Monday, October 25, 2010

MUNCUL KEMBALI (824)

Sejarah mampu membantu pembinaan tamadun

KALAU bahasa adalah cermin identiti bangsa, maka sejarah pula adalah pemangkin kepada pembinaan tamadun sesuatu bangsa. Tanpa sejarah sesuatu bangsa bukan sahaja tidak mampu membina tamadun tetapi tidak akan mampu merangka dan menkerankakan ketmadunan.


Justeru itu langkah mewajibkan mata pelajaran sejarah wajib lulus bagi memperolehi Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan disusuli dengan pendekatan menjadikan mata pelajaran sejarah sebagai subjek teras di sekolah rendah bermula pada tahun 2014 adalah merupakan suatu langkah yang sangat wajar.

Ini adalah kerana mata pelajaran antara merangkumi hal ehwal jatuh bangsa sesuatu bangsa, kemadunan, aspek kewarganegaraan, perlembagaan dan juga unsur petrotitiksme yang merupakan molikiu-molikiu penting dalam melahirkan dan membentuk kewujudan warganegara yang taat setianya tidak berbelah bahagi kepada negara.

Warga negara yang benar-benar sayangkan agama, bangsa dan negara akan merasa bersalah dan berdosa untuk melakukan apa-apa-apa sahaja tindakan, perbuatan dan percakapan, lebih-lebih lagi di luar negara yang boleh membawa kepada kepunahan prestasi dan reputsai agama, bangsa dan negara.

Kerana gagal menilai harga agama, bangsa, negara dan diri sendiri gara-gara guta sejarah dan tidak mempedulikan sejarah, warganegara yang terlibat dalam demonstrasi jalanan atau yang memburuk-burukkan negara di luar negara tidak akan merasakan mereka melakukan sebarang kesalahan.

Mereka juga tidak akan merasa apa-apa salah dan tidak akan menganggap mereka mendatangkan masalah kepada negara apabila terlibat dalam perdagangan dan penyalahgunaan dadah atau melakukan aktiviti yang mengancam keselamatan negara dan ketetenteraman awam.

Pada pendapat saya adalah amat bijak dan amat kena pada masanya langkah menjadikan mata pelajaran wajib lulus bagi peperiksaan SPM dan sebagai subjek teras di sekolah rendah kerana sejarah mampu membantu pembinaan tamadun.

2 comments:

Anonymous said...

"Sujek Pendidikan Agama & Akhlak" tak nak dijadikan mata pelajaran teras jugak ke?

Yang buta agama dan yang runtuh akhlak dibawah sistem pendidikan kerajaan UBN semakin parah. budaya rasuah, dadah, rempit, berzina, jinayah bunuh bayi, ragut, culik-bunuh, gengsterisme, bisnes-mafia, ... menjadi2 .. lebih teruk kesannya kepada Tamadun kemanusiaan & negara jika dibandingkan yang buta sejarah... hehehehe.... hidup tak aman & tak selamat lagi....

Inilah kesannya kerana ada lagi melayu2 yang dok sokong pemimpin2 korup & berakhlak buruk....

marilah sama2 buat perubahan total ... tolak puak2 korup & kaki maksiat.. dalam.. PRK & PRU13 ni ,,,,,,

Anonymous said...

mu ingat mu sendiri tak buat maksiat ko...mu tok pernah berdosa ko...
tuduh orang lain buat maksiat tu...
islam mengharam ngaji sejarah ni? sedang dalam alquran pun ada sejarah...sejarah nabi...sejarah rasul...sejarah malaikat...kalu mu tok tahu sejarah tu...mu tok kenal rasul...mu tak kenal malaikat...