Saturday, September 11, 2010

MUNCUL KEMBALI (807)




Wartawan Sambilan RTM Kelantan mula menerima perhatian


KESAKITAN yang ditanggung mungkin tidak terlalu menekan perasaan pengidapnya jika disedari ada yang simpati dan sanggup berkongsi derita yang ditanggung. Demikian halnya dengan Warrawan Penyiaran Sambilan RTM Kelantan, Shamsuddin Mohamad, 53, yang diserang angin ahmar.
Beliau pasti gembira, malah boleh melupakan kesakitan yang ditanggungnya apabila ada pihak yang menghulurkan simpati dan kepedulian dengan datang bertanya khabar, sekaligus memberi rangsangan dan doa agar cepat sembuh. Lagi hidup dalam keadaan bersendirian adalah sesuatu yang menyiksakan bagi orang media yang sentiasa terdedah dan sentiasa berada di tengah umum.

Beradasarkan kepada maklumat blog ini, Setiausaha Politik kepada Datuk Seri Naib Tun Razak, Perdana Menteri Malaysia, Dato' Fatmi Salleh yang juga Ketua Umno Bahagian Kota Bharu telah menghantar wakilnya, SheikAhmad Dusuki bagi menyampaikan sumbangan raya peribadinya.

Sheikh Ahmad Dausuki, seorang usahawan makanan halal bertaraf antabangsa yang kini berada di Melbourne Australia kerana menyertai Australia fine Food yang akan berakhir 20 Septrmber ini ketika dihubungi berkata, beliau diarah menghantar sumbangan hari raya oleh Dato' Fatmi sebanyak RM1,000 pada hari Rabu, tiga hari sebelum raya.

Katanya, Dato' Fatmi juga telah meminta tukang urut tersohor yang dikenali dengan Pak Sid mengurut Shamsuddin sehingga sembuh. Pak Sid telah mula mengurut pada hari Khamis, sehari sebelum raya dan akan meneruskan tugasnya selepas raya.

Sheikh Ahmad Dusuki berkata, beliau yang dijangka mewakili Dato' Fatmi bagi melawat bekas Pengarah RTM Kelantan Haji Hussin Ibrahim yang juga diserang angin ahmar sekembalinya dari dari Australia nanti merancang akan menubuhkan tabung Orang Kota Bharu di Kuala Lumpur bagi membantu mereka yang memerlukan bantuan tanpa mengira fahaman politik.

Katanya apa yang berlaku kepada Shamsuddin menyedarkannya betapa perlunya tabung yang dihasratkan ditubuhkan. Tidak ramai orang yang tahu bahawa petugas media yang sentiasa ceria dan banyak menyumbangkan bakti kepada masyarakat dan negara secara hakikatnya menjalani kehidupan tidak seceria yang disangkakan.

Walaupun orang media seperti Shamsuddin adalah manusia babil yang keras semangat dan tidak mengharapkan belas ihsan orang dalam menghadpi ujian Allah, namun kita yang sihat kebetulan dimurahkan rezeki berharap untuk bersimpati dan membantu walaupun pihak yang dibantu dan disimpai tidak mengharapkan bantuan dan simpai sesiapa, tegas Sheikh Ahmad Dusuki.

Shamsuddin pernah bertugas secara tetap dengan RTM tetapi bersara awal demi kepentingan anaknya yang sakit telah berkhidmat seara sambilan dengan RTM diserang angin ahmad lebih sebulan lalu tetapi masih mampu menyempurnakan ibadat puasanya sepanjang Ramadhan. Beliau pernah membuat liputan hingga ke Jepun.

Beliau mempunyai lapan orang anak, kebanyakan masih belajar, seorang darinya sedang belajar di Australia manakala seorang daripada anak perempuannya sudah pun mendirikan rumahtangga.

Kepada yang mampu menderama secara ikhlas bagi memastikan keperluan hidupnya tidak terjejas sepanjang beliau sakit, maka dermalah manakala bagi yang tidak ada kemampuan, berdoalah supaya Shamsuddin yang kini menetap di Baung Bayam cepat sembuh dan dapat kmbali bertugas seperti biasa.

Sebelum sakit, Shamsuddin seorang yang tabah dan keras semangat. Rumah (gambar) yang didiaminya sekarang yang belum siap sepenuhnya dibinanya sendiri, satu kesanggupan yang tidak mungkin ada pada orang lain. Semuga beliau cepat sembuh!

1 comment:

Wartawan Pencen said...

Terima kasih Meli kerana paparkan kisah sahabat kita Shamuddin Mohamad dan Haji Hussin Ibrahim. Nampak dalam Siasah pun demo ada tulis.

Yang pelik bin ajibnya kenapa orang TV, terutama TV Malaysia sendiri tidak ada siar langsung apa yang menimpa Shamsuddin dan bekas pengarah RTM Kota, Haji Hussein Ibrahim sebagai sebahagian bahan sempena raya.

Atas dasar apa dinilai ada nila berita ke tidak bagi puak-puak TV dan akhbar-akhbar lain selain dari Siasah. Apakah nasib malang yang menimpa orang media itu bukan suatu nilai berita.

Mungkin kerana Shamsuddin dan Haji Hussin bukan datuk-tauk bergelar, bukan tan sri dan tun. Bayangkan kalau demo tak publish melalui blog demo dan Datuk Fatmi melalui orangnya tidak hulur RM1,000 dan Mohd. Ariffahmi pula tidak menyumbang pada jumlah yang tidak sebut, dengan apa Shamsuddin anak beranak akan beraya dalam keadannya sebegitu?

Kawan sedih dengan sikap rakan-raka media. Tak prihatin langsung, tidak sensitif dengan keadaan semasa dan sekutar. Selrpas demo dan dan geng-geng kita berundur dari media arus perdana, nampaknya laporan-laporan berbentuk human-intrest sudah malap di kaca tv, dada akhbar dan majalah.