Realisasikan 13 Mei hari perpaduan
KENIKMATAN hidup sejati dalam sesebuah negara adalah apabila ianya aman, rakyat hidup harmoni, penuh persefahaman serta saling hormat menghormati dan bebas dari gejala-gejala yang merugikan agama, bangsa dan negara, termasuk kacau bilau.
Atas kepentingan itu maka pengesyoran supaya 13 Mei yang telah menumpahkan banyak darah dan banyak nyawa melayang kerananya dijadikan hari perpaduan dengan diadakan prpgram khas bermatlamat mengingatkan generasi muda tentang peristimwa hitam itu patut disokong dan direalitikan pengesyorannya dengan disegerakan.
Saya sependapat dengan Ahli Dewan Undangan Negeri (UMNO/BN Penaga, Pulau Pinang, Datuk Azhar Ibrahim bahawa anak-anak muda di negara ini yang berusia 40 tahun ke bawah hanya tahu menyebut 13 Mei tetapi btidak berpengalaman menghadapi saat-saat genting dan cemas ekoran peristiwa yang tidak patut berulang itu.
Kerana tidak berpengalaman dengan peristiwa itu, maka bila diajak membuat kekacauan termasuk berdemonstrasi dan berhimpunan secara haram atau perlakuan-perlakuan yang menyentuh sesitiviti kaum dan agama, mereka akan mengambil bahagian tanpa memikirkan padah dan musibah kepada keamanan dan keselamatan negara serta keharmonian hidup masyarakat majmuk di negara ini.
Bagi saya antara program khas yang patut dimasuk-senaraikan sebagai progam 13 Mei Hari Perpaduan ialah pengkisahan, setidak-tidak dalam bentuk pentomin, tetang riwayat hidup tokoh-tokoh seperti Almarhum Tunku Abdul Rahman Petra Al-Haj dan rakan-rakan separti, mendiang Manikavasagam dan rakan-rakan separti serta mendinag Khoo Kai Boo dan rakan-rakan separti.
Golongan muda khususnya dan seluruh rakyat tanpa mengiara bangsa, bahasa pertuturan, budaya dan anutan agama selaku warganegara perlu didedahkan tentang kesukaran dan kesulitan pemimpin terdahulu menformula, merangka dan menkerangkakan pelan perpaduan bagi membina kemakmuran dan keharmonian bagi negara merdeka dengan rakyatnya majmuk serta adat resam dan anutan agamanya juga majmuk.
Walaupun tidak dapat dinafikan bahawa salsilah keturunan serta adat resam dan budaya sesuatu bangsa dan penganutan agama adalah teras dan identiti kepada kedaulatan sesuatu bangsa, namun rakyat Malaysia kena menerima hakikat bahawa negara ini telah ditakdir dan disuratkan-Nya didiami oleh warga pelbagai kaum yang pelbagai anutan agama, pelbagai adat resam dan pelbagai budaya pula. Apa pun bangsa, warna kulit dan anutan agama, semua kita mesti menerima hakikat bahawa kita adalah bangsa Malaysia.
Apa yang dirancang, dirangka dan dikerangkakan untuk jangka pendek atau panjang, mahu tidak mahu kena mengambil kepentingan atas nama bangsa Malaysia supaya kemakmuran dan keharmonian hidup yang terjalin hasil pelan, rangka dan kerangka yang disediakan oleh Almarhum Tunku Abdul Rahman, mendiang Manikavasagam dan mendiang Khoo Kai Boo serta rakan separti masing-masing kena terus terpelihara.
Bukan mudah untuk memakmur, mengharmoni dan mewujudkan semangat berkasih sayang, semangat persaudaraan dan saling hormati menghormati di kalangan rakyat pelbagai kaum seperti di Malaysia kerana di negara-negara lain bukan sahaja di kalangan satu bangsa dan berlainan anutan agama boleh bermusuhan dan berperang tetapi di kalangan satu bangsa dan satu agama pun boleh bergasak, hanya kerana berlainan mazhab.
Tetapi kerana kebijaksanaan kepimpinan yang terdahulu dan juga sekarang, maka kita berjaya hidup dalam keadaan aman, makmur, harmoni, muhibbah dan saling hormati menghormati. Hanya akhir-akhir ini sahaja semacam ada kalangan tertentu yang membangkitkan semangat perkauman yang kalau dibiarkan boleh menyumbang kepada berlakunya rasa benci membenci antara satu sama lain, sekali gus boleh membawa kepada berlaku huru-hara di negara tercinta ini.
Kalau dalam keadaan serba mundur yakni pada awal negara merdeka, pimpinan pada waktu itu boleh menformula, merangka dan mengkerangkakan pelan hidup bersatu padu dan penuh persefahaman di kalangan rakyat majmuk di negara ini, adalah sesuatu yang amat malang kalau pada zaman serba moden dan negara dibanjiri oleh cerdik pandai ini, ada pihak yang cuba menyumbang ke arah keosakan pelan perpaduan, keharmonian dan kemakmuran hidup di negara ini, termasuk mencabar, mempertikai, memperlekeh dan mempersendakan perlembagaan negara walaupun sekadar beberapa fasal, terma dan perkara-perkara tertentu Perlembagaan Negara, apa yang dupelan, dirangka dan dikerangkakan tidak dapat dipertahankan.
Sesungguhnya mencegah adalah lebih baik dari apa jua usaha untuk menyelesaikan masalah. Justeru bagi saya, amat wajar dan musanabah kalau mana-mana individu yang berperanan ke arah menimbulkan semangat perkauman diasingkan dari masyarakat terbanyak dengan penggunaan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) tanpa kompromi. Jangan biarkan api menyala dalam sekam, duri dalam daging dan gunting dalam lipatan. Apa salahnya berlaku sedikit nampak kejam untuk mengelak dari berlaku masalah yang membawa padah kepada rakyat dan negara.
Pihak berkuasa dan dan akyat pelbagai kaum di negara ini kena bersedia untuk kehilangan seseorang individu yang ketokohannya yang baragkali boleh menyebabkan makhluk di langit dan di bumi semua angkat tabik kerana kehebatannya, demi memastikan lebih 28 juta rakyat pelbagai kaum dan pelbagai anutan agama di negara ini terus hidup dalam keadaan aman makmur, penuh persefahaman dan saling hormat menghormati serta sayang menyanyangi antara satu sama lain.
Sama ada orang politik, pendukung reformasi atau atas nama apa perjuangan sekali pun, dalam mengatur strategi bertujuan menarik sokongan, masing-masing boleh guna apa jua cara dan pendekatan tetapi jangan sesekali sampai mendorong kepada semangat polarisasi kaum kerana besar bahayanya jika api perkauman dihidupkan, termasuk jika mencabar, mempertikai, memperlekeh dan mempersendakan perlembagaan negara walaupun sekadar beberapa fasal, terma dan perkara-perkara tertentu Perlembagaan Negara.
Jangan sesekali cuba 'sua karak' kepada rakyat pelbagai kaum semata-mata kerana kepentingan politik, kepentingan reformasi atau apa-apa perjuangan, tujuan dan kepentngan sekali pun sekali pun, sebaliknya kalau adalah sesuatu masalah, masing-masing kena ibarat menarik rambut dalam tepung: rambut jangan putus, tepung jangan rosak dalam menyelesaikan masalah atau dalam perlumbaaan mendapat sokongan dan pengaruh di kalangan rakyat pelbagai kaum.
Sebelum pesalah yang melakukan kesalahan dihukum, mereka perlu dipastikan melakukan kesalahan dengan sengaja, bukannya dalam keadaan jahil dan tidak tahu apa-apa. Justeru itu program 13 Mei Hari Perpaduan adalah antara program yang patut direalisasikan untuk memberi kesedaran supaya kalau masih ada yang sanggup menggugat dan mengancam keselamatan negara dan ketenteraman awam diISAkan, mereka akan sedar apa sebenarnya kesalahan yang telah mereka lakukan.
Wednesday, November 10, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment