Wednesday, November 3, 2010

MUNCUL KEMBALI (840)

Sogok wang: Nik Aziz punahkan reputasi Pas
(tulisan ini dihantar ke sebuah akhbar harian arus perdana untuk pertimbangan siaran)

PAS - parti serpihan Umno yang diasaskan oleh bekas ahli Umno berpendidikan agama adalah dengan matlamat untuk berfungsi sebagai pembangkang yang akan memperingatkan Umno supaya segala dasar, rangka dan kerangka pentadbiran tidak 'tergelecah' dari hukum hakam.

Justeru itu Pas mesti mempunyai dan mengekalkan imej dan pendekatan berpolitik dan berparti politik yang kena berbeza berbanding dengan Umno dan kena kekal serta mesti membentuk imej Islamisme dan statik dengan tujuan asal penubuhannya supaya ianya tidak tersasar dari matlamat asal penubuhannya.

Imej dan pendekatan berpolitik dan berparti politi oleh pemimpin, pendukung dan penyokong Pas bukanlah setakat imej dalam bentuk berjubah, berserban, berjanggut, berkopiah atau bila bercakap menggunakan gantinama 'ana' dan 'enta' atau pun bila bercakap dan berucap akan berhujahkan petikan al-Quran dan Hadis semata-mata.

Paling penting adalah imej dan pendekatan batiniah yakni imej antara pemimpin, pendukung dan penyokong Pas dengan Allah kena dipraktikkan supaya tidak akan berlaku semasa depan pengundi tunjuk lebai lebih lebai dari Imam Masjid Mekah tetapi bila jauh dari pandangan manusia, pelbagai kemungkaran dilakukan dengan segala macam serakahnya.

Alasan bahawa apa yang dilakukan oleh kalangan tertentu dalam Pas, kalau bukan semua, adalah kerana pihak lawan juga melakukannya dengan lebih teruk lagi adalah suatu pendekatan dan prinsip serta kefaham politik dan berpati politik yang sangat bercanggah dengan hukum hakam.

Kalau pihak yang kononnya 'maharaja kemungkaran' dan sekular dijadikan rujukan dan perbandingan untuk menhalalkan cara, bermakna Pas tidak benar-benar masak dalam soal hukum hakam, malah Pas sebenar nya akan menjadi lebih keji dari Umno yang sering dikeji dan dicaci. Sepatutnya yang dirujuk adalah al-Quran dan Hadis.

Demikian halnya apabila Mursyidul Am Pas, Dato' Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat yang pada sebilangan besar pendukung dan penyokong parti itu mestatutskannya sebagai 'tokoh keramat dan bermulut masin' sanggup menyogok wang dalam edah kempen Pilihanraya Kecil Kawasan Dewan Undangan Negeri Galas, secara tidak langsung menampakkan betapa 'separuh masaknya' beliau dalam soal politik dan berparti politik berteraskan Islam dan juga tentang matlamat penubuhan Pas itu sendiri.

Apa pun alasan yang diberikan untuk tidak dianggap pemberian itu sebagai sogokkan bagi mendapatkan undi, ianya tetap bersifat sogokan untuk membeli hati pengundi kerana ia dilakukan dalam edah berkempen pilihanraya. Kalau Umno yang melakukannya barangkali tidaklah terlalu pelik dan memeranjatkan kerana parti itu bersastuskan sekularisme. Seelok-eloknya Umno pun tidak patut mlakukan kemungkaran itu.

Tindakan terlalu terdesak Nik Aziz untuk memulihkan keadaan Pas yang sangat terdesak di Galas itu secara tidak langsung telah merosak dan mempunah-ranahkan prestasi dan reputasi Pas pada mata ahli dan pengundi Pas yang berfikiran telus dan tulus dalam beerpolitik dan berparti politik.

Justeru jangan terkejut jika Pas, pemimpin, pendukung dan penyokong Pas akan dikifarahkan-Nya pada pilihanraya umum akan datang kerana dalam Pas mutakhir ini banyak berlaku pelbagai kemungkaran dan dibiarkan tanpa ada usaha bagi mencegahnya ekoran ketaksubab melampau malah semacam menapa tahap memberhalakan tokoh tertentu.

Antaranya apabila usaha-usaha untuk menjalin kerjasama Umno-Pas demi kepentingan Melayu-Islam yang digagaskan oleh Presiden Pas ditolak atas alasan Umno parti politik sekular sedangkan pada masa yang sama boleh pula bekerjasama dengan DAP yang anti Islam yang mana DAP akannmembantah dengan cara apa sekali pun kalau negara ini mahu diperintah dan ditadbir secara Islam.

Penolakan kerjasama dengan Umno dibuat oleh Nik Aziz selaku Mursyidul Am dan sekali gus memansuhkan pandangan, keputusan dan usaha murni dan berkepentingan jangka panjang presiden Pas yang mendapat sokongan padu timbalan presiden yang telah dihina dengan sehina-hina kata oleh Mursyidul Am kerana atas kesalahan menyokong gagasan presiden.

6 comments:

Anonymous said...

demo ni betol ke dak.

john said...

Abe li mulut masin jugok..betul blako gapo hok dio royak..demo jange pertikai lamo kae ado pulok sumpoh keramat Abe li wak keluar...blog dio kae, ikut dio la dio nok tulis gapo..tugas kito mengkritik..terbuko..hihihi...

Selamat Mengundi penduduk Galas...

joostspring said...

john..

prk galas kali jelas pas dgn umno balik kot dah...

umno jadi pas..pas jadi umno..hahahhaahhaha....

PROJEK SIJIL tanah segera..haahhahahahah

john said...

joots..long time no hear..

i noticed that u've been repeat that word (PROJEK SIJIL tanah segera) so many time in every comment..how sad! it doesn't make a big deal to pas..hahahaha..

speaking london skali skalo tak po joots deh...

p/s: gambar mohyiddin olor duit spr senyap..gambar tok guru bui duit ko asnaf muallaf (zakat) spr kato rasuoh...hahahaha...

Gu Mat Pauh Samseng said...

Meli mulut masin? Bo, mu minum air laut ko ko air garam Meli yang mulutmu masin?

Cikgu Di said...

Antara sindiran, kelucuan dan fakta kadang-kadang kita perlu fikirkan. Ilmu itu kadang-kadang walaupun dari budak mentah perlu juga kita terima kemudian buatlah analisis akan kebenarannya. Janganlah kerana kita intelegen maka buah fikiran orang semuanya kosong belaka.Jadilah manusia yang dahaga ilmu kelak ianya akan betambah. Jika rasa diri pandai maka kita akan terhijab dari menerima ilmu sebenar.....walahaualam