Tuesday, November 23, 2010

MUNCUL KEMBALI (852)

Saluran TV AlHijrah pikul tanggungjawab besar

MEDIA
, terutama saluran televisyen mempunyai pengaruh yang besar. Lazimnya sebelum menawan mana-mana negara, maka penawan akan melakukan tawanan ke atas stesen tv dan radio terlebih dahuku bila berlaku peperangan.


Mana-mana kerajaan atau pun parti politik, masing-masing akan berusaha berhempas pulas untuk mengusai media cetak dan elektronik, malah tokoh sehebat Hitler pun, ketua Nazi itu takutlkan kuasa dan peranan media.

Sehubungan dengan itu, pada pendapat saya, pengoperasian saluran tv terbaru di negara ini yakni AlHijarah yang pelancarannya akan dilakukan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada 7 Disember nanti adalah suatu kebanggaan bagi rakyat negara ini yang beragama-rasmikan agama Islam.

Ini adalah kerana saluran tv terbaru dan percuma yang diterajui oleh kalangan yang berpengalaman dalam bidang pengendalian stesen tv di negara ini dikatakan siarannya memberi fokus kepada bahan-bahan berteraskan dakwah.

Dengan adanya AlHijrah, maka dakwaan dan tudingan kalangan tertentu bahawa siaran tv banyak menyumbang kepada gejala keruntuhan moral kepada golongan remaja akan dapat ditangkis.

Ini kerana ibubapa dapat menggunakan kuasa keibubapaan mereka bagi memastikan anak masing menonton saluran tv yang berfungsi dan berperanan membina moral dan akhlak yang mulia.

Justeru secara tidak langsung saluran TV AlHijrah memikul tanggungjawab yang amat berat dalam memastikan setiap slot dan program yang ditayangkang bersih dari unsur-unsur kerosakan moral dan akhlak.

Setiap slot dan programnya mestilah bersih dari unsur-unsur yang mengisi slot dan program-program saluran tv yang sedia ada sama ada stesen kendalian kerajaan mahu pun pihak swsata yang kononnya menjadi antara punca kerosakan moral remaja.

Bila saluran tv berteraskan dakwah telah wujud tetapi bukan sahaja para remaja. sebaliknya ibubapa juga masih memilih program-program hiburan yang boleh melalaikan dari pelbagai saluran tv, maka jika remaja masih rosak moral dan akhlak, jelaslah membuktikan bahawa ianya bukan berpunca dari saluran tv tetapi kerana silap ibubapa sendiri yang tidak reti mendakwah dan mentarbiyyah anak.

Sebagai seorang yang turut terlibat agak aktif secara tidak langsung dalam menyediakan penulisan laporan berita dan rencana ketika TV3 mula beroperasi sehinggalah saluran tv swasta pertama yang pernah menenggelamkan kepopularitian TV1 dan TV3 itu, saya sarankan kepada AlHijrah supaya memasyarakatkan setiap slot dan programnya.

Paling penting kena pastikan AlHijrah menjadi siaran tv yang rapat dengan penonton termasuk para penonton di kampung-kampung pedalaman dengan menjadikan mereka sebagai sebahagian dari siaran berbentuk human-intrest.

AlHijrah kena berfungsi dan berperanan memberi ilmu dan maklumat dalam bentuk mental dan fizikal kepada anak-anak kampung termasuk di pedalaman supaya apabila mereka terdedah kepada kehidupan kota kerana memenuhi tuntutan perlu berhijarh bagi mencari rezeki, mereka tidak mudah rosak akhlak.

Rata-rata mereka yang punah akhlak dan moral di kota-kota, bandar dan pekan adalah dari kalangan mereka yang berhijrah dari desa dan mengalami kejutan budaya kerana tidak ada persediaan mental dan fizikal sebelum berhijrah.

Justeru itu pada saya AlHijrah memikul tanggungjawab besar dalam menyediakan hidangan slot dan programnya kerana ia pelu mendidik dan menyedarkan penonton terutama golongan remaja supaya bukan sahaja perlu menjaga tetapi juga mereka kena memantap dan mengutuhkan kualiti iman dan takwa para penonton.

Saya yakin dengan barisan pengendali saluran yang berpengalaman luas dalam pengendalian stesen tv dengan bantuan kakitangan semua unit yang berdedikasi, AlHijrah mampu memikul tanggungjawab berat dengan penuh keselesaan.

1 comment:

Zara said...

Thanks, great blog