Monday, November 15, 2010

MUNCUL KEMBALI (851)

UMNO tidak perlu pengaruh Pas untuk kekal kuasa

WALAUPUN Umno pernah mengalu-alukan gagasan kerajaan perpaduan Umno-Pas oleh Presiden parti itu, Dato' Seri Abdul Hadi Awang dan disokong kuat oleh Timbalannya, Nasaruddin Mat Isa tetapi ditentang mandatori oleh Mursyidul Amnya, Dato' Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat, namun pada dasarnya Umno tidak perlukan Pas untuk mempertahankan kedudukannya sebagai pendomenan Barisan Nasional (BN) dan kerajaan.


Parti itu bukan lemah walaupun gagal meneruskan tradisi menang dengan majoriti 2/3 pada pilihanraya umum lepas memandangkan kerusi-kerusi yang gagal dipertahankan oleh BN pada pilihanraya umum lepas bukannya kerusi Umno tetapi kebanyakannya kerusi milik parti komponen yang lain. Umno tetap jadi pilihan orang Melayu.

Sebarang pengalu-aluan kerjasama dengan mana-mana parti Melayu oleh Umno, terutama Pas hanya pada tahap mahu memantapkan lagi kekuatan dan kehebatan yang telah pun dimiliki Umno yang mencatatkan rekod sebagai sebuah parti politik yang paling lama diberi mandat membentuk kerajaan dalam sejarah amalan demnokrasi dunia, dengan dibantu oleh parti-parti komponen BN.

Justeru Umno tidak perlu layan apa jua kerenah Pas yang cuba jual mahal seolah-olah cukup hebat dan melekat menerima sokongan rakyat walhal jumlah kerusi yang dipertandingkan pada setiap kali pilihanraya jauh dari mencukupi untuk membentuk kerajaan, malah untuk mendomenasi pakatan parti membentuk kerajaan pun tidak layak.

Biarlah Pas dengan 'syok' sendiri dan terjun dengan labu-labunya. Sebarang rundingan, cadangan, ajakan dan gagasan untuk memungkinkan kerjasama Umno-Pas akan menjadikan pimpinan parti berkenaan yang rata-rata dari kalangan 'tidak sedar diri' dan 'tidak berapa sega mana ' akan menjadi semakin angkuh, takbur, sombong, bongkak dan riak.

Saya amat bersetuju dengan Ketua Umno Bahagian Cheras, Datuk Syed Ali Alhabshee Umno bukannya lemah dan terdesak sehingga terpaksa bergantung kepada Pas bagi menjadi wadah terbaik meneruskan survival Melayu dan agama Islam di negara ini. Hanya yang lemah kena bergayut kepa yang kuat. Dalam kes Umno-Pas, sepatutnya Pas yang kena 'melutut' dan merangkak meminta simpati.

Lagi pun secara lojiknya antara Pas yang mendominasi kerajaan Pakatan Rakyat (PR) di Kelantan dan Kedah manakala Pulau Pinang didominasi DAP dan Selangor didominasi PKR dengan Umno yang mendomenasi BN yang berkuasa di pusat dan sebilangan besar negeri-negeri di negara, ini siapa yang lebih besar, gagah, hebat dan menerima keyakinan rakyat.

Pada hakikatnya Pas sendiri sudah banyak tersasar dan tergelincir rel dari maksud, matlamat dan tujuan asal penubuhannya dengan pelbagai kemungkaran mengonak-durikan parti itu gara-gara kepimpinan terkininya yang merasa serba hebat kerana berteraskan amalan, pendekatan dan prinsip berpolitik ala 'katak bawah tempurung' yang tidak melabakan agama, bangsa dan negara.

Kalau pun Pas hebat dan berisa dalam berpolitik, dengan hanya bertanding jumlah kerusi yang tidak melayakkannya mendomenasi kerajaan yang dibentuk, parti itu tidak akan mampu berbuat apa-apa bagi memastikan kerajaan yang dibentuk mengikut acuannya kerana pendomenan PR bukan Pas.

Ertinya hebatlah pada tahap mana, biar pun pimpinan utamanya mendukui tanggap tertinggi sebagai pemimpin paling popular di dunia pada waktu ini, Pas tidak akan mampu membentuk pemerintahan mengikut rangka dan kerangkanya kerana jumlah kerusi yang ditandingi hanya kecil dan parti itu hanya layak menadi penumpang kepada parti-parti pakatan dalam PR, bukannya parti yang boleh memberi tumpang kepada parti-parti lain.

Pas perlu terus hidup dengan dukubfab pimpinan dari spesis dalam keadaan sedar diri dan 'merdeka dari wabak tak berapa segar mana' untuk melaksanakan matlamat dan tujuan asal penubuhannya bagi menjadi pembangkang yang berkesan supaya kerajaan Umno/BN tidak akan tersasar dari apa yang dihalalkan oleh hukum hakam.

3 comments:

Anonymous said...

Kuat sangat ke PAS atau gempa yang lebih. Kalau kuat tak perlulah bergabung dengan DAP sebuah Parti Kapir yang isytihar sebagai sekular dan tolak Hudud dan PKR yang jelas bersifat Liberal-Sekular.

Dalam Perlembagaan Madinah (Assohifah AlMadinah) yang menggabungkan Islam dan bukan Islam, Rasulullah SAW menjadi pemimpinnya. Manakala dalam BN yang menggabungkan Islam dan Bukan Islam, Pengerusinya Islam. Berbeza dengan Pakatan Rakyat (PR)yang jelas tidak ada pemimpinya. PAS begitu beriya-iya nak jadi pemimpin tetapi ditolak oleh DAP dan PKR. Yang seronoknya pemimpin PAS sentiasa hidup dalam angan- angan yang tidak berkesudahan.Nasib baik lah boleh jaja Islam untuk tujuan meraih simpati Orang Melayu yang begitu sensitif dalam soal agama. Pemimpin PAS bijak eksploitasikan agama utk kepentingan politik dengan menjaja hukum hudud. Di dunia mereka boleh jawab dengan pelbagai muslihat dan ayat yang bijak dimanfaat. Mereka , yakni pemimpin PAS dan ahli serta penyokongnya percaya mereka akan terlepas diakhirat nanti. Betapa mudahnya perkiraan mereka. Semoga Allah mengampunkan dosa pemimpin, ahli dan pengikut PAS.

Anonymous said...

Renung-renungkanlah wahai pencinta Islam ( bukan pencinta parti PASola dan DAPig )

Firman Allah yang bermaksud "apabila kamu mendengar ayat2 keterangan allah di ingkari dan di ejek2 oleh kaum kafir dan munafik maka jgnlah kamu duduk bergaul dgn mereka sehingga mereka masuk kpd memperkata yg lain krn sesungguhnya jika kamu melakukan yg demikian tentulah kamu sama sprti mereka, ssungguhnya allah akan mnghimpunkan skalian menafik dan org kafir di dalam neraka jahanam( Surah An-Nisa, ayat 140)

Anonymous said...

Malaikat Mungkar Nakir akan tanya nanti:
UMNO/BN ikut sahifah madinah?
Para pemimpin UMNO merasa dirinya macam kedudukan khalifah arrashidin ke?
Mungkin puak2 pembodek UMNO akan jawab YA, BENAR! kerana menyangka sistem mahkamah diakhirat sama dengan sistem mahkamah rejim UMNO/BN.... itulah mentaliti pembohongan UMNO/BN... hehehehe ... hakim..hakim... polis... polis... kih kih

Gelombang Tsunami Politik Rakyat II-... UBN tak akan sedar bahkan terasa hebat dengan rampasan kuasa Kerajaan Perak & pujian melangit media UMNO/BN selepas PRU12 .. hehehe