Sunday, September 5, 2010

MUNCUL KEMBALI (805) - DIKEMASKINI DENGAN PEMBETULAN EJAAN

Hubungan Indonesia-Malaysia pasti kejap dan utuh atas nama seanutan agama serumpun bangsa

BUMI yang dipijak dan langit yang dijunjung oleh bangsa serumpun dan seanutan agama Indonesia-Malaysia patut bergegar kerana sujud syukur dan laungan takbir ekoran penegasan Organisasi Islam terbesar di Indonesia Nahdatul Ulama (NU) bahawa hubungan persaudaraan antara Indonesia dan Malaysia adalah terlalu kuat untuk dirosakkan oleh kepentingan ego individu.

Kalau jaminan dan penegasan dibuat atas nama agama, maka ianya sangat kejap dan untuh untuk diosakan, apatah lagi untuk dimusnahkan oleh sebarang unsur dari mana-mana pihak sekali pun kerana Islam itu bukan sahaja mempersaudarakan sesama manusia sejagat tetapi ianya juga mengsehalakan tujuan serta matlamat hidup dan matinya manusia.

Penulis amat bersetuju dengan kata Ketua Dewan Syura NU Pusat, Kyai Haji Masdar Farid Mas'udi bahawa kalau berlaku konflik, yang akan rugi kita sendiri, orang lain atau pihak-pihak yang tidak suka dengan persaudaraan kita, akan mengambil manfaat dari itu walaupun pihak-pihak berkenaan itu pada awalnya tak mempunyai niat sedemikian.

Jika konflik yang tidak sepatutnya berlaku dilakukan juga, mahu tidak mahu Indonesia dan Malaysia menjadi lemah, mereka akan ambil kesempatan mendapatkan manfaatnya.

Ketegangan yang berlaku antara Indonesia dan Malaysia berikutan insiden yang tragedi kawasan sempadan perairan Malaysia-Indonesia berhampiran Pulau Bintan di kepulauan Riau pada 13 Ogos lalu yang mana tujuh nelayan Malaysia ditahan oleh bahagian penguat kuasa Kementerian Kelautan dan Perikanan Indonesia manakala Polis Marin Malaysia pula dikatakan menahan tiga pegawai penguat kuasa kementerian tersebut atas kesalahan menceroboh wilayah perairan negara masing- masing tidak patut diperpanjangkan, apatah lagi diikonflikkan.Ini adalah kerana pihak berkuasa kedua-dua negara telah membebaskan mereka yang ditahan pada 17 Ogos lalu, sepatutnya perkara yang berlaku sudah dianggap selesai sama ada atas semangat ASEAN, apatah lagi atas semangat seetnik, satu bahasa dan seanutan agama. Namun beberapa kumpulan aktivis masyarakat Indonesia mengadakan demonstrasi di hadapan Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta bagi menuntut supaya Malaysia meminta maaf di atas tindakannya itu dan mendesak kerajaan Indonesia supaya bertindak tegas terhadap Malaysia dalam soal menjaga kedaulatan wilayah Indonesia, malah desakan dibuat supaya kira-kira dua juta rakyat Indonedia yang berada di Malaysia dan mencari rezeki dalam pelbagai sektor, dipanggil pulang.Hakikat dan natihahnya Malaysia-Indonesia bukan sahaja bersaudara atas paksi serumpun bangsa dan seanutan agama Islam sahaja tetapi juga atas landasan seanutan agama-agama lain, terutama Buddha dan Hindu.

Penulis sekali lagi bersetuju dengan kata Ketua Dewan Syura NU Pusat, Kyai Haji Masdar Farid Mas'udi bahawa hubungan kedua-dua negara sudah seperti abang-adik, sehingga sering terlibat berkelahi perang mulut, namun ia hanya akan berlangsung sebentar saja, nantinya akan kembali berbaik dengan lebih akrab dan lebih persefahaman.

Apa yang berlaku barangkali kerana timbul salah faham dan irihati apabila pada hakikatnya Malaysia lebih terkedepan dari sudut pencapaian ekonomi dan pembangunan sedangkankan Indonesia yang kaya dengan pelbagai sumber daya alam, negara yang lebih besar saiznya serta lebih awal mencapai kemerdekaan, namun ia masih sedidit tertinggal dari sudut pembangunan dan pencapaian ekonomi serta kemakmuran rakyatnya.

Kalau itulah puncanya, ianya tidak akan membantu membebaskan Indonesia dari lingkaran imejnya sekarang dengan melancarkan kempen dan gerakan mengganyang Malaysia sebagaimana yang dihasratkan oleh penunjuk perasaan, sebaliknya dengan berlaku konflik kedua-dua negara akan menjadi lemah dan akan ada kuasa lain yang akan ambil kesempatan untuk mengaut faedah.

Pencapaian Malaysia yang bukan sahaja mampu memakmurkan rakyatnya tetapi turut memberi rezeki kepada berjuta-juta rakyat asing, termasuk kira-kira dua juta rakyat Indonesia tidak sepatutnya dicemburui, sebaliknya diteladani oleh Indonesia untuk menfaatkan segala kekayaan sumber daya alam dan saiz negara yang lebih besar dari Malaysia.

Pada penulis demonstrasi jalanan dan kegilaan berkonflik tidak akan membantu memakmurkan sesebuah negara sebagaimana yang dialami oleh Indonesia sendiri dan Thailand yang sering berlaku demonstrasi dan konflik dalam negara sedangkan Malaysia dan Singapura yang rakyat dan negaranya mempunyai saiz negara dan bilangan rakyat yang jauh lebih kecil dari kedua-dua negara lebih makmur dan membangun ekoran jarang berlaku seperti apa yang berlaku di kedua-dua negara tetangga kepada Malayia-Indonesia dan merupakan rakan seASEAN.

Mudah-mudahan akan ada kenyataan balas dari rakan sejawat dari Malaysia terhadap penegasan Ketua Dewan Syura NU Pusat, Kyai Haji Masdar Farid Mas'udi serta kenyataan balas dari pemimpin agama Buddha, Hindu, Kristian dan sebagainya dari kedua-dua negara untuk menyedarkan penunjuk perasaan tentang musibah dan petaka baginda yang melanda jika rakyat terbanyak kedua-dua terpengaruh dengan agenda konflik yang mereka rangka dan kerangkakan.

4 comments:

kakiku said...

"Mari kita bersatu, mari perpadu-padu, jangan kita berpecah belah, negara kita telah dihina, bendera jalur gemilang kita telah dibakar, kedutaan kita dibaling dgn najis manusia,rumah pegawai kita telah dibaling dgn batu".
Catatan :(yang marahkan sangat JAWA pulau jawa merusuh di kedutaan Malaysia adalah geng JAWA Malaysia yang menyamun dan merompak harta rakyat di Selangor)
Kuang kuang kuang.

"Orang melayu mesti bersatu, mesti perpadu- padu, bangsa asing sedang berusaha untuk menghalau kita, mereka mempertikai perkara 153 perlembagaan negara, mereka nak hapus hak-hak istimewa orang melayu, kalau kita tak bersatu kita hilang kuasa politik, kita hilang tanah air, kita hilang segala-gala".
Catatan : (kononnya nak bela Melayu, nak jaga hak istimewa orang melayu, yang duk rompak dan menyamun harta orang melayu tu siapa?, yang duk jual tanah-tanah orang melayu kepada bangsa asing tu siapa?, yang duduk jual kontrek dan lesen untuk orang Melayu kepada bangsa asing tu siapa?, yang duk songlap duit DEB yang diperuntukkan untuk menambah ekonomi orang melayu tu siapa?, yang duk tipu makcik dan pakcik melayu di FELDA tu siapa?".)
Kuang kuang kuang.

"Orang cina DAP telah menghina agama kita, mereka tak hormat masjid, naik masjid tanpa mandi junub, berucap didewan solat masjid tanpa tudung kepala, mereka kata langkah mayatnya dahulu baru boleh buat negara Islam".
Catatan : ("buat masjid boleh, tapi naik masjid tak boleh".)Kuang kuang kuang.

Sejarah lama yang diulang-ulang, pecahkan mereka kita akan kekal perintah.
Cucuk pinggang mereka, mereka bangsa yang mudah melatah.
Bakar punggung mereka, nescaya mereka akan mengamok tak tentu hala, kerana bangsa ini suka mengamuk.
Ulang-ulang perkara lama, bukankah orang melayu ini bangsa mudah lupa".
(nasihat APCO kepada UMNO)

Semua ini projek tipu melayu kerana nak kekal memerintah melayu, supaya khazanah negara senang dirompak dan disamun.

TERIMA KASIH BUMI KELANTAN, KERANA BERSEDIA MENERIMA ANAK WATAN MU YANG PULANG SETELAH PULANG BERDAGANG DIPERANTAUAN.

Gu Lama Meli, Dulu Pas Lloni Umno said...

Jangan telah prejudis Beteima kasih dengan kemakmuran yang dinikmati, bersyuurlah kerana kita tidak jadi macam Siam, Indonesia, Palestin, Afghanistan, Iraq, Khasmer dan Selatan Filipina. Kita boleh beribadah dengan mudah, masjid ada di mana-mana, sampai Cina pun diberi kuliah memberi kuliah di surau.

Kelantan mewah dan kononnya lebnih baik dari negeri-negeri yang diperintah Umno/BN ttapi rakyatnya ramai yang tepaksa berhjrah mencari rezeki kerana tidak peluang mendapat rezeki di negeri sendiri,

Tanah-tanah bukit habis dikurniakan kepada Cina, ambil balak tanah tinggal botak. Meli jugalah mudik hulur hilir cari pembeli untuk membeli kawasan ladang milik Cina di Kelantan untuk pastikan tanah tidak biar botak.

Yang dok sumpah dan marahkan pemimpin Umno/BN apa sumbangan kepada Kelantan, pernah ke jajat seluruh negeri termasuk kawasan ulu Keantan untuk melihat apa yang telah teradi keada negeri yang menyebabkan air sungai yang dulunya jernih dan boleh nampak ikan berenang sekarang airnya lebih pekat dari teh susu.

Cakap Islam hanya retorik dan munafik. Berapa masjid yang telah Pas buat? Berapa ramai orang bukan Islam yang telah diislamkan? Yang pasti otang bukan Islam semakin naik tocang kerana sikap Islam liberal bawaan Pas.

Menuduh orang merompak menyamun tanpa bukti membuktikan betapa busuknya mulut dan perut kita, kerana kita andaikan jika kita duduk pada kedudukan orang, pasti kita akan melakukannya. Kerana itulah kita mudah buruk sangka dan tuduh orang tanpa rasa takut pada dosa kerana pmimpin kita pun mulut elupar dan seolah-olah kebal dari dikenakan dosa. Bukankah ada unsur-unsur sesat dalam tindakan dan kata-kata,

Kencing dalam tempurung telek muka sendiri dulu sebelum nak burukkan orang. Setara mana baik dan rapatnya kita dengan Tuhan, maka kita boleh berprasangkan buuk dan menghina dengan kata-kata kesat terhadap hamba ciptaan-Nya. Apa istiomewanya kita berbanding dengan orang yang kita musuhi, maki, seranah dan dituding dengan tohmahan macam-macam.

kakiku said...

saudaraku meli,
kalau terpingin hati yang suci, seputih kapas semurni salji ,
sekuat tunjang mempasak bumi,
seikhlas tulus para wali,
kawan kebendaan mesti dijauhi,
yang buta mata, keras hati,
pekak telinga buat tak reti,
al-'araf ayat 179.
ولهم قلوب لا يفقهون بها , ولهم أعين لا يبصرون بها , ولهم ءاذان لا يسمعون بها , أولئك كالانعم بل هم أضل.

Perbanyakan doa ini supaya Allah tidak menterbalikkan hati kita untuk kembali semula kepada geng kegelapan (surah ali-Imran, ayat 8):
ربنا لا تزغ قلوبنا بعد إذ هديتنا وهب لنا من لدنك رحمة إنك أنت الوهاب

Anonymous said...

Kakiku, Demo kabar ko tak perihal wakil rakyat PAS. Kecek jah Islamnya tapi feel perangainya lebih mengutamakan kemewahan dunia. Demo tengok orang lain jah buruk perangai. Tok Wakil PAS ngan PKR tu juruh sangat ko. Sahabat Rasulullah SAW sewaktu meninggalnya tidak langsung tinggalkan harta untuk di warisi. Tok wakil PAS ada serupa tu koh. Jauh jelak lah nak banding dengan sahabat. Kecek sahaja Islam tapi nafsu dunia ikut syaitan.Inilah manusia bertopeng Islam tapi bernafsu syaitan yang dilaknak Allah.