Penjahat sekarang membelakangi pantang larang
PENJAHAT atau pelaku jenayah yang melakukan jenayah bukan fenomena baru, sebaliknya ianya adalah rentetan dan kesinambungan para hamla yang mempertahan ego sehingga apabila Adam a.s. dicipta-Nya dan diminta sekalian makhluk sujud kepadanya, hamla yang ego, sobong dan bongkak enggan akurpada perintah yang dimandatorikan oleh Maha Pencipta.
Penjenayah paling hamla itu adalah syaitan dan iblis yang dilaknati Allah yang mana kerana keangkuhan dan kesombongannya, syaitan dan iblis sanggup dineraka-abadikan dan telah memainkan peranan untuk sesatkan anak cucu Adam supaya di akhirat nanti akan masuk neraka bersamanya.
Ertinya manusia yang keras hati dan bersedia untuk terus berada dalam keadaan berdosa kerana mempertahankan ego, kejahatan dan kemungkaran yang dilakukan adalah kerana ianya berada dibawah pengaruh syaitan dan iblis yang dilaknat dan dicelakakan oleh Allah. Mereka akan sanggup berbuat apa sahaja kerana berajakan bertuhkan perasaan, sekaligus pada masa yang sama membakul-sampahkan akal.
Kerana itulah pusat pengurusan mayat pun sanggup di rompak sebagaimana yang yang berlaku di Sungai Besi menyebabkan pusat berkenaan kerugian RM300,000 kerana menjadi mangsa rompakan yang kalau pun bukan pertama kali di dunia, ianya adalah pertama kali berlaku dalam sejarah negara ini.
Kesanggupan merompak pusat-pusat seumpama itu hanya sampai hati dilakukan oleh para penjahat/penjenarah era mutakhir ini dan ianya bersifat membelakangi pantang larang dalam melakukan kejahatan dan kemungkaran.
Ertinya manusua pada era mutakhir ini semakin lebih jahat dan lebih mungkar sehingga apa yang dilakukan oleh mereka tidak pernah dilakukan oleh penjahat dan hamla seperti Abu Jahal dan Abu Lahab sekali pun kerana penjahat dan hamla yang lampau ada pantang larang.
Penjahat dulu tiga akan merompak kaum wanita, lelaki warga emas, kanak-kanak serta tidak akan mencuri ayam yang sedang mengeram, ttdak akan curi kambing, tidak akan mencuri harta benda masjid dan tidak akan mencuri atau merompak rumah-rumah ibadat pelbagai agama.
Tetapi nampaknya sekarang para penjenayah sudah tidak berpegang kepada pantang larang. Kerana itu mereka sanggup merompak pusat urus mayat, malah berlaku kes di Kelantan di mana keempat-emnpat batang kaki lembu dicuri dan meninggalkan lembu yang masih hidup terguling tanpa sebatang kaki, hanya ada badannya saja.
Perbuatan sedemkian tidak sanggup dilakukan oleh Abu Jahal dan Abu Lahab sekali pun tetapi boleh dilakukan oleh penjenayah zaman sekarang. Oleh itu, pada saya, sudah sampai masanya untuk negara mengambil sikap buru dan tembak mati penjenayah, bukannya menangkap dan mendakwa serta menghukum mereka dengan hukuman yang tidak sepadan dengan jenayah yang dilakukan , menjadikan penjenayah anggap penjara atau lokap adalah temnpat berehat, bukannya tempat penyiksaan untuk menjadikan mereka insaf dan keluar penjara tidak ulangi perbuatan mereka lagi,
Saturday, October 30, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment