Berita gembira bagi hampir 400,000 guru
AZAM Ketua Pengarah Pelajaran yang baru, Datuk Abdul Ghafar Mahmud yang mahu menambah baik skim perkhidmatan pendidikan dan mengangkat profesion keguruan ke tahap lebih tinggi dalam perkhidmatan awam pastinya mengembirakanhampir 400,000 guru yang berkhidmat di sektor berkenaan.
Ini adalah kerana azam berkenaan jelas menampakkan bahawa jasa dan bakti para guru yang kini sedang berkhidmat pada 9,806 buah sekolah di seluruh negara dengan 7,643 buah sekolah rendah manakala 2,163 lagi di sekolah menengah sentiasa dipantau, dipedulikan, diambil berat dan diberi pembelaan serta dimertabatkan.
Menurut perangkaan terkini Kementerian Pelajaran terdapat 392,401 guru dengan 269,494 daripadanya perempuan dan 122,907 lelaki. dari jumlah itu seramai 222,260 mengajar di sekolah rendah dengan 153,809 adalah perempuan dan 68,456 lelaki manakala 170,136 mengajar di sekolah menengah dengan 115,685 adalah wanita manakala 54,451 lelaki.
Sudah semestinya dengan memartabatkan profesion perguruan ianya akan memperkemaskan lagi sistem penyampaian dan seterusnya meningkatkan kualiti pendidikan di negara ini secara menyeluruh.
Justeru waega guru kenalah menyahut seruan ketua pengarah yang mahukan semua warga guru di Malaysia meneruskan usaha bakti mendidik anak bangsa dengan memastikan setiap murid dapat menerima pendidikan berkualiti dari peringkat prasekolah sehinggalah ke peringkat menengah atas.
Dengan kata lain mulai warga guru semestinya berusaha dengan gigih untuk meningkatkan pengetahuan dan kualiti pengajaran mereka supaya sumbangan yang pedidikan yang diberikan dapat melahirkan warganegara yang kreatif dan inovatif ke arah mencapai Wawasan 2020.
Kalau ketua pengarah sahaja yang berazam tetapi warga guru tidak memberi komitmen kepada tugas dan mengamalkan sikap melaksanakan tugas pada tahap melepas batu ditangga, keazaman itu kena diberi komitmen kalau tidak ianya umpama kepala kereta yang menarik gerabak yang roda rosak, pasti akan tergelicir dari landasan dan terbalik.
Mengharapkan warga guru memberi pendidikan yang berkualiti bagi melahirkan anak didik yang berilmu, berkualiti, berakhlak mulia, beriman dan bertakwa bukan sahaja azam dan impian ketua pengarah, malah ianya menadi azam dan impian seluruh rakyat tanpa mengira bangsa dan fahaman agama.
Mudah-mudahan kes ponteng kelas kerana memberi tumpuan kepada aktiviti politik, berniaga dan pelbagai aktiviti yang tidak ada bersangkutan dengan bidang tugas sewaktu dalam masa bekerja dengan membiarkan buku kerja murid tidak diperiksa untuk dinilai tahap kemajuan murid tidak akan berlaku lagi bermula pada sessi persekolahan akan datang.
Kementerian Pelajaran barangkali perlu mencadangkan kepada pengarah supaya membuat pemantauan atau lawatan mengejut ke sekolah-sekolah bagi mengesan guru-guru yang tidak memberi komitmen kepada tugas dan tindakan sewajarnya dikenakan, malah kalau yang gagal membaiki kualiti diri, jangan sekali-kali berkmpromi dan mesti dinyahkan dari sektor pendidikan kerana masih ramai yang menganggur boleh mengganti tempat mereka.
Tuesday, November 9, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 comments:
dulu gaji para cikgu tak lah besar... tapi peranannya besar= "pendidik bangsa dan agen perubahan negara" ..sebab itu profesion perguruan amat dihormati dan dihargai... kerana jasa-jasa mereka yang murni...
tapi hari ini. profesion guru agak tercalar ... guru menjadi "kuda kayu" dan tunggangan orang politik... komitmen mengajar sesetengah agak kurang... tumpuan kepada perlumbaan kedudukan dalam politik khususnya UMNO/BN, kejayaan cikgu hanya dilihat siapa yang paling hampir dengan pembesar politik bukan lagi pencapaian pelajar. Akhlak dan moral murid merudum, yang akhir lahir masyarakat generasi gasar yang menjadi bebanan negara.
Sewajarnya KP Pelajaran baru ini tumpukan semula untuk kembalikan kegemilangan guru kepada falsafah pendidik yang tulin sebagaimana generasi sebelum ini.
Walau apa pun penghargaan kepada guru tetap disanjung dan disokong serta wajar diberi ganjaran yang lebih baik lagi.
sdra Meli,
Cepat benar demo buat rumusan bahawa Kelantan akan jatuh ke tgn UBN dlam PRU13 nanti dgn berpandukan PRK Galas. Dan peluang tu akan hancur kerana wang ehsan ke budak2 sekolah.......kata demo.
Banyak lagi sebab lain wahai Meli. Jangan syok sendiri. Sekarang UBN baru ada 7 ADUN, demo ingat senang sgtkah nak tambah 16 kerusi lagi? Jangan syok sendiri meli....
PAS telah perintah Kelantan 20 thn doh. Rakyat telah tahu menilai dan membanding pemerintahan UBN selama 12 thn sebelum 1990 itu. Jadi takkan kerana RM200 rakyat akan memilih UBN dalam PRU13 nanti. Para guru pun tahu apa yang senarnya di sebalik RM200 itu. Jangan syok sendiri wahai meli........
Tak faham isu. Baca dengan mata fikir dengan otak. jangan dok buat serabut dengan komen tak ada nilai kalau tak faham. Meli pun dok lepas buat apa komen-komen standard rendah begitu.
Bagi aku setakat peringkat 20 tahun tak pelik, dulu pun Pas perintah Kelantan lama, tapi jatuh berjelabok. Bukan soal pitih emas, tapi kualiti kerajaan dan pemerintahan.
Neli peramal. Adakalanya betul adakalanya salah. Dia bukan mampu nak ubah suratan dan takdir dan suratan. Ini tak tau ilir ulu, tertus remat, bila nak masuk gol.
Demo sekolah mmano heah?
Basa babok dok pertahan kerajaan hak buat mainan dengan hukum hudud. Demo ingat kerajaan kelantan hak puak PAS dok pertahan ini boleh kekal sapa mampus ko. Kalu takhdir Allah nak palingkan muka-muka pengundi seperti tahgun 2004 nescaya PAS akan tumbang kali ini. Ambo dan waris warah ambo yang dulu ngundi PAS tak caya sikit abot ko PAS lepas bersama dengan DAP ( Parti kapir) dan PKR (parti liberal sekular). Kali ini Nik Ajis akan mampuh dalam gelanggang politik sombong dan angkuhnya sendiri. Tunggulah bala dan celaka yang akan menimpa PAS sepertimana doa dia utk orang lain.
Post a Comment