terkatup keraa dah sebati dengan bau longkang.

Tak apa Meli teruskan komitmen, menulislah dengan serba terbuka, yang setuju denganmu berjuta-juta

Setahu aku blogmu antara yang digeruni oleh puak-puak Pas dan puak-puak Umno/BN tak pernah berani mengaku blogmu dan pendirian politikmu berpihak kepada Umno/BN atau Pas/PR.

Mu sendiri pun mengaku mu bukan orang parti politik walaupun mu barangkali orang politik yang lebih utamakan amalan sebagai pengamal media yang bebas dan berkecuali.

Bunyi kata mu berjaya dah jual ladang sawit seluas 22,000 ekar, 21,000 ekar dan 10,000 ekar dalam bulan puasa ni. bila lagi nak mulakan pendedahan tentang kawasan ulu Kelantan yang semuanya dah gondol. Aku diberitahu, mu banyak kali doh gi ke kawasan ladang yang setelah balaknya diambil ditinggalkan terbiar dan mu pula tolong cari pembeli supaya ladang tu ditanam dengan sawit dan getah supaya tidak terus dibiarkan terbiar.

Aku tak reti la nak mmikir kalau pimpinan negeri tak reti lagi nak nilai mu ni lagu mana orangnya dengan apa yang mu buat. Pasa banyak orang Pas ni cara mmikirnya macam kakiku, sempit dan jumud, banyak cakap tapi buatnya tidak, kritik banyak pelan cadangannya untuk baiki keadaan takdok.

Bunyi kata mu pun ada serah proposal ko seorang exco untuk beli sampah dalam kawasan MPKB dan majlis-majlis daerah dengan harga RM150 setan. Sampah itu akan dibuat baja dan bila siap baunya macam nai kopi. Mu juga perlukan tanah 10 ekar untuk buat kilang proses sampah jadi baca. Kononnya perpososal mu tak dilayan kerana syarikat berkaitan masuk melalui mu, tak masuk melalui rombongan dagang yang keluar negara cari pelabur sambil berhibur, duit rakyat yang lebur, lepas tu cakap takbur.

john said...

SELAMAT HARI RAYA KEPADA :

1.TUAN TANAH ABE LI
2.PENGUTUK UMNO (ambo saloh sorenyo)
3.PENGUTUK PAS (jootspring n the
gang)
4.PEMBACA ATAH PAGAR

MAAF ZAHIR BATIN...DARI: JOHN...

p/s: kelik arini, rumoh line tenet takdok..berukband pulok payoh...

Anonymous said...

Salam untuk semua,
abo pun nak balik Klate hari ni. Nak tenguk perubahan hak PAS bawak. Kata-katanya antara perubahan tersebut melibatkan wakil rakyat DUN ambo ialah :

1) Dulu bini sore loni ada 3 ore
2) Dulu ada sebuah jah kreta buruk tapi loni ada 5 buah termasuk nombor tendar yang katanya berharga 30 K.
3) Dulu senang jumpa tapi lo ni payah benar, kat masjid pun jare gi katanya sibuk mesyuarat sokmo
4) Dengar khabar sibuk dengan Projek luar negeri dengan jumlah pelaburan besar (modal ?)
5) Banyak ko de beli tanah di Lojing Gua Musang.

Pakatan Rakyat, pakat-pakat bedal biar rakyat dok telopong.

kakiku said...

kuang kuang kuang,
"Gu lama yang perhatikan mu" kata :
"Bunyi kata mu pun ada serah proposal ko seorang exco untuk beli sampah dalam kawasan MPKB dan majlis-majlis daerah dengan harga RM150 setan. Sampah itu akan dibuat baja dan bila siap baunya macam nai kopi. Mu juga perlukan tanah 10 ekar untuk buat kilang proses sampah jadi baca. Kononnya perpososal mu tak dilayan kerana syarikat berkaitan masuk melalui mu, tak masuk melalui rombongan dagang yang keluar negara cari pelabur sambil berhibur, duit rakyat yang lebur, lepas tu cakap takbur".

Benarkah? Terima Kasih.

kakiku said...

TQ, selamat hari raya.
(semoga tidak menjadikan kegagalan mendapat sesuatu kepuasan peribadi sebagai satu alasan untuk menyidir dan membenci guru ku, Tuan Guru Nik Abd. Aziz Nik Mat).

YA ALLAH! KAU PELIHARALAH NEGERI KU INI DARIPADA DIPERINTAH OLEH MEREKA YANG BERUSAHA UNTUK MENYAMUN DAN MENJARAH HARTA YANG SEPATUTNYA DINIMATI OLEH ANAK WATAN BUMI INI.

melikapakjangak said...

PENJELASAN (diposting semula dengan pembetulan ejaan)

Saya memang ada menyerahkan proposal dari sebuah syarikat untuk pembelian sampah untuk diproses menjadi baja kepada YB Datuk Takiyuddin Hassan melalui PAnya, Puan Nik Norma beberapa bulan lepas.

Saya tidak tahu sama ada pihak exco sengaja tidak layan kerana syarikat berkenaan masuk melalui saya dan bukannya melalui rombongan dagang keluar negeri atau sebaliknya.

Bagaimanapun saya berprasangka baik dan menganggap ianya masih dalam proses penelitian pihak exco yang dibebani oleh tugasan harian yang banyak.

Mungkin beliau kena mengambil masa untuk dimesyuaratkan dan mendapat kelulusan mesyuarat exco untuk sebelum membuat keputusan. Saya hanya berusaha sekadar yang termampu.

Saya juga ada uruskan penjualan ladang-ladang, terutama yang terbiar dan tidak ditanam dengan kelapa sawit atau getah sebagaimana sepatutnya.

Kebetulan ada rakan-rakan setugas dalam bidang kemediaan dulu sudah ada yang bergelar datuk dan menjadi usahawan besar yang menjalin kerjsama dengan usahawan dari India, Cina, Korea, Tiawan dan sebagainya.

Bila mereka berhasrat mahukan tanah untuk tanaman sawit, getah ada sesetengahnya mahu tanam jagung dan ubi kayu yang melibatkan keperluan tanah ribuan ekar, maka saya cuba dapatkan tanah untuk mereka dengan menguruskan pembelian tanah-tanah yang terbiar.

Saya tidak berhasrat untuk jadi kaya kerananya. Matlamat utama saya supaya tanah yang terbiar kerana balaknya sudah disapu tidak terus terbiar.

ianya ada hasil tidak kiralah kelapa sawit, getah, jagung atau ubi kayu, maka rakyat dan negeri akan dapat faedahnya.

Malangnya di ladang-ladang yang telah mengeluarkan hasil, bila saya masuk, mendapati rata-rata pekerjanya dari Indonesia, Myammar dan Bangladesh. Anak-anak muda kita menadi pelepak di kaki-kaki lima pasaraya, merempit dan terlibat dengan salah guna dadah.

Sedih memikiranya tetapi apa daya saya yang hanya seorang insan kerdil hanya kekuatan dua batang jari untuk menekan kekunci komputer.

Namun saya tetap akan berjuang untuk agama, bangsa dan negara hingga ke hujung nyawa walaupun berdepan dengan pelbagai kutukan, tomahan dan prejudis liar.

Saya tidak mengharapkan apa yang dibuat dinilai oleh manusia yang tidak pernah saksama dalam membuat pengadilan, sebaliknya saya serahkan kepada Allah Yang Maha Adil dan Saksama menilainya.

Kepada anak-anak Keantan di perantau yang pulang berhariraya, saya mengambil kesempatan mengucakan selamat pulang dan nilailah tahap penapai negeri dengan telus dan tulus.

Mana yang baik kata baik mana yang tidak baik kena kata tak baik dan kena tegur supaya apa yang tidak baik dapat diperbaiki. Grlanggang paling sesuai adalah pertemuan pimpinan anak Kelantan di perantauan dengan pimpinan negeri yang diadakan pada setiap kali raya.

Pulanglah dengan selamat dan kembalilah dengan selamat ke perantauan masing-masing.

Sumbangan anda di perantau banyak membantu mencergaskan aliran tunai di Kelantan dan anda adalah duta kecil Kelantan di perantauan.

Masing-masing kena bangga sebagai baka Kelantan walaupun di mana anda berada.

Saya sayangkan baka Kelantan walaupun dari kelas mana pun anda, juga tidak kira anda dari anutan parti mana. Yang penting anak Kelantan kena bersatu atas nama anak Kelantan.

Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin!

melikapakjangak said...
This comment has been removed by the author.