Wednesday, October 6, 2010

MUNCUL KEMBALI (815)

Galas: titik pertama air mata duka Pas yang akan banjiri bumi Kelantan

SEJAK penghujung tahun 1990 ke mari, pendukung dan penyokong Pas Kelantan sentiasa dalam keadaan ria yang kadang-kadang bersulam riak kerana diktakdirkan mampu terus bertahan, terutama apabila rekod tenat kemenangan dengan hanya majoriti satu kerusi yang mana satu kerusi itu pula hanya dimiliki dengan kelebihan dua undi sahaja, telah berjaya dipulihkan dengan kemenangan majoriti mewah semula.


Kadang-kadang kerana terlalu meriakan kemenangan, secara tidak langsung menyumbang kepada riak dan manggak sehingga ada yang terlupa dan terleka bahawa bukan sahaja apa yang dilakukan secara terang dan nyata dalam penglihatan dan pengetahuan Allah tetapi jua apa yang terselit di sudut hati.

Kesakitan dan kecacatan badan boleh berlaku oleh pelbagai gara, antaranya oleh ancaman kencing manis, darah tinggi, sakit jantung serta kategori penyakit yang lebih kecil seperti sakit gigi, bisul atau kerana kaki tersepak akar kayu, batu atau pun tercucuk sulur lalang dan juga tunggul resang.

Inilah yang kurang diperhatikan oleh pendukung dan penyokong Pas dalam ria yang kadang-kadang membawa riak mereka, sekaligus menjadi reputasi dan prestasi parti itu bukan sahaja ada kerosakan pada penilaian rakyat selaku pengundi, tetapi juga tentunya pada takdir dan suratan Allah Yang Maha Tahu, Maha Melihat, Maha Bijaksana dan maha segalanya.

Sejak kematian Ahli Dewan Undangan Negeri Galas, sudah tiga kali saya ke kawasan berkenaan kerana beberapa urusan dan telah berpeluang bercakap dengan para pengundi di kawasan pekan dan juga di pedalaman.

Berdasarkan komen-komen mereka, saya berfirasat, Galas akan menjadi tempat titik pertama air mata Pas akan gugur untuk seterusnya akan membasahi dan membanjiri bumi Kelantan.

Sama ada Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah (Ku Li) dipilih sebaai calon atau pun calon lain yang akan dipertarukan oleh Umno/BN, Pas tetap akan gagal mempertahankan kerusi berkenaan yang memang sebelumnya dikuasai Umno/BN.

Kalau Ku Li yang dicalonkan, Pas akan menjadi bak sang kancil mahu berak tahi gajah jika bercakap tentang keyakinan mampu mempertahankan DUN Galas walaupun calon yang diletak oleh Pas adalah Dato' Haji Nik Abdul Aziz sendiri atau pun Dato' Haji Husam Musa.

Kemeracauan Pas untuk menghadapi pilihanraya kecil DUN Galas terbukti apabila ada pemimpin yang kononnya merancangkan akan meletak calon dari kalangan Orang Asli.

Tujuannya Orang Asli sendiri boleh nampak, untuk memperdebekkan Ku Li dengan mempetraruhkan calon yang dianggap debek yang nantinya bila kalah akan dialasankan bahawa calon yang tidak sama padan.

Tujuan tersiratnya adalah supaya Ku Li atas rasa tak padan gu akan menolak keputusan parti agar beliau bertanding di samping menjadi pengarah pilihanraya dalam pilihanraya di kawasan berkenaan yang mana penamaan calonnya adalah pada 26 Oktober ini mana hari mengundinya adalah pada 4 November.

Namun saya yakin Ku Li tidak akan boleh diperbodohkan. Beliau pasti akan menerima tawaran demi kepentingan rakyat dan negeri Kelantan yang memerlukan pembelaan.

Pada saya, pendukung, penyokong dan petugas Pas yang mengidap penyakit kronik terutama penyakit jantung kena elak dari terlibat dalam kerja-kerja mengempen dalam pilihanraya kecil DUN Galas supaya tidak akan mati terkejut nanti.

Saya pernah berfirasat yang sama pada pilihanraya kecil Pengkalan Pasir suatu ketika dulu, ramai yang anggap saya jahil berpolitik tetapi hakikatnya apa yang difirasatkan menjadi kenyataan, Umno/BN menang melalui calonnya Haji Hanafi Mamat (kini Dato')

Firasat saya untuk pilihanraya kecil DUN Galas juga saya yakin akan menjadi kenyataan berdasarkan sessi cakap-cakap saya dengan pengundi dalam kawasan DUN Galas semasa saya ke Gua Musang pada minggu lepas.

7 comments:

john said...

Salam..

lamo tok nulis abe li kito..mari2 denga tulisan yang menyentap hati pendokong2 pas seperti ambo..

tak po lah pandangae masing2..fakta masing2..dengar alik nun sedak ko pas, buko blog ni (blog bn) sedak alik umco. ambo buko smace blog ni nok tengok gapo pulok huraiae terbaru terutamo kat nok ngundi ni..

Air mato PAS pertamo ko, ko duo ko , tok pelik lah..ado menae ado kaloh..perjuangae ISLAM tok leh kecewo kalu kaloh..tok cayo tanyo BINI ABE LI AH..

Utungnyo ore Galas ni ado tok wokil mati..cakno la sari duo ni kerjaae pusat, tinggila pujiae ko Ku Li, naikla ekonomi sini..Malaysia o malaysia..lagu ni lah otok pemerintah dio.

Ambo masih ingat tiko ngundi di Sibu aritu Abe li dengan CONFIDENTNYA kato BN menae..tengok2..hok ni pulok dengan CONFIDENTNYO lagi pas ake merano...wallahualam..

p/s: nok tuggu tok wokil umno pat ambo mati getek. pas tu nok bekki gok aye rumno ambo nok wi sewo ko jentero umno!

Anonymous said...

Saya tidak nampak dimana perjuangan PAS mendahului Islam dari parti. Apa yang jelas lagi terang ialah perjuangan parti mendahului Islam.Perjuangan PAS adalah untuk Parti. Yang berdusta kepada agama Allah adalah PAS. Yang menipu Allah adalah PAS. yang menjadi rakan penipu PAS cuma DAP dan PKR. Sebab itulah dalam pilihanraya kecil DUN Galas nanti tunggulah rakyat bawahan akan ajar pemimpin PAS supaya akhirnya kembali kepada matlamat asal penubuhannya.

kukujariku said...

betapa kuatnya islam john...
betapa alimnya dia...
mengharapkan dan menunggu orang lain mati kerana semata-mata nak
mengundi....
inikah pejuang islam zaman ini???
aduh...
tetapi kena ingat...
kitapun mati juga...

Anonymous said...

JIka PAS kalah di Galas, itu impian Meli...

TETAPI.. jika benar Ku Li bertanding diPRK DUN Galas, dengan qodrat & iradat Allah, di takdirkan Ku Li yang berparti UMNO dan didokong dengan semua jentera dalam BN, pegawai awam Kerajaan Pusat BN, media sahaya UMNO/BN, syarikat2 kroni / GLC UBN & PERKASA itu ...UMNO/BN KALAH jugak...? Apa Meli nak sebut ketika itu?.... Air mata siapa yang banjir seperti digambarkan dalam kitab bagaikan banjir air mata para ahli maksiat & fasik di padang Mahsyar nanti.... ???

Begitulah sejarah politik Gua Muasang, dulu Ulu Kelantan, UMNO pernah tewas dalam PRU kepada kuasa rakyat melalui Parti Melayu Semangat 46,....

Kuasa Rakyat, suara rakyat.. roh demokrasi berparlimen Malaysia dengan berketuakan Raja berperlembagaan (... raja pendaulat undang2, payung rakyat & tunggak negara ... tanpa pilih kasih & bukan memayungi UMNO saja!)

Dengan segala kedhaifan & rintangan, PAS tetap berjuang atas hak untuk Islam, Rakyat & Negara. PAS menentang korupsi, kezaliman, kemungkaran, penguasa angkuh & "double standard", ... PAS dokong kebenaran, keadilan, kemakmuran, kebajikan dan kesejahteraan rakyat...

kakiku said...

meli hidup balik ....
mustahil ....
lepas dengar dia bercerita ....
"anak durhaka x boleh jadi raja?.
dah buat makan 7 hari ...
dah meratip 40 hari ...
masih pulang lagi? ...
tengok ke bawah ...
kaki menyentuh bumi? ....
Alhamdulillah ...
ini adalah real ....
Kuang kuang kuang.

timbul dengan cerita baru ...
"Kelantan akan banjir ...
air memenuhi alur ...
melimpah di sungai nengiri ...
memecah tebing sungai galas,
berombak di sungai pergau ...
bertembung di kuala Dabong ...
menghala laju ke Kuala Besar ...
karam tesco serta KB Mall ...
tenggelam masjid muhammadi ...
air besar seperti bah air merah ...
dari mana air ...
air mata penyokong PAS ...
Kuang kuang kuang ...

Meli ....
betul kata mu ...
mata penyokong PAS akan berair ...
air yg sama dgn air mata ....
seorang abid soleh ...
bermunajat di tengah malam ...
atau ....
air yang mengalir di mata mujahid,
terkena debu ketika berjuang ...
mendaulatkan Allah di bumiNya ...
air mata terasa dingin ...
tanda air mata ahli syurga ...
Kuang kuang kuang ..

meli ...
ku tahu mu teringinkan ..
titisan air mata suam ...
lilih di mata tua mu ...
seperti mengalir pada mata ...
seorang bekas janda ...
bila bertemu Shah Rukh Khan ...
bila peluk juara Lim Chong Wei ...
Kuang kuang kuang ...

Anonymous said...

Meli mati dok koh sebelum idup balik?

Anonymous said...

Ku Li yang dianggap keramat politik diGua Musang... yang puak2 UMNO beriman yang dia tak akan kalah selama2nya tu...

JIka Ku Li pun kalah juga dalam PRK DUN Galas.. ni......

Maka padahnya, mungkin senario politik Melayu UMNO akan menjadi lebih parah lagi.... mungkin tiada lagi tempat yang selamat lagi bagi para pemimpin korup UMNO sekular dalam PRU13 nanti?

Rakyat semakin muak membara dengan sikap angkuh berterusan yang tidak pernah sedar diri para ketua2 & pembodek2 UMNO dalam memboloti hak & harta rakyat serta manipulasi jentera kerajaan .... walaupun PRU12 rakyat telah memberi isyarat yang jelas....

Arus perdana rakyat... semakin deras dengan peristiwa2 ulang tayang sifat keangkuhan dan ketamakan UMNO .. dalam kes penganiayaan terhadap Anwar Ibrahim, royalti minyak, kenaikan harga minyak & barangan harian, pembunuhan tahanan sprm & polis, perebutan tender & projek dikalangan kroni UMNO/BN, amalan rasuah yang semakin menjadi2dikalangan pegawai2 kerajaan & ketua2 UBN, parahnya jenayah2 remaja & pendatang asing, agihan pekerjaan & kekayaan negara yang tidak seimbang, sistem pendidikan yang celaru yang lahir generasi gasar tanpa agama & akhlak, bebanan kos hidup yang meningkat kerana penyelewengan & pembaziran, dsb.... arus perdana rakyat tak sama dengan cerita yang direka oleh pembodek2 dalam arus perdana UMNO/BN... 1 Malaysia, Rakyat inginkan perubahan yang fundamental & struktrural ... bukan transformasi tempelan yang retorik .... rasuah semakin berleluasa, penyelewengan jentera kerajaan tiada batasan, ... pemimpin hanya suka bercakap berjela2 lagi merapu......

Kalau nak meriah lagi di PRK Galas .. ni lawan 3 penjuru...
KU LI lawan Brahim Ali (awang bbual besar) lawan PAS....
hehehe.... tenguk sapa hebat ....