Thursday, October 14, 2010

MUNCUL KEMBALI (820)

Pas kalah di Galas kerana kifarah

SAYA yakin (bukan bermaksud mendahului takdir) Pas akan kalah pada pilihanraya kecil Dewan Undangan Galas. Kekalahan itu adalah untuk kebaikan Pas juga, supaya Pas pada semua peringkat akan memuhasabah diri dan insaf dari 'lagha'.

Bila menamakan perjuangan berlandaskan Islam, berpandukan al-Quran dan Hadis, bertiang-serikan iman dan berpasak-paksikan takwa, ianya kena benar-benar suci di sisi Allah, bukan hanya nampak suci pada pandangan mata sesama manusia.

Tidak akan mati syahid pejuang yang mati di medan perang sekali pun, kalau hidup dalam keadaan berdosa dan dilaknati Allah, kalau bumi yang dipijak dan langit yang dijunjung tidak dihalalkan oleh Allah kerana dilaknati.

Pernahkan pimpinan Pas mengamalkan tradisi sebelum kerahan dibuat di kalangan para isteri untuk bertugas pada sesuatu pilihanraya, perjumpaan parti, muktamar atau sebagainya, sebelum naik bas, kereta, kapalterabng atau sebagainya ditanya dulu: apakah kamu mendapat izin dan keredaan suami masing-masing?.

Apakah dalam sepanjang peninggalan kamu, suami dan anak-anak kamu tidak akan menanggung sebarang kesulitan kerananya. Paling penting apakah suami kamu tidak terasa dan terguris hati. Kena ingat dalam perjalanan pergi, belum tentu kita akan pulang dengan selamat. Kalau kamu mati dalam perjuangan dengan pada masa yang sama hati suami kamu terguris, tugas sebagai suami dan ibu terabai, tidak akan ada syurga untuk kamu kerana menyertai perjuangan.

Berpaling belakang tanpa tanpa izin suami di tempat tidur sudah satu dosa, apatah lagi kalau tinggalkan rumah tanpa izin suami, lebih-lebih lagi kalau sampai abaikan tanggungjawab sebagai isteri dan ibu, dosanya akan lebih besar dan segala ibadat yang dikerjakan tidak akan diterima oleh Allah, malah akan dilaknati selagi belum meminta maaf dan dimaafkan oleh suami.

Kehidupan, tidur, jaga, makan, minum, bekerja, berjuang dan sebagainya bagi seseorang isteri yang menggurisi hati suami, yang tinggalkan suami dam abaikan tugas menguruskan rumahtangga dan anak-anak demi kononnya kerana perjuangan Islam, ianya akan menjadi suatu perbuatan yang menyumbang kepada dosa dan laknat.

Berbeza dengan suami yang pergi berjuang, bukan sahaja suami akan dapat pahala tetapi isteri yang merelakan suami pergi dan reda menjaga anak-anak dan menguruskan rumahtangga akan mendapat pahala sama banyaknya dengan suami yang berjuang sama ada di medan perang atau untuk mencari rezeki.

Pas kena ambil perhatian serius tentang hal ini sesuai dengan dakwaannya sebagai sebuah parti yang perjuangannya berteraskan Islam. Saya dapati ada di kalangan muslimat Pas kurang faham dan tidak diberi kefahaman tentangnya sehingga ada di kalangan mereka menyangkakan sedang melakukan kerja ahli syurga tetapi sebenarnya sedang melakukan perbuatan ahli neraka.

Walaupun mungkin hanya ada seorang dua dalam jemaah yang kononnya berjuang untuk Islam tetapi dalam keadaan berdosa, ia akan menjadi ibarat nila setitik dalam susu sebelanga. Pas akan dilaknati dan akan dikifarah kerananya.

Kekalahan di Galas adalah sebagai peringatan untuk Pas memuhasabah diri. Jika keadaan tidak berubah, maka padahnya Pas akan hadapi kekalahan teruk pada pilihanraya umum ke-13 sebagai kifarah.

Tidak salah Pas mengguna dan mengerah tenaga kaum wanita tetapi kena dipastikan wanita-wanita yang digunakan dan dikerah adalah dalam keadaan suci dari dosa, terutama dosa dengan suami masing-masing bagi yang sudah bersuami dan dosa dengan ibubapa bagi yang belum berkahwin dan masih dibawah tanggungan ibu bapa.

Kalau pun Pas menang sedangkan yang bekerja untuk memastikan kemenangan itu bekerja dalam keadaan berdosa, kemenangan itu tetap tidak suci, ianya tidak jauh bezanya dengan orang kaya melangit hasil dari judi, menipu, mencuri, merompak dan makan rasuah serta kaya kerana perolehan-perolehan lain yang diperolehi secara mungkar.

9 comments:

Anonymous said...

pasal galas ni lambat lagi cerita dia,biar dulu boh...kawe duk tunggu komen demo pasal penarikkan balik pangkat dato ibrahim ali dan bekas SUK ni,klu ibrahim xpo la klu kena buang pun,mmg semua org benci,bekas SUK dan 2 org lagi tu bakpo kena buang,cerita la skit,ko demo takut doh nok tulis?

Anonymous said...

Soal isteri pergi berkempen atau keluar rumah tanpa izin suami, saya setuju dengan pandangan en. meli. Tak payahlah isteri/wanita sebuk pergi berkempen atau keluar kerana bukan perkara darurat bagi wanita yang dibenarkan syarak.

Tambah2 lagi isteri/wanita yang berkempen atau pangkah undi untuk pertahankan parti sekular, pimpinan fasik, zalim & korup adalah jelas menyalahi siasah assyarie. Tak tau la pulak jika en. meli kata berkempen untuk BN lawan PAS tu dapat pahala & saham besar diakhirat nanti? Mungkin para isteri/wanita/ puteri boleh berkempen siang malam ... dengan izin suami kerana tuntutan syariah?

Selamat mengundi pilih wakil rakyat dan pimpinan negara anda .. di DUN Galas, Parlimen Batu Sapi ... tunaikan kewajipan anda terhadap agama & negara....

john said...

hah! napok doh...'pukul anak sindir menantu'...mace keno 'tuloh' jah..gurau je..

kenapa pula sang isteri gagal untuk mendengar luahan hati seorang suami? adakah sang suami gagal mentarbiah sang isteri? kepada sang isteri sebelum menjalankan sesuatu urusan luar tanyalah sang suami terlebih dahulu kerana sang suami mempunyai hak 100% terhadap sang isteri,,ke guano abe li kito?..jangan pula dengan kelakuan sang isteri itu menyebabkan sang suami menyalahkan orang lain pula walhal sang suami berkuasa sepenuhnya....fikir-fikirkan wahai si suami dan si isteri.....

p/s: ambo mendoakan kebahagiaan kepada pasangan yang bergelar suami isteri....

joostspring said...

tohok jauh la politik utk hari ni...

hari ni kita bersatu atas nama bola..

ko guana john??

john said...

Lamo tok denga joots..

joots,kawe tok minat mano bolasepak joots,kawe minat suke hok bola dio tidak bulat! tapi doh mugo kelate buleh gi gak..ok la..gomo kelate gomo laa..prinsip kawe dale bolasepak kelate ni..kalu menae kawe puji kalu kaloh meme kawe kutuk...pelo2 nok main jange dok kecewokan penonton hok bayar tiket dae semangat yg berkobar2 menyokong tok tahu semaye bae ko dok...ko guano.. final tahun lepas masih menjadi trauma buat kawe..

p/s: joots, kawe tok leh tohok jauh politik kawe..demo nok tohok loh gi la..hahahaha..

Anonymous said...

Ada isteri rela tinggalkan suami kerana nak berkempen pilihanraya. Parti hak dia kempen pula boleh jamin syurga. Isteri nak syurga dengan cara mudah makan takpalah tinggalkan suami pun asalkan ada jaminan syurga untuknya. Ini lah bentuk dakwah baru untuk menaikkan semangat istewri agar jan gan bimbang tinggalkan suaminya demi panggilan jihad " parti" yang lebih utama. Semoga " muslimat" seperti ini dapat kembali kepangkal Islam, bukannya mengutamakan parti "syurga" yang dijanjikan Tok Gurunya.

kakiku@tokbomohbarenaik said...

meli ....
nasib demo ...
cerita demo kawe terpaksa baca ...
hal rumah tangga ...
hal dale kelambu ...
tak sah duk royat ke ore ...
bini demo hak demo ..
kalu nak ubat kawe tolong ...
kita ore tua ...
penyakit kecing manis ada ...
lemah pula ...
ada ikhtiar kita ikhtiar ...

Anonymous said...

Kena melalut si mamak ni?

Anonymous said...

Untuk kakiku@tokbomoh '
Demo ni sesuai jual ubat kuat d tepi-tepi jalan. Rasanya tak sesuai untuk ulas dan menulis hal-hal politik. Rosakkkkkkkkkkkkkkk.