Wednesday, December 1, 2010

MINCUL KEMBALI (891)

Pembalakan haram: ISA lebih sesuai berbanding dengan denda RM1 juta

HAKIKATNYA mereka yang terlibat dalam pembalakan terdiri dari kalangan yang berkemampuan dari sudut kewangan dan mempunyai pengaruh. Tanpa keupayaan kewangan dan pengaruh, dengan sendirinya mereka tidak ada berkelayakan untuk 'bermain balak'.


Kepada mereka yang banyak wang, RM1 juta bukanlah satu jumlah yang besar. Kalau itulah kadar denda yang dikenakan bagi mereka yang melakukan pembalakan haram, ianya akan mampu dibayar dan kegiatan pembalakan haram tidak akan dapat dibendung.

Dengan kata lain kenaikan kadar dennda dari RM500,000 hingga sejuta di samping hukuman penjara antara serahun hingga 20 tahun tidak memadai dan tidak akan menggerunkan pelakuk kesalahan kerana ianya tidak terlalu berat.

Pada saya hukuman yang paing setimpal untuk mereka adalah ditahan dibawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) atau dikenakan hukuman mati mandayori sebagaimana yang dipraktikkan d Thailand ke atas para pencuri balak di negara berkenaan.

Balak adalah khazanah negara. Ianya adalah harta rakyat negara ini sama ada yang telah mati, yang masih hidup atau yang bakal lahir. Melakukan pembalakan haram bermakna melakukan kejahatan terhadap rakyat negara ini yang telah mati, yang sedang hidup atau yang bakal lahir.

Sehubungan dengan itu, syarikat atau individu yang terbabit atau bersekongkol dengan kegiatan pembalakan haram kena dikenakan hukuman paling berat dan bentuk hukumannya hendaklah menjadikan semua orang takut dan gerun akan melakukannya.

Antara hukuman yang paling ditakuti dan paling tidak disukai adalah ISA. Maka hukuman dalam bentuk itulah yang sepatutnya dikenakan terhadap mereka yang melakukan kesalahan itu supaya penjenayah dalam industru pembalakan berfikir jutaan kali sebelum melakukan kesalahan.

Barangkali pasukan tentera patut digunakan bagi menembak mati para penceroboh dan kalangan yang terlibat dengan pembalakan haram kerana kesalahan yang dilakukan adalah terhadap rakyat dan negara, pembalakan haram adalah musuh rakyat dan negara.

Tidak patut ada sebarang kompromi dan pembanterasan pembalakan haram kerana apa yang dilakukan adalah amat keji dan menjahati khazanah negara. Oleh itu bagi saya ISA adalah lebih sesuai dijadikan hukuman berbanding dengan hukuman denda yang dinaikan dari RM500,000 ke RM1 juta di samping hukuman penjara.

No comments: