Sunday, September 12, 2010

MUNCUL KEMBALI (809) - DIKEMASKINU DENGAN PEMBETULAN EJAAN

Akan tersekatkah laluan Ibrahim untuk bertanding dalam PRU-13?

PAS yang ternyata kecewa kerana gagal cucuk hidung Datuk Ibrahim Ali yang diberi laluan bertanding menggunakan lambang parti berkenaan pada pilihanraya umum ke-12 (PRU12) memutuskan tidak akan membenarkan Ahli Parlimen Pasir Mas itu yang kini lebih menonjol sebagai Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) bertanding menggunakan lambang parti itu pada pilihan umum ke-13 (PRU13) nanti.


Peluang Ibrahim untuk bertanding menggunakan lambang Barisan Nasional (BN) juga barangkali menjadi sesuatu yang amat mustahil apabila BN dengan sokongan sebulat suara 13 parti komponen termasuk Umno sebulat memutuskan akan menjauhi Perkasa kerana dikhuatiri boleh menjejaskan kewibawaan dan keupayaan BN meraih sokongan pengundi pelbagai kaum.

Sebagai respon kepada keputusan BN itu, mantan Perdana Menteri, mantan Presiden Umno dan mantan Pegerusi BN, Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan keputusan BN untuk jauhkan diri dari Perkasa akan rugikan Umno dalam keadaan Umno yang tidak begitu kuat sekarang. Baginya tidak wajar bagi Umno menolak sebarang hubungan dengan pihak lain.

Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan pula mengingatkan kira-kira 1.3 juta ahli Umno di seluruh negara yang menyertai Perkasa supaya tahu membezakan antara perjuangan parti dan dan Perkasa, perbezaan tidak seharusnya menjejaskan kesetiaan terhadap Umno yang mempunyai peranan yang lebih besar berbanding dengan Perkasa.

Ertinya sekarang Ibrahim menjadi bahan konflik bukan sahaja pada peringkat kawasan parlimen yang beliau adalah ahli parlimennya atau pun di sisi Pas yang memberikannya lalu bertanding dalam PRU12 semata-mata, tetapi juga beliau menjadi bahan konflik di peringkat nasional.

Sesuai dengan sikap dan prinsipnya yang sangat babil, yang sanggup membujur lalu melintang patah, pada firasat saa Ibrahim tetap akan bertanding pada PRU13 sama ada di kawasan parlimen Pasir Mas yang diwakilinya sekarang atau di mana-mana kawasan sahaja di Malaysia ini.

Sebagai alternatif barangkali beliau akan bertanding atas tiket Bebas. Tidak mustahil beliau akan mencipta rekod memenangi pilihanraya atas tiket Bebas sebagai rekod baru pencapaiannya setelah sebelum ini dalam pelbagai kutukan, cemuhan, provokasi, sabotaj dan pelbagai hadangan, beliau berjaya membina rekod kejayaan peribadi, termasuk seagai Presiden Perkasa.

Pendirian dan kualiti pemikiran para pengundi pada PRU13 dengan PRU12 dan pilihan-pilihanraya sebelumnya tidak sama kerana pengundi kini lebih matang, lebih berpngalaman dan terdiri dari kalangan yang berpendidikan. Tidak banyak bilangan pendukung dan penyokong parti serta pemain politik yang taksub kepada kefahaman politik kepartian.

Pengundi akan melihat kepada rekod perkhidmatan, kewibawaan, kualiti perkhimamatan kewakil-rakyatan dan reputasi seseorang wakil rakyat, bukannya terlalu bergantung kepada kehebatan dan gahnya sesebuah parti politik yang diwakili, apatah lagi kalau sesebuah parti politik itu lebih mengutamakan retorik dan tidak merealisasikan pun apa yang dijanjikan kepada para pengundi.

Ibrahim akan gagal mempertahankan kerusinya di Pasir Mas dengan bertanding tanpa menggunakan lambang Umno/BN atau Pas jika para pengundi di Pasir Mas berpolitik ala zaman pontong berasap tetapi Ibrahim akan menang dengan lebih cemerlang dari rekod pencapaian semasa bertanding atas tiket parti Melayu Semangat 46 (S46), Umno atau Pas jika pengundi menfaatkan kematangan dan pengalaman sebagai pengundi yang mengutamakan rekod perkidmatan kewakil-rakyatan.

Dari sudut membuka mulut di parlimen sahaja, cuba para pengundi buat kajian dan penyelidikan, mana ada wakil rakyat, terutama yang mewakili Pas yang bercakap di parlimen mengatasi rekod Ibrahim mengambil bahagian bercakap. Kaji juga dari sudut kualiti isu yang dibangkitkan serta kualiti perbahasan dan pertikaman lidah, apakah berkepentingan peribadi, berkepentingan parti-parti tertentu atau demi agama, bangsa dan negara yang menjadi fokus utama. Pada penelitian saya, tidak.

Reputasi Ibrahim akan rosak teruk jika kerana terlalu syok dengan keanggotaan Perkasa dan kepopularitian persatuan yang dipresideninya itu, beliau akan menukar status Perkasa daripada sebuah badan bukan kerajaan (NGO) kepada sebuah pertubuhan politik. Jika kesilapan itu beliau lakukan, maka beliau akan mengalami nasib yang sama seperti Datuk Onn Jaafar dengan Parti Negaranya serta tokoh-tokoh yang mengasaskan parti-parti serpih Umno mahu pun Pas.

Saya yakin dan sangat optimis, laluan Ibrahim untuk terus bertanding dalam PRU13 dan menang kerusi yang dipertahankan atau ditandingi tidak akan tersekat dan tidak akan mampu disekat oleh Pas atau Umno/BN dalam keadaan para pengundi cukup matang, cukup berpengalaman dan rata-rata berpendidikan sebagai pengundi.

Lagi pun selain dari rekod lompat parti, Ibrahim tidak pernah dikaitkan dengan sikap buruk yang lain, termasuk kes tambah bini selepas jadi wakil rakyat pun beliau tidak ada rekod. Lompat parti untuk kepentingan pengundi yang diwakili memang wajar dan patut kerana keluar parti politik tertentu tidak akan jadi murtad sebagaimana keluar dari Islam.

7 comments:

Anonymous said...

Keperibadian Tuanku Muhammad Faris Petra mengingkatkan saya kepada Almarhun Sultan Zainal Abidin III Terengganu yang terkenal dengan sifatnya yang terpuji serta zuhudnya yang sukar ditemui. Kini selepas hampir 100 tahun berlalu, Allah takdirkan seorang Sultan yang merendah diri dengan sifat mulia seorang raja pelindung agama dan hamba rakyatnya. Daulat Tuanku !!! Moga Tuanku dipelihara Allah di dunia dan di akhirat... Aminnnn

Anonymous said...

meli catat ...
"Ertinya sekarang Ibrahim menjadi bahan konflik bukan ........ di peringkat nasional".

KUANG KUANG KUANG!
Ayat yg digunakan terlalu miskin dari penguasaan bahasa melayu kamus dewan.
Sepatutnya, digunakan "bahan cemuhan peringkat nasional dan lambang kebodohan bangsa melayu sebelum merdeka".

meli pun catat ......
"Tidak mustahil beliau akan mencipta rekod ...... dalam pelbagai kutukan, cemuhan, provokasi".

KUANG KUANG KUANG!
Benar! beliau pernah mencatat rekod pada 2005 dalam pilihanraya kecil P.Pasir sebagai calon bebas, "hilang wang pertaruhan".
Sejarah membuktikan bahawa Brahim tidak pernah menang kecuali dengan bantuan drpd PAS. (tiket gabungan PAS&S46, dan tiket PAS).

catatlah kalau nak catat .....
"Pendirian dan kualiti pemikiran para pengundi pada PRU13 dengan PRU12 ....... dari kalangan yang berpendidikan"

KUANG KUANG KUANG,
Benar sekali! pengundi mustahil akan memilih wakil mereka dari spesis melompat, sama ada yang merangkak dibumi yg bernama katak, atau di atas pokok yang bernama be**k.
Bahkan mustahil kerana colek kerang pengundi akan mengundi sahabat taukeh kaya raya bernama al-Hafiz al-Ulamak Muda Vincent Tan.

meli menyindir .....
"apatah lagi kalau sesebuah parti politik itu lebih mengutamakan retorik dan merealisasikan apa yang dijanjikan kepada para pengundi".

KUANG KUANG KUANG!
Nak sindir PAS, nasib baik bukan TGNA. Nak tanya sikit "berapa yg Brahim bayar untuk memujinya".

Catatlah apa yg dicatat ....
"jika pengundi menfaatkan .... yang mengutamakan rekod perkidmatan kewakil-rakyatan.

KUANG KUANG KUANG!
Rekod perkhidmatan, apa dia rekod perkhidmatan?, bunyi macam kerja DO dan pegawai JKR aje!.
Ambil kereta, bawa kertas dan pen, pergi ke Tendong, Tok Uban, Chetok, Becah Semak, tanya org ramai, catat dan analisis, barulah tahu hakikatnya.

meli catat lagi ....
"Dari sudut membuka mulut di parlimen sahaja, cuba para pengundi buat kajian dan penyelidikan, mana ada wakil rakyat, terutama yang mewakili Pas yang bercakap di parlimen mengatasi rekod Ibrahim mengambil bahagian bercakap".

KUANG KUANG KUANG!!
Parlimen ditubuhkan bukan untuk tempat orang bercakap, namun tempat untuk membina dasar dan undang-undang negara.
Selain dari bercakap ahli dewan mestilah mempunyai kemahiran berfikir dan berhujah berasaskan ilmu.
Kalau hanya nak bercakap, lebih baik dipilih murai gila sahaja jadi wakil rakyat.

Catat, catat, catat .....
"Lagi pun selain dari rekod lompat parti, Ibrahim tidak pernah dikaitkan dengan sikap buruk yang lain, termasuk kes tambah bini kerana jadi wakil rakyat pun beliau tidak ada rekod".

KUANG KUANG KUANG!
Sesekali lawak juga kawanku ini, tapi orang tua kalau salah lawak nampak seperti lawak bodoh.

SELAMAT TINGGAL KELANTAN KU, ISYAALLAH, AKAN KU LETAK DAHI KU DIHADAPAN YANG MAHA ESA DIBUMI INI PADA HARI RAYA HAJI DEPAN.

ALLAHUAKBAR! ALLAHUAKBAR! ALLAHUAKBAR!
DAULAT TUANGKU! DAULAT TUANGKU! DAULAT TUANGKU!

Kepada kawan ku meli, ampun maaf sorry afwan, jika terkasar bahasa, tersilap kata. Selamat Hari Raya.

Pemuda Kuala Tiga said...

Si pengomen besar mana jasa kepada agama, bangsa dan negara berbanding dengan Ibrahim Ali?

Brehim nak bayar Meli? Setahu aku Brehim saman Meli adalah masa Meli jadi Ketua Biro Harian Watan di Kelantan dulu.

Setahu akulah Meli orang terbuka, pernah bertelagah pandangan Kickdefella, pernah kecam Ariffahami menantu TGNA, pernah kecam Dr M, malah pernah kecam Ibrahim Ali.

Pernah julang Husam melalui buku yang ditulis dan diterbitaknnya berjudul Panglima Jihad Pas, pernah julang TGN mlalui Buku Gara-Gara Penangan Tokj Guru Orang Istana Merana, Menteri Besar Berkopiah Membawa Tuah, Parti Pilihan Eakyat Kelantan dan beberapa buah buku yang lain. Akhirnya beliau menegur tokoh-tokoh yang pernah dipuji dan dijulangi tokoh yang pernah dikeji.

Itulah Meli, puja puji dan tegur kritik memang sifat semula jadi Meli. Dia tidak pernah taksub kepada sesiapa. Jarang ada spesi manusia jenis ni.

Budak Cabang 4 Tok Mek Ngah said...

Jenih tuduh orang mudah kena beli memang perangai Pas. Mudah buruk sangka. Bokali beraso tok berdosa kerana atas kepercayaan bila jadi ahli Pas layak masuk syurga.

Punah akidah abih. Ko Guano Meli?

kakiku said...

Kawe kata : "KUANG KUANG KUANG!
Nak sindir PAS, nasib baik bukan TGNA. Nak tanya sikit "berapa yg Brahim bayar untuk memujinya".

Ini maknanya : Jika kau pandai menyindir PAS, mengapa pula kau terasa sakit hati bila tersindir.

#Kalau terasa bodoh sangat, tak payah nak mengomen.
KUANG KUANG KUANG!

TAKBIIIIIIIIR.
ALLAHUAKBAR!
ALLAHUAKBAR!
ALLAHUAKBAR!
DAULAT TUANKU!
DAULAT TUANKU!
DAULAT TUANKU!

Anonymous said...

Ibrahim Ali alKataki Perkasa boleh bertanding dimana2... sebagai calun Perkasa.. sama ada di Parlimen Pasir Mas atau kalu dia gedebe sungguh cuba bertandang di Parlimen Rantau Panjang... hehehe .... boleh terima ko orang yang jenis talam bermuka2 & katak melompat ni? ...

Kalu Berahim alkataki nok hero lagi bertanding diParlimen ... Putrajaya ko? ... Pasir Salak ko?, ... Semantan ko?,.. Bukit Gantang?, .. Sungai Siput, .. Labis ko lawan Chua Soi Lek???

Anonymous said...

Salam tuan Meli...,

Denga kaba Tun Dr M ake berdatae ko Pasir Mah pado 25 Sep 2010 atah jepute Presiden Perkaso dae MTRK. Kito mari pakat kelih tengok sambutae mace mano dan beri sokonge kpd mantae PM dan Perkaso...